mari mencari....

Google
 

Wednesday, August 13, 2008

banyak minum...

seperti yang telah diketahui semalam punya plan memang mendukacitakan. tapi takpe, obek still have some time to pegi dinner. memula pegi ke serdang apa ntah namanya, serdang raya ke serdang perdana ke tak le saya tau. ada hal sikit pas tu makan kat food court kat situ. mmm..area dia kira so-so je la... tak le bersih beno but masih boleh ditelan la. tapi kalo ada pilihan lain saya takmo pegi sana. no offence ye if ada sesiapa disini is orang serdang or orang area situ. so ada la nampak 1 kedai ni tulisannya air gelas besor. wahh..excited ni nak try. so order la air tembikai yang gelas paling besar. pakcik kedai tu kata 1 liter punya. so, ok la. ingat boleh share dengan obek la. sekali datang bapak besor. ini dah boleh dipanggil jug ni bukan gelas lagi nih. nasib baik order 1 je. before this pernah gak minum gelas besar kat kepong but dah berkurun lama sampai dah terlupa ke'besar'an gelas dan ke'banyak'an isipadu air didalamnya. haaa..ambik..melantak sampai kembong perot. share 2 orang pun still tak habis air tu. 1st sebab banyak, 2nd sebab manis sangat, maybe orang buat air tu dah tertuang air gula banyak sangat so keaslian rasa tembikai tu dah kurenggg. ye la..saya ni kampungan sikit so nampak benda pelik sikit pon nak le buat entry walhal orang lain dah jemu kat air gelas beso ni. apa nak buat...


ni air gelas besor tu. rokok tu fungsinya untuk membandingkan saiz je la..
kang ckp gelas size biasa lak kan.


so saya order nasi goreng ikan masin, obek makan sup ekor, nasi dan telur dadar. mmm... rasanya so-so gak la. sambil makan tengok sukan olimpik angkat berat
wanita. wahh..hebat2 pesertanya. kalo saya la memang tertonggeng je la angkat besi angkat berat tu.. so kepada yang kalah, i'll still salute you all la sebab bukan senang nak angkat besi berat tu. alang2 lelaki pon tak boleh angkat. eh..macam le peserta olimpik tu baca blog saya ni. mwauhahaha.takpe. la..ini la namanya sokongan moral. mwuahahaha.... seperti biasa memang takkan habis punya la nasi saya tu. membazir je. kalau la boleh order setengah je ok la. ada separuh kedai boleh order setengah tapi harga still sama. dia takde la macam iklan kat tv yang mamat tu nak air teh tarik 1/2 gelas then masa mamak tu tuang teh tu dia tarik gelas tu. hahahhaa..lawak. lawak sebab mamak tu suara kecik. muka garang gila siap misai2 lagi nih. apa2 la..iklan ni kadang2 banyak mempengaruhi saya. saya kan pelakon harapan malaysia kat rumah tu. mwauhahaha....

dah makan semua balik la sebab obek nak pegi kerja. saya dah penat gila. seminggu ni badan memang flat semacam la. flat sebab penat bukan flat kurus ye. penat sangat rasa macam nak pengsan. so, balik je lepak2 kejap ingat nak tido tapi ada csi le pulak then tengok csi lak dulu baru tido. memang tido mati la malam tadi. sedar2 nezha dah terkepit je celah tiak. mwuahahhaa.... sungguh tak malu mamat kepochi itu walaupon mlam tadi tu sebenarnya dia merajuk konon.

merajuk sebab apa? sebab uk-uk tak kat dalam bekas. bersepah2 samapi terkeluar dri bekasnya tu. saya hangin la marah2 bebel kat dia. dia merajok la tu so pegi bukak bekas travel dia tu dan duduk kat situ lama diam tak bergerak2. sampai saya dah siap kemas semua pon still merajuk lagi. tengok pics dia merajuk dok dalam tuh.


ha..dok le dalam tu takyah kuar2..merajuk konon..


eh..eh..paling muka lak dia. huishh...ini betol pun merajuk nih...


mmm..mana la saya boleh tahan dia merajuk2 ni nanti saya pulak yang menangis. so pujuk2, polok2, cium2 semua dah ok dah. lepas tu la baru dok lepak kejap tgk csi then baru tido. sian kat nezha. maybe dai pon tak sengaja masa nak menguis pasir tu then itu yang sampai terpelanting uk-uk dia tu. mwuahahaha...takpe la. walaopon benda tu tak le berat beno kerjanya tapi saya still sound dia la bagi next time beringat sikit time mengais2 pasir tuh. heheh..macam la dia paham beno apa yang saya cakap tuh. hantam la nezha... apa pon i still luv u forever....

ok la..nanti if ada apa2 lagi saya tulis lagi. have a nice day and luv u....


No comments: