mari mencari....

Google
 

Monday, July 28, 2008

weekend yang penat...

weekend yang penat... ye memang betol. banyak benar perkara yang tak terduga terjadi. yang gembira yang sedih yang bengang. suka duka adalah asam garam kehidupan, tapi setakat mana kita sanggup berhadapan dengannya. eh..emosi pula pagi2 ni.

ceritera bermula dari petang jumaat bila obek balik. yahuuu..sukanya. dalam pukul 730pm pegi jemput dia. wahh..pegi 1 beg balik udah jadi 3 beg?? ngalahkan saya kalo bershopping. hehehe..dia memang lebih besar nafsu shopping dari saya. saya je yang maintain cool. rupanya 1 beg besar penuh dengan coklats aja. buka2 saya macam nak pengsan. sapa la nak makan coklat banyak2 tu. kat kl ni pon belambak2 coklat. dia kata untuk nezha. hahh!!! boleh macam tu. tau le mamat kepochi tu memang suka jilat2 coklat. pas tu dia kata tak la, nak bagi orang tu la orang ni la. hantam je la. takpe la..sikit sama merasa. lenkali ada rezeki kita pegi lagi. saya kata apsal tak beli periok vision tu untuk saya? hehehe.. dia kata lenkali kita pegi la. lagi pon after this memang akan selalu ke sana. dia mana tau pilih2 periok. hehhehee... macam2 la dia tu. saya bukan nak pon saja menyakat dia.


cokelet 1 beg besar...

malam tu balik rumah ma. makan ayam masak kicap. heheh..kata dah order kat ma siangnya tadi. so lepas isyak makan2 dan ma pon borak2 pasal opah la. cakap opah makin hari makin helpless. perangai pon dah makin pelik2. nak makan itu ini dan tido je the whole time except time dia meracau2 tu. sian kat ma. saturday morning lepas smbyg subuh saya dengar kecoh kat bilik opah. rupanya dia nak turun katil ntah dari mana datangnya tenaga nak hulur kaki tu walhal before this pegang sudu pon tak larat. kebetulan ma tengah sembahyang tu nampak kaki opah dah terjulur. ma hentikan sembahyang sebab takut opah jatuh kang lagi satu masalah. then ma nangis sambil pesan kat opah jangan la macam ni, dia nak sembahyang ni tunggu kejap. bila tanya nak pegi mana turun katil, jawabnya nak pegi kat rumah orang kenduri tu. haiyoooo... macam2 la. ntah camna ma pon tensen agaknya, ditambah2 dengan perangai opah dah macam tu tak pasal2 ma pulak kene heart attack. saya yang sedari tadi cuma melihat dari atas terus melompat la tak kira dah anak tangga. sempat sambut ma sebelum dia terbaring jatuh ke bawah dari atas katil, bagi dia makan ubat jantung, urut2, istigfar2.. alamakk...saya pon nangis sekali la. dah kata saya ni memang jenis ciwek (cepat / senang menangis). lama juga baru ma reda. saya hangat hati time tu. rasa nak marah2 opah tapi bila pikir2 opah tu dah kategori tak tau apa yang dibuatnya. takde maknanya kita marah2 dia. sedih saya. then bagi ma tido puas2, saya call mama informed pasal the incident then mama cakap nanti dia datang after dia service kereta. so ok la tu. saya doakan moga ma sihat selalu. dia tu dah la sakit jantung, tak boleh menerima tekanan yang keterlaluan. keadaan yang macam ni menyebabkan dia terpaksa juga menerima. owhh..sedihnya saya.

sementara ma tido, opah pon tido jugak. saya yang sejak semalamny
a merancang nak masak laksa terus termangu. camne nak masak laksa nih. bahan2 semua dah beli sedari semalam. ma tengah tak sihat, memang tak boleh ganggu dia. resepi takde lak sebab ingat ma yang akan masak hari ni. alamakkk... nak call ibu, ibu keja pulak takmo la ganggu dia. so, surf gak tenet cari resepi dan cara nak membuatnya. haaa..hambik ko.. seumur hidop tak pernah2 buat laksa, hari sabtu tu kira pecah rekod la buat laksa sensorang dari proses siang ikan sampai menghidang. macam nak pengsannnnnnn... itu pon berratus2 kali sms dengan ibu tanya the exact step. hancor2. keputusannya, laksa tu menjadi la jugak tapi dah terpedas. hahahha... untuk orang yang 1st time masak kita lulus la tu.


laksa dan bahan2nya dan teh o. hantam la...

lepas siap masak semua, dok tengok tv senyap2. tak boleh bising2 sebab ma sakit dan opah pon tidor. opah tu bior dia tido lama sikit. hehehhee... sebab kalo dia
terjaga nanti dia meracau2 saya ketakutan. so, saya lunch laksa la tu kononnya.


ini saya punya serving. potong bahan punya banyak tapi amik telor dan pudina je.


dalam tengahari pukul 1 macam tu ma dah bangun dan sedar tapi st
ill kepenatan. sian kat ma. ma mandi dan makan. saya buatkan air susu dia dan tanya ma nak makan tak laksa saya. hehehe... ma kata wahh..patot la ma sakit jantung rupanya ada orang masak laksa.. hahhaha.. macam2 la ma ni tengah sakit pon nak buat lawak. tapi ma makan nasi dulu then baru makan laksa sebab nanti nak makan ubat tak sesuai lak if tak makan nasi. komen ma tentang laksa saya : kurang masin ie, tawar. hwuahahhahaa... saya kata tadi saya makan rasa sedap je. ma kata memang le sedap, tapi if orang yang kuat masin makan nanti dia kata tawar. saya kata if tawar srh orag tu makan tambah kicap je la. hahahhah... selesai je ma makan, ngah pulak datang dengang kawannya. wahh..meriah rumah. ma suka la sebab cucu datang menyerbu. katanya baru balik dari memancing tapi ikannye sekor pon takde. appadaaa... so, bagi ngah & the gang makan laksa. licinnnn.... hehhehehe.

ahad, pegi rumah ibu la sebab kata dah janji nak makan2 semua. ahad
pepagi saya dah pergi pasar cari rebung panjang2 tu bukan yang dah potong bulat2 tu. ini kes teringin sebab tengok dalam fotopages kak liza la nih. harok 1 pasar mencari rebung tu. sebelum ni saya memang tak makan rebung sebab macam ada bau2 masam tu kan. tapi ni ibu dah masak kari campur daging wahhh..sedap le pulak. tak terasa sangat kerebungannya tu so saya consider after this if nak makan rebung saya akan beli yang rebung panjang2 tu la. sodappp... seperti biasa almaunah mengarah nak makan itu ini tapi dah pukul 12 bayang kereta pon belom sampai2 lagi. sampai2 je nakbising2 lak. benci la..orang dah penat tau potong semua bahan ni.. ibu kata takpe la..saya tolong banyak nanti pandai masak. chewahh..cerita pasal saya masak laksa the day before tu ibu kata tu la.. laku sampai ibu pon tak merasa. hahhaha... so menu hari ahad is, tumis air lala, gulai kari daging +rebung panjang, sambal tumis sotong, sup petola dan air sarsi. wahhh... pecah la perot saya... tapi disebabkan still sakit perot so makan ala kadar je.

lepas makan, obek relax2 tengok tv, saya buat birthday surprise un
tuk dia. wahhh...seronoknya. 27/07 kan birthday obek. ibu, almaunah, aish, apip saya dan ngah semua nyanyi happy birthday untuk obek. obek malu2 kucing lak sampaikan orang belom habis nyanyi dah blow the candle. hahahhahahha... so adegan tiup lilin terpaksa dilakon semua beberapa kali untuk sessi penggambaran. aish pon sebok nak tiup dan potong. mamat kecik tu standard la. asal ada kek je harus la birthday dia. tak kisah la..budak kecik layankan je la. then lepas makan kek lepak2 tetiba obek received call cakap budak subcon cedera lak sebab fire fighthing punya apa kebenda ntah pecah sebab tekanan gas. mmm..agak serius dan hantar pegi ke hospital. nasib baik cepat. moga2 budak tu cepat sembuh dan takde apa2 effect kat dia.

balik petang tu saya memulakan oeprasi untuk membahagi2kan cekel
at yang belambak2 tu.. seperti biasa mamat kepochi akan turut membantu selagi terdaya. bising la mulut saya sebab saya dah susun2 dia lak garu2 kacau. hangin betol la.

saya dah susun cantik dia pegi garu2. harus la hangin 1 badan saya nih..

sambil marah sambil buat kerja sambil sumbat cekelat dalam mulut. apa nak jadi daa.. bila saya bising2 dia buat muka la. merajuk marah la konon. lantak sana saya penat petang ni macam2 hal. hehehee... lepas siap semua, saya pon pujuk2 la dia balik. polok2 cium2 so dah ok dah. allalaa.. bucuk manja.


muka tak puas hati la tu. mogok. merajuk. saya panggil pon buat donno jek...


lepas siap semua kebabommm...tidorrrr.. syoknya tidor petang2 ni. bukan senang nak dapat tido time siang nih, hahahhahaa. tengah sedap2 tidor tu dengar bunyik krak kruk krak kruk apa ke jadahnya kan. sekali tengok. haa..tu dia, nezha tengah buat kerja. dikerjakan bantal saya sampai tercabut lerai semua renda2 tepi bantal. ya allah... rasa nak menjerit2 je rasanya.

kalo dah terbarai renda2 bantal tu harusla saya marahkan. hadoihh... nezha, nezha.

marah pon tak guna. dia buat dek je. ni mesti kes balas dendam tadi la tu pasal saya tak bagi dia tolong susun cekelat tadi tuh. geramnyaa.. sudahnya saya gunting je la terus renda2 tu. udah le sebijik bantal togel takde berenda. camno tu???


muka bersalah la tu. biarkan. tapi u r still my lovely baby nezha...

alamatnya nanti kena la riki2 cadar pulak. macam2 hal la mamat kepochi ni. malam tadi bagi makan ubat baik la pulak takde macam biasa terejal melompat. biasa nampak je syringe tu dia dah melompat dulu, tapi malam tadi elok je dok dalam kaki saya. hehehhee.. bagus2... macam tu la saya sayang.

ok la. panjang sangat dah menulis hari ni. lenkali sambong la. kepada yang terbaca, doakan kesihatan opah dan ma saya. petang ni (28/07) kami nak buat bacaan yassin lagi sekali selepas asar. mudah2an diberkati. assalamualaikum dan luv u...





3 comments:

KV said...

sedapnya coklat daim!

i'm ソソ said...

akum...
semoga opah dan ma saya cepat sembuh!

saya said...

kv-cekelet memang sedap..tapi nanti menggebukan badan. hehehhee...

i'm yy-wslm..tq doakan opah & ma saya. harap yy pon sihat juga hendaknya