mari mencari....

Google
 

Tuesday, June 17, 2008

Sad news.. and more...

Semalan baru je on the way balik dari dinner Obek received call dari pakcik dia ckp Ayah masuk hospital. Ayah ni bukan ayah Obek bebetul, ayah angkat je tapi dia rapat dari zaman muda remaja dulu. Dulu Obek ni orangnya baran bebeno sampai bakar2 kedai orang nih. So tu yang pi berubat dengan ayah tu, kira dah macam family sendiri. Sekarang Obek dah kurang baran but still ada. Obek mmg jenis kurang bercakap. Bercakap tu bila perlu je bukan macam saya bercakap 25jam sampai Obek kata tak penat ke bercakapppp je, dia yang tukang dengar pun naik lemas nih. HWuhahaha..nak buat macamana. Memang hobi sampingan saya bercakap. Kalo membebel lagi suka. Hehhee.. Saya panggil ayah tu pengetua. hwuahhahaha...sebab dia ramai anak murid. Btw, Obek send me home and he straight went to Hospital Ampang. Katanya ayah memula muntah darah then terus tak sedar. So now still comma. Aduhai...walaupun saya tak berapa kenal sangat dengan pengetua tu but still kesian. Mudah2an pengetua cepat sembuh.

Sekarang blog saya takde picture sangat. Malas la nak berblutooth bagai. Leceh. Cable pun ntah ke mana. Tapi takpe la, bukan ada orang nk baca pun blog saya ni. Sesetengah blog banyak gambar. Menarik. Takpe2, slow2 la esok2 saya dah rajin ha..hadap le gambor sesadonye. Nezha macam biasa la, terejal sana sini melompat. Semalam petang lepas balik jera saya dok kat luar dengan dia. biar dia amik angin luar sikit. Tengah lepak2 Mak AhTong balik dan tegur. hehehe..hidup berjiran katanya harus tegur menegur. si Nezha tu pandai cover line, kalau ada orang mual la buat muka sweet cute dia tu. Kalo takde orang, saya ni dikudakannya. Macam2 peel dia tu jangan taktau. Ada je muslihat dia tu.

Semalam tetiba skandal saya yang kat Perlis PM (wahhh..ada skandal gitu. Bukan skandal la...kawan2 lama). Katanya bulan 8 or 9 nak dtg KL for good, nak koje KL le tu. Memang elok pun. Dok kat sana dia tu koje tunggang langgang, kat sini biarla elok sikit hendaknya. Demi masa depan katakan.

Saya ni kalau dah lepas Maghrib je cepat beno mengantuknya. Rasa tu kalo boleh nak menyampaikan ke pkul 9 tu seksa beno rasanya. Apsal le entah walhal bukan koje terok beno pon. Rasanya penat otak lagi terok kot dari penat badan tu pasal le bila dapat je relax terus lemah longlai badan2 semua. Tapi angan2 je tu nk tido pukul 9. Dapat mengadap TV, pukul 12 pun sanggop tunggu. hehhee..saya selain dari hantu buku juga adalah hantu TV. Tambah2 cerita hkartun, wahhh...memang kene beno le jawabnya. Mengada je dah tua2 suka tgk kartun. takpe la, pedulik hapa TV sendiri sukati la nak tgk apa pun.

Semalam sihapak buat rebonding. Terkejut saya tengok patut le memula tak perasan sangat. Kejung semacam je rambutnya saya tengok (ayat dengki nih). Hantam la labu..pas tu sebok nak kat table saya sambil melibas2 rambut dia tu dengan harapan saya nak tegur le rambut baru dia tu. Ptuiii..tak hingin saya. Ahh..biarkan lah dia dengan dunia dia. Sihapak tu memang lain sikit citarasa dia, dari baju, seluar, kasut semuanya pelik2 belaka. Nanti if ada masa saya curi2 snap pic dia. hehheheee...

Nanti tulis lagi la..boring la..luv u..

No comments: