mari mencari....

Google
 

Thursday, August 14, 2008

emosi..

takde la emosi sangat tapi kalau anda membaca dan mendengar lagu yang tertera dalam blog ini sangatlah menyentuh hati dan perasaan. i'm totally fell in love with this song. senikata yang mengandungi pelbagai makna dan perspektif, bakal merungkai pelbagai peristiwa dalam kehidupan. peristiwa yang membawa pelbagai makna dalam kehidupan dan menjadi kenangan serta pengajaran dalam hidup. setelah sekian lama hidup, perkara2 itu kadangkala mampu memberi tamparan hebat kepada kita. ingatan yang tak akan boleh terpadam dari diari hidup walau sekecil mana sentuhannya atau sebesar mana akibatnya kita masih akan tetap mengingatinya walaupun pahit. sekuat mana pun hati cuba untuk melupakan kisah pahit dalam kehidupan tetapi tetap akan muncul berlegar2 diruang fikiran bila tiba masanya. hargai apa yang kita ada sekarang kerana mereka disekeliling kita ketika ini adalah mereka2 yang menyayangi kita seadanya, bukan kerana nama, harta atau paras rupa. terima kasih kepada insan yang masih sanggup melayani kerenah diri ini serta sanggup bersama2 saya menghadapi cabaran hari muka. biarkan segunung ucapan terima kasih takkan mampu mengatasi kasih sayang yang telah diberikan kepada saya. kehidupan penuh dengan dugaan, tapi dengan adanya bimbingan dan sokongan, kekuatan itu akan bersatu dan membawa kebahagiaan...alhamdulillah, semoga
kita bersama ke akhir hayat. hikayat luka perlu dilempar jauh supaya akan ada ruang kegembiaraan bertapak disana.

No comments: