mari mencari....

Google
 

Tuesday, July 29, 2008

nak tidurrr....

aduhai..penat betol badan semalaman tak cukup rehat. rasa nak je mc hari ni then tidur 24jam tapi memandangkan ada lak bende kat office so hajat dibatalkan lagipon bulan julai ni banyak dah cuti dan mc. hehehhe..nanti la saya dah bukak company sendiri sukati saya la nk cuti ke mc kan. sementara koje dengan orang ni ikut je la peraturan.

petang semalam lepas asar buat bacaan yassin untuk opah. wah..ramai tak ramai yang datang penuh jugak la rumah ma tu. so, tepat pukul 520pm bacaan dimulakan. mudah2an segalanya dipermudahkan. kesian dengan ma pon yang dah tak bera
pa sihat sebab tak cukup rehat. selesai bacaan, seperti biasa adegan makan2 beramai2. mmm... meriah la sebab group yang datang semalam group marhaban ma. makcik2 tu if dah berkumpul apa lagi..borak manjang la. hehehhee....so menu semalam tak banyak sangat, buat sikit2 je. sapa nak makan nasi ada lauk kari ikan tongkol, kerabu daun selom dan goreng ikan masin. sapa takmo makan nasik boleh makan bubur gandum, kuih talam keladi, nasi himpit. ada juga buah tembikai merah dan tembikai susu serta air teh 'o' suam. itu je la. sorry gambar takde sebab saya sangat bz semalam. sayalah orangnya yang ke tengah ke belakang, ke atas ke bawah. ibu datang dalam pukul 4pm bawak kuih2 tu. owhh..ibu memang masak sedap. sapa nak order makan boleh order dengan ibu. memang meleleh.

borak2 dengan aish, saja menyakat dia sebab dia bising nak balik, nak balik. bila ditanya apsal nak balik cepat, jawabnya dah janji dengan kawan nak main kat pa
dang. hehhee...adik menyampuk..dia dah janji dengan aweknya la.. ummu sarah. wahhhh...kecik2 udah ada awek?? hebattt.. tanya lagi lawa ke ummu sarah tu? hehhe..member tengah menangis2 boleh lagi sempat menjawab, lawaaaa... putih lambut keliting2...hahahhaha..cakap pon pelat lagi udah ada awek. kesudahannya memang jadi bahan menyakat dia la semalam.

lepas siap kemas2 rumah dah pukul 8pm++. ma pulak kata if ada masa tlg bawa dia ke klinik nak cucuk kaki katanya sebab rasa sakit2. saya kata ok aje tapi tetiba ckp takyah lak sebab dah malam katanya. dah pulakk...kejap nk kejap taknak. takpe la..tengok bila yang dia rasa nak pegi bawak je la. sebelum balik singgah belikan durian untuk adik sebab dia sebok nak makan durian. itu lagi satuhantu durian walhal ibu cakap baru kelmarin dah makan durian. hehhe..takpe la..layan je la budak kecik tu. tak bagi kang kempunan jatuh ke hapa ke lagi payah. saya ni dah la jenis tak boleh tidak kalo dengan budak2 tu. so beli la. pakcik durian tu dah siap2 longgokkan 5 longgok rm40. bagi kat ibu semuanya saya takmo. dah tak boleh masok lagipon mata dan terbayang bantal je time tu.

balik rumah tengok nezha udah menunggu. dia kene tinggal semalam sebab saya bz takde masa nak melayan dia. bahaya if bawa dia sekali sebab pintu semua terbuka kang dia lari. so better tinggal rumah. kipas tv semua bukak bagi dia tengok. hhehehe.. alalla..siannya. saya balik tengok dia tgk duduk atas coffee table. maybe dia try nak buka bala
ng sweets tu tapi takot pecah kot sebab hari tu dah jatuh sekali dia memang terkejut badak. dia tau mana2 tempat saya simpan makanan semua. kalau saya buka peti ais wahhh..itu la yang ditunggu2. macam dengan dia sekali nak masok dalam peti ais tu. semua nak diteroka. bila saya dah bersihkan badan dan relax, dok la melayan dia makan pulak.


muka kesian... itu la balang sweets tu...


lepas nezha makan saya pon kebabommm...sampai ke pagi ni baru bangun. penat sangat2 la. semalam pun ada satu insiden berlaku. si nezha la sapa lagi. dia tu memang selalu je jadi isu utama saya. dia tu kan ke pandai sangat baik sangat. semalam pegi panjat atas tv..biasa la tu. memang salah satu port dia tido kalo malam2 kat bilik saya. tv tu tinggi tau tak sebab letak di atas meja. saya pon salah juga agaknya sebab dia tengah kat atas tu dok juga la
melayan dia bergurau2. ntah camne golek punye golek terus tergolek ke lantai anak saya tu. hahahhahha.... mengiaw besar la dia. jatuh je terus mencicit lari pelok kaki saya. terkejut besar agaknye dia tu. saya pon terkejut. mau tak terkejut. gedebuk bunyiknya. saya cek2 sikit kaki tangan kepala mana tau kot2 cedera ke...huhuhu... harus lah cek kan dah kata kesayangan. pujuk2 sayang2 dah ok dah. hehehhee... kelakar pon ada, cemas pun ada. itu baru kucing jatuh, kalau baby betol entah la. patutlah ibu2 sangat prihatin kat anak2 ye. memang sangat risau perasaannya bila kejadian tu berlaku.

jiran sebelah masih buang sampah snacks kat dalam pagar saya. entah la..saya masih berbaik sangka bahawa angin yang meniupkan sampah2 tu. hari tu bukanmain lagi dia mencuci tong sampah depan rumah tu. tong sampah rumah tempat area saya tu yang jenis lekat kat pagar tu..macam almari tu. haa..itu le yang dicucinya. beriya2 mencuci tapi tak disedarnya dalam longkang berlonggok sampah sarap. konon nak bersih beno la tuh. benci ahh.... dah la takmo cerita pasal benda yang menyakitkan hati.

perot saya masih sakit lagi tapi dah kurang banyak. makan pon dah selera sekarang. wah.. bagus susu weightgain tu. tapi ada la kejadian yang menyakitkan hati dan badan. pagi isnin semalam saya terjatuh kat air box air terjun depan rumah tu. alalal..bukan air terjun besar, taktau la apa namanya tapi saya panggil air terjun. dia macam tembikar2 yang jadi air terjun tu la..bawahnya ada box hitam jadi ala2 kolam la konon. itu obek punya kerja. saya dah pesan ketepikan sikit kolam tu payah saya nak lalu kadang2 tersangkot. tak juga. semalam tu ntah camne tersandung kaki dan terjatuh le ke dalam kolam tu. uwaaaaaaa..benci sangat tauuu... memang saya menjerit dan menangis kat situ juga. hasilnya saya lenjun dan kaki lebam bengkak. sakit tau tak. sakit perot tak hilang lagi ditambah dengan sakit kaki jawapannya sakit hati la kan. hahahha..banyaknya penyakit. lepas tu saya bebel2 la non-stop. obek seperti biasa diam je la. memang tau dia yang salah. dia tu memang tak bercakap banyak la. huhuhuuuu.....


saje je letak pic dia....


ok lah..takde apa dah nak ditulis. semua dah direportkan. hehhehe... hari ni takyah lunch sebab tadi dah breakfast roti canai..yum..yummm....luv u.












3 comments:

debikdebuk said...

Kucing tu muka sedang gembira pun mcm tu. Sedih pun macam tu. Muka takde perasaan..

~Cinta Milo Ais~ said...

akak memang pencinta kucing yg sejati la..ape2hal pun mesti ada gak citer si nezha hehe

saya said...

debikdebuk-tapi nezha ada gak expresi muka...hehehhee...

milo-dah tu si nezha je la subjek utama, nak wat camne..jadi la...