mari mencari....

Google
 

Thursday, July 24, 2008

boring je...

takde apa sangat yang berlakus emalam melainkan sakit perot je la seharian. semalam balik lewat sikit dah 8++ baru sampai rumah. bergelap la anak kesayangan saya tu kat dalam rumah. by the time saya tiba je di pagar dah dengar dah dia menjerit2. saya pulak bertambah kalut la carik kunci untuk buka pintu. buka2 je pintu terus la melompat pelok2 saya. owhhh..so sweet.. sian dia takot gelap. nasib baik kipas tu memang on je. siannya dia. biasa if obek ada pukul 4 dah balik dan akan keluar pegi keje semua bila saya dah balik, so takde la bergelap mamat kepochi saya tu. sian dia. dah pelok2 semua saya bawak dia pegi jalan2 la sikit. suka la dia naik kereta. gatal. pegi kedai beli beli roti dan air kotak. sebenarnya tak tau pon nak makan apa. takde selera sangat2. tapi beli juga la roti tu in case saya lapar dan teringin nak makan, tapi sampai ke sudah tak bersentuh pon roti tu. dah beli2, pusing2 kejap layan mamat kepochi tu then balik rumah. kemas2 sikit apa yang patut sebab mamat tu dah berkemas baikk punya. sabar je la. mandi2, lepak tegok tv. perot lapar tapi tak boleh masok la makanan. dengan menahan sakit perot lagi. sudahnya makan juga raisins sekotak kecik. jadi la, buat alas2 perot.

as usual quality check by nezha. kepoh la mamat nih....

bagi nezha makan ubat sebab still kadang2 dia bersin. apa kena la dia tu. selalu buat saya risau je. saya suap raisin kat dia.. hehehe.. nak pulak tapi makan 2 biji je dah takmo. pelik agaknya. so, melayan la dia main sampai pukul 11 sambil2 tengok kartun yang 12 zodiak tu dan csi.

sekali tengah tido saya terasa berat kat bahagian kaki saya. owhh... takot nak buka mata takot hantu ke hapa. almaklum rumah saya tu kadang macam2 bunyi ada. kes saya dengar pintu grill dan pintu kayu dibuka memang selalu terjadi. huhuhuhuu... hantu, jangan la kaco saya. dah rasa berat je macam ada benda tu saya pon tak berani gerak ni. tapi tangan slow2 raba handphone bwh bantal just in case ada apa2 ke blh diketok. wahhh...macam berani... sekali buka mata sikit rupanya mamat kepochi tengah tido celah kaki saya. owhh..patut la pon berat semacam. nezha, nezha.. menakutkan saya je. sebab masa mula tido malam tadi dia masok bilik kejap then kuar lagi pegi main le kot. tak sedar pula saya bila dia masok bilik semula. suspen je la. so sambong tido polok2.


mamat kepochi yang disangka hantu... baikk punya lentok dia tido.


called ma tanya camne opah sekarang. ma lak ngadu kata tak sempat nak bayar bil. saya kata bagi je kat saya nanti saya bayarkan online. wahh...dia bukan percaya IT, IT ni. dia nak jugak2 beratur kat post office bayar bil. mmmm... dah tu nak buat camne. kene tggu esok la jawabnya.


obek called malam tadi cakap still sakit kepala. nasib baik dah bekalkan ubat2 yang perlu. kalo ikut dia apa pon dia taktau nk bawak apa. bz sangat la kot tu. malas kaco la. kalo dia free dia akan call. saya memang takkan call dia time2 kerja melainkan betul2 urgent. kalau hari2 biasa pon saya tak call dia. kalau dia free dia akan call or sms. lagipon tak elok la kacau2 orang kerja, ntah dia tengah meeting ke, tengah jumpa orang
ke. owhh..bila nak balik ni???

since malam tadi tak makan apa pun just makan yong tau fu je for lunch, pagi ni saya dah bedal nasi lemak. huwahhahaha... lemak berkrim disukai ramai. tapi nak mengabiskan sebungkus tu pon muak. rasa tak tertelan dah tapi sumbat2 juga. sayang if buang2 nasi, menangis dia. lagipon semalam tak makan nasi lansong so hari ni dah makan nasi lemak so lunch kang tak yah makan dah. jimatttt.... eh.. tingin makan biskut kering cicah milo ais la. wahhh..balik kang nak beli biskut kering 4 segi tu la.

takde apa sangat pon yang nak diceritakan. boring, penat, banyak kerja. rasa nak tido je 24 jam. kalo keje rasa nak dok rumah, kalo dok rumah rasa nak keje. hehehe..manusia memang tak pernah puas hati dengan apa yang ada. apa pun..semoga semua orang ceria hari ni ye.


selambak memboyott... terus tak macho dah kamu nezha.

apa pulak la nak dibuat petang ni. malam jumaat biasa ada la hantu berkeliaran kat rumah saya tu. buat bunyi2 bukak pintu la, ketuk2 pagar la. benci tau. pegi la kacau rumah orang lain. lawa sangat ke saya ni yang sampai nak melawat saya je. harap2 malam ni smooth je la. penat la. dah la saya ni jenis tak boleh tido lena. memang sejak azalinya jenis telinga kawah, asal terdetik je benda dah terjaga. tensen tau. tingin la nak tido lena2 without ada gangguan. ada separuh orang pulak tido bapak lenanya sampai bom jatoh sebelah pon boleh menehen je tak dengar. pelik2. tapi takpe la..selalu terjaga tu harap2nya sentiasa alert la kan. tapi menakotkan sebab nak lena semula tu ambil masa. kalo keje part time jaga memang sesuai amat la saya nih. hehehhehee... jenis tidor2 ayam.

semalam saya berYM dengan kawan saya yang satu sekolah menengah dulu. ntah camna boleh terjumpa semula sekarang. wahhh...cerita hebat. nak beli vios or perdana sebab katanya nanti dah ada anak susah nak balik kg. walhal anak sorang tu pon belom kuar lagi (tgh preg la tuh), macam la nak balik kg tu hari2. saya kata takyah la buang duit dulu. guna je la kancil tu dulu lagipon baru anak sorang je dan nanti bakal babysitter dia tu just rumah bawah rumah dia je. 1 blok 1 flat 1 tangga. membazir je lain la if dia tu anak 4-5.. harus le jugak. sekarang minyak mahal, segala2nya mahal. rasanya ada benda lain yang lebih penting dari beli kereta baru tu. pulak tu vios or perdana katanya. kalo betul nak jimat beli la mpv. besar dan blh isi semua. kalo salon car macam tu biasa je saya tengok. tak kisah la kot memang dia nak beli sebab banyak duit sangat, tapi rasanya takat2 kerja macam dia tu entah la. bila tanye hubby dia kerja apa dia jawab macam kerja jaga store gudang je. ye ke orang jaga store gudang gaji 6k sebulan??? saya tak tau la sebab memang tak pernah tau dan belom pernah buat kajian untuk tangga gaji orang2 kerja jaga store gudang ni. kalau betol.. saya pon nak le koje jaga store. 6k ko gaji sape taknak. hehhee..yang tak tahan tu boleh cerita gaji hubby berapa. astagfirullah... biasanya orang takde la nak sembang pasal gaji laki or pendapatan. ahh..biarlah. anggap lah saya ni dengki sebab dia nak beli vios dan saya ni dengki sebab gaji laki dia 6k. kalo dia beli vios tu ada gak le saya merasa naik hendaknya. hahahhhaa.... so saya tanya dia barang baby semua dah siap ke. maklum dengar cerita awal bulan 9 nak deliver. dia kata tgh survey stroller. saya kata belilah peg perego punya. elok. wahhh... dia kata apa benda tu? tak pernah dengar pon. kuikuikui.. saya kata itu product utk baby2 la. saya srh dia cek website. tak lama lepas tu dia cakap nanti dia beli yang kat giant punya je la. pulakkk... saya ckp kat dia tadi kata gaji 6k tak termasok gaji dia, ni nak beli cop giant je pulak apa kes?? hehhe..terus dia tukar tajuk borak. hari tu pon tanya kat saya ada ke baby car seat, if ada bagi la kat dia sebab sng nak bawak baby katanya. saya kata mana la saya nak haruk baby car seat tu. nezha tak dok dalam tu, dia berdiri2 je dalam kereta. saya kata beli la yg murah2 jadi la. kalo takmo yang murah beli la from chicco. dia kata saya perli dia pulak. ehh..dah everytime ber ym pon dia asyik sebot gaji banyak, nak beli itu ini, mana la saya tau. dah dia tanya saya jawab je la. dalam hati saya mengumpat juga, kata gaji laki banyak, tapi baby car seat pon nak mintak yang orang punya. mintak ye bukan nak beli 2nd hand. masak2.. pelik2 perangai kawan2 saya ni. takpa la..saya doakan dia selamat dan nanti saya pos la baju raya untuk baby dia nanti. moga menjadi anak yang soleh, bukan yang suka cerita kehebatan or menunjuk2.

ada ikhtibar dari cerita tu so jadikannya peringatan untuk semua dan untuk diri saya sendiri.

ok la.. sampai sini dulu. luv u....

No comments: