mari mencari....

Google
 

Thursday, July 3, 2008

buaya, singa dan ayam...

Semalam kan puasa la konon, wah..dalam kepala macam2 menu dah disusun, macam bebudak kecik je walhal dah tua. Takpe la..motivasi untuk puasa katakan. So, sebagai buka puasa dan melepas dendam, saya dah borong durian sampai 4 pek. Hambik..makan bona la. Geram punya pasal, takpe. So, nasib baik jalan tak berapa jem semalam, saya sampai cepat. Masok je rumah terjah Nezha dulu pelok2 sikit terus gi dapor masak nasi dan panaskan sambal sardin semalamnya tu sebab elok lagi dan tak puas makan lagi. Almaklum, terganggu dek Tragedi Julai tu. Before balik dah beli siap2 durian dan KFC. Ye...saya buka puasa macam orang tak makan 10 hari. Takpe la... bukan saya makan sorang, share dengan Nezha tau. Ngam2 nasi masak, azan pun berbunyi.. doa2 semua apa lagii..ngapp durian dulu. Wahh..puas hati la, sedap lemak berkrim pahit manis semua complete la. Nezha pun suka. Ewahh..over tau mamat ni tensen saya. So, lepas makan berbuka tu..lepak kejap dlm pukul 830pm gi jumpa almaunah dgn Obek sebab nak pass fax e-confirmation insurance dia tu. Ntah hapa2 la..tak kisah la. So, lepak kedai mamak makan tosai lagi tapi perot saya dah tak muat sangat rasa nak meletup..

The durians & KFC yang share dengan Nezha. Sedapppppppp.....


Semalam juga dapat gift lion comel dari G.E insrn. Kecik je ada la besar tapak tangan tapi cute sangat. Boleh le buat kawan Nezha. Saya letak lion tu kat Nezha dia takot lak..haiyooo.. takot ke tak suka.. takkan boy nak main doll lak kan. Eh..biarla, so ended up saya letak je kat sofa. Biaq pi la.

Ni la lion tu... kat pic tak la come sangat muka dia jadi putih sangat. Tapi in real sangat adorable.


Aaaa..masa tgh lepak2 kat mamak tu ada la mmt dvd datang ronda2. Saya pun dah berhajat ni nak beli hulk. So, belek2 saya beli (pow Obek sebenarnya) la hulk dengan ada crita buaya. Wahh..buaya ganass.. takot.. terkejut kujat saya tengok. Dah le tgk tutup lampu semua konon2 dalam wayang la, haaa..Nezha pun takot tau..dia golek je pelok saya. Owhhh..best cerita tu tapi ada la part2 yang ala2 tak logik. Ahh...malas nk komen banyak2.. If ada sesiapa suka cerita suspen2 tu boleh la tengok.

Cerita buaya yang mensuspenkan malam saya.


Hari ni takde berapa mood sangat la. Kerja banyak n still puasa. Rasanya puasa ganti dah habis tapi saya puasa je la, buat mengganti puasa yang dulu2 yang terlubang2 sana sini tu. Biar berlebih jangan berkurang. Saay berazam nak puasa alternate day sampai la Ramadhan. Sebut Ramadhan je dah tentu2 terbayang raya. Tak sabarnya, walaupun nanti kepenatan melanda. So, disebabkan pose takmo la cerita yang bukan2 nanti potong markah. Huwahahahaa....

Dah dekat sebulan rasanya saya buka blog ni. Hehehhee..walopon tak best, tak lawa, tak
menarik macam blog2 orang yang saya baca tu, tapi at least ada la juga usaha. Kalau pon orang tak baca, untuk ingatan saya sendiri. Takpe2..nanti saya ajar Nezha membaca so nanti dia boleh surf tenet sendiri if boring2 kat rumah sensorang. Huahahhaaa..

Pegi kerja hari ni macam biasa, jem tu standard la..tak kisah pon sebab dah immune. Tapi tetiba Obek call le pulak tanya nak pakai baju apa. Lorr..nak pilih baju pon nak tanya saya ke? Amik je la mana yang berkenan. So, dah inform cakap2 segala, hang up. Tak sampai 2 minit call lagi, ta
nya nak pakai tie kaler apa lak..Alamak..Obek tu fashion concious betol la. Kalo meregek..berejam menunggu dia tau. Saya je yang simple takde la nak mekap2 ke hapa ke. Tabur bedak baby johnson udah (tu pasal la tak lawa).
Buah hati pengarang jantung saya tgh lepak lepas kekenyangan bedal kfc dan durian. Amboiii.. melampau tu. Lepas makan terus nak tido.


So, menu untuk berbuka malam ni taktau lagi..Ilham belum sampai. Sebab belom rasa lapar sangat. Sat2 gi dah pukul 3-4 haa..baru le menerawang otak.. OK la..takda apa nak cerita sangat.. semuga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga hari ni cita2 terpendam saya tercapai. Apa cita2 tu? Itu untuk entry esok... kalo menjadi daya tulis if not takmo tulis sebab mesti sakit hati. Hehhehee...luv u.

No comments: