mari mencari....

Google
 

Wednesday, July 30, 2008

cerita biasa...

wahh..semalam petang saya sangat bengang disebabkan dek perangai manusia (wajar ke dipanggil manusia) yang eeee..entah la, takde otak. memang geram sangat. cerita lebih2 nanti jadi mengumpat je la tapi biaq pi melungkop la dia meniaga. sendiri mau ingat laaa...

ok2, enough of the angry mood. ma called semalam tanya camne nak on cd. wahh...camno saya nak explain dalam phone ni. sebbaik ada pic radio yang beli hari tu dalam blog so buka balik and explain kat dia. owhh...rupanya dia dah salah tekan button, p
i tekan button play untuk kaset tu pasal la cd tu tak berbunyi. hahahhaha...alalla, sian kat ma.

malam tadi pergi jusco untuk redeem voucher sempena birthday obek. aahh..bukan best pon voucher2 tu biasa je. ada yang boleh diguna ada yang macam impossible le pulak nk guna. sapa2 yang dah received tu tau la kan. sapa yang tak tau tu mai nak
habaq sket yang voucher tu hat yang impossible nak guna tu contohnya macam untuk kerusi osim la, heheh...discount rm50 walhal kerusi tu harga ribu raban. jadi la. kot nak merasa kat kerusi dia yang testing2 tu udah la. apa pon thanks jusco sebab at least dapat gak voucher tu. itu semua boleh guna untul 31/08. mmm..banyak masa lagi so boleh la kot2 tersesat boleh guna.

semalam balik nezha menyorok. sebab apa? sebab dia dah panjat tv
kat living hall dan jatuhkan segala mak nenek yang ada atas tv dan kabinet tu. bagus2..itu yang saya suka sangat tu nezha. buat la lagi. hari2 pon takpe, saya suka... ggrrrrr.... so, jawabnya ada ala budak yang kene bebelkan. dah le semalam petang hangin, masok2 rumah tengok dah macam tongkang pecah pulak. hadoih hai.. kemas2, mandi2, tak makan pon then off to jusco tu la. balik dari jusco baru le makan kat kat kedai. order nasi goreng ikan masin tapi ikan masinnye takde yang banyaknya isi ayam. tu yang pelik tuh... rasa2 perkataan ikan masin dengan perkataan ayam tu jauh beno bezanya. apapon, makan juga la sikit. obek tak makan sebab dia dah makan nasi lemak petang tu so dia just minum abc saja la. seperti biasa memang tak habis punya la. balik, main2 dengan nezha, main game kejap, kebabommmm.....


standard la budak dengki kepochi memang suka kacau saya.
digigit2nya wayar tu sebab saya bz main game.



eh, orang sampah tu tak kutip sampah lagi la dah busuk kat depan rumah. diaorang ni jadualnya tak tentu. anytime dia nak ambil je depe ambil. kadang2 malam kadang2 pagi buta. hari pon tak specifik so susah kita nak budget buang sampah sebab kadang2 ada sampah yang memang akan buat busuk macam sisa2 makanan ke. kalo takat2 sampah kertas or pembalut snacks tu takpe la lagi. harap2 orang tu kutip sampah hari ni.. mudah2an.


nezha baru lepas lepak2 main atas treadmill saya tu..hehhee..penat la tu konon.


hari ni mood boring dan malas. nak buat apa pon malas. pagi tadi nak jerang air untuk minum pon malas so tak minum pon pagi ni. malas. nak drive pon malas tapi paksa gak. benci aahhh..apsal kebelakangan ni asyik malas je ha. owhh... ada antara kawan2 saya yang dah heboh nak dapat bonus on october sempena raya. wahh..best la. awal tu dapat bonus. saya entah la... almaklum, koje kompeni sedang2 saja, besar tak besar, kecik tak kecik. tapi kalo nk juga bonus belilah air soya bonus..hahahha...hari2 boleh minum. menyihatkan lagi.

eh, teringin la makan popia.


muka nezha pagi tadi tengah tidur2 ayam.. (or tidur2 kucing???)
dia tak sedar tu saya snap pic if not akan menoleh kiri kanan. payah beno nak snap pic dia.

takde apa sangat la yang nk diceritakan ahri ni. if ada idea nanti saya tulis lagi lah. moga semua happy ye. luv u...


No comments: