mari mencari....

Google
 

Friday, July 25, 2008

sakit perot lagi...

balik semalam cepat la pulakkan sebab jalan tak jem. kejappp je dah sampai rumah. kalau la hari2 macam tu kan ke best. at the same time otak berputar dok pikir nak makan apa. pikir punya pikir teringat roti yang beli belom dimakan tu so buat roti telur la. jimat belanja. terlalu lak depan orangjual chicekn wings tu. so beli ka. masyaallah..chicken wings tu pon naik harga. last time it was rm1.00, then naik rm1.20 semalam udah jadi rm1.50. hamboi2... sampai begitu sekali ke penangannya. tapi sebab dah tingin so beli je la. balik makan tak le sedap beno. saya buat lagi sedap. orang berniaga pon pikirkan lah tentang orang yang membeli ni. jangan main asal siap masak je asam garam entah kemana. saya ni beli dengan duit bukan mintak guna air liur je tau tak. kalo buat sedap harga mahal takpe lagi..orang pon akan doakan bior kedai awak tu maju jaya. tapi mahal dan tak sedap memang assalamualaikum la jawabnya.


roti telur, baked beans, chicken wings & air kotak


seperti biasa memang takkan habisnye la makanan tu kan. ditambah dengan kurang selera dan sakit perot tu. eeee..tensen betol. tak senang duduk la saya sak
it perot nih. lepas makan tekak lak rasa tak sedap. sambil2 bagi nezha makan dan tengok tv tetiba je rasa membuak2 apa lagi terus la bluwekk..habis semua yang saya telan tadi udah keluar semuanya. menambahkan sakit perot saya sebab muntah tu. benci betol ntah apa la silap salahnya. memang macam tu la pun dari dulu. ma kata sayani banyak penyakit. tak pasal2 je sakit perot, tak pasal2 je muntah, tak pasal2 je hidong berdarah. saya pon pelik la. nak kata badan jenis panas idak le pulak. air banyak je saya minum. apasal la agaknya...

relax kejap tengok oprah. cerita pasal ibu2 yang kerja askar hanya jumpa anak dalam tempoh 7 bln sekali. wahhh..sedihnya. ada u dia terpaksa pergi bertugas sejak anaknya lahir, sekarang baby dah besar dlm 7-8bulan baru dapat jumpa lagi. wahhh..sedihnya. tapi anak2 dia nampak sangat bijak.

apa la sebenarnya yang saya nak tulis ni agaknya. takde mud. obek
called tadi cakap petang kang dalam pukul 7 baru bertolak dari sana. takpe la. petang ni seperti biasa saya balik rumah ma. tadi dah pesan if ma tak penat tolong masakkan ayam masak kicap. wahhh.. lama tak makan ayam masak kicap. kalau ma penat takpe la.. balik nanti saya boleh masak juga. this weekend nak tunggu anak2 opah yang lagi 2 orang tu balik ke tak menjengok opah setelah diberitahu untuk kesekian kalinya. ma cakap kalo tak balik juga jenguk nanti nak call cakap opah nak bagi2 harta haa..itu jam mesti balik punya. hehehe..jahat juga ma ni ye. sunday maybe nak pegi rumah ibu. dah rindu sangat dengan aish dan apip. hari tu dah call. almaunah pon sebok gak nak pegi rumah ibu siap order2 lagi nak makan nasik minyak. ye la tak kisah le nak makan apa pon memang boleh tapi datang la awal boleh tolong masak. just potong2 bawang apa la salahnya. ini tak.. tau order dan siap. lunch hour baru nampak batang hidong. benci aahhhh....

saya ni selalu sangat komplen2 orang, dengki2 orang, marah2 orang macam le saya ni bagus benor. hehehhehe... memang bagus pon. dah tu takde orang pon nk puji saya, saya puji la diri sendiri. biaq pi la dah kata blog sendiri apa salahnya. cerita pon tak le best sangat. habis2 pusing2 cerita pasal menu dinner and nezha je. dah tu.. saya mana la ada keluar2 jalan2 pusing2 ni. kalo ada pon takde la setiap detik tu nak bergambar. malas lah.

nezha malan tadi buat perangai melompat2 dia tu sampai pukul 11++ belomlagi tunjuk tanda2 nak tido. tak kuasa la layan saya tido dulu. sedar2 dia tengah mengempek kat tepi saya. pagi 530 seperti biasa, dia akan garu2 kepala saya, gigit2 tangan kaki kepa
la saya semua kejutkan suruh bangun. bagusssss.... tapi pagi tadi saya malas bangun cepat saya selubongkan dia dengan selimut. hehehhe.. gelabah dia cari jalan keluar. tapi sangta comel.


muka nezha 530am tadi. mengantuk la tu tapi still kacau2 saya.


ingat minggu ni nak kalau sempat nak bawak dia pegi grooming. takat2 sikat bulu tu boleh la saya. more than that hantar kedai je la. dan nak bawak jumpa untuk c
heck-up dengan vet juga nak tengok dah betol2 sihat ke belom. kalao belom takleh pegi mandi nanti lagi demam or sakit. tapi manyak busyuk lorr.... busyuk2 pon itu la yang saya cium pelok hari2. owh.. malam tadi takde hantu. so saya tidor dengan amannya.


nezha serabai....


nak blog hop pon takde mood. harini sakit perot still ada tapi dah berkurangan dah. bagus2. lepas sihat boleh la melompat2 semula. mana la nak cari baju kebaya yang dah siap ye. nak cari la dalam 2-3 pasang untuk bulan 8 ni nanti. apa pun tak ready lagi. ada apa bulan 8 ni? ada laaaaa......


nezha bad hair day... hwuahhaha...saya memang dengkikan dia.

kerja kat office semua dah settle. pagi tadi dah bertungkus lumus siapkan so boleh berweekend dengan senang hati .tapi rasanya this weekend macam tak best je kenapa ye? tunggu je la tapi harap2 semuanya berjalan lancar. doakan saya selalu sihat ye dan tak sakit2 selalu lagi. saya pun naik rimas la asyik sakit je. tapi alhamdulillah bukan sakit2 yang kronik. jadinya terima je la dengan redha. okla..luv u....

3 comments:

shafa said...

Minyak naik chiken wing pun nak naik gak....ni dah lebih nie...kena boikot kedai yang mcm nie..

KV said...

mkn pil chi kit teck aun. Hihi
sedpa nya roti telur.

saya said...

shafa - itu la pasal. melampau2 harga naik.

kv-pil chikitteckaun tak lut la dah kv..huhuh