mari mencari....

Google
 

Wednesday, July 23, 2008

dah rindu...

semalam balik je kerja cepat2 drive lelaju sebab nak mengejarkan kedai dobi tu takot tertutup pulak. agendanya nak ambil baju la, Obek nk pegi ostn hari ni nanti takde lak baju. hahahah..saya memang hantar baju basuh kat dobi dan iron sekali. bukan apa.. air kat rumah tu macam tak bersih je (alasan kukuh ni) dan ditambah lagi dengan kemalasan tahap nirwana saya nak iron2 nih (alasan standard). jadinya hantar dobi la. disamping tu nak amik cadar yang dah hantar last week. sampai2 je rumah terus bersilat lak kat dapur. teringin makan sotong sweet sour so hentam la masak dengan sup cendawan dan tauhu goreng serta air kelapa madu. eeeii..manis sangat le pulak air tu dah tambah air biasa pon manis lagi. kelapa madu tu say abeli yang dalam tin punya. nak mencuba la konon, owhh...lenkali saya takmo la. nyesal je. baik buat air laici lagi sedap. masa masak sinki tu macam tersumbat la pulak air takmo turun. saya dah siram air panas boh garam pon takmo gak..taktau le apsal. risau la. dah cakap dengan Obek banyak kali tapi belum gak bergeraknya. lepas masak, mandi2, bagi nezha makan dulu then baru la saya makan sebab kalu tak nanti dia kacau2 je saya makan. tapi as usual lauk tak habis pun. takpa la.. hari ni boleh makan lagi sebab sotong tu boleh dipanaskan lagi. tapi itu pon entah makan entah tak.

menu semalam. masak yang mudah saja yang pelik2 tak reti lagi.


petang tu called ma tanya pasal opah. ma kata ok sikit dah tapi ye la sti
ll meracau2 lagi. mmm..memang tak boleh diubati lagi agaknya. entah la..mudah2an dipermudahkanlah segala urusan. anak yang lain still tak contact tanya pasal opah walhal mama dah inform. hai..apa la nasib dilupakan anak. tuhan je la membalasnya. saya sian dengan ma je la... penat siang malam. risau kalau ma pon sakit juga. owhhh..sedihnya...

malam tadi juga kemas beg Obek sebab nak pegi langkawi kerja. wahh..best la dia pergi berjalan ye. seperti biasa, kerja2 mengemas akan turut disertai oleh mamat kepochi yang memang la suka menyebok. saya dah susun2 baju boleh pulak dia nak dok atas baju tu. naik dok boleh lagi, ini siap garu2 baju tu. hamboi2..sabar je la saya.


dah angkat letak luar pon still panjat dok atas beg. degil...


obek tanya nak pesan apa? saya jawab nak 1 langkawi tu. tolong bungkuskan dan pos via air. hehehhehe... takde la.. saya takmo apa2 pon, semua pon boleh beli kat kl ni cuma saya nak dia pergi dan balik dengan selamat. itu je la. lenlain takmo la. barang2 kat rumah pon belambak2. kot2 untuk nezha taktau la. owhh..sedihnya. baru beberapa jam sudah rindu. camne nih???? pagi tadi pkl 5am hantar Obek to airport. sampai sana dia pon calling2 la kwn2 dia tapi gatal cakap dia tak jadi pergi huwahhaha...udah le kawan tu gelabah. tggu kejap je dalam 10 minit mcm tu kawan dia pon sampai dan saya pun balik la. tak tunggu pon dia berlepas. tapi tadi dia dah call ckp dah selamat sampai. okla tu.


muka tak puas hati ni sebab berkali2 kene angkat keluar dari beg.


malam tadi sakit perut pulak. selalu sangat saya ni sakit perut. sakit macam ditumbuk2 orang. hahahha... ada hantu agaknya dlm perut dok cakar2. geram be
tol. tak senang tidor. dah boh tiger balm pon tak elok, siap tampal2 koyok just in case boleh berkesan, tapi tak jugak. pagi ni pon still sakit lagi tapi dah kurang sikit. nak kata angin takde lak sendawa or tertutt-tutt. entah apa la kenanya. macam2 penyakit. nikmat dunia dah ditarik satu persatu. hai... dah tau pon tapi masih tak sedar2 lagi. macam2 la pe'el saya nih.
so apa plan kita malam ni nezha? kita gi jalan2 nak. pusing2 tengok lampu. arghhh...berangan je lebih. dah sampai rumah dah tutup pintu, laman rumah pon malas nak pijak lagi. penat la. balik semalam tgk laman saya ada sampah. bukan sampah busuk la, sampah2 paper dan pembalut snacks. melampau2 betul jiran ni. kot ye pon diterbangkan angin, at least ckp la. ini tak. hari tu pon dah jadi, ini jadi lagi. geram betol saya. nezha tak makan la snacks2 ni dan tak reti pon dia nak buang sampah kertas yang dah dibentuk macam roket tu. nak kata sampah dari rumah ahtong memangtakkan la. mak ayah ahtong pon macam saya. mana ad budak kecik. ahtong tu la anaknya. habis, siapa lagi the main suspects? dia lah!!! benci ahhh dengan keadaan yang macam ni. rumah saya pon bukannya bersih sangat tapi tak de la nk buang2 kertas2 or bungkusan2 snacks tu merata2. semalam Obek balik bawak lagi durian orang bagi. saya saje le letak kat luar tu bior berbau sampai ke rumah dia. kes balas dendam le ni. hwuahahahhaa...

hari tu saya ada la terbaca kelas untuk belajar buat biskut raya. huewahhwhahahha... ada hati ni nak belajar tapi tak berkesempatan la. ada je halnya. seronoknya kalo tau buat2 biskut raya nih. tahun ni punya biskut raya haruslah rm30++. tahun lepas pon harga boleh tahan. takpe la..beli jugak la nanti barang 2-3 jenis biskut. selebihnya beli kerepek dan sweets saja lah. budak2 yang selalu datang rumah ma beraya haruslah seronok. selain dari dapat duit raya dapat gak tapau cokelet. hamboi2...mewah budak2 sekarang nih.
cakap pasal raya ni teringat la dulu saya pon berhantu gak kutip duit raya nih. saya ada geng 3 orang. dimanalah kawan2 saya tu agaknya. moga2 kalian sihat sejahtera. kami pusing 1 kampung nak kutip duit raya punya pasal. penat jangan cakap la. ma sampai risau sebab saya tak balik2 walaupon hari dah pukul 6 masa tu. balik tu rebeh le sebelah poket dengan duit syiling. tak termasuk yang dalam beg duit lagi tu. dulu2 masa kecik pon saya ada handbeg tau..hehehhee...cilok ma punya buat raya. hantam la. seronok betol. tapi sekarang dah tak berapa best walaupon saya still dapat duit raya. hahahhahaha....sekarang tak main la syiling2 ni..harus nak yang kepingan not2 bercop 2 atau 3 angka saja. wahhh..demand nampakk... apapon, hari raya memang dinanti2. amboi...puasa pon belom dah berangan raya. pompuan macam ni la. berangan je lebih. opss..sorry ye, ye la saya faham bukan semua pompuan macam ni. saya cakap diri saya je.


hehhee..nezha.. mata stim nampakk..ape ke hei-nye yop..

ok la... takde apa sangat yang nak ditulis. mood kureng dan perot sakit. apapun, luv u....

No comments: