mari mencari....

Google
 

Monday, July 20, 2009

cerita hujung minggu # 5...

nezha pon boring je nak melayan. hehehe..actually ni sebenarnya baru lepas penat mengah main kejar2 lompat2. aduhh... macma tu punya gaya main takyah pegi gym lorr.. berpeluh2 seluruh badan. bagus2...
----------
yuhuuuuu...its monday again people. jangan la muram2 boring2 durja2.. happy2 la sikit. monday ke friday ke tetap le kene kerja kan? takde koje menggagau nak carik koje, dah ada koje takmo koje pulak. hehehhee.. biasa la tu. anyway.. dipagi yang cerah dan indah ini, jangan spoil2 mood korang. ceria2 ok. chewahhh... ini kalo dato fadzilahkamsah dengar pon boleh nangis ni, hwuahahhaha....
-----------
nak cerita le kisah weekend saya. biasa2 je. jumaat hari tu sorry la. mood ada sikit tercalar balar pulak. jadinya sudah terhangin dan terhangit le kan jawabnya. hehhee.. tapi sekarang udah ceria. jangan marah2 lama2 tak baik nanti muka comot. kalo comot sapa suka? nezha pon tak suka. opss..dia takpe, dia terkecuali. owh..cerita nezha? kejap2... dia buat hal betol. kejap2 ye.. nak cerita pasal weekend dulu.
----------
friday :
hell!!!! end of story. full stop.
----------
saturday :
kita ke mana kawan2???? yeee... kita terjah nilai satu carik kain langsirrrrrr... waduh2... penat gila. memang macam nak gila la dia punya penat. pagi breakfast goreng cempedak. orang bagi buah cempedak kat ma. alalalalla..comelnya isi cempedak tu ad ale beso ibu jadi saya ni ha. hehehee... kecik2 je. tapi manis. so, taktahan le bau cempedak tu pepagi saya dah goreng dan selamat dimakan. mujur takde angin kus-kus datang ye. anyway.. lepas breakfast dalam pukul 10am tu mula la berangkat ke nilai1 tu. eh..korang janga taktau nilai tu ada nilai3 dan nilai1 tau tak? tapi nilai2 tak dapat dikenalpasti mana pulak letak kedudukannya. nilai1 tu yang kat mcD tu le. perasan tak? ahh..takpe la. sebab saya bawak ma pegi situ dulu, sebab situ macam menyenangkan le sikit tak perlu nak jalan jauh sangat. kalo nilai3 tu bapak hazab jauh berjalan. kononnya if dah jumpa kat sini takyah le ke nilai3 tu kan. cari punya cari punya cari punya cari (berapa banyak punya carik daa) ada le jumpa yang berkenan. banyak tu memang le banyak cumanya nak carik yang harga murah le. ate..kalo udah beli sampai 1 kayu (dalam 160m) harus le beringat2 sikit berapa lak harganya. pakai tu berpada dengan taraf hidop je. ingat2 sikit. dah jumpa, dah berkenan dah segalanya so proses memotong pon bermula. aduhh.. mujur orang kedai tu baik nak potong sekeping2 ikut kuantiti tingkap dan pintu. buatnya dia takmau udah 1 koje membawak segulung kain tu. tak ke haru. ma standard le.. mulut terlebih ramah bersembang2 dengan orang tu rupanya ala2 kenal le pulak. haihh..macam2 le. saya sementara tu dok merayau ke kedai2 lain tengok design2 langsir le yang lelawo tu. bawak mahal. untuk sliding door je siap dengan kepala langsir tu boleh sampai rm400..tak termasok harga kain langsir. pengsan. lama gak le sebab ye la..nak potong tu banyakkan. siap dalam pukul 130pm macam tu. pas tu terus bye2 kedai.. balik terus pergi hantar kat orang jahit. risau sangat kalao orang dah takmo amik tempahan. ma kowtim2 taktau le dia cakap apa akhirnya orang tu nak jugak. selamat. alhamdulillah. harap2 makcik tu jahit elok le. tinggal nak jelujur je lagi sebab dah siap2 potong one by one tu. hehehhee... lepas tu ma belanja makan nasi beriani. hehehhee.. kedai kat kawannya le rekomen konon sedap beno. kat bangi ko... bapak jauh melalak2 nak makan nasi beriani punya pasal. order punya order punya order.. makan.. huishhh.. idak le sedap pon. biasa2 je. beriani kambingnya manis le pulak. saya tak pasti memang macam tu le rasa masakannya ke tekak saya yang tak boleh terima. anyway.. tak habis pon makan. tak larat lorr..manis dowhh... lepas makan2 baru le balik. sampai je rumah duduk kejap, mandi, zohor terus kebabommm... penat sehhhh... petang tak buat apa. tengok orang main bola, sambil cuci mata. ala..kat depan rumah je bukannya sampai pergi ke stadium, katanya si rooney tu datang ye? idak le teman berkenan. hehhehee.
---------
ahad:
pagi hantar ma pergi rewang kat masjid sebab ada buat kenduri untuk israk mikraj katanya. lepas hantar ma, saya terus lajak ke pasar pagi. hehehehe.. jalan2 la cari makan, cuci mata. kot2 ada yang berkenan. nampak papan landas murah kaler biru. lawo. ala..kat yang orang jual barang murah2 tu. rm2 je. beli jangan tak beli. boleh ganti landas kat rumah tu. lepas tu beli apa ye? owh..beli peria, sebab teringin makan masak lemak peria denga ikan. pas tu beli air milo. wahhh.. rumah belambak milo nak jugak beli. dasar nafsu membeli betol. lepas tu balik rumah. sampai je rumah terus berkungfu kat dapor masak cepat. so menu hari ahad, masak sambal tumis udang dengan petai belalang (tau ke? petai yang kecik2 tu), masak lemak cili api (sikit je cili apinya, saya mana boleh makan pedas lorr) ikan tenggiri dengan peria katak. diulang, peria katak bukan katak ye. peria katak tu yang peria kecik2 tu. belom lagi teringin nak makan katak. tapi nampak macam sedap je kan katak tu. goreng. huwahahahhaa...... lepas tu rebus bayam le. harus ada sayuran hijau kata mengamalkan cara hidop sihat. ye beno le tu. pas tu tengok midsummer murder, pukul 1pm amikma balik. 130pm saya pon angkat momtot balik rumah lorrr.... hehehhehee... sampai rumah kemas apa yang patot, mata pedih nak tido. main kejap dengan nezha pas tu tidoooo... sedar2 udah gelap. yee..udah pukul 8pm. baru melompat. nezha pon senyap je tak de lak nak menggaru2 ke menggigit2 ke. haihh..budak ni. geram betol. pas tu pukul 930pm obek call..ajak pergi makan. rasa malas nak kuar sebab nasi ada lagi tapi kata nak dating. kuar jugak le kejap. pegi makan2 je pas tu balik. pas tu tengok tv. entah cerita apa. owhh.. cerita apa la tajuknya 105.. kalimah syahadah ke apa tajuknya. elly mazlin berlakon, nasir bilal kan. hehehhee...aduhh.. apa la punya cerita. nak kata kelakar ke hapa ke. cerita tu dah ok..cumanya jalan cerita dan dialog tu yang hampeh. lakonan pelakon ok. macam2 la. lsambil2 tukar2 channel la tengok hagemaru. pas tu tido.
---------
isnin :
bangun pagi dengan penuh ceria. ate..dah kata hari senin kan, harus le gembira. siap2 semua. baju dah iron malam tadi so bagusnya. jalan pon tak berapa jem. sampai awal tapi duduk dulu kat parking sambil baca buku sikit. lepas tu baru naik opis. hehehehhee...
----------
mimpi??? adaaaaaaaaaa... nanti le buat entry mimpi sepanjang minggu ini. gila punya mimpi. macam best pon ada. heuahhahaa..
----------
kenapa selangor/kl tak cuti israk mikraj ha??? uuwwaaaaa.... bukan ke sepatotnya cuti hari ni??? takpe la..ada le hikmahnya tu agaknya. owh.nak tau cerita pasal nezha buat perangai. semalam kan main2 lompat2 kejar2 semua tu. sekali masa dah lepak saya nak bagun le sekali ternampak le..pinggggg... apa ke benda cair2 ni. sekali cek punya cek punya cek.. haiyaaa.. dia sudah uk-uk le cair. taktau le uk-uk ke muntah ke. geram betol. geram2 pon idak le saya marah dia. just bising2 je la. aduhh.. udah satu koje ambik baldi mop segalanya. mujur kat lantai. kalo kat karpet aponak dikato. haaa.. tu le. bersyukur le jangan asyik nak marah2 je. saya rasa dia terlebih syiok main le samapi tak sempat nak ke kotak uk-uk dia. hehehehhee... agaknya dia ingat2 nak melompat rupanya terus ter-cretttt sekali. whauhahhahaha... nakal2 pon itu le jantung hati saya. nak buat camne. patot dia je saya panggil. bila dia nampak saya bawal baldi bawak mop, mencicit lari bawah meja. tau takottttt....
---------
ok la.. banyak lak bebel ni. nanti2 sambong lagi. have a nice day!!!!
---------
love you obek...(miss you)
love you nezha...(jangan noty2 please)
love all of you...(sapa suka monday turun tangan!!! haa..tu ramai je yang turun tangan. hwuahahha)

Friday, July 17, 2009

hate...

i hate everything

Thursday, July 16, 2009

metro-hetero?...



hehehehee..imagine what happen if wolverine went to nail salon do get his mani-pedi done. hehehhehe.. surely extra charges will be incurred.
is wolverine a metrosexual? or heterosexual? don't know laa... most of todays straightman also get in touch with his feminine side, especially when it comes to personal grooming and appearance. some of them even have silkier skin than women. women tends to more for masculine act pulak. haiyaaaa...
what is metrosexual, heterosexual, gay & les... go check it by your self. read..read..readdddd...
this is not an 18sx entry.. its just common general info.
hehehehe..peace!!!

penunggu pintu...

di suatu ketika, kelihatan satu lembaga hitam tercongok di pintu, hanya mata yang kelihatan. merenung tajam sambil menjeling2 dengan mukanya yang masam dan marah. hwuahahha..jangan biarkan hidop anda..diselubingi.. misteriiiiiiiiiiii...
----------
hehehhehee... apa punya opening la. itu la nezha muka pepagi macam le garang beno. aduhh... sekali tengok macam menakotkan je. 2 kali tengok elehhh.. tak hensem pon. saya je yang dok tergila2kan dia hari2 gila bayang. kahkahkahkahhh... anyway.. ini pic pagi tadi waktu nak pergi kerja. dia biasa la. nampak saya bersiap2 harus tunggu depan pintu. kot2 ada harapan nak bawak round naik kereta kan. tapi sorry la nezha, pagi2 memang le tak sempat. kalo petang2 takpe boleh la pusing2 kejap. sorry ye.. petang nanti kita pusing2 pergi kedai. wokeh? sayangggg diaaaa....
----------
semalam balik lambat la. benci betol. penat. pukul 830pm baru sampai. balik2 terus beli cakoi. sebab takde mood nak makan yang berat2. badan dah penat makan ala kadar je dah la. nak beli sya bean, tapi uncle tu lak tak de. haiyaa... tekak macam haus2 je. then malas nak brenti2 lagi terus je la balik rumah. sampai rumah budak itam dah menunggu. bukak je pintu dia pon melompat2. hehehehe.. so sweet.. rasa seronok balik keje penat2 ada orang sambut. macam tu la agaknya mak2 yang balik keje penat2 jumpa anaknya kan? walopon nezh atu kucing je..tapi perasannya sama je. rehat2 kejap.. main2 pusing kejar2 then mandi. tengok numbers sambil makan2. lepas tu apa lagi. kebabom laaaa...


see..ini namanya muka comot bangun tido belom sempat lap muka pon pagi2. hehehee.. aduh. apa la comot beno kamu ni nezha. chehh... turun saham woooo...
----------
obek seperti biasa. buzy, buzy, buzy. nyampah i... hehehhehe..takpe la.. saya pon penat jugak malam tadi so takde le apa bendanya pon. nak berkepit je tak syok jugak nak jugak kene ada waktu untuk diri sendiri. petang ni harap2 tak de apa2 la. nak balik cepat. teringin nak makan cucur udang macam hari tu nak buat sikit jadi la untuk sekali makan. hari ni dah khamiskan. malam kang jangan lupa tau tengok cerita lawak kat tv3 pukul 930pm. mesti menarik. hwuahahhaha.....
----------
owh.. korang2 yang ada credit card tu kalo nak buat full settlement call bank mintak discount. sekarang tengok promo full settlement. pegi la.. banyak gak dia bagi discount tapi pepandai le kowtim kan. saya takde kad kredit. itu kawan saya yang cerita. tapi info yang bagus apa salah kongsi bersama2 kan. duit tuuu....
---------
malam tadi mimpi jugak. tapi dah lupa. pagi tadi bangun tido ingat. sekarang dah lupa. rasanya mcam mimpi ngeri la. apa ye??? ahhh..takpe la. tak penting pon nak ingat mimpi2 yang mengarut tu.
---------
apa la saya mengarut pagi ni takde idea lak nak tulis.
----------
saya tengah pening nak carik orang jahit langsir untuk rumah ma saya. aduh... semua tailor dah takmo la. baik kat kampung baik kat bandar. heheheh..padan muka. lambat sangat beli kain tu le pasal. dah le tu banyak lak tu. so, kalo korang2 nak buat part tiem amik upah jahit langsir bagitau saya or ada kawan2 or sedara2 yang nak jahit, saya nak hantar ni. tak banyak. 1 kayu je.
----------
okla..takde idea & takde mood nk tulis apa2. kepala pening. bak sini panadol nak telan.
----------
love you obek...(rindu)
love you nezha..(rindu jugak)
love all of you...(pon rindu)

Wednesday, July 15, 2009

dead of alive?...


vladimir ilyich lenin
----------
believe it or not... the embalmed body of vladimir lenin has been on display at the lenin mouseleum in moscow since his death in 1924. once a year, every year, his body is taken out of its exibit case and bathed in a concoction of formaldehyde, methanol and ethanol.
----------
some kind of mummification i guess. the difference is the ancient egptions method is preserving bodies through embalming the bodies and wrapping them in strips of linen, but vladimir used more 'modern' chemical products.
----------
why they do it? i dont know.. go figure it yourself.. who is vladimir? read about him here...