mari mencari....

Google
 

Tuesday, August 5, 2008

being ignored...

muahahhahaa...have you ever been in this kind of situation before??

memang selalu kita ni being ignored by our loves one. kadang2 rasa ok, kadang2 rasa tak ok. rasa ok sebab kadang2 kita sendiri perlukan ruang untuk diri kita sendiri, meanwhile rasa tak ok pulak sebab kita rasa macam kita ni tak diperlukan sangat. kalau ini berlaku, apa tindakan anda??

a) marah-marah
b) buat tak kisah
c) ignore orang tu balik
d) menangis


ignored atau dalam bahasa mudahnya tidak dipedulikan, tidak diambil tahu atau buat tak kisah oleh orang lain terhadap kita akan membawa kesan yang negatif terhadap diri kita. situasi tidak diambil peduli biasanya akan membawa kepada pemberontakan emosi yang akhirnya akan menyebabkan rasa tidak puas hati, rasa ditinggalkan atau rasa tidak diperlukan.

keadaan ini juga secara tidak lansung telah membawa kepada penderaan emosi (emotional abuse). penderaan emosi ni adalah merupakan penderaan yang paling biasa berlaku dikalangan manusia tidak kira dewasa, kanak-kanak atau bayi tetapi malangnya ia merupakan yang paling kurang diprekatakan. kerana apa? kenrana lkanya orangtak nampak. kalau tak, tidaklah tercipta kata2 ungkapan, luka dijari nampak berdarah, luka dihati tak siapa yang tahu.

berbeza dengan penderaan secara fizikal, penderaan emosi ini berlaku kesan dari kelansungan beberapa siri peristiwa atau insiden, atau corak perlakuan yang terjadi pada ketika itu. ia lebih merupakan kepada perlakuan berulang samada secara sedar atau tidak misalnya, mengejek, mengutuk, merendah2kan keadaan seseorang, memalukan atau terlalu mengawal, mengkritik yang keterlaluan, demanding, menyalahkan, menolak, mempermain2kan atau membiarkan (tidak ambil tahu - ignore la tu). sebagai contoh yang mudah;

suami kepada isteri : "apalah awak ni, kawen dah berbelas2 tahun masak pon tak reti, hari2 kene makan telur goreng je, dah le tak reti mengemas, diri pon tak reti nak kemas,"

atau

isteri kepada suami : "abang ni kan, kerja 24 sehari tapi duitnya tak pernah jugak cukup. hujung bulan saya jgak yang tanggong belanja rumah ni,"

atau

majikan kepada pekerja : "awak ni buat kerja senang macam ni pun ambil masa yang lama dan salah pulak tu, macam tak reti2 buat kerja,"

atau

guru kepada anak murid : "dah beratus2 kali saya ajar pon awak tak reti2 jugak lagi?? bebal betul."

atau

rakan kepada kita : "elehh..tunjuk pandai la tu. sikit2 nak tunjuk kat bos, ko ingat ko bagus sangat ke,"

haa..kalau dialog seperti itu diasak ke telinga setiap hari without fail, maka akan terbukulah dihati individu itu dan akan membawa kepada ketidakyakinan diri sendiri.

penderaan emosi ini boleh berlaku dimana2 saja dan bila2 masa sahaja. ia boleh berlakku di rumah, dikalangan ahl keluarga, rakan sekerja, majikan dan pekerja, malahan diantra suami isteri juga. namun begitu, tidak dapat dipastikan samada perempuan atau pun lelaki yang lebih menerima kesan penderaan emosi ini. nanti saya baca lagi dengan lebih lanjut if ada.

mangsa penderaan emosi menjelaskan bahawa ia bersifat kesan jangka panjang dan sukar untuk dilupakan. seseorangyang mengalami penderaan emosi ini biasanya akan berhadapan dengan rasa rendah diri yang keterlaluan, sukar mempercayai orang, merasa tidak disayangi dan merasa diri memang selalu bersalah dan menerima saja hukuman. sifat sebegini memaang tidak sihat kerana setiap individu perlu strive for his or her right. tak boleh lah bagi orang pijak kepala je, kene lawan sikit. kalau dibiarkan terbuku dalam jantong hati, takmustahil nanti akan terjadilah peristiwa mengamok atau bunuh membunuh dek kerana panas hati punya pasal.

jika merasa diri adalah salah seorang mangsa penderaan emosi, apa yang boleh kita lakukan ialah perlu berani mengahadapi si pembuli. fikirkan tentang kesan jangka panjang. fikir adakah ini yang kita mahukan? perlukan kita berhadpan dengan perkara sebegini sepanjang hayat? lebih buruk lagi, penderaan emosi ini mungkin akan turut dirasai oleh orang paling hampir dengan kita (dalam ertikata lain, anak kita, jika kita seorangibu atau bapa, rakankarib, dan sebagainya). memang tidak mudah untuk melawan apatah lagi selama ini kita sentiasa diperkotak-katikkan, tetapi perlu ada keyakinan diri dan tanamkan dalam diri selama mana kita perlu menjadi 'hamba' atau bahan kutukan secara halus ini. fikirkan masa depan. jika ada possibility untuk kita keluar dari kelompok itu, wajar kita laksananakannya, misalnya bertukar jabatan. bagaimana jika penderaan itu datangnya dari suami/isteri sendiri? tentulah bukan mudah untuk keluar dari hubungan itu. perbincangan secara serius perlu dilakukan supaya pasangan tahu bahawa kita juga ada harga diri dan bukan bahan gurauan melampau mereka.

cari jalan yang memudahkan untuk kita dan pasangan atau pendera kita itu untuk keluar dari terus melakukan penderaan emosi terhadap kita.

apa punye cerita daa.....

No comments: