mari mencari....

Google
 

Tuesday, July 8, 2008

nak ke tak nak...

semalam hari yang sangat sibuk. mmm..hari2 pun sibuk je takde yang tak sibuk. kenapa selalu jerasa macam tak cukup masa? mesti ada sesuatu nih. saya pernah dengar orang bercerita pasal manusia yang sentiasa rasa tak cukup masa ni. owhh..tapi takmo la elaborate. takot. walaubagaimanapun.... still managed to blog hopping jugak.

semalam dapat call dari Obek, kata ada orang nak offer kerja kat saya. kan ke saya ni tengah sebok nak cari keje baru. katanya dekat je dengan rumah
, in facts orang tu dok sebaris dengan rumah saya. wahh..jangan memain, tuan derektor katanya tulisan dalam name card. ngeri2. mmmm... sekali pikir ok gak sebab dah sah2 dekat jimat segala2nya, jimat minyak, jimat duit makan sbb blh balik rumah every lunch time, so boleh siap golek2 dulu la kan. tapi bila dipikir2kan lagi, banyak gak ketaksyokkannya. contohnya, bila dah bekerja dengan jiran tetangga, secara tak lansung banyak hal2 kita dan dia yang akan diketahui.. huii..saya tak suka tu. lagi, dah dia dah tau rmh saya, esok2 saya lak jadi balaci dia jadi segala tukang, ahh..takmo saya. lagi, nanti susah saya nk ca alip bot sbb dia tau mana saya stay semua. huiii...banyak masalahnya tuuuu... so, keputusannya saya cakap kat Obek saya takmo la. mesti orang kata saya ni menolak rezeki. bukan menolak rezeki, walopon kerja tu dekat tak semestinya bagus. insyaallah.. ada rezeki saya yang lebih baik dari itu selepas ini. bagilah peluang kepada mereka yang benar2 nak kerja tu. ada la hikmahnya tu kot.

Nezha dah ok dah. saya dah bagi dia makan ubat dan vitamin2 semua. So, malam tadi makan byk, uk-uk pun banyak. owhh..kepada sesiapa yang terbaca blog ni, Nezha tu kucing saya, bukan manusia. tapi saya anggap dia macam anak saya s
endiri. dialah penawar dialah racun saya. saya tak anggap dia bagai binatang. saya sayang dia. pada maklang yang terbaca, maaf jika sedikit terkeliru. tapi mana2 pergi pon mmg saya cakap dia anak saya. hehhehe..nak tggu anak sendiri ntah bila la agaknya belom timbul2. hahhahaa...
tengah melayan mamat ni makan... if tiba time ngada makan nak bersuapppp..


mmm..saya nak bercerita pasal berat badan ni. orang selalu je nk diet2 ni..saya pon nak diet juga. tapi kadang2 je. tapi sekarang saya tak diet, saya amik weight gain..ala..susu yang utk gemokkan badan tu. haaa... sedap gak rasa dia tu..perisa coklat. agaknya mmg itu je kot perisa dia sebab sebelom beli puas dah saya belek2 tin tu kot2 ada perisa2 tapi takde lak nampak tulisannya. bila nak bancuh, dia perisa coklat. sedap. sebenarnya bukan nak bagi gemok badan.. cuma nak bagi sihat sikit je. so, sesiapa yang ada masalah kurang berat badan, boleh la try. sebab kadang2 memang ada orang yang bermasalah terlalu kurang berat badan. saya ni tak le kurus beno gemok pon tak. saya pon baru je try 3-4 hari ni so mmg la takde perubahan pon. selera makan macam biasa tapi maybe ada sikit perubahan la. cumanya, macam yang disarankan oleh mana2 doktor pon, makan lah apa juga tapi dalam kuantiti yang terkawal disertai dengan gizi makanan yang seimbang. so, kita makan saja lahhhhhhh.....

ini la susu weight gain tu.. kualiti gambar kureng memuaskan. lembaga hitam ditepi adalah kepala nezha mat kepochi


pagi ni amatlah jemnya jalan. hujan pulak tu. saya as usual, sangat takut hujan, so malam tadi tak berapa tido sangat. dengan angin kuatnya, dengan hujannya, memang sah2 lah saya tak tidor. pikir2 malas betol nk pegi keje, rasa nak mc je. hehehhee.... lain takde, mc, mc, mc. tapi sekarang cuaca dah elok. alhamdulillah. Obek plak sms kata nak bergaduh dengan orang. mmm...entah la. dia pon dah hilang sabar agaknya sebab dah lama benar saya dengar cerita pasal pihak satu lagi tu. macam2 angkara yang dibuat baik di depan mahupun dibelakang. Obek bukan jenis macam saya ni cepat naik angin tak tentu hala. dia tu jenis yang pendiam, susah nak dengar dia bersuara kecuali benar2 perlu. jadinya bila dia bersuara or hangin tu maknya mmg dah tahap nirwana la kesabarannya tu. entah la..saya cuma boleh mendoakan semuanya selamat. takat2 gaduh mulut boleh lagi tapi ht orangkita tak tahu. jenis yang makan dalam..takot lak diapa2kan kemudia n hari. orang2 hari ni pandai2 belaka. macam dah back to the future. tokmoh2 skrg sudah laris kembali. aaaaa..takotnya. mudah2kan kami dilindungi oleh Allah s.w.t.

ok, times up. kene sambung kerja dan buat pelbagai lagi perkara. esok kita cerita lagi. luv u...

No comments: