mari mencari....

Google
 

Tuesday, August 26, 2008

apa nak cerita ni ye...

apa nak cerita ni ye... dah berhari2 takde pon entry yang menarik. bukan takde benda yang berlaku cumanya saya je yang malas dan tak sempat nak menulis. pagi ni bangun lambat. itu pon nasib baik mamat kepochi dok garu2 gigit2 kepala baru nak sedor dunia walhal hp dok snooze dari pukul 535am lagi. entah kenapa ye sekarang badan saya lemah sangat. dulu saya lah juara bangun pagi. 530am sharp saya dah tercongok bagun pusing2 rumah buat itu ini tapi sekarang pukul 630am pon masyaallah..tuhan je yang tau betapa liatnya nak bangun tidor. rasa2 macam nak tidor 24jam katanya.

ok back to bangun tidor lambat tadi tu, terus bangun la kan ingat nak iron baju tapi kemalasan terlampau telah menyebabkan saya mengorek wardrobe untuk cari baju seluar yang tak payah iron. owhh.sungguh pemalas tahap nirwana. korek2 then jumpa then bersiap2 segala la kan. sopergi kerja nasib jalan tak berapa jem, cuma jem2 biasa tu je la. tak jem kang perkara ajaib le pulak.

owh..malam tadi pukul 10pm dapat sms dari kawan saya ni kata masok wad sebab high blood pressure. mmm.... apa nak buat. saya dah pesan tengah waktu2 macam dia tu kurangkan sikit aktiviti menganyam ketupat tu, tapi tak. jawapannya nanti raya boleh minta maaf balik haa..sekarang apa dah jadi. takpe la, saya tetap doakan dia selamat melahirkan sebab dengarnya kandungan pun songsang. saya taktau la camne rasanya tapi saya pasti dia sebagai bakal ibu baru tentu sedih dan takut dengan keadaan itu. harap2 lepas ni dia boleh kurangkan sikit aktiviti mengayam ketupat tu. peringatan untuk diri saya juga ni. so maybe kalau sempat ptg ni nak pergi melawat dia kat ppum. entah sempat entah tak. jalan jem camne nak buat. pas tu kang nak carik parking 1 hal. tengok camne.

eh..hari ni saya puasa la. puasa ganti dah habis tapi saja je puasa mengganti yang zaman2 dulu kot2 ada yang terlubang2 lagi. dari tak buat apa, puasa je la. lagipon bukan makan sangat. so puasa, esok pun maybe puasa lagi. kalau ada rezeki. saya dah 2 hari ni dok teringin makan pulut kuning. tak tercapai hajat. puas dah pusing2 carik pulut kuning tak jumpa. semalam pergi pasar malam pun takde orang jual pulut kuning. beras pulut ada la. sape lak yang nak masakkannye tu. saya ampun le..memangtak reti punya la. makan reti. uwwaaa...sedihnya.. nak le pulut kuning.

nezha macam biasa; baik, comel, pembuli dan segala2nya dia lah tu. ada snpa gamabr dia pagi tadi tapi tak terupload lak kat sini tak sempat la. ini pon tulis type selaju yang boleh almaklum, ada kerja lain yang sedang menunggu. lunch hour kang if saya tak buat apa saya letak gambar. hehehee...

this saturday maybe nak bawak ibu pegi kl sebab ibu nak beli dah baju raya untuk bebudak tuh. senang katanya sebab nanti bulan puasa dia dah tak larat nak jalan2. penat. ye la tu pon. saya lagi la tak larat. tengok la, ingat nak bawak ibu ke sogo dan midvalley. hehehhee... so sesape yang ada terpergi gak kat area2 tu maybe terserempak le kot. hahha..macam le kenal. takpe2..kalo jumpa pompuan cute tu say ala tuh. muwahhahahaaaa.......

ok la..takat ini dulu. nanti sambung lagi ye. have a nice day. luv u...

No comments: