mari mencari....

Google
 

Monday, June 30, 2008

luka...

bila menjadi bara
bara menjadi debu
mawar indah yang setangkai
layu dan berguguran
begitulah ibarat cinta
terjalin sementara
madu tak sempat ku rasa manisnya
pahit hempedu terpaksa ku telan jua
aku bagaikan tawanan
di dalam perang rindu
asyik berganti derita
cinta tak kesudahan
mesranya tingkahmu
disamping dirinya
menambah luka dihatiku
senyumanmu disamping orangketiga
bagai sembilu menusuk dihatiku
kasih sukarnya begini
cinta murni nan sejati
kemanalah hala yang akan ku bawa
hati sarat luka seribu rindu
dia yang menanti
setiaku menunggu
tapi
kepadanya kau pergi...

-fotograf

uwwaaaaa.....

AHAD : 1 ICE BLENDED + 4 ICE CREAM = ISNIN : SEMPOTTTTT...

HUWHAAA..UWWAAAAAA.....

Friday, June 27, 2008

hari-hari kerja....

Saya sangat bz sejak kebelakangan ni..sampai takde masa nak update or nk jenjalan tengok orang punya blog. Tapi curi2 gak tgk sesambil wat koje. Seperti biasa takde la apa sangat yang nak diceritakan. Cumanya busuk masam saya tu malam tadi terlebih terejal dan dan dah kene jentik tinga dengan saya. Ada ke saya tengah sebok nak buat talam cendol dai pon emnyebokkk nak panjat2 naik sinki. Kacau je..Geram, dah cakap banyak kali pon degil jugak. Lately ni rajin beno dia pegi dok kat dapur tu.. Ada la muslihat dia tu tengok la lagi 2-3 hari ni ada la isu baru dari budak tuh. Actually ada la mik pic talam cendol tu tapi tak sempat nk load la..

Hari ni jumaat, biasa la petang kang balik rumah ma. Mmm...dah minta tolong ma masakkan bubur gandum..wahh..teringin beno la. Kehkehkeh..ngalahkan orang mengidam, tiap minggu ada je yang teringin. Opah ada kat rumah ma. Semalam (khamis) mama hantar gi rumah ma sebab mama nak o/stn ke Aus dlm 1 week so takde sapa nak tolong jaga opah. Ma tak kisah la tapi kadang payah gak dia nk gi kelas ngaji dia if opah ada. Ahh..biarlah. So, petang cal before balik nak call dulu kot2 opah or ma ada nak kirim apa2 boleh beli sekali.

Obek sakit gigi!!! hahahha...served him right. Tu la degil kecik2 malas gosok gigi dah besar baru le tau penangannya. Dah tu penakot ya rabbi nk jumpa dentist. Appala..badan je besar tapi takut dentist. Yang saya pulak suka beno jumpa dentist, saje je cek2 gigi. huwahhaha... so saya srh dia pegi jumpa dentist dulu amik ubat gigi bagi surut bengkak then baru boleh cabut. Taktau la dia pegi ke tak. Nasib dia la..pepandai le dia. Chewahh..tak prihatin lansong saya nih.

Eh ye ke kredit kad tak bleh guna untuk petrol?? Huishh..say abaru le tau harini. Walopon saya sekeping kad pon takde (tipu le tu..saya ada kad jusco..itu wajib utk discount time katanya), tapi saya terpikir gak susah le if orangyang kene kerja ostn selalu drive jauh2..mana ada orang bawak cash byk2. Hehhee..itu pon nasib if ada cash dlm kad atm tu..kalo setakat kad je yang ada..hazabbbbb....

Sakit mulut saya yang hari tu dah baik dah..tapi timbul pulak kat sebelahnya, so dikategorikan belom baik la. benci aar.... saya mana ada kutuk2 orang sangat minggu ni pon sakit mulut gak. Eh..tak sabarnya nak puasa and nak raya...Bestnya. Walopun penat dan every raya mesti ada je isu yang bakal timbul in family, tapi takpe la..anggap la pengalaman hidup. Kalu dipikir2kan sangat nanti gila.

Oklah..sebagai penutup, semoga weekend kita semua berkat dan gembira. Saya ada bayank bende nak kene buat this weekend, so hopefully tak spoil the mood. For the last, have a nice weekend....

Thursday, June 26, 2008

sayang...

Aku yang kau panggil sayang
Ingin menghampiri masa-masa silam
Engkau yang ku panggil sayang
Pernah meneroka hati ini
Detik kemanisan pun berlalu
Ke manakah janjimu yang suci

Aku yang kau panggil sayang
Ingin ku mengutip sisa-sisa cinta
Engkau yang ku panggil sayang
Menapak ke hala persimpangan
Tanpa meninggalkan kata-kata
Bila kau kan kembali lagi

Seraut wajah sering ku usap
Dalam mimpi kita pun bersenda
Siang ku menyebutmu
Di malam sunyi ku digoda rindu

Aku yang kau panggil sayang
Dalam kegelapan ku mencari kasih
Engkay yang ku panggil sayang
Mungkin kali ini kehilangan
Berikan daku saat terakhir
Muengusap muka mu oh..sayang......

aku yang kau panggil sayang-khairool idlan

Wednesday, June 25, 2008

takutnyaaa....

Aduhaii...malam tadi benar-benar mencabar keberanian saya la. Sangat takut dan sakit hati tau tak. Malam tadi as usual tidorlah dalam pukul 11pm macam tu lepas tengok CSI. Asyik tengok CSI je pas tu kang mulalah mimpi jadi ajen CSI, berangan tak sudah. Sekali tengah syok2 tidur, dengar bunyi orang gegar gril pintu teramat le kuatnya..ketang ketung ketang ketung!!!!.. Memula ingat ayah Ah Tong syiok beno tenogk bola ke sampai menendang2 pintu. Tengok jam pukul 250am. AhTong pon senyap je. Ah..suspen dah ni. Biasa if ada apa2 unusual AhTong will barking macam nak gilalahkan. Then, within few seconds bunyik lagi. Seakan2 bunyi orang kapakkan pintu grill tu. Haruslah saya rasa macam nak pengsankan. Terus ni sms Obek bagitau apa dah jadi. Obek koje lak tu but luckily dia reply. Kalo dia tak reply mmg saya akan call sampai dia jawab..Saya itu jam dah pucat lesi nih. Nezha pun dah takot, biasa dia if ada bunyi2 akan terejal kejar tapi kali ni dia pon dok terpaku. Alih2 melompat gi katil saya. So bagitau Obek pasal bunyik tu. Ada ke jawapannya suruh saya turun bawah bukak lampu. Nak mati ke hapa. Kot dibuatnye betol2 ada pencurik ke hapa free2 je saya kene kang. WTF!!! Pas tu sempat lagi bebel2 dalam takut2 tu dlm sms, then Obek kata dengarkan lagi camne. After 3 minutes macam tu bunyik lagi sekali. Kali ni saya dah siap sedia ni amik senjata kat bwh tilam tu mana tau kalo betol pencuri melompat masok bilik saya at leat ada le bendenya. Walopun takot buat2 je la berani. Takkan nak menyerah kalah macam tu je. Then tunggu lagi terus senyap. Tapi bunyik srett..srett..srett.. Wahhh.. lagi la saya rasa nak pengsan itu jam jugak. Kami berdua (Nezha dan saya la..mana ada manusia lain lagi) berpeluk2 le nih dalam selimut. Sampai nak terkenc saya rasa nih. Dalam pada tu, tetiba hidung saya lak berdarah nih. Eeee...hidung ni time2 kritikal macam ni la pon dia nak berdarah jugak (hidung saya memang selalu berdarah, ntah hapa le kenanya). Tunggu kejap2 lagi tak boleh ke. So, Capai2 tisu tepi katil lap2 hidong. Nezha udah suspen pon buat muka takut je. Dalam pada tu keep on sms dengan Obek bagitau whatever happened. Sudahnya malam tadi saya tak le berapa tidor sebab ketakutan. Pukul 530am Obek sampai tolong cek pintu. Tengok2 takde le pulak kesan2 kene kopek ke hapa ke. Pintu depan belakang ok je. Saya kata, apa punye rescuer la..3 jam baru nak sampai. Kalo ada apa2 jadi dah menyesal dah. Then, saya menangis2, then Obek pujuk le bawak pi breakfast terus, then saya terus pegi office. So, hari ni kesimpulannya, saya mengantuk sangat. Hahahhaa... tapi hati still takut2 lagik nih. Camne nih...Uwwaaaaaa.....
Muka Nezha pagitadi ngantok sangat sebab dia pun tak tidor tau ketakutan..sian..


Ok, habis cerita suspen yang tak berapa seram tuh. Malam tadi dinner mcD kononnya. Gambar takyah la sebab semua orangtau mcD tu kan. So, sambil makan saya tuang le cili sos kat piring sebab nak cicah fries tu. Ada la mamat terejal kepochi ni menyebokkk nak merasa. Memula dia gigit2 roti burger saya, pas tu sebok nak fries pulak. Saya bagi sikit je takot kangdia sakot perot cerri-berri ke muntah2 ke saya gak yang susah nak kene cuci. Rupanya dalam saya sedap2 melantak tu dia dah terjilat cili sos dalam piring. Apa lagi..melompat2 keliling rumah le dia. Nasibbaik tau lak nak pegi minum air. Haaa...saya gelak bagai nak rak tapi takot gak if dia sakit ke hapa nanti. Lepas tu insaf dah dia takmo kaco saya. Tapi standard la insaf version dia tu 10 minit je. Lepas tu mengempek lagi. Lepas ni saya nak berhati2 la. Takat2 makan durian tu saya harap le juga, ini jilat cili sos..biar benar ko Nezha....

Insaf selepas jilat cili sos, so makan makanan sendiri..

Ini cerita dulu semalam, maknanya cerita hari Isnin la.. semalamkan bz so tak sempat nk story-morry. Saya pergi pasar malam Isnin petang tu. On the way back, masa kat traffic light, sebelah saya ialah bas sekolah. Alahai..sian budak2 sekolah pukul 720pm belom sampai rumah lagi. Kesiaannya, nanti malam nak buat homework lagi, nak tido lagi, penatnya. Hehhee...saya dulu pun macam tu tapi orang kata dah immune so just go on je la with the flow. Tapi apa yang saya nak ceritakan di sini ialah, tayar bas sekolah tu yang udah botak tahap kritikal!!! Sangatlah merbahaya kepada budak2 sekolah tu. Saya pikir tayar belakang je rupanya belah depan pun sama gak botak takde bunga lansong. Tayar bas tu kan ke macam pairing, so 2-2 pun botak gak. Mmm..takut memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku. Takkanlah tak terganti tayar tu. Kot ye pon mahal beno tayar tu saya dengar everytime ada sebarang kenaikan, tambang bas sekolah juga turut naik. Tambah2 di area saya tu. Kalo tak larat tukar lump sum, tukar le 1-1 but at least bertukar la. Gambar yang saya ambil tu tayarnya dah kuar benang. Tapi kat gambar tu tak le berapa jelas sebab kamera tak berapa bagus katakan. Tak serik2 rupanya, jangan nanti dah jadi hal baru terhegeh2 buat pembaikan. Yang dibawa tu nyawa..Bukan 1 atau 2, berpuluh2 nyawa dia bawak. Ibubapa pulak memang takde pilihan lain. Pagi2 dah kuar kerja jauh, so memang anak kene jugak naik bas ke sekolah samada pagi atau petang. Bukan semua orang senang ada masa nak hantar-ambik anak ke sekolah. Kalau diberi pelunag, rasanya semua ibubapa pon nak hantar anak sendiri. Jadi, ibubapa anak2 terbabit tentulah meletakkan sepenuh kepercayaan keselamatan anak mereka pada driver & pengusaha bas tu. Mmm..susahlah nak cakap. Saya berdoa agar takde apa yang buruk berlaku. Tak kira la anak2 tu anak M, ke anak C ke anak I ke, tapi tolonglah fikirkan keselamatan mereka. Owh..apalah yang mampu saya buat. masa saya ambil gambar tu pon driver bas tu dah perasan saya click2, dia buat muka masam. Takut saya report agaknye. Ha...tau pon takot.
Tayar bas sekolah yang botak terukkkkk.....


Entah lah..dunia harini..macam2 ada dan macam2 perangai. Alamak, mengantuk benor pulak rasanya. So, to everybody, have a nice day.. Sebagai penutup, mestilah gambar Nezha busuk masam saya tu..luv u baby..
Hye..my name is Nezha..mwauhahahaa..meoww..

tangisan...

Di malam yang sepi aku menangis
Sedu dan sayu tidak tertahan
Airmata berlinangan tak ku rasakan
Letih lesu seluruh badan

Tidak ku menduga engkau mungkir janji
Cintamu yang dikatakan suci
Hanya ucapan manis untuk memujuk hati
Kini luka tak terubat lagi

Lama nian kita nikmati
Manisnya dalam lautan madu
Berdendangkan lagu rindu
Kasih sayang aku dan dia
Jadilah peristiwa
Gerhana dalam hidup
Tinggal kini aku kesepian

Setitis air mata akan jadi kenangan
Inilah hati yang kau lukakan
Kasih putus tiada lagi sambungan
Cinta hanya jadi gurauan...

tangisan semalam-uji rashid

Tuesday, June 24, 2008

bz day...

Hari ni sangatlah bznya...dari awal pagi sampai t/hari blm berneti lagi. Penat sangat nih. Chewahh... Takde la apa cerita menarik sangat. Saa tak pandai bercakap tentang every benda yang saya buat setiap hari kepada sesiapa pun. Pada saya ada benda yang boleh diceritakan ada yang tak perlu. Tapi dah kata online diary, haruslah cerita semua ye tak? Hehhee..malaslah.. takkan la cerita pasal pegi menoreh pon nak heboh kat orang. Biasanya saya akan tulis pasal Nezha saja lah. Sebab itu je subjek yang boleh menarik perhatian saya. Walaupon ada banyak yang nak dikeluarkan dalam otak ni tapi mood hangin saya ni melampaui segalanya.

Semalam Obek bawak durian. Tak le banyak 2 biji je itu pon dapat sebab dia pegi site visit orang asli punya. Saya tanya dia beli ke amik?? Takot saya makan makanan curi ke hapa ke..EEiiii..minta dijauhkan. Dia kata beli. So, OK la..then makan. Nezha kepochi tu menyebok je nak rasa hidu2 kat durian tu. saya calit sikit bagi kat dia. Wahh..dia makan!!! Terkejut dog saya. Saya macam pernah terbaca kucing makan durian tapi ini 1st time depan mata. dah bagi sikit dia nak lagi pulak. Saya bagi lagi sikit je sebab takot nanti dia sakit perot pula. dah le dia tu oversensitif sikit. Kangs akit sapa yang susah?? Saya jugak yg susah. Mmm...itu je la cerita nya takde la menarik sangat.

Gambar ada tapi tak sempat nak load lah. Sekarang asyik pikir nak cari kerja baru je. Bosan kat sini takde pembangunan diri lansong. Kalo lagi lama alamat tenggelam la jawabnya. Segala ajen dah try tapi blm nampak hasilnya lagi. Takpe la..mungkin belum rezeki saya. Lately ni asyik mimpi yang bukan2 je. Ahh...mimpi mainan tidur....

Monday, June 23, 2008

pening2...

mmm... still tak habis lagi bengang since saturday.. semalam ok sikit but sambung lagi hari ni. Pepagi buta awal pagi nk pegi keje dah menyesakkan jantung. Malas la nak cakap.. buat lagi bengang je. Semalam tak buat benda sangat, pegi midvalley pusing2 balik pukul 4pm, then tido sampai pukul 630pm. Get ready for dinner with almaunah. Arrived at almaunah's place around 730pm. Kata nak pinjam laptop nak transfer gambar but tak boleh le pulak tatau apa sebab. Then almaunah gone crazy jerit2 n hempas2 macam orang gila. Ahh..benci la. Macam la dia sorang ada problem. Saya buat nehen je if saya layan nanti lagi terok. Dah la saya pun baru je nak elok bad2 mood nih kan. So, we (Obek, almaunah & me) went to dinner steamboat buffet at tupai2. Kira ok la, dapat melenyapkan rasa bengang kitaorang.

harin i pun mood tak berapa ok sangat. Lots of things nak cerita tapi malas. Anyway, Nezha sangat baik these 2 days. Chewahh... pegi cari makanan dia kat petworld at midvalley boleh dah habis!! Sebesar2 alam petworld tu takde makanan dia. So, on the way back tu singgah pet shop biasa beli makanan dia and nail clipper utk Nezha saya. Makanan kucing pon naik harga!! Benci ah..biasa saya beli RM14.00 je, kali ni dia letak RM14.50. Saya bayar ngam2 RM14.00 pas tu blah. Tak kuasa la nak layan. Nsb org kedai tu tak jerit2 panggil.hehehheee.. kalo tak buat malu jek.

OKlah..nanti if ada mood nak cerita pasal 'bukku minggu ini'...

Luv you..

Saturday, June 21, 2008

pissed off day...

today was a totally pissed off day!!!! Everything went wrong from the early morning. Starting from the Cik T (refer to tikusss) went having a fiest in the house, run and dancing all way round like there's no tomorrow! What a horror to my eyes. Don't know where they came from but i guess they came from the store la.. enough said...

Then im cahing for the Atlas ice lorry. That stupid driver can't remember ma's house even they know its a twice a month task. I have to wait for them at the main rod so that they can see more. Stupid enough, they said they didn't notice me who's standing by the road wearing that red shirt!!! Hoi..lu buta ke wei..tensen betul saya.

Ma is not around this morning as she have to go to marhaban tingy at Nilai. Macam la kat Nilai tu doesn't have any marhaban group. But its ok..its not bothering me at all but it make me left lonely alone in the house.. Eeeee...

Then this morning ma & me went to the kampung's tailor, means to send our kain ela to be baju kurung la. As for me, im not into baju kurung this time around, but more into kebaja labuh biasa. Sad enough, the tailor said she didn't accept other than normal baju kurung because she said its take longer timer to complete 1 baju kebaya when she can make 5 baju kurung at the same time. So, sangat hampa. Im thinking of wearing the baju kebaya for my smtg big on August. However, she recommend me another tailor that maybe still accept the bajus. Owhhh..benci sangatttttt!!!! That's why im not into beli all those kain ela. Im preferred more to baju siap je all because this kind of problem la.

Obek pulak koje hari ni. Sesubuh pi'e dah called me and informed that he will be going to Rawang for another site visit. Said he will only be back by 4pm. Yeah you're right. His 4pm is totally different from our 4pm. His 4pm means 7pm to me. So, there goes my plan to dating2 tonite. He must be tired and don't have the feeling to go out datng with me. Eeee...another pissed off thingy for me today.

Luckily, i managed to went to salon and do my hair. Its so relieved when there's somebody caressing and picit2 kepala when you are in a benci2 mood.

Last nite i dreamt of went to swimming with somebody that i didn't know. He (yes..swimming with a hansome and cute guy) just hold my hand and off in the pool we go!! Kebushhh..sploshhh, splosshhh... Wah..its felt so good cos I can swim and even diving in that dream. Unfortunately, this guy went drowning and im in no time go dive in and grab his hand. Chewahhh...ala2 romantik gitu. Benci la.. Woke up and smile all the way because..(1) I can really swim & diving in the dream, (2) the guy is soooo cute, (3) I managed to help him from drowning. I wonder what does the dream means.. Hope there's no bad prediction of it.

Ok la.. it time to peluk2 Nezha. Rindu nak mati kat dia nih...luv u..bye...

Friday, June 20, 2008

Alamak..terkunci di luar!!!

Aduhaii...sangat la sengal rasanya. Semalam balik udah le hujan gelap gelita. Sebelum balik menyinggah ke kedai konon nak buat talam cendol untuk makan harini. So dah beli dan belah semua, sampai je depan gata cari2 kunci. Eh..tak de lak..suspen dah ni..cari lagi dan lagi dan lagi dan lagi...SAH!!! Kunci takde, mesti tertinggal dlm rumah ni. Aiseyman...tensennnn kepala! Try cari lagi dengan harapan kunci tu menyelit kat mana2. Tapi hampa. Nak buat camne..call Obek juga la sebab dia ada kunci spare. Call punya call tiga kali call baru nak berjawab. Hangin satu badan betol. So cakap le kunci tertinggal. Obek bebel2 cakap apsal le blh tertinggal kunci. Hahahaa..bukan saya saja2 tinggalkan, saya pun takmo tercongok kat depan tu tak masuk2 rumah. Masa tu dah pukul 730pm. So, try tgk gate nsb baik gate tak kunci, just selak je. Masuk, try buka pintu kayu. Berjaya!! hehhee..tapi stil tak blh masuk la sebab grill berkunci.
Muka masih sedih walopun saya dah masuk masa ni. Tgk air mata dia. Tapi dia mmg selalu kuar air mata pon. Manja katakan...


Busuk masam Nezha nampak saya kat luar dia kat dalam udah le dia pon terlompat sana-sini sebab dia pun nak keluar. Lagi2 tengok pintu kereta terbuka harus le kan mamat tu tertambah terejal sebab ingat nk kuar pegi jalan2. Apa boleh buat Nezha..saya terkunci dari luar ni tak boleh masuk. Suruh Nezha amikan kunci tu kat tepi sofa, chewahh..maca faham je kan mamat tu pegi ke tepi sofa tu tapi for sure le dia mana tau n
ak seluk tangan amik kunci kat poket tepi tu. So, dok je la tepi pintu tu melayan mamat ni dok mengiaww2 tak berenti. Lama tau saya tunggu, pukul 900pm baru Obek sampai. Nasib baik lampu garage blh on kalo tak bergelap le saya. Udah le malam jumaat, saya lak semalam pakai serba hitam, baju hitam suar hitam, ditambah dengan kulit yang terlebih tan ni. Dok lak gelap2 tercongok tepi pintu tu. Haa...harus le ada passerby yg lalu kang terkejut dog tgk apa le benda lembaga hitam kat pintu tu..... Dapat je kunci, terus masuk rumah, mamat tu pun melompat le menerpa saya sambil ngadu2 la sebab dalam rumah gelap. Alalala...ciannya dia. Saya lagi kesian tau. Disebabkan tragedi itu, terbantut dah hajat nak buat talam cendol.

Takpe la..ada la hikmahnya tu. Janji semuanya selamat. Owh..hari ni jumaat, petang kang saya balik rumah ma. Wahh..bestnya. Hari tu teringin makan lempeng so ma kata malam kang dia buatkan dengan sambal sardin. Nyumm..nyumm..tak sabar nak tunggu petang ni. Saya memang tekak kampung tapi sebenarnya semua jenis makanan saya makan. Saya bukan jenis memilih ini tak makan, itu tak makan, ini tak bia
sa itu tak biasa. Alaa..lecehlah macam tu. Yang tak biasa tu la kene dibiasakan. Jangan macam kawan saya dulu, tapi lama dah zaman sekolah2 dulu. Dia tido rumah saya la sebab cuti pendek so dia tak perlu balik kampung dia jauh. Saya lagi suka sebab ada kawan. At that time, my mum buat tauhu sumbat. So, being a normal eater of everything, kitaorng letak timun, togeh dan sengkuang as inti tauhu sumbat tu. Tapi bila tiba time makan, kawan saya boleh lak cakap... "Ehh..aku tak makan la sengkuang ni, tak pernah makan. Lagipun sengkuang ni kan ke makanan kuda, manusia mana boleh makan sengkuang mcm ni.." Astagfirullah...terkejut dog saya dengar, dah le time tu depan ma saya. Habis, yang orang buat dan makan rojak tu semua keturunan kuda la?? So, saya cover malu depan ma saya sebab saya takut ma saya pulak terasa hati dengan perangai kawan saya ni, then saya cakap la.."owh..yang cikgu cakap hari tu ye, takpe la tak makan kuarkan je la sengkuang tu". Masa tu malunya saya sebagai anak dan kawan. Pada saya kalau pun kita tak boleh makan benda yang dihidangkan oleh tuan rumah, jangan la cakap macam tu sekali. Macam le saya sekeluarga ni kuda beno sebab makan makanan kuda katanya.

Nak kata kawan saya tu kaya bebeno idak le.. parents tuka
ng kopek isi buah kelapa je. Saya pernah pegi rumah dia..mmm..malas nak cakap. Reban ayam pun lagi lawa. Dinding bilik tido berlubang!!! Masa saya tidor sana time malam angin masuk je dah rasa macam tido kan serambi, siap dengan pijat-pijat lagi semalaman saya tergaru2 dan terasa-rasa macam ada je jari yang dok nak mencungkil dari luar rumah!!! Huishh...complete package tu. Tapi saya tak de la pulak cakap dengan dia. Bimbang jika cakap nanti dia ingat saya mengata rumah dia berlubang2. Sendiri mau ingat la. Jadi sebagai peringatan kepada diri saya dan pembaca (kalau ada), jangan la buat macam tu. Kot ye pun geli beno nak makan apa yang tuan rumah masakkan, makan sikit cukup la buat syarat. Tuan rumah pun nanti paham kita tak berapa gemar dengan benda tu dan tak perlu la nak explain macam2. Tapi ye la..mungkin silap saya juga sebab tak tanya dia apa yang dia tak makan dan apa yang dia makan. Menu ikut tekak saya je. Mmm...apapun tragedy tu memang saya takkan lupa sampai bila2.

Banyak pula cerita tragedi hari ni. Apapun harap2 dapat weekend yang superbbbbb... Macam biasa la, sebagai penutup, mesti pic budak busuk masam ni.
Muka budak merajuk tak puas hati sebab tak puas main2 lagi saya dah nak pergi kerja.

Ok guys and girls....have a nice day...

korban...

Berangkat pergi biduk ku kayuh
Sarat hati yang luka
Agar tak lebih menyakitkan
Jika masih di sini

Bukan cuba untuk melarikan
Dari kerumitan cinta
Tapi waktu ini perlu untukku
Mengupas segalanya

Kadangkala pedih kini mencabarku
Melupakan semua
Tapi perasaan kasih padamu'Melebihi diriku
Tapi engkau bagaikan
Tidak mengerti
Halangan cinta hanya kita berdua
Terpaksa aku pergi mencari
Kesilapan sebenarnya

Mengalah bukan kalah
pergiku bukan lari
Bukan mudah bercinta
Jika pengertian tak setaraf
Menagih korban
Yang lebih dalam

korban cinta - aris ariwatan

Hanya...

Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku...

hanya kau yang mampu - aizat

Bukan...

Mestinya kau mengerti
Saat pertama kali
Kala kau peluk diriku
Jangan pernah biarkan
Diri terhanyut nafsu
Aku bukan orang suci

Bukalah matamu
Berpaling dari diriku
Benamkan semua mimpi-mimpimu
Jujur pada hati
Masih banyak cinta menanti
Jangan kau harapkan aku

Lupakan semua rayu
Jangan kagumi aku
Kerna ku tak cinta kamu
Mohon kau tinggalkan aku
Tak usah kau harap lagi
Kerna cinta untukmu palsu

Usah lagi sesali
Anggap tak pernah terjadi
Saat kau lepas diriku
Pernahkau kau sedari
Aku tak pernah berjanji
Untuk setia padamu

bukan orang suci-element

Thursday, June 19, 2008

Apa dah jadi.....

Apa dah jadi..apa dah jadi..lain yang diplanned lain yang jadi. Eeeee..geram betol. Kan ke semalam saya kata nak gi dinner jln2 makan cheese cake. Mmm...kononnya dah deal baik punye dengan Obek so just tggu his call and ready to go. Tapi apakan daya, tetiba dia called cakap kene keje la pulak. Arghh..benci la. So bye-bye cheese cake. Tak kesampaian kerinduan saya pada cheese cake. Takpe la..jangan selalu mengeluh. Cukup sekadar apa yang ada. jadinya malam tadi saya dah blur taktau nak makan apa. Korek punya korek peti ais jumpa la ntah hapa-hapa macam2, benda2 yang basic je ada. Cuma ada frozen vege, daun limau purut yg dah kecut, udang ada dlm 5 ekor, cili, bawang, dan ikan bilis. So apa yang mampu is buat nasi goreng jela. Potong2, godek2, campurkan segala yang ada, tumis2, goreng2, kebabommm..jadi la nasi goreng apa2 yang ada namanya. Tak kisah la tu janji kenyang. Kene sentiasa bersyukur ni. Buatnya lansong takda apa nak dimakan kan ke haru. Nak gi kuar malas le plak rasanya lagi pon kalo keluar harus terbang RM-RM saya yang kian menipis nih. Almaklum, kena la berjimat cermat sebab nak bayar duit gaji CEO TNB yang sampai RM100k sebulan tu melalui kenaikan tariff letrik katanya. Apa besar benarkah sumbangannya kepada rakyat dan negara??? Sedang dalam rakyat berkecamuk dengan isu kenaikan minyak, beras dan harga makanan harian seperti ayam dan barangan basah yang lain dan berhempas pulas mengikat perut memikirkan cara terbaik utk menyara keluarga, dia pulak mengumumkan yang tidak sepatutnya. Kot ye pon nak naikkan gaji sampai 600% pun jangan la umumkan pada waktu2 sebegini. Kesiankan rakyat yang semakin tertekan dan kesempitan hidup. Orang2 seperti itu tak tau betapa seksanya golongan rakyat kelas pertengahan dan bawahan ni nak menyara anak isteri memberi makanan yang halal. Bagi mereka yang masih berpegang kepada halal haram, pelbagai perkara perlu difikirkan sebelum bertindak. Bagi yang jenis let-go je, mulalah episod claim overtime tanpa kerja, claim segala benda yang boleh diclaim. Rasuah pun mulalah nanti bermaharajalela. Bagi yang duduk dikawasan kampung mungkin kos sara hidup boleh ditolong2 dari alam sekeliling. Pucuk ubi masih boleh dipetik di belakang rumah, setakat cili api segenggam masih boleh dipetik. Takde lauk, sayur kampung hatta kangkong parit pon boleh dibuat sayur. Bagi yang duduk dibandar, rezeki mengarapkan tulang empat kerat ini dan gaji bulanan. Disuruh kita bercucuk tanam? Kalau dah duduk di flat yang dinding-lantai-bumbung berkongsi dengan orang lain dimana lagi tempat nk bercucuk tanam? Hei, jangan banyak alasan la, dalam pasu pon boleh tanam. Dalam pasu? Setakat daun pandan dan daun kunyi tu memang boleh sangat, tapi larat ke makan daun pandan hari2? Ye, memang boleh, tapi sanggup ke bila hasil yang ditaman tiba-tiba je hilang lesap sebab disebat dek orang lain. Bila kita bercakap dikatakan kita ni jenis bangsa yang suka memberi alasan. Kita bercakap bukan sekadar cakap, kita dah melalui dan merasa keadaan macam tu. Owhh..saya bukan ahli agama nak berceramah sekadar melepaskan marah pada diri sendiri dan mengingatkan diri sendiri. Entah lah..dunia dah berubah. Bila anak2 diberi makan hasil tak tentu hala, mula la nanti anak jadi keras hati, so terjadila segala isu gejala sosial macam sekarang ni. Nauzubillah...semoga Allah melindungi kita dan zuriat kita. Eh..asalnya kan ke nak cerita pasal cheese cake je terus ke isu lain pulak.

Nasi goreng apa2 yang ada namanya..hantam la..janji kenyang


OK, back to the main issue semula, sudahnya saya dinner nasi goreng sahaja dan buat air laici (tak habis pun, almaklum, hajat terencat katakan..). Then ada buah jambu madu, saya potong2 dan tabur asam boi. Jadila buat makan2 sambil tengok TV.
Buah jambu potong, sejuk masam2 manis..sedappp

Dah la, penat je membebel. Nanti orang kata eleh minah ni nak berceramah pulak, dia tu guna harta kompeni buat blog tak sedar diri. Ehh...saya pun dah belajar la auto publish. Huahahahhaa...

Seperti biasa, pic mamat busuk masam ni haruslah adakan. Pagi tadi dia dok la memekak kat tinga saya sebok nak makan. Eee..tak senang saya nak tidor bangun lambat sikit l
a dia nih. Tu tgh dok mengempek kat katil saya. Sebok je, tempat sendiri takmo tido sebok nak tido kat tempat orang. Apapun, saya sayang dia..mmuuahhh...
Penyebok antarabangsa..mata silau sebab baru on the light..

Owh..bibir saya pecah2 la (ada orang kata kena mata ikan, nama sebetulnya idak le teman tau). Mungkin sebab cuaca panas, tapi saya banyak je minum air. Sakit sangat dah le besar lak tu. Takpe la, orang kata penyakit tu menghapuskan dosa2 kecil. Sebab saya suka membebel hal orang sebab tu la kot saya kene sakit mulut? Hwuahhahahaaa....




Mimpi....

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusiri kembali
Jalan-jalan sepi

Kaukah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasa
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

Mimpi yang tak sudah ~ Ibnor Riza

Wednesday, June 18, 2008

Tentang bulan dan buku....


Bulan malan tadi penuh, terang, bulat. Cantik sangat. Saya kononnya try le nak amik gambar, mmm..hasilnya mcm yang ada ni la. Almaklum, sambil drive sambil snap pic camno tu kan. Hehehhee..alasan le sbb pic tu tak cantik. Kat pic ni bulan tu udah jadi lonjong le pulak. Tapi if tgk in real sangat cantik terang benderang. Saya suka tengok bulan. Kalau bulan penuh terang mcm tu kan kita mcm ada nampak tompok2 kat bulan tu. Masa saya kecik2, saya tanya ibu apsal ada tompok2 kat bulan. Ibu cakap tompok2 tu la ada kanak2 main2 kat bulan tu. Siapa baik nanti boleh naik bulan, sapa jahat degil macam saya tak boleh. Tu dia...terus berazam nih nak berubah jadi baik. Baik sekejap je la, dalam 5 minit pas tu saya kembali ke sifat asal melompat2 je. Masa saya kecik2 dulu sangat manja dengan ibu, nak berdokong je walhal udah tua bangka skolah tadika. Hehhehe...jangan la tertanya kenapa saya ada ibu dan saya ada ma. huwhahahhaa..owh..sungguh kenangan. ...

Last weekend kan saya balik rumah ma. Sabtu pagi tu konon pegi le pasar nak cari telur ikan. Mmmm..itu memang makanan favourite saya. Masak la apa jenis resepi pon memang saya suka. So pegi la pasar, cari2 telur ikan just ada 1 gerai je yg ada, mahal lak tu. Tapi sebab nak makan juga beli jugak la. Ma beli juga ikan sembilang laut. Wahh...mmg makan busat if balik rmh ma. So menu on that day ialah glai lemak cili api telur ikan, asam pedas ikan sembilang dan sup tauhu lembut. Yumm..Yum...sedappppp... Masa kat pasar, ma terserempak le dengan kwannya, so brenti jap utk bergossipan. Saya malas nak dengor so terus pegi ke kereta hantar barang. Kebetulan saya parking depan satu apek ni jual baju2. Ada baju tido, ada baju kanak2, ada baju suar pompuan, semua la. Tapi sedeh sangat sebab takde orang beli (yang saya nampak la, kot2 time saya tak tgk ada org beli taktau la). But then rasa sedih tu sebab tgk apek ni tua, kemas2 sorang2 angat sana sini berpeluh2. Saya snap gambar apek ni senyap2. Baju dia jual murah2 je rm10 je. Saya tak kira la dia tu apek ke, ane ke, aya ke, pak haji ke, tapi bila tengok orang tua mcm tu meniaga sensorang pilu rasanya. Entah la, saya kan cepat je rasa sedih2 ni entah2 apek tu saja je buang2 masa dia berniaga walhal duit dlm poket berkepuk. Wallahualam..


Tu apek tengah kemas2 baju masuk dlm kotak nak balik dah..

Nezha malam tadi as usual, terejal mencakar2. Habis sofa dicakar2. Takpe Nezha, buat la lagi. Sofa tu saya mintak je kat kedai tu tak yah beli2..takpe2..buat la lagi, dan lagi dan lagi..gggrrrrr...
Semalam makanan dia dah habis. Saya pegi cari kat pet shop tutup le pulak. Gi carik kat klinik 2-2 klinik takde udah habis. Ayayayayayaa....pening dibuatnya. So nak tak nak belikan whiskas je la bg dia. Boleh dia cium2 pas tu blah mengiau2. Takmo makannnnn...eeeee..geram sangat. Saya kata makanan dah habis makan tu dulu dia takmo. Habis camne nak buat??? call Obek mintak tlg dia belikan if dia ada kelua. Kebetulan dia ke Cheras jumpa pakcik membincangkan hal tuan pengetua masuk wad tu. So, saya srh dia belikan cepat2 sebab takut kedai pet tutup sebab dah mlm time tu pkl 8 dah. Wahh...harga makanan kucing pun dah naik!!!! Apa le kene mengena harga makanan kucing dgn petrol gamaknya. Ye2 saya tau la org tu hangkot guna lori tapi melampau2 tu..Benci arrr macam ni.

Budak manja tengah makan. Nampak ada 2 bekas. Bekas biru tu yang saya campur dgn whiskas, dai takmo makan... so letak dalam bekas lain yang pink tu baru le menyondol2 makan. Demanding betul mamat nih.


Seperti biasa, kena la baca bukukan, supaya tak lupa perkataan2 yang pelik2 tu. So, minngu ni saya baca Regrets Only tulisan Nancy Geary. Cerita mengisahkan Lucy yang jadi polis bercintan cintun dengan anak orang kaya katanya. Then mak boyfriend dia mati, so dia menyiasat. Chewahh..saya belom habis lagi baca. Takde masa sangat lagi. Malam nak baca sebok nk tengok TV la haruskan. Si Nezha pun sebok la suruh tepuk2 dia la, nak garu2kan dia la. Mamat tu asyik la nak mengempek dengan saya tak boleh tgk saya senang sikit. Sebenarnya ad lagi 2 buku belum baca. Nanti2 if ada masa saya baca dan ceritakn kat sini. Baru le best kan. Kot2 ada gak yang dah baca buku tu boleh le sembang2. Ala2 book club hahahhaha...berangan je lebih. Tapi if takde orang yang nak sembang dgn saya pun takpe la...apa boleh buat.


Cover of the book...

Hari ni pegi keje jalan jem sangat. Eeee....opss..tak baik marah2, cakap "saya suka jalan jem"..hwuahahhaa..baru la rasa kurang sikit tensen tu. Kehkehkehkeh... think positive katakan. Penat la dah ni, macam2 nak kene buat hari ni. Harap2 malam ni Obek ada masa temankan saya gi dinner la. Teringin la nak makan cheese cake. Tak kira la apa flavour pon janji cheese cake... wahhh..sedapnya. (kalo pasal makan segar bijik mata!!!).

Last but not least, mai pakat2 menatap pic buah hati pengarang jantung saya ni. Masa ni baru lepas makan banyak dan tengah lepak2 tak larat bawak perut sebab kenyang sangat so dia jadi baik le sekejap. hehehheee.... sayang Nezha...

Budak hitam yang busuk masam...

Have a nice day...Adios Amigos.....

Jiwang sikit pepagi nih....

Ku ditinggal senja
Malam menghampiri
Sendiriku dalam menanti
Segera oh angin sampaikan rinduku
Terlupakah kau pada janjimu

Ketika bersama rindu bergelora
Perpisahan menikam jiwa
Kau pandai mengusik kau pandai menggoda
Kini diriku yang kau tinggalkan begitu saja

Apakah ertinya ucapan manismu
Kau merinduiku
Mungkin hanya aku
Ynag membiarkan menipu diriku

Biar luka menyiksa jiwa
Biar kasih tak kunjung tiba
Kerna pada hakikatnya diriku kau persenda
Aku hanya insan biasa
Lemah pada rayuan manja
Terlena dibuai mesra
Pada cinta yang hampa

Dimalam yang sunyi
Sepi menyendiri
Ku hulur dan menyusun jari
Ku pohon kau ubatikanlah rinduku
Bayang kasih dalam mimpiku
Menikam kalbu......

Tuesday, June 17, 2008

Sad news.. and more...

Semalan baru je on the way balik dari dinner Obek received call dari pakcik dia ckp Ayah masuk hospital. Ayah ni bukan ayah Obek bebetul, ayah angkat je tapi dia rapat dari zaman muda remaja dulu. Dulu Obek ni orangnya baran bebeno sampai bakar2 kedai orang nih. So tu yang pi berubat dengan ayah tu, kira dah macam family sendiri. Sekarang Obek dah kurang baran but still ada. Obek mmg jenis kurang bercakap. Bercakap tu bila perlu je bukan macam saya bercakap 25jam sampai Obek kata tak penat ke bercakapppp je, dia yang tukang dengar pun naik lemas nih. HWuhahaha..nak buat macamana. Memang hobi sampingan saya bercakap. Kalo membebel lagi suka. Hehhee.. Saya panggil ayah tu pengetua. hwuahhahaha...sebab dia ramai anak murid. Btw, Obek send me home and he straight went to Hospital Ampang. Katanya ayah memula muntah darah then terus tak sedar. So now still comma. Aduhai...walaupun saya tak berapa kenal sangat dengan pengetua tu but still kesian. Mudah2an pengetua cepat sembuh.

Sekarang blog saya takde picture sangat. Malas la nak berblutooth bagai. Leceh. Cable pun ntah ke mana. Tapi takpe la, bukan ada orang nk baca pun blog saya ni. Sesetengah blog banyak gambar. Menarik. Takpe2, slow2 la esok2 saya dah rajin ha..hadap le gambor sesadonye. Nezha macam biasa la, terejal sana sini melompat. Semalam petang lepas balik jera saya dok kat luar dengan dia. biar dia amik angin luar sikit. Tengah lepak2 Mak AhTong balik dan tegur. hehehe..hidup berjiran katanya harus tegur menegur. si Nezha tu pandai cover line, kalau ada orang mual la buat muka sweet cute dia tu. Kalo takde orang, saya ni dikudakannya. Macam2 peel dia tu jangan taktau. Ada je muslihat dia tu.

Semalam tetiba skandal saya yang kat Perlis PM (wahhh..ada skandal gitu. Bukan skandal la...kawan2 lama). Katanya bulan 8 or 9 nak dtg KL for good, nak koje KL le tu. Memang elok pun. Dok kat sana dia tu koje tunggang langgang, kat sini biarla elok sikit hendaknya. Demi masa depan katakan.

Saya ni kalau dah lepas Maghrib je cepat beno mengantuknya. Rasa tu kalo boleh nak menyampaikan ke pkul 9 tu seksa beno rasanya. Apsal le entah walhal bukan koje terok beno pon. Rasanya penat otak lagi terok kot dari penat badan tu pasal le bila dapat je relax terus lemah longlai badan2 semua. Tapi angan2 je tu nk tido pukul 9. Dapat mengadap TV, pukul 12 pun sanggop tunggu. hehhee..saya selain dari hantu buku juga adalah hantu TV. Tambah2 cerita hkartun, wahhh...memang kene beno le jawabnya. Mengada je dah tua2 suka tgk kartun. takpe la, pedulik hapa TV sendiri sukati la nak tgk apa pun.

Semalam sihapak buat rebonding. Terkejut saya tengok patut le memula tak perasan sangat. Kejung semacam je rambutnya saya tengok (ayat dengki nih). Hantam la labu..pas tu sebok nak kat table saya sambil melibas2 rambut dia tu dengan harapan saya nak tegur le rambut baru dia tu. Ptuiii..tak hingin saya. Ahh..biarkan lah dia dengan dunia dia. Sihapak tu memang lain sikit citarasa dia, dari baju, seluar, kasut semuanya pelik2 belaka. Nanti if ada masa saya curi2 snap pic dia. hehheheee...

Nanti tulis lagi la..boring la..luv u..

Monday, June 16, 2008

BZ sangat hari ni...

BZ sangat la saya harin i sampai nak buat apa benda pun tak sempat ni. Almaklum...saya kan nak merebut gelaran Pekerja Harapan Kompeni haruslah bz selalu. Banyak benda nk cerita ni tapi tak sempat sangat2. Takpe2...esok masih ada.

Dia buat lagi...dan lagi...dan lagi......

Dia buat lagi dahhhh.... kesayangan saya, buah hati saya, pengarang jantung saya buat perangai lagi..remaja lari dari rumah. Geram tak terkata. Sabtu pagi saya kat rumah ma saya, tenagh dok nak prepare for lunch tetiba dapat call. Jiran saya, Mak Ah Tong (Ah Tong tu anjing besauuu) called said Nezha kuar rumah lari2 kat longkang. Dia dah tlh kejarkan n boh semula dlm pagar n being terkejut gamaknya Nezha dok je depan pintu. Saya nak balik lambat le lagi. Sudahnya saya tak senang duduk dan makan lunch sikit je sebab risau pikirkan dia. Uwwaaaa...benci sangat tau perasaan risau2 nih. Then, called Obek srh dia gi rmh tlg tgk2kan Nezha dulu sementara saya sampai. Pkl 2 saya sampai Obek pun menyampai laporan. Nezha lari lagi masa dia tgh jaga mmt tu.


Ah Tong rupa dia mcm ni la. Besar, tinggi. Tapi Ah Tong kaler coklat je smua, tompok2 kecik je. Nanti if berkesempatan saya amik gambar Ah Tong. Tapi Ah Tong baik...dia tak kaco orang. Dengan saya dia kenal and baik je.


Kali ni Obek k
ejar sampai hujung longkang..jauh tau tak. EEii.....sedih sangat rasanya. Apsal Nezha skrg suka nk kuar rumah lari2 pegi jauh2. Kat luar tu byk anjing liar yg jahat2 nanti kene gigit. Kucing kurap pun banyakkkk. Ptg tu saya tido bawak dia skali boh dlm bilik n tutup pintu rapat. Saya sedar2 ptg tu senyapp je tgk pintu bilik terbuka. Ahh..sudah, otak dah pikir yang bukan2 dah ni. Cari punye cari takde. Sah!! Memang sah mmt ni kuar lagi. Saya sarung suar track, dok redah longkang lagi ptg tu. Jumpa la dia dlm longkang tgh tercangak2 sbb takut sbb depan sana dah ada anjing tggu. Kebetulan longang tu dpn rmh mkck kerek... mkcik tu tgk saya menyeludup bwh longkang terus dia pon dtg ni tgk saya. Dia igt saya nk pecah rmh dia kot. Puii..tak hingin la mkck. Saya itu jam udah mengangis2 sakan sambil capai Nezha sambil panjat longkang besau tu. Then lari balik rmh. Marah2 Nezha, bersihkan bulu2 dia busuk bau longkang, bagi makan then dia dito kepenatan. Tau pon. Konon2 nak survive la kat luar tu. Hei Nezha..kat luar tu tak de rayal canine tau orang nak bagi. Nanti ko makan le nasik basi ko nak??? eee..geram sangat.

Ahad pagi saya pi Jln TAR memborong baju nak buat pegi kenduri kwn kawen bln 8 n utk stok baju raya. Penat gila. Balik dari Jln TAR pegi kedai hardware beli jaring utk pasangkat pintu tu bior Nezha yang cerdikt u takde akal lagi nk kuar. Saya pun kelentang kelentung sensorang membuat, merekabentuk dan memasang jaring2 tu. So then, siap!!!..hwuahhaha...bangga2. Sekarang Nezha takde harapan nk kuar dah. tapi rupanya....ramalanku salah belaka.

Pagi tadi saya dah siap nak pi koje, saya bukak pintu tu kecik je sbb saya nak hidupkan enjin kereta. Time tu pagar tak bukak lagi. Boleh tak Nezha tu melompat tendang pintu tu dan lari keluar menyusup bawah pagar. Saya nak kedar pintu gate blm buka lagi. Waduhhhh...melalak2 le saya pepagi tu. Bukak gate, terus kejar dia. Saya ni dah le jenis tak penah nak exercise ke hapa, kena lak beramazing race dengan Nezha tu. Tensen betol!!!! Saya tgk dari bwh longkang tgk dia dah sampai hujung sana jauh. Saya pun berlari2 ke pepagi buta tadi tu dgn orang ramai sebok nk gi koje, budak2 nk gi skolah. Arrghhhh.... Saya jumpa je terus saya masok dlmlongkang tu amik dia, dukung, lari balk rumah sebab tetiba teringat enjin kereta tgh hidop dan pintu pagar tak berkunci. Kang lainpulak yang hilang. Huishh.. mintak dijauhkan. Ni petang ni nak tutup lak bawah pagar tu. Hei..satu koje lagi. Geram betol. So hari ni saya pegi koje dgn badan berpeluh2 dan kaki menggeletar sbb tak penah2 jogging tetiba harini dibantainya lari pecut pulak. Gigil teman!!!. Nezha, Nezha..macam2 hal ye kamu ni.


Harini takde gambar budak degil tu. Biarkan dia.

Friday, June 13, 2008

sakit perut...prottttpottpottttt....

sakit peruttt..wah hari ini betul2 diishtiharkan hari sakit sedunia la. Dari sakit hati turun ke sakit perut, lepas ni apa pulak? Sakit kaki pulak ke? Ceritanya macam ni, tadi lunch hour saya pun kuar le konon nak melangut2 la kat pasaraya tuh. Time nak bayar orang ramai le pulak Q, then beratur le jugak. Tengah2 beratur tu, tetiba perut boleh lak sakit. Sakit yang teramat sangat rasa macam nak tercerri-berri kat situ gak. Haduihh...berpeluh jantan betina smua udah kuar ni menahan sakit perut sambil kumat-kamit le membaca apa yang patut. Sampai berpinau-pinau mata saya menahannya. Tak dapat dibayangkan kot2 tengah Q tu terkeluar lak BOM ATOM or lagi naya cerri-berri terus, harus malu saya seumur hidup... Memang takkan jejak pasaraya tu lagi dah. Kompom!!! Tapi Alhamdulillah, lepas bayar terus nih berlari2 kanak2 ke kereta dgn harapan cepat la sampai opis. Kat pasaraya tu mmg la ada toilet tapi cik bonbon saya ni over sensitive lah. Dia kalo tempat tak dikenali mmg takkannya menjalankan business dia. Dok la kat dlm tu 2 hari 2 mlm pun mmg takkan terbusiness punya la. So then dah gerak, sekali jln jem pulakkkk...dan perut pon tetiba sakit semula mcm tak nyempat2 dah ni..Haduih haii..rasa nak menjerit rasanya. Cilok sana cilok sini fuhh..sampai office. Sampai2 je terus le menuju office kecik tu, boleh tak at the moment saya dok je kat dlm tu dia punye sakit perut tu terus hilang!! Macam takde apa2 berlaku je sebelum ni. Segala rasa yang nak tercerri-berri tu terus takde, rasa nak pengsan tu pun terus hilang. Ajaib betol. Tenang, nyaman je. Hahhahahahaa..geram sangatttttt... So, sudahnya sampai skrg blm ada rasa nak ke office kecik tu lagi. Apa hal la perut saya ni. dia pun stress agaknya tu yg tunjuk perasaan tu. Sabar je la. Kalau difikirkan nak marah pun ada, nak gelak pun ada. You all macammana? Pernah mengalami keadaan yang macam ni ke?

sakit hati...


Sakitnya hati..... bukannya hati tu ada penyakit demam,, gastrik ke hapa, sakit hati sebab bengang, marah dan yang seangkatan dengannya. Kenapa lak tetiba nak sakit hati pepagi jumaat ni? sebab musababnya kisah berlanjutan dari ptg semalam la nih. Arrgghh...taknak ckp la, buat lagi semak kepala la. Sabar2..banyakkan mengucap, bior hati tu bersih sikit idak le nanti sakit hati ke hapa ke. Takpe la, mungkin masa ni roda berpusing berada di bawah tapi satu hari nanti pusingan itu akan berada di atas juga.

Pagi ni moody sikit. Almaklum..tak habis2 kisah sakit hati saya tu. Lupakan je la, buat penat je pikir2. Hari ni sejak semalam tak berapa sihat sebenarnya. Badan lemah je, kaki dan tangan rasa kebas2 je. Kenapa ye? Dah selalu sangat kebas2 ni risau le pulakkan tapi tak le pulak gi check kat doktor. Arghh...tak kuasa la. Nezha macam biasa, terejal terlebih malam tadi melompat2 tak hingat dunia sampai alas meja pun dia nak kemasnya. Geram betul dengan mamat ni. Petang ni balik rumah ma. Yeyyy...best2 boleh makan sedap2. Chewah, otak pun mula la nk mereka-reka menu utk tonite and tomorrow. Tak kisah la, kalo ma yang masak goreng ikan bilis pun sodapppp...tapi rasa2 saya tingin nk makan lontong la. huwahhaha..kalo pasal makan, cerah biji mata.





Thursday, June 12, 2008

maksud tersembunyi di sebalik nama?

Owh...tadi pegi blog hopping ternampak la benda tu. Macam menarik so apa kata saya cuba, dan hasilnya ialah...





What Sanyaleeya Means



You are the total package - suave, sexy, smart, and strong.

You have the whole world under your spell, and you can influence almost everyone you know.

You don't always resist your urges to crush the weak. Just remember, they don't have as much going for them as you do.



You are usually the best at everything ... you strive for perfection.

You are confident, authoritative, and aggressive.

You have the classic "Type A" personality.

You are very intuitive and wise. You understand the world better than most people.

You also have a very active imagination. You often get carried away with your thoughts.

You are prone to a little paranoia and jealousy. You sometimes go overboard in interpreting signals.

You are a free spirit, and you resent anyone who tries to fence you in.

You are unpredictable, adventurous, and always a little surprising.

You may miss out by not settling down, but you're too busy having fun to care.

You are relaxed, chill, and very likely to go with the flow.

You are light hearted and accepting. You don't get worked up easily.

Well adjusted and incredibly happy, many people wonder what your secret to life is.

You are friendly, charming, and warm. You get along with almost everyone.

You work hard not to rock the boat. Your easy going attitude brings people together.

At times, you can be a little flaky and irresponsible. But for the important things, you pull it together.

What's Your Name's Hidden Meaning?

Explanation please....

Menurut apa yang ditulis tu, I'm a total package katanya!!! Wahh gitu...

* suave-ala2 confident, elegant & polite (tu dia tak ngalah wehhh..), sexy-owhh..bukan sexy badan ye..interpretasi sexy adalah berbeza pada setiap orang, smart-boleh tahan and strong-kadang2 je, kadang2 lemah semangat gak.


* can influence almost everyone : idak le rasanya..sesetangah orang je la. Mulut saya tak le berapa manis tapi tak busuk ye...

* usually best at everyting-strive for perfection : kalo boleh mmg le nak perfect tapi apakan daya. Lagipun bende yang saya selalu buat takde la pernak perfect tapikeinginan utk perfect tu ada la..sapa takmo kan, bende dibuat jadi lawo cantik.

* Type A personality : Ye la tu (most of the time la).

* very intuitive and wise : hehehe..macam ye je la tu kan... tahap intuition saya 90% adalah betul.Ada rasa mcm tau2 je kan. Ada harapan jadi bomoh antarabangsa nih.

* very active imagination : ya sudah tentu..kalo tak takkan saya boleh terbayangkan buaya ada dalam swimming pool dan saya selalu memenuhi kehendak saya melalui imagination dulu. Ala2 motivasi diri la tu. Kot tak dapat pun at least dlm imaginasi udah merasa.

* prone to a little paranoia & jealousy : Harus ada.

* free spirit : yeeehaaaaaaaa....

* unpredictable, adventurous and always a little suprising : hahahhaaa...bukan ke saya multiple personality. memang susah nak predict saya.

*relaxed, chill & go with the flow : ya betullllllllllll....

* friendly, charming, warm : most of the times la

* little flaky & irresponsible : huwahhahahaa...kalo angin malas menjelma mmg irresponsible. tapi setakat ni takde la yg tahap irresponsible keterlaluan..sendiri mau ingat la wehhh..

* but for the important things, u pull it together : yeah..you're right. Its just me...


seronok2..lepas ni kita cari bende lain pula ya..sesambil mengasah bakat mengodek bog nih.

Terlebih rajin pulakk...

Wahhh...hari ni pepagi saya udah terkejut dog betol. Maunya idak, saya tengah bz2 nk kuar gi koje carik mamat ni takde, senyap je panggil beratus2 kali pun senyap je..arrghhh...rupanya dia pandai kuar sendiriiii ikut celah2 pintu tu, pas tu tak reti nak cari jalan masuk semula, so dok le tepi kereta tu..nasib baik tak gi kuar gate kalo idakkk..nauzubillah..minta dijauhkan, pepagi kereta lori bas segala macam bende ada kat luar tu kang penyekkkk...so selepas sessi kaunseling, dai masuk rumah dan saya pun pegi koje.Fuhh..lega.

Semalam dinner kat rumah ke kononnya sebab tingin makan sandwich. Tengok2 bahan semua ada so hentam aje la janji ada roti ada sardin itu consider sandwich le tu kan. Tengah saya dok godek2 potong segala bahan mamat rajin ni pun sebok je nak tolong kononnya. Tangan tu tak reti diam dok mencapai2 yang saya pulak tak perasan ala2 bz kononnya walhal baru potong tomato udah bz katanya. Boleh lak mamat ni pegi capai pisau tu..udah le pisau tu tgh pedas sebab potong cili. Eeeeiii..geram betol. Dah kene marah tau lak merajuk kat depan. Saya suruh dok depan tgk tv pon takmo lagi mau tolong. Tensen saya!!
-buat muka-merajuk-baru lepas kene marah
So, selepas berhempas pulas, siap la sandwich saya. Makan dengan penuh berselera, minum teh dan puding mangga cop giant sebagai dessert.


-sandwich terlebih toast-tomato potong2-teh jasmine dlm gelas free-puding mangga cop gaint-

Disebabkan semalam saya terlebih rajin pulak, saya buat le kuih seri muka yang kurang berseri sebab atasnye tak licin rata ala2 menggerutu sebab udah terkene titisan air semasa buka tudung periuk. Apsal saya terlebih rajin? sebab saya teringin makan kuih tu. Walopon rupanye tidak lawa tapi rasanya amatlah marvelous tauu..sedap pekat lemak berkrim, siap tapau2 lagi pagi nih. Harus menjimatkan duit lunch hari ni.
- panas2..baru lepas angkat dari periuk-


- proses memotong dan menapau (abaikan permukaan menggerutu dan sememeh itu-

-makan dulu sikit kat rumah, mana boleh drive pepagi jem lapar kang ada yang jadi kingkong -

Jadinya hari ni saya dari pagi kekenyangan. Keje hari ni pun tak berapa bz sangat so ada la masa nak mengodek blog ni lagi. Owhh..sukanya saya... malam ni nak buat apa pulak ye. Chewahh..berangan tak sudah. Malam ni iron baju la pulakkk.

Wednesday, June 11, 2008

Cerita Semalam Dan Hari Ini...

Kerja, kerja, kerja...asyik kerja aje tapi kalau tak kerja camne nak dapat duit berjoli katak. Chewahh...joli katak katanya, walhal lepas tolak hutang wajib bayar, baki bawa hadapan cuma tinggal sejemput je, tapi cukup untuk makan, Alhamdulillah. Hajat berkurun yang nak pegi holiday tu nampaknya kena tangguhkan lagi la. Jangan kata nak ke Bali ke hapa ke, even ke Genting Highland tu pun saya belum sampai lagi. Betul2 ketinggalan zaman betol la. Takpe la..ada rezeki boleh la pegi. Mana tau Obek dapat projek juta-juta rupiah ada la harapan..hwauhahahaaa... Malam tadi around 830pm Obek called and asked me to get ready for dinner. Heeeee..bosannya tak tau nk makan apa, after almost 1/2 hours pusing2, so we ended up at this new restaurant. Looks good from afar with bright colorful neon lights, but it was not that nice when you were there. Luckily, it was not that ordinary kedai tomyam, they served asam pedas which is too hard to find here at any restaurant for dinner. So, apa lagi, we ordered asam pedas ikan kembung (cos its the cheapest ikan in the menu) and mee bandung Muar katanya. Not bad la, since i didn't sakit perot this morning, so i consider the food there was good enough. Thinking of going to Jusco for jalan2 but Obek have to go back to work. Eeeee... as i said before his working motto is 'koje 25jam'. Ahh..nasib baik Nezha ada boleh le melepaskan geram kat dia..muwahahhaa..


Hari ni macam biasa je, takde apa yang menarik, keje macam biasa, semua pun macam biasa, cuma tahap kelaparan perut je yang luar biasa, terlebih over lak dia hari ni. takpe2. Hari ni gak still try mengodek blog ni supaya nampak lebih lawa. Managed to put user counter and clock tapi berterabur susunaturnya. Semalam dah letak chat box tu. Takpa2..sabar2. Harap2 nanti boleh rearrange semula bagi elok sikit. Seronok baca blog kawan2 yang lawo2, ada letak pelbagai benda dalamnya. Rupanye memerlukan masa ye membuat blog ni. Nasib baik skrg tak berapa bz. Saya kan ke super power girl, koje harus le cepat siap. hehehee.. Hari ni nak kuatkan semangat takmo kutuk2 orang. Hari2 mengutuk je mulut tak reti nak penat agaknya. Alaa..bukan kutuk sape pon, kutuk nyonya hapak kat sini je She deserved the kutukans itu semua. Owh..lupa satu perkara, hari ni siamang pakai baju sama kaler dengan baju saya. Benci la...takkan setiap hari coincident (coindicence ke coincident??) je. Almost every day his shirt will match mine. Ke saya je yang terlebih perasan. Ahh..benci la...

Next week ingat nak ganti puasa. Helloo...puasa baru dah nak datang tahun lepas punye baru berapa hari je berganti. Alaa..bukan puasa ganti je, puasa nazar semua sekali ada. Elok gak puasa ni, jimat duit, boleh diet dan menyihatkan badan. So, kepada sesiapa yang terbaca ni, anda udah ganti puasa ke belom? kalo belom mari kita sama2 ganti puasa. Cakap pasal puasa ni, ma dah mula la nk menjelajah Nilai3 tu nak memborong langsir. Huhuhuhu..semangat dia ngalahkan saya. Katanya ada offer, entah la, harap2 this saturday boleh bawak ma ke sana so that saya pon boleh tumpang pow kain baju sepasang dua. muwahhahaaa...

Obek just called saya mintak tolong change his proposal. Eee...penat la, bukan takmo tolong tapi pening la. Dinner at Chillis will always be his bribe to me. Ye la, saya ni orang kampung, so bila ajak makan kat Chilis je harus le melompat2. Takpe2, nanti saya usahakan. Saya kan memang suka tolong orang. Sebab saya dah rasa betapa peritnya ketika kita minta tolong orang tapi orang tak tolong kita. Last time when im doing my thesis mintak tolong kat 'kawan2' yang dah habis untuk ajarkan SPSS. Saya minta tolong ajarkan ye bukan minta tolong buatkan or mengarah depa2 tu buat. Kawan2 yang dulunay lembut gigi dari lidah rupanya perangai mcm tu. Bila saya tanya jawapannya " ala..senang je, ko clik sana clik sini dapat le nanti jawapannya.." mm..takat sebut2 clik2 tu mak saya pun tau. Tapi takpe la, kejadian tu menyedarkan saya siapa kawan2 yang selama ni saya anggap kawan. Satu pengalaman yang cukup berharga. Mungkin mereka tidak mahu thesis saya lebih baik dari mereka. Entah la..apa pun thesis saya lulus cemerlang ye. Sejak kejadian tu, saya mula berfikir adakah rugi jika tolong orang yang memerlukan bantuan. Tolong dari segi ilmu, sokongan moral atau pendapat pada saya tak merugikan lansung. Lainlah jika tolong huloq RM tetiap bulan. Itu bukan tolong, itu menjahanam namanya. Mujur ada Jem, who is my best buddy until today, dia yang tolong ajar saya SPSS tu. Dia bagus tak kedekut ilmu walaupun dia sendiri merangkak2. Harap dia juga berjaya. Owh..ckp pasal Jem, last week is her birthday, able to be the first wishing her happy birthday tapi belum sempat nak beli present. Semoga Jem success selalu ye Jem.

Banyak pula berceloteh hari ni. Al maklum..idea tu banyak cumanya belum ada mood lagi. Nanti2 ada mood boleh sambung...

Tuesday, June 10, 2008

macam-macam ada....


as usual, tidur saya diganggu oleh dia. hei..kenapa tak boleh bagi saya senang tidur ha?? mengantuk tau tak! takpe la..sayang punya pasal biarkan je la. owh..malam tadi saya mengigau. sebab mimpi pegi swimming sekali swimming instructor tu ada ajar sorang mamat ni..but then mamat ni siap menari ballet dulu as his warm-up. haruslah saya gelak beriya and sedar2 tengah gelak sensorang. ahh..takpe, bukan ada orang pun. mm..talking about swimming, where can i attend swimming class? teringin bebeno rasanya nak berenang tapi penakot air, camno tu? being an aqua-phobia since zaman tok kadok is not an easy task to ask me to go near to any mass-volume water environment. I'll easyly gone imagine that there is always crocs or naga or whatever water creatures waiting there happily to bite or telan saya anytime. wohh..NO. but lately i think i'm trying my best to change the bad imagination into positive picture. Hope I'm able to learn swimming without any over reaction. Cross my fingers. Nezha as usual malam baru la nak terejal nak melompat sana sini, siang tidor je. hei Nezha, dari tidor je siang baik le tolong kemas rumah. semalam saya balik tgk black queen and white pawn saya sdh ada bawah pintu. how come? dah main susun le semula boleh tak? kan saya dah ajar banyak kali. takpe2...saya memang baik, saya susun semula atas chess pad tu. owhh..saya mmg suka main chess tapi every time main mesti nak menang, if kalah nanti saya menangis guling2, muwahahahhaa..

Able to watch long khong II last week. not as scary as i imagine but manage to give 3 out of 5 stars. still try to loose my weight. why everybody is so concern about their weight? those who have extra kilos would like to be thinner than the olsen. those who are the walking skeleton wish to have better body figure like eva longoria. as for me, losing some kilos will enable me to have wider choices of pants and tops. ahh..after all, I'm thankful for whatever i have now. why am i writing in tonggang langgang English? because... i always try to improve it whenever i can. always dreams of having the nice luscious English accent in my English communication, but hey..it was only in my dream right. takpe2..still can learn..takpe lagi..that's the common reason of typical saya. some may say 'elehh minah ni, english tunggang langgang ada hati nk tulis blog in english, blah la weii.." or some may say 'mmm..bagus gak minah ni sedar diri dan ada keinginan nak belajar walaupon dah kertu..'. hehhee, macam saya cakap awal2 lagi, semua orang ada perspektif mereka sendiri, sebab itu gelas yang separuh penuh dilihat sebagai gelas yang separuh kosong oleh sesetengah orang. penilaian itu berbeza2 dan mempunyai pelbagai maksud. eehh..sudahlah.. nak berceramah pula.

ada orang kata saya ni ada multiple personality, macam Dr. Jekyl & Mr. Hyde..hahahhaa..apsal? sebab kadang2 saya ni baik sangat, kadang2 saya ni kejam sangat. jeng jeng jenggggg...fullamak, boleh buat biografi le mcm ni ye. tapi pernah dengar that old nursery rhyme; "There was a little girl who had a little curl, right in the middle of her forehead, when she was good, she was very-very good, and when she was bad, she was horrid". Dr. Beitner, Ph.D kata multiple personality tu adalah konflik perasaan dalam diri seseorang, tapi bukan gila ye. tapi kalau difikirkan, setiap dari kita juga mungkin ada pernah mengalaminya. bak kata orang, macam ada je suara berbisik yang mendorong.. atau pelakuan yang tidak sama dengan fikiran. owhh..untuk penjelasan lebih baik baca sendiri apa itu multiple personality. sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan. seronok tau kalo baca benda2 macam ni. dari baca majalah 'mempelam' yang membuak2 tu..baik baca buku macam ni. owhh..tiba2 rasa macam demam la....mm..itu bukan multiple personality, itu multiple 'M'...muwahahhaaaaa...






Monday, June 9, 2008

mentang2 baru berangan nak berblog bagai..sakan menulis. tak kiralah, janji koje udah siap. apa yang nak dicerita ceritikan? banyakk... tentang hidup, tentang mati, tentang saya, tentang dia, tentang semuanya. kenapa perlu cerita? saja je suka2.. kalau bukan untuk orang baca pun untuk peringatan diri sendiri. alamak... tengah bersemangat nk menulis ni sakit pewot le pulak.. ada je gangguan. chett..takpe2..sat2 gi sambung.

Hari ni ada apa ye? kuar rmh pukul 7 pagi atas sebab musabab nk mengelakkan jem di jalan / lebuhraya bertol yang mengabihkan RM saya setiap hari. mmm..so, sampai awal le jugak, esok tamo kuar awal dah..nk kuar mcm biasa pkl 8 tapi kalo kuar lambat sat gi tadak parking..huhuhuhu..benciii... hari2 mau benci.

plan mlm ni.. takde plan apa pon..dok rmh mengulit nezha je la. mmt tu manja bkn main..nak mengempek je 24jam..mmt tu le yg slalu ngaco tidur saya yang mmg selalu tak lena sbb selalu mimpi hantu (rumah saya berhantu ke? memang pon), apa2 hal pun mmt ni le yg kene didahulukan..chewahh..sape mmt ni?? ada la..rahsia..chewahh..banyak la ko punye rahsia. dinner apa ye? mm..no idea. minum teh 'o' je pon cukup. kata nk kurus, haruslah diet bermati-matian..tambah2 kene le jimat sikit..org baya ko smua dah berharta..ko sebijik pon takde lagik nih. saba2..sabar itu separuh dari nama sabariah atau sabarudin.

banyak betul impian yang belum terlaksana.. salah satu daripadanya hampir tercapai (pertanyaan utk diri sendiri : kenapa sebut salah satu? bende tu bukannye salah. apsal tak sebut diantaranya..kan ke lebih bagus?) orang baya ko ni dah ada double triple degree..ini baru terhegeh2..adakah terlambat? takpe2..bior lambat dari takde lansong..tu le..dulu org srh blajor takmo..kan ke dah nyesal. takpe2..(salah diri sndri mmg le cpt je ckp takpe.. cuba slh orang..harus melompat2 itu jam gak). prof kata kaji diri sendiri dulu baru mengkaji orang/perkara lain. aahh..prof tu tak bagi saya A pun so mls le nk dgr ckp dia.muwahahahaa.

apa sebenarnya yang dicari dalam hidup ini? owh..terlalu banyak tak terkira rasanya saya. tapi saya pikir perkara2 tu semuanya datangdan pergi. macam saya ni jenis yang cepat berpuas hati..diibaratkan nk makan nasik lemak tapi dah takde, so makan nasi putih biasa dengan sambal tumis pun dah mencukupi. saya bukan jenis yang demanding. apa pun boleh. tapi saya tak suka kemas rumah (patut pon rumah ngalahkan tongkang pecah). owhh..itu bukan salah saya, itu nezha punye pasal. dai yang selalu selerakkan rumah. dia yang buat takkan saya pulak yang kene kemas? dimanakah keADILan? opss..ini bukan blog berbau politik..juga tak layak digelar politikus, tapi polikucing lebih sesuai..meowwww...

cita2 utk tahun ni, rasa2nya 2 dari 24 udah tercapai. wah gituu..brapa banyak say apunye azam saya sendiri tak tahu ye harap maklum. begitu juga dengan bilangan bf. opss... wajah siapakah yang dikau cari, setelah dikau mengecewakanku, senyuman siapakah yang masih masih dikau nanti utk mengisi kekosongan jiwa.. tu dia..nak berjiwang2 lak. padahal saya yang diselalu disebut ala2 gengstar, dilabelkan sebagai kejam, dicop sebagai kaki buli..owhh..terima kasih kepada pelabel2 sekalian. akan saya ingat sampai bila2 kerana tetap ada kenangan manis diantara kita dicelah2 kutukan mesra itu.

saya suka masak tau..walaupun apa yang saya masak tu tak menjadi. dengan ertikata lain, masak tak sedap le wei senang cerita. buat kuih harus jadi lembik, buat kek takmo naik, masak nasik kadang2 ok kadang2 ko, buat air selalunya terlebih manis, alamakk...camno ni?? tapi saya suka nak menerai masak2 kuih ni..suka tau buat2 kek, kuih, bisikut nih. tapi selalu over buat hal lah.. (ye2..saya memang suka menyalahkan orang lain). ahh.. konon nk pegi kelas buat biskut, berkobar2 ni at the end tak pegi jugak. takpe2..nanti boleh pegi lagi. saya suka baca buku. buku apa pun saya sapu baca. suka nk mengimprovekan english, tapi tak reti2 sampai ke hari ni. malu rasanye bila berdepan dengan budak sekolah rendah yang lebih lancar, fasih dan mahir berbahasa inggeris. takpe2..nanti saya rebus buku english tu dan minum ye. hwauhahhaa..

entah lah. hari ni dah penat dok mengodek2 blog ni tak jugak berjaya melawakannya. nanti saya baca lagi ye. tak kisah le takde orang nak baca blog ni, tapi sekurang2kurangnya saya ada kawan nk bercakap. owhh..lupa, saya kurang berkawan, maksudnya kawan saya kurang. boleh dibilang dengan jari tangan dan jari kaki. kenapa ye? kerana saya seorang yang memilih? kerana saya seorang yang sukar difahami? kerana apa?? entah lah..

apa pun, saya harap saya akan dapat lebih ramai kawan selepas ini...