mari mencari....

Google
 

Monday, July 21, 2008

aduhhh..pening kepala...

macam2 dah terjadi sepanjang weekend tadi. mak aii..penat toksah cakap lah. kulu kulir je saya ni.

1) opah still kat wad. dah oprate tapi doktor ckp still no responds je mata dia tu. dan dia pon dah bertambah2 byk dan kuat meracau. mama dan ma dah disscused by this week if takde apa perubahan kita nak bawak opah balik je la. Maid is still the main issue. ma sampai demam2 menjaga. last saturday saya bawa ma balik rumah dan suruh dia tido 24jam bagi recover penat. hehehe.. takdenya dia tido. tido kejap pagi bangun pegi kebun pulak. bantai la..janji puas hati. semalam ahad hantar ma semula ke hospital. nasib baik mama ada kat sini. buatnya oustation lagi haru. ni pon dengarnya 27/07/08 nak ke uk. mmm.... takpe la.. mudah2an semuanya elok.

2) jemi balik kg minggu tadi dengan tunangnya. main agenda is nak ambik roadtax motor yang makmidah hidupkan tu. hahahah...makmidah kirimkan durian dan rambutan lagi. Obek tanya mana bekal nasi sebab biasa akan bekalkan. mak midah kata mmg tak bekalkan sbb tunang jemi yang masak.hahhaha... mak midah pon ala2 malas je pompuan tu datang. ye la..tau la tunang jangan le nak bertandang je ke sana. esok dah kawen haa..mengadap benar le muka makmidah tu sampai termuntah. takyah nak amik2 hati sekarang. bkn semua orang tua tu suka tunang2 ni dtg berjalan. takat2 nak makan durian tu kat kl ni pon belambak jual. beli je la. saya diam je malas nak cakap apa. balik kg pon bukan nk pelawa adiknya tu. tinggal la budak tu sensorang. amboi2.. baru bertunang dah lupa diri. esok dah kawen camne la agaknya. dah takde duit tau lak ingat kat keluarga. f*** u laa...

3) nezha buat hal lagi. kencing tilam lagi. cadar yang hari tu dia kencing pon belom ambil lagi kat dobi ni dah nak kene hantar lagi 1. eeee..saya membebel2 kat dia. dia as usual, buat muka kesian je la. saya pun takde la pukul2 dia..huiii..tak boleh oooo..mana sampai hati. saya bebel non-stop beberapa jam sampai dia pon dah tak larat dengar.boleh lak buat menguap2 time saya bebel tu, dengan ertikata lain, bila la minah nk nak berenti membebel sampai kita dah terkuap2 ni haaa... haa..padan muka. so, malam tadi saya kunci pintu bilik tak bagi dia masok. suruh dia tido tilam dia sendiri. mengiaw2 cakar2 pintu bilik. sayu je saya dengar tapi buat keras hati je. kene garang sikit. konon la... tapi takkk..pkl 530 saya tak tahan buka juga pintu, dia pon apa lagi..melompat la.. tido pelok2.. baru ok.

4) badan saya macam nak demam dah ni. malam tadi menggigil2. ingat hari ni nak mc. tapi pikir2 nanti hujung ogos nak cuti lagi. alamak..sayanglah mc dan cuti saya tu. opss..yang ditunggu dah tiba. tunggukan harinya ye. baju tak tempah pagi. uwwaaaa...ada ke orang nak terima termpahan baju sekarang nak siap dalam tempoh sebulan. ada ke?? ingat nk beli je baju yang dah siap. owhhh..pening la kepala.

5) weekend tadi makan banyak. banyak means.. makan macam2 walaupon tak habis. bermula dengan mee kari seafood, nasi dengan lauk sambal pedass..(owh..saya sangat tak tahan makan pedas), burger, sate, snacks, minum air berliter2 sampai asyik terkucil sajer, wahh..kembong perot. maybe sebab saya makan vitamin tu kot saya jadi makan banyak. takpe2.. malam kang nak timbang berat badan. huwahhahahhaaa...

6) berbalik kepada cerita nezha, lepas kene marah semalam dia macam nak demam je. bersin dan tak berapa selera makan. saya bagi dia ubat cepat2 ended with dia tidur je seharian. owhh..siannya my baby. kalo makan pun nak kene suap baru makan banyak kalo tak dia refuse to eat. makan 2, 3 kali jilat dah lepak. tak boleh jadi macam ni. saya sakit takpe jangan la dia yang sakit.

ok lah. takda apa lagi nak tulis. ada banyak pics sebenarnya tapi takde masa nak load. esok je la saya letak pic baru. ehh.. macam la ada orang nak baca blog nih. hwuahahhaha.. kepada sesiap yang selalu masok sini ucapan terima kasih dan saya akan buat kunjungan balas. insyaallah...luv u...

No comments: