mari mencari....

Google
 

Tuesday, July 1, 2008

salam...

Hari ni dah ok. Wah..begitu penangan ice blended dan ice cream. Yang saya pun makan tak beringat, macam esok dah takde hari lagi. So, terima je la akibatnya. Tapi takpe, seronok sebab dapat hadiah bersempena sakit. Chewahh.., kalo macam ni nak le sakit selalu. Huwahahhaha...

Minggu ni takda apa yang menarik berlaku. Weekend balik rumah ma, paip pulak bocorrr. Eeeii..ada je yang nak menyucuk jiwa. So, tunggu punya tunggu tukang paip tu by 11 dai pon sampai la, so there goes our prgramme nak jalan-jalan pusing pekan. Takpa la, asalkan perkara paip ni settle sebab lebih penting. Tambah2 opah ada kat rumah ma, so mmg kene repair paip tu secepat mungkin. Menu on Saturday simple je, ayam masak merah dan kerabu mangga. Memang 2-2 pun fav saya. So apa lagi..bedal sajala... Sunday, tido seharian macam dah kene rasuk hantu tido le pulak. Tak boleh bangun lansong. Agaknya sebab terlalu banyak tido tu la pasal. Lunch dengan Obek, then dia ternampak la lauk kari kepala ikan. Dia nak amik lauk tu saya pesan tanya dulu berapa harga kang main cedok2 je tiba time bayar haa..amik ko RM20 untuk 1 kepala. So, dia pun tanya dulu then harga boleh dimakan, so amik la. Tapi tu la, makan kat kedai tak puas lansong. Mmg betol2 kepala ikan dia bagi isinya takdak. Apa boleh buat, makan je la. So Obek pon berazam ni nak minta saya masakkan kari kepala ikan yangada isi banyak2. Saya kata boleh aje, siapkan je la bahannya. Kalo semua ada hatta kari kepala kerbau ponboleh dimasak. Lepas lunch tu le konon2 as dessert gi le bedal ice blended. Tak puas lagi tu..makan ice cream sampai 4 batang. Haa..amik ko...takyah tggu malam, petang tu udah sempot. Takpe2..kenangan dan pengajaran.

Semalam macam biasa, tak berapa sihat sangat so takde mood sangat walopon still datang koje. Rugi ooo nak potong cuti or amik mc. Nanti bulan 8 nk cuti lagi. Arrghhh...benci la.

Nezha biasa la. Mingg ni dia baik sikit campur terejal2 sikit. Sekarang atas tv apa benda pun dah tak boleh letak sebab dia panjant2 dan tolak semua barang tu kebawah. Sakit hati betul . Dai pi humban brick game saya hancor berkecai. Eee...geram betol. Memang la brick game tu saya beli murah je rm4 je tapi itu la hiburan saya pon tiap2 malam before tidor. Godek punya godek, still boleh guna lagi tapi 1 line dah takde. Heee..budak ni memang nak kena tau. Tapi takpe la..sayang punya pasal...

Owh..lupa, ahad tu ikan saya mati seekor. Saya menangis dan menangis, menambahkan sempot didada. So, cuci akuarium semua dan sekarang dah lawa balik. Masa saya bz cuci akuarium, budak busuk tu pon sebok jugak nak tolong. Heii..betul2 la menguji kesabaran. Ingat nanti if ada masa nak pusing2 cari ikan baru gantikan yang mati tu. So, sekarang cuma tinggal 3 ekor sahaja lagi. Sedihnya.

Dok tunggu orang yang mesin rumput tu tak kunjung tiba. Leceh la rumput depan dah panjang. Nak potong sendiri MALAS. Kalau ipah orang tu rm10 dah settle semua. Mana la orang mesin rumput tu, biasa dia ada je hon2 kalo sunday morning, ni dah byk minggu tak de bunyi hon2 pon.

Ma dah bising srh kemas2 rumah utk raya. Haiyoo..penat la. Malas. Kalo dah malas tu suruh angkat kertas sehelai pon tak larat.

2-3 hari blog hopping nampak banyak perkara happy berlaku dikalangan blogger. Ada yang nak kawen, ada yang nak bertunang, ada yang dapat bonus awal, ada yang sambut birthday. Mmmm..bergembiralah dan saya pun tumpang happy juga. Tapi ada juga yang berhadpan dengan berita sedih. Apa boleh buat, dunia ni memang macam tu putarannya. Tak selalunya kita gembira dan tak selalunya kita bersedih. As for saya, zaman gembira saya belom sampai lagi, mungkin dalam sedikit masa lagi, sama2 kita doakan ya.....

No comments: