mari mencari....

Google
 

Monday, June 16, 2008

Dia buat lagi...dan lagi...dan lagi......

Dia buat lagi dahhhh.... kesayangan saya, buah hati saya, pengarang jantung saya buat perangai lagi..remaja lari dari rumah. Geram tak terkata. Sabtu pagi saya kat rumah ma saya, tenagh dok nak prepare for lunch tetiba dapat call. Jiran saya, Mak Ah Tong (Ah Tong tu anjing besauuu) called said Nezha kuar rumah lari2 kat longkang. Dia dah tlh kejarkan n boh semula dlm pagar n being terkejut gamaknya Nezha dok je depan pintu. Saya nak balik lambat le lagi. Sudahnya saya tak senang duduk dan makan lunch sikit je sebab risau pikirkan dia. Uwwaaaa...benci sangat tau perasaan risau2 nih. Then, called Obek srh dia gi rmh tlg tgk2kan Nezha dulu sementara saya sampai. Pkl 2 saya sampai Obek pun menyampai laporan. Nezha lari lagi masa dia tgh jaga mmt tu.


Ah Tong rupa dia mcm ni la. Besar, tinggi. Tapi Ah Tong kaler coklat je smua, tompok2 kecik je. Nanti if berkesempatan saya amik gambar Ah Tong. Tapi Ah Tong baik...dia tak kaco orang. Dengan saya dia kenal and baik je.


Kali ni Obek k
ejar sampai hujung longkang..jauh tau tak. EEii.....sedih sangat rasanya. Apsal Nezha skrg suka nk kuar rumah lari2 pegi jauh2. Kat luar tu byk anjing liar yg jahat2 nanti kene gigit. Kucing kurap pun banyakkkk. Ptg tu saya tido bawak dia skali boh dlm bilik n tutup pintu rapat. Saya sedar2 ptg tu senyapp je tgk pintu bilik terbuka. Ahh..sudah, otak dah pikir yang bukan2 dah ni. Cari punye cari takde. Sah!! Memang sah mmt ni kuar lagi. Saya sarung suar track, dok redah longkang lagi ptg tu. Jumpa la dia dlm longkang tgh tercangak2 sbb takut sbb depan sana dah ada anjing tggu. Kebetulan longang tu dpn rmh mkck kerek... mkcik tu tgk saya menyeludup bwh longkang terus dia pon dtg ni tgk saya. Dia igt saya nk pecah rmh dia kot. Puii..tak hingin la mkck. Saya itu jam udah mengangis2 sakan sambil capai Nezha sambil panjat longkang besau tu. Then lari balik rmh. Marah2 Nezha, bersihkan bulu2 dia busuk bau longkang, bagi makan then dia dito kepenatan. Tau pon. Konon2 nak survive la kat luar tu. Hei Nezha..kat luar tu tak de rayal canine tau orang nak bagi. Nanti ko makan le nasik basi ko nak??? eee..geram sangat.

Ahad pagi saya pi Jln TAR memborong baju nak buat pegi kenduri kwn kawen bln 8 n utk stok baju raya. Penat gila. Balik dari Jln TAR pegi kedai hardware beli jaring utk pasangkat pintu tu bior Nezha yang cerdikt u takde akal lagi nk kuar. Saya pun kelentang kelentung sensorang membuat, merekabentuk dan memasang jaring2 tu. So then, siap!!!..hwuahhaha...bangga2. Sekarang Nezha takde harapan nk kuar dah. tapi rupanya....ramalanku salah belaka.

Pagi tadi saya dah siap nak pi koje, saya bukak pintu tu kecik je sbb saya nak hidupkan enjin kereta. Time tu pagar tak bukak lagi. Boleh tak Nezha tu melompat tendang pintu tu dan lari keluar menyusup bawah pagar. Saya nak kedar pintu gate blm buka lagi. Waduhhhh...melalak2 le saya pepagi tu. Bukak gate, terus kejar dia. Saya ni dah le jenis tak penah nak exercise ke hapa, kena lak beramazing race dengan Nezha tu. Tensen betol!!!! Saya tgk dari bwh longkang tgk dia dah sampai hujung sana jauh. Saya pun berlari2 ke pepagi buta tadi tu dgn orang ramai sebok nk gi koje, budak2 nk gi skolah. Arrghhhh.... Saya jumpa je terus saya masok dlmlongkang tu amik dia, dukung, lari balk rumah sebab tetiba teringat enjin kereta tgh hidop dan pintu pagar tak berkunci. Kang lainpulak yang hilang. Huishh.. mintak dijauhkan. Ni petang ni nak tutup lak bawah pagar tu. Hei..satu koje lagi. Geram betol. So hari ni saya pegi koje dgn badan berpeluh2 dan kaki menggeletar sbb tak penah2 jogging tetiba harini dibantainya lari pecut pulak. Gigil teman!!!. Nezha, Nezha..macam2 hal ye kamu ni.


Harini takde gambar budak degil tu. Biarkan dia.

2 comments:

Eida said...

apa jenis kucing ko tu...nakalnya.
berapa umur dia tu? tarik telinga skit baru tau.

saya said...

persian, umur 1 thn ++, comel mmg comel tapi notty ya rabbi..