mari mencari....

Google
 

Friday, August 1, 2008

dugaan...

semalam balik lambat sikit. dekat2 830pm baru sampai rumah. penat. balik2 je buka pagar tengok sampah depan rumah. sakitnya hati. memula saya terkejut sebab tercongok tanah kering yang macam dalam pasu bunga tu ada depan pagar. bebetul depan pagar lak tu. benci aaahhh...kurang ajar punya manusia. udah satu kerja menepikan sampah tu. then jeling dalam pagar ada tisu lak dengan pembungkus gula-gula hisour kaler merah dan lagi satu pembungkus apa ntah. over sangat2 la macam ni. benci. dah sah2 la memang bukan salah or sampah saya sebab saya tak makan gula2 jenama tu dan rumah saya tak guna facial tissu. guna toilet roll je. so, sampah sape tu? hantu? monyet? siamang? orang utan??? hanya allah yang tau...

masuk rumah tengok lak nezha berkemas. tunggang langgang. owhh..takpe la, tak la teruk sangat just dia koyak2an tisu dan taburkan makanan dia je. kema
s2, mandi then tengok tv then suap nezha makan. tak dinner pun, tak selera. golek2, main dengan nezha.


suka la tu sampai menjilat2...


semalam petang call ma saja tanya khabar. ma pulak menyampaikan berita sedih. anak angkat dia (ma saya ramai anak angkat) meninggal mengejut. saya tak tau ful name arwah tapi kitaorang panggil dia man kl. my mum tu semua orang pon dai panggil man, jadi akan ada man kl, man kebun, man tebu, man pisang dan segala macam m
an lagi. arwah ni keje macam polis bantuan la kat kl ni. memang sangat mengejut sebab the day before arwah datang makankat rumah ma dengan kawan2nya dan bercadang nak pegi tangkap ayam kampung, tapi tak dapat sebab ayamnya lebih teror dari mereka. so, they all bercdang nak datang lagi sekali semalam la after kerja. ma kata takde apa2 perubahan pun, macam biasa, makan minum bergelak ketawa. arwah dengarnya kene himpit dek lori on the way pergi kerja, cedera parah dan meninggal di hospital kl. paling menyedihkan, arwah masih muda berumur 27 tahun dan baru sahaja menimang cahaya mata lelaki baru berusia 3 bulan. isteri pun muda belia lagi dalam lingkungan 24 thn dan bekerja sebagai guru sandaran. baru mula masuk kerja selepas cuti bersalin dalam lebih kurang 3 minggu. memang mengejutkan dan menyedihkan. janazah disiapkan di hkl dan dihantar dengan kereta jenazah ke kampung halaman arwah di kelantan petang itu juga. ma tak sempat melawat sebab lambat diberitahu oleh tuan rumah arwah menyewa. itupun setelah dipesan oleh isteri arwah supaya memberitahu ma. kesian.. memang kesian, saya kesian dengan isteri yang masih muda kehilangan suami, anak kecil yang belom mengenal dunia kehilangan ayah dan kesian pada ma sebab kehilangan orangyang disayanginya. arwah memangrajin datang bertandang ke rumah ma, lepak2, makan2, tolong apa yang patut. entah la.. kehendak allah. moga roh arwah dicucuri rahmat. kepada yang terbaca tulisan ini mohon sumbangkan sepaling al-fatihah untuk beliau. aminnn....

yang pergi tetap pergi, kita yang hidup ni kene meneruskan kehi
dupan. semalam obek bagitau pakciknya nak offer baby kucing. kalau saya nak dai bagi free je la, if not dia akan jual. mmm..pikir punya pikir memang la nak tapi kesian kat nezha nanti tak cukup kasih sayang pulak. tapi syok juga kot sebab nanti dia ada kawan dan tentulah meriah rumah saya tu. entah la.. boleh ke nezha tu berkawan. manja ya amat macam tu kang jealos pulak. lagipon nezha kecik lagi. bab belanja makan or perubatan dia maybe no problem tapi itu lah,.. saya bekerja, cuma ada masa dengan nezha waktu malam dan weekend saja. boleh ke? ish..kene pikir sedalam2nya ni sebelum buat keputusan....

hari ni mood slow sikit. petang ni seperti biasa balik rumah ma. tengok ada apa isu terkini hiburan sensasi. hehhee..kalo kat rumah tu memang ada je isunya.

dai tgh syok sendiri tu jgn tak tau...berangann tak sudah..


esok maybe nak pegi salun. nak buat treatment rambut sikit dah gonjeng semacam je ni. wahh..jangan tak percaya rate treatment pon dah naik. apa la kene mengenanya dengan kenaikan harga minyak idak le teman tau. then malam kalau sempat nak pegi jalan tar. cuci mata dan mengintai apa yang dihajati. kalau tak sempat sunday la baru pergi jalan2. sure orang boring je if baca tulisan saya ni. macam ntah hapa2 je. kehidupan saya macam boringje kan. saya tak keluar jalan2. pegi kerja balik kerja itu je. ada tak ada pon nezha tu la hiburan saya. dan say atak la amik pic tu every place or everything yang saya buat. entah..belom biasa lagi agaknya.
dengar2nya nanti nak ada pc fair lagi ye? kalo ada nanti saya suvey2 lagi lah. eh..laptop lama boleh jual ke, trade-in ke or biar gitu je ha?? cadang2 nak amik baru punya la yang sekarang ni alamakk... susah mau cakap la but at least alhamdulillah still ada dan boleh guna lagi walaupon hazabbbb...

ok la, since nothing interesting to report, hehehe... i think its enough for today. lets see if there's any new happenings then i'll write about it. luv u...

2 comments:

~Cinta Milo Ais~ said...

al-Fatihah utk arwah man kL...hidup ni mmg penuh dugaan. apepun yg dtng kita kena terima dgn hati yg terbuka..InsyaAllah Tuhan sentiasa bersama dgn org2 yg sabar

saya said...

milo-tq. apapon kita yang hidop ni kene beringat2 tentang mati.