mari mencari....

Google
 

Tuesday, July 15, 2008

perangai...

berbagai-bagai perangai dan ragam manusia yang akan kita jumpa setiap hari, ada yang baik ada yang jelik. kita sendiri pon bukannya elok sangat tapi bergantung kepada keadaan. itu lah yang orang kata budi bahasa atau paham bahasa. ada manusia yang berperangai main hentam saja asalkan dia senang dan apa yang dihajati tercapai. ada manusia yang berperangai terlalu baik sampaikan menyeksa diri sendiri dek kerana nak menyenangkan orang lain. ada yang berperangai tak peduli selagi dia tidak menyusahkan orang lain dan orang lain pon tidak menyusahkan dia.

perangai manusia ni kadang-kadang bertukar ikut persekitaran. kalau persekitaran itu banyak mendorongnya untuk berperangai seperti manusia, maka akan bersifat kemanusiaan lah dia. kalo persekitaran banyak mambawa unsur2 binatang maka berperangai kebinatangan lah orang itu.

matlamat utama perilaku ekologi manusia adalah bergantung kepada variasi perlakuan manusia itu sendiri samada melalui model optimumnya dan tahap penjelasan yang maksimum dalam memberi makna dan membezakan perilaku itu sendiri. ekologi manusia ialah perkara-perkara yang berada di persekitaran manusia itu sendiri yang memberi tindakbalas secara lansung atau pun tidak.

persekitaran umum seperti sosial, budaya, teknologi, ekonomi, saintifik, dan elemen media amatlah mempengaruhi tingkahlaku seseorang individu itu. ini disokong dengan kehendak atau persepsi individu itu sendiri yang mana ia melibatkan kehendak, keinginan, rasa hati dan emosi mereka. faktor-faktor persekitaran itu jika digabungkan dengan kehendak individu akan membentuk satu perlakuan yang secara tidak lansung telah memberi impak kepada struktur sosial, pembelajaran dan budaya individu itu sendiri. namun begitu, latarbelakang dan pengalaman individu tersebut turut banyak mempengaruhi perlakuan mereka. misalnya, jika seorang anak kecil yang sentiasa berada di dalam persekitaran yang negatif atau positif, ia secara tidak lansung akan menjadi modul tingkahlaku kebiasaan mereka. sebab itu, ibubapa harus mempamerkan tingkahlaku yang bersesuaian dengan sifat anak kecil yang sentiasa meniru perlakuan orang dewasa kerana pada mereka perlakuan tersebut adalah satu perlakuan yang betul. jangan sampai nanti di kata orang anda tu 'anak tak berajar'. namun begitu, masalah dan dorongan dari persekitaran tidak harus disalahkan sepenuhnya kerana sifat dan perlakuan manusia itu berpunca dan boleh dikawal oleh individu itu sendiri melalui akal dan fikiran yang telah dibekalkan secukupnya, supaya mereka boleh berfikir tentang baik buruknya sesuatu perkara, tambahan pula jika individu itu sudah cukup dewasa untuk membuat penilaian sendiri.

ada pepatah melayu yang menyebut 'bagaimana rupa acuan begitulah rupa kuihnya'. memang tidak dapat dinafikan, sedikit sebanyak, kehidupan dan perlakuan sewaktu zaman kanak2 amat mempengaruhi perlakuan seseorang individu itu sehinggalah mereka dewasa. jika sewaktu kecilnya terlalu manja, tidak mustahil apabila dewasa mereka akan bersifat sedikit menekan orang disekeliling mereka kerana sudah terbiasa dengan kehendak yang perlu selalu dipenuhi tanpa halangan. jika sewaktu kecilnya selalu berada di dalam ketakutan, tidak mustahil apabila dewasa mereka akan bersifat menyediri dan pendiam kerana tidak mahu disakiti. ada juga yang jika sewaktu kecilnya mereka tidak diasuh dengan memberi contoh yang betul, akan menjadi budaya 'tidak apa, lantaklah, pedulik hapa, biarlah, dan tak pedulikan orang lain', dan maka dengan itu maka akan terlahirlah sifat2 kurang ajar dan biadap dalam diri mereka. mungkin pada mereka perkara yang mereka lakukan itu adalah biasa dan tidak memberi apa2 kesan lansung tetapi sebaliknya perlakuan mereka itu sebenarnya amat memberi impak kepada orang lain hingga mungkin mampu menyebabkan orang lain yang bersifat positif ini berkemungkinan untuk bertukar corak pemikiran supaya menjadi sama kurang ajar seperti mereka2 itu.

sebab itulah wujudnya undang-undang dan peraturan yang bertujuan untuk sekurang-kurangnya membentuk amaran kepada individu negatif ini dari terus melakukan kesalahan. memang tidak dapat dinafikan setiap manusia itu mempunyai potensi untuk melakukan kesalahan kerana sifat ingin tahu manusia itu sendiri. misalnya, pemandu yang memandu dengan sesuka hati, memotong di kiri kanan jalan tanpa memikirkan kesan kepada pemandu lain, pemandu yang memandu dengan kelajuan 120km/j dengan sengaja memberi high beam kepada kereta dihadapannya hanya kerana mereka berpendapat pemandu dihadapan adalah terlalu lembab menandu sedangkan papan tanda menunjukkan aras kelajuan yang sepatutnya tidak melebihi 80km/j, atau pemandu yang membuang sampah sesuka hati dari tingkap mereka hingga terkena kereta di sebelah tanpa menghiraukan perlakuan mereka itu sebenarnya amatlah jelik dan tidak menunjukkan ciri-ciri mereka itu orang dewasa yang berfikiran mutlak dan wajar dicontohi, atau mungkin juga pemandu yang dengan senang hati meletak kenderaan di tempat yang bukan sepatutnya sedangkan terdapat banyak parking lot yang kosong dibiarkan begitu sahaja dengan alasan, 'alah...aku kejap aje watpe parking betol2, leceh...'.

akibat dari perbuatan mereka, secara kebiasaannya, ramai yang akan menerima saman kesalahan trafik. pada ketika penerimaan saman itulah baru mereka akan sedar tapi masih menidakkan kesalahan mereka sendiri dengan alasan mereka tidak melakukan perbuatan tersebut atau jika melakukannya pun adalah keran terpaksa. maka, pada ketika itulah, ilmu mata pelajaran bahasa malaysia akan dipraktikkan sepenuhnya dengan mencipta pelbagai helah, tektik dan teknik untuk melepaskan diri mereka.

individu2 yang digambarkan di atas mungkin menunjukkan sekelompok masyarakat di malaysia yang tidak mempunyai kesedaran sivik. mata pelajaran sivik secara lansung telah dihentikan pengajarannya sekitar awal tahun 80-an dan ianya telah diserapkan ke dalam mata pelajaran bahasa malaysia mahupun pendidikan moral. secara amnya, matapelajaran tersebut sedikit sebanyak amat membuka minda dan mempengaruhi individu supaya sentiasa bersifat mulia atau sekurang2nya dalam bahasa pasar tidak menyakitkan hati orang lain.

bagaimana pula cara untuk kita mengawal diri kita supaya tidak tergolong dalam kelompok mereka yang bersifat negatif seperti diatas? kita secara umumnya akan mendekatkan diri kita dengan ajaran pertama iaitu memperluaskan sifat mahmudah iaitu sifat2 yang baik dan berusaha menghapuskan sifat2 mazmumah atau sifat2 keji. memangtidak mudah untuk memperbaiki diri tetapi sekurang2nya dengan berusaha ke arah itu, maka kita secara tidak lansung akan memperbaiki diri sendiri dan menjadi contoh kepada generasi akan datang. pegangan agama juga mampu mendekatkan diri ke arah positif. tidak kira walau apa juga jenis apa, apa juga bentuk penyembahan, semuanya menyeru ke arah kebaikan. cuba kita letakkan diri kita di tempat orang2 yang telah kita sakiti atau aniayai, bagaimanakah rasanya? mungkin ada yang berkata 'saya tak rasa apa2 pun', atau 'bagusnya perasaan ini', atau'takmaulah, tak best'. dalam tiga bentuk ayat tersebut saya pasti ayat ketigalah yang paling banyak disebut kerana secara lahiriahnya, individu itu tidak mahu disakiti walau dalam apa jua bentuk perlakuan samada dalam bentuk ucapan, perbuatan, psikologi mahupun emosi. tetapi hairan ya, mereka masih mahu menyakiti orang lain sedangkan diri sendiri tidak mahu disakiti. bagaimana tu? tidak perlu risau, kerana hukum karma menyatakan setiap perbuatan samada baik atau buruk akan diberi balasan, tidak kira cepat atau lambat, dalam bentuk yang sama atau tidak yang pasti balasn akan menunggu anda!!! jadi sentiasa berhati2 dengan setiap perlakuan dan perangai anda.

penulisan ini bukan sekadar untuk mengingatkan anda2 tetapi juga untuk mengingatkan diri saya sendiri supaya sentiasalah berusaha untuk tidak menyakitkan orang lain. jagalah diri sendiri dan jangan terlalu bangga kerana kita tidak tahu kehebatan orang lain yang selama ini kita anggap hingusan tetapi sebenarnya api bara yang mampu membakar duniamu. kadangkala, episod 'minta maaf' pun tidak dapat melampiaskan rasa sakit hati orang terhadap anda dan pada ketika anda dalam kesusahan suatu hari nanti maka ingatlah perbuatan2 anda yang suatu ketika dahulu pernah menyakitkan orang lain.

cukup peringatan untuk hari ini. semoga saya dihindari dari golongan orang2 yang kurang ajar ini dan semoga mereka2 itu insaf, jika bukan untuk orang lain, sekurang-kurangnya untuk muhasabah diri mereka sendiri.

wassalam.


3 comments:

debikdebuk said...

Kadang2 orang susah benar orang nak minta maaf... rasa nak karate je tengkuk orang tu...

~Cinta Milo Ais~ said...

saya setuju..memang sedikit sebanyak perlakuan seseorang dipengaruhi oleh masa kecilnya..tapi apa yang boeh diperbetulkan kita kenalah perbetulkan, tak bolehlah main suka hati sendiri je kan..

saya said...

debikdebuk - tu la dianya. malu pada diri sendiri agaknya...hehhee..entah la

milo-tu la pasal. diri sendiri kene pikir la kata dah besar, kan.

takpe2..kita bersabar je la.. aminn.