mari mencari....

Google
 

Thursday, June 19, 2008

Apa dah jadi.....

Apa dah jadi..apa dah jadi..lain yang diplanned lain yang jadi. Eeeee..geram betol. Kan ke semalam saya kata nak gi dinner jln2 makan cheese cake. Mmm...kononnya dah deal baik punye dengan Obek so just tggu his call and ready to go. Tapi apakan daya, tetiba dia called cakap kene keje la pulak. Arghh..benci la. So bye-bye cheese cake. Tak kesampaian kerinduan saya pada cheese cake. Takpe la..jangan selalu mengeluh. Cukup sekadar apa yang ada. jadinya malam tadi saya dah blur taktau nak makan apa. Korek punya korek peti ais jumpa la ntah hapa-hapa macam2, benda2 yang basic je ada. Cuma ada frozen vege, daun limau purut yg dah kecut, udang ada dlm 5 ekor, cili, bawang, dan ikan bilis. So apa yang mampu is buat nasi goreng jela. Potong2, godek2, campurkan segala yang ada, tumis2, goreng2, kebabommm..jadi la nasi goreng apa2 yang ada namanya. Tak kisah la tu janji kenyang. Kene sentiasa bersyukur ni. Buatnya lansong takda apa nak dimakan kan ke haru. Nak gi kuar malas le plak rasanya lagi pon kalo keluar harus terbang RM-RM saya yang kian menipis nih. Almaklum, kena la berjimat cermat sebab nak bayar duit gaji CEO TNB yang sampai RM100k sebulan tu melalui kenaikan tariff letrik katanya. Apa besar benarkah sumbangannya kepada rakyat dan negara??? Sedang dalam rakyat berkecamuk dengan isu kenaikan minyak, beras dan harga makanan harian seperti ayam dan barangan basah yang lain dan berhempas pulas mengikat perut memikirkan cara terbaik utk menyara keluarga, dia pulak mengumumkan yang tidak sepatutnya. Kot ye pon nak naikkan gaji sampai 600% pun jangan la umumkan pada waktu2 sebegini. Kesiankan rakyat yang semakin tertekan dan kesempitan hidup. Orang2 seperti itu tak tau betapa seksanya golongan rakyat kelas pertengahan dan bawahan ni nak menyara anak isteri memberi makanan yang halal. Bagi mereka yang masih berpegang kepada halal haram, pelbagai perkara perlu difikirkan sebelum bertindak. Bagi yang jenis let-go je, mulalah episod claim overtime tanpa kerja, claim segala benda yang boleh diclaim. Rasuah pun mulalah nanti bermaharajalela. Bagi yang duduk dikawasan kampung mungkin kos sara hidup boleh ditolong2 dari alam sekeliling. Pucuk ubi masih boleh dipetik di belakang rumah, setakat cili api segenggam masih boleh dipetik. Takde lauk, sayur kampung hatta kangkong parit pon boleh dibuat sayur. Bagi yang duduk dibandar, rezeki mengarapkan tulang empat kerat ini dan gaji bulanan. Disuruh kita bercucuk tanam? Kalau dah duduk di flat yang dinding-lantai-bumbung berkongsi dengan orang lain dimana lagi tempat nk bercucuk tanam? Hei, jangan banyak alasan la, dalam pasu pon boleh tanam. Dalam pasu? Setakat daun pandan dan daun kunyi tu memang boleh sangat, tapi larat ke makan daun pandan hari2? Ye, memang boleh, tapi sanggup ke bila hasil yang ditaman tiba-tiba je hilang lesap sebab disebat dek orang lain. Bila kita bercakap dikatakan kita ni jenis bangsa yang suka memberi alasan. Kita bercakap bukan sekadar cakap, kita dah melalui dan merasa keadaan macam tu. Owhh..saya bukan ahli agama nak berceramah sekadar melepaskan marah pada diri sendiri dan mengingatkan diri sendiri. Entah lah..dunia dah berubah. Bila anak2 diberi makan hasil tak tentu hala, mula la nanti anak jadi keras hati, so terjadila segala isu gejala sosial macam sekarang ni. Nauzubillah...semoga Allah melindungi kita dan zuriat kita. Eh..asalnya kan ke nak cerita pasal cheese cake je terus ke isu lain pulak.

Nasi goreng apa2 yang ada namanya..hantam la..janji kenyang


OK, back to the main issue semula, sudahnya saya dinner nasi goreng sahaja dan buat air laici (tak habis pun, almaklum, hajat terencat katakan..). Then ada buah jambu madu, saya potong2 dan tabur asam boi. Jadila buat makan2 sambil tengok TV.
Buah jambu potong, sejuk masam2 manis..sedappp

Dah la, penat je membebel. Nanti orang kata eleh minah ni nak berceramah pulak, dia tu guna harta kompeni buat blog tak sedar diri. Ehh...saya pun dah belajar la auto publish. Huahahahhaa...

Seperti biasa, pic mamat busuk masam ni haruslah adakan. Pagi tadi dia dok la memekak kat tinga saya sebok nak makan. Eee..tak senang saya nak tidor bangun lambat sikit l
a dia nih. Tu tgh dok mengempek kat katil saya. Sebok je, tempat sendiri takmo tido sebok nak tido kat tempat orang. Apapun, saya sayang dia..mmuuahhh...
Penyebok antarabangsa..mata silau sebab baru on the light..

Owh..bibir saya pecah2 la (ada orang kata kena mata ikan, nama sebetulnya idak le teman tau). Mungkin sebab cuaca panas, tapi saya banyak je minum air. Sakit sangat dah le besar lak tu. Takpe la, orang kata penyakit tu menghapuskan dosa2 kecil. Sebab saya suka membebel hal orang sebab tu la kot saya kene sakit mulut? Hwuahhahahaaa....




No comments: