mari mencari....

Google
 

Friday, June 20, 2008

Alamak..terkunci di luar!!!

Aduhaii...sangat la sengal rasanya. Semalam balik udah le hujan gelap gelita. Sebelum balik menyinggah ke kedai konon nak buat talam cendol untuk makan harini. So dah beli dan belah semua, sampai je depan gata cari2 kunci. Eh..tak de lak..suspen dah ni..cari lagi dan lagi dan lagi dan lagi...SAH!!! Kunci takde, mesti tertinggal dlm rumah ni. Aiseyman...tensennnn kepala! Try cari lagi dengan harapan kunci tu menyelit kat mana2. Tapi hampa. Nak buat camne..call Obek juga la sebab dia ada kunci spare. Call punya call tiga kali call baru nak berjawab. Hangin satu badan betol. So cakap le kunci tertinggal. Obek bebel2 cakap apsal le blh tertinggal kunci. Hahahaa..bukan saya saja2 tinggalkan, saya pun takmo tercongok kat depan tu tak masuk2 rumah. Masa tu dah pukul 730pm. So, try tgk gate nsb baik gate tak kunci, just selak je. Masuk, try buka pintu kayu. Berjaya!! hehhee..tapi stil tak blh masuk la sebab grill berkunci.
Muka masih sedih walopun saya dah masuk masa ni. Tgk air mata dia. Tapi dia mmg selalu kuar air mata pon. Manja katakan...


Busuk masam Nezha nampak saya kat luar dia kat dalam udah le dia pon terlompat sana-sini sebab dia pun nak keluar. Lagi2 tengok pintu kereta terbuka harus le kan mamat tu tertambah terejal sebab ingat nk kuar pegi jalan2. Apa boleh buat Nezha..saya terkunci dari luar ni tak boleh masuk. Suruh Nezha amikan kunci tu kat tepi sofa, chewahh..maca faham je kan mamat tu pegi ke tepi sofa tu tapi for sure le dia mana tau n
ak seluk tangan amik kunci kat poket tepi tu. So, dok je la tepi pintu tu melayan mamat ni dok mengiaww2 tak berenti. Lama tau saya tunggu, pukul 900pm baru Obek sampai. Nasib baik lampu garage blh on kalo tak bergelap le saya. Udah le malam jumaat, saya lak semalam pakai serba hitam, baju hitam suar hitam, ditambah dengan kulit yang terlebih tan ni. Dok lak gelap2 tercongok tepi pintu tu. Haa...harus le ada passerby yg lalu kang terkejut dog tgk apa le benda lembaga hitam kat pintu tu..... Dapat je kunci, terus masuk rumah, mamat tu pun melompat le menerpa saya sambil ngadu2 la sebab dalam rumah gelap. Alalala...ciannya dia. Saya lagi kesian tau. Disebabkan tragedi itu, terbantut dah hajat nak buat talam cendol.

Takpe la..ada la hikmahnya tu. Janji semuanya selamat. Owh..hari ni jumaat, petang kang saya balik rumah ma. Wahh..bestnya. Hari tu teringin makan lempeng so ma kata malam kang dia buatkan dengan sambal sardin. Nyumm..nyumm..tak sabar nak tunggu petang ni. Saya memang tekak kampung tapi sebenarnya semua jenis makanan saya makan. Saya bukan jenis memilih ini tak makan, itu tak makan, ini tak bia
sa itu tak biasa. Alaa..lecehlah macam tu. Yang tak biasa tu la kene dibiasakan. Jangan macam kawan saya dulu, tapi lama dah zaman sekolah2 dulu. Dia tido rumah saya la sebab cuti pendek so dia tak perlu balik kampung dia jauh. Saya lagi suka sebab ada kawan. At that time, my mum buat tauhu sumbat. So, being a normal eater of everything, kitaorng letak timun, togeh dan sengkuang as inti tauhu sumbat tu. Tapi bila tiba time makan, kawan saya boleh lak cakap... "Ehh..aku tak makan la sengkuang ni, tak pernah makan. Lagipun sengkuang ni kan ke makanan kuda, manusia mana boleh makan sengkuang mcm ni.." Astagfirullah...terkejut dog saya dengar, dah le time tu depan ma saya. Habis, yang orang buat dan makan rojak tu semua keturunan kuda la?? So, saya cover malu depan ma saya sebab saya takut ma saya pulak terasa hati dengan perangai kawan saya ni, then saya cakap la.."owh..yang cikgu cakap hari tu ye, takpe la tak makan kuarkan je la sengkuang tu". Masa tu malunya saya sebagai anak dan kawan. Pada saya kalau pun kita tak boleh makan benda yang dihidangkan oleh tuan rumah, jangan la cakap macam tu sekali. Macam le saya sekeluarga ni kuda beno sebab makan makanan kuda katanya.

Nak kata kawan saya tu kaya bebeno idak le.. parents tuka
ng kopek isi buah kelapa je. Saya pernah pegi rumah dia..mmm..malas nak cakap. Reban ayam pun lagi lawa. Dinding bilik tido berlubang!!! Masa saya tidor sana time malam angin masuk je dah rasa macam tido kan serambi, siap dengan pijat-pijat lagi semalaman saya tergaru2 dan terasa-rasa macam ada je jari yang dok nak mencungkil dari luar rumah!!! Huishh...complete package tu. Tapi saya tak de la pulak cakap dengan dia. Bimbang jika cakap nanti dia ingat saya mengata rumah dia berlubang2. Sendiri mau ingat la. Jadi sebagai peringatan kepada diri saya dan pembaca (kalau ada), jangan la buat macam tu. Kot ye pun geli beno nak makan apa yang tuan rumah masakkan, makan sikit cukup la buat syarat. Tuan rumah pun nanti paham kita tak berapa gemar dengan benda tu dan tak perlu la nak explain macam2. Tapi ye la..mungkin silap saya juga sebab tak tanya dia apa yang dia tak makan dan apa yang dia makan. Menu ikut tekak saya je. Mmm...apapun tragedy tu memang saya takkan lupa sampai bila2.

Banyak pula cerita tragedi hari ni. Apapun harap2 dapat weekend yang superbbbbb... Macam biasa la, sebagai penutup, mesti pic budak busuk masam ni.
Muka budak merajuk tak puas hati sebab tak puas main2 lagi saya dah nak pergi kerja.

Ok guys and girls....have a nice day...

No comments: