mari mencari....

Google
 

Wednesday, June 25, 2008

takutnyaaa....

Aduhaii...malam tadi benar-benar mencabar keberanian saya la. Sangat takut dan sakit hati tau tak. Malam tadi as usual tidorlah dalam pukul 11pm macam tu lepas tengok CSI. Asyik tengok CSI je pas tu kang mulalah mimpi jadi ajen CSI, berangan tak sudah. Sekali tengah syok2 tidur, dengar bunyi orang gegar gril pintu teramat le kuatnya..ketang ketung ketang ketung!!!!.. Memula ingat ayah Ah Tong syiok beno tenogk bola ke sampai menendang2 pintu. Tengok jam pukul 250am. AhTong pon senyap je. Ah..suspen dah ni. Biasa if ada apa2 unusual AhTong will barking macam nak gilalahkan. Then, within few seconds bunyik lagi. Seakan2 bunyi orang kapakkan pintu grill tu. Haruslah saya rasa macam nak pengsankan. Terus ni sms Obek bagitau apa dah jadi. Obek koje lak tu but luckily dia reply. Kalo dia tak reply mmg saya akan call sampai dia jawab..Saya itu jam dah pucat lesi nih. Nezha pun dah takot, biasa dia if ada bunyi2 akan terejal kejar tapi kali ni dia pon dok terpaku. Alih2 melompat gi katil saya. So bagitau Obek pasal bunyik tu. Ada ke jawapannya suruh saya turun bawah bukak lampu. Nak mati ke hapa. Kot dibuatnye betol2 ada pencurik ke hapa free2 je saya kene kang. WTF!!! Pas tu sempat lagi bebel2 dalam takut2 tu dlm sms, then Obek kata dengarkan lagi camne. After 3 minutes macam tu bunyik lagi sekali. Kali ni saya dah siap sedia ni amik senjata kat bwh tilam tu mana tau kalo betol pencuri melompat masok bilik saya at leat ada le bendenya. Walopun takot buat2 je la berani. Takkan nak menyerah kalah macam tu je. Then tunggu lagi terus senyap. Tapi bunyik srett..srett..srett.. Wahhh.. lagi la saya rasa nak pengsan itu jam jugak. Kami berdua (Nezha dan saya la..mana ada manusia lain lagi) berpeluk2 le nih dalam selimut. Sampai nak terkenc saya rasa nih. Dalam pada tu, tetiba hidung saya lak berdarah nih. Eeee...hidung ni time2 kritikal macam ni la pon dia nak berdarah jugak (hidung saya memang selalu berdarah, ntah hapa le kenanya). Tunggu kejap2 lagi tak boleh ke. So, Capai2 tisu tepi katil lap2 hidong. Nezha udah suspen pon buat muka takut je. Dalam pada tu keep on sms dengan Obek bagitau whatever happened. Sudahnya malam tadi saya tak le berapa tidor sebab ketakutan. Pukul 530am Obek sampai tolong cek pintu. Tengok2 takde le pulak kesan2 kene kopek ke hapa ke. Pintu depan belakang ok je. Saya kata, apa punye rescuer la..3 jam baru nak sampai. Kalo ada apa2 jadi dah menyesal dah. Then, saya menangis2, then Obek pujuk le bawak pi breakfast terus, then saya terus pegi office. So, hari ni kesimpulannya, saya mengantuk sangat. Hahahhaa... tapi hati still takut2 lagik nih. Camne nih...Uwwaaaaaa.....
Muka Nezha pagitadi ngantok sangat sebab dia pun tak tidor tau ketakutan..sian..


Ok, habis cerita suspen yang tak berapa seram tuh. Malam tadi dinner mcD kononnya. Gambar takyah la sebab semua orangtau mcD tu kan. So, sambil makan saya tuang le cili sos kat piring sebab nak cicah fries tu. Ada la mamat terejal kepochi ni menyebokkk nak merasa. Memula dia gigit2 roti burger saya, pas tu sebok nak fries pulak. Saya bagi sikit je takot kangdia sakot perot cerri-berri ke muntah2 ke saya gak yang susah nak kene cuci. Rupanya dalam saya sedap2 melantak tu dia dah terjilat cili sos dalam piring. Apa lagi..melompat2 keliling rumah le dia. Nasibbaik tau lak nak pegi minum air. Haaa...saya gelak bagai nak rak tapi takot gak if dia sakit ke hapa nanti. Lepas tu insaf dah dia takmo kaco saya. Tapi standard la insaf version dia tu 10 minit je. Lepas tu mengempek lagi. Lepas ni saya nak berhati2 la. Takat2 makan durian tu saya harap le juga, ini jilat cili sos..biar benar ko Nezha....

Insaf selepas jilat cili sos, so makan makanan sendiri..

Ini cerita dulu semalam, maknanya cerita hari Isnin la.. semalamkan bz so tak sempat nk story-morry. Saya pergi pasar malam Isnin petang tu. On the way back, masa kat traffic light, sebelah saya ialah bas sekolah. Alahai..sian budak2 sekolah pukul 720pm belom sampai rumah lagi. Kesiaannya, nanti malam nak buat homework lagi, nak tido lagi, penatnya. Hehhee...saya dulu pun macam tu tapi orang kata dah immune so just go on je la with the flow. Tapi apa yang saya nak ceritakan di sini ialah, tayar bas sekolah tu yang udah botak tahap kritikal!!! Sangatlah merbahaya kepada budak2 sekolah tu. Saya pikir tayar belakang je rupanya belah depan pun sama gak botak takde bunga lansong. Tayar bas tu kan ke macam pairing, so 2-2 pun botak gak. Mmm..takut memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku. Takkanlah tak terganti tayar tu. Kot ye pon mahal beno tayar tu saya dengar everytime ada sebarang kenaikan, tambang bas sekolah juga turut naik. Tambah2 di area saya tu. Kalo tak larat tukar lump sum, tukar le 1-1 but at least bertukar la. Gambar yang saya ambil tu tayarnya dah kuar benang. Tapi kat gambar tu tak le berapa jelas sebab kamera tak berapa bagus katakan. Tak serik2 rupanya, jangan nanti dah jadi hal baru terhegeh2 buat pembaikan. Yang dibawa tu nyawa..Bukan 1 atau 2, berpuluh2 nyawa dia bawak. Ibubapa pulak memang takde pilihan lain. Pagi2 dah kuar kerja jauh, so memang anak kene jugak naik bas ke sekolah samada pagi atau petang. Bukan semua orang senang ada masa nak hantar-ambik anak ke sekolah. Kalau diberi pelunag, rasanya semua ibubapa pon nak hantar anak sendiri. Jadi, ibubapa anak2 terbabit tentulah meletakkan sepenuh kepercayaan keselamatan anak mereka pada driver & pengusaha bas tu. Mmm..susahlah nak cakap. Saya berdoa agar takde apa yang buruk berlaku. Tak kira la anak2 tu anak M, ke anak C ke anak I ke, tapi tolonglah fikirkan keselamatan mereka. Owh..apalah yang mampu saya buat. masa saya ambil gambar tu pon driver bas tu dah perasan saya click2, dia buat muka masam. Takut saya report agaknye. Ha...tau pon takot.
Tayar bas sekolah yang botak terukkkkk.....


Entah lah..dunia harini..macam2 ada dan macam2 perangai. Alamak, mengantuk benor pulak rasanya. So, to everybody, have a nice day.. Sebagai penutup, mestilah gambar Nezha busuk masam saya tu..luv u baby..
Hye..my name is Nezha..mwauhahahaa..meoww..

No comments: