mari mencari....

Google
 

Wednesday, August 6, 2008

gila pangkat...

tiap orang ada kemahuan dan kehendak sendiri. ada orang yang mahu hido sederhana, ada orangyang mahu hidop mewah, ada orang yang tak kisah asalkan cukup makan minum, ada orang yang suka berkuasa. ni ada cerita tentang orang gila pangkat. gila pangkat ni time saya sekolah dulukita gelar GIPANG, singkatan dari gila pangkat la nih. owhh...jangan taktau zaman sekolah2 pon dah ada orang2 yang berciri2 gipang ni. masih ingat sorang minah ni asyik la nak menyerlahkan diri. suka offer diri jadi ketua dalam sesuatu aktiviti, suka mengrah orang, suka bertindak macam pemimpint api tak layak pon sebenarnya. nak buat apa pon tak kisah la kan tapi jangan la nyusahkan orang lain atau mengenakan oranng lain. kita yang diam ni tak bermakna tak reti memimpin dan tak tak layak jadi ketua. pada saya if nak tunjuk kehebatan diri pon ada tempat dan caranya. hahaha..cerita2 zaman muda dulu memang takkan dilupakan. mana tau ada lak kawan sekolah saya dulu yang terbaca. takde agaknye sebab semua dah lost contact. cuma ada sorang berdua je yang masih berhubung sampai sekarang.


kalau zaman kerja ni lagi la ramai yang gipang. mungkin mereka rasa mereka memang layak untuk mengenengahkan diri atau pon mereka rasa orang lain ni jenis tak reti buat kerja. dia je yang betol. waktu tu mula lah, kerah tenaga rakan sekerja untuk kepentingan diri sendiri. saya sendiri pernah mengalaminya. sorang (nak panggil orang ke monyet??) mangkok ni minta saya tolong buatkan satu benda la. sebab dia kata dia tak sempat dan bos nak cepat. saya yang lurus bendul ni pon tolong la buatkan walaupon saya sendiri ada kerja saya. tapi tak kisahlah tolong pon dapat tambah ilmu dan pengalaman. so the task is ready by the time. yang tak sedapnya dia boleh ckp kat bos dia yang susah payah buat benda tu. wahh...tegak telinga saya. saya tak kisah if dia tak sebut nama saya tapi jangan la guna tenaga orang tapi ko amik nama. melampau2. at that time kawan saya yang lain pon saling berpandangan sebab mereka tau saya yang buat benda tu. tapi lupakan je la..

sampai la satu ketika memang la tuhan nak tunjuk dan tolong, that project ada sikit slight situation dan bos suruh dia settle. saya pulak mc on that day. haa..baru ko mengelabah kan. dah sah2 ko tak tau hujung pangkal, takat boh nama je kat bawah tu dan sign. my friend did sms me cerita pasal tu, saya reply biarkan, esok saya jumpa bos. esoknya saya datang kerja saya tak payah cakap pon bos dah tau yang saya sebenarnya yang buat benda tu bukan mangkok tu. but bos being profesional dia tak le marah2 mangkok tu or puji saya lelebih just dia terus ckp after this saya yang handle anything pasal that project. so.. secara halusnya memang bos percaya kat saya. sekarang if bos nak apa2 dia direct jumpa saya..takde melalui mangkok ni lagi.

lepas insiden tu, si mangkok mula berhati2 nak bagi task kat saya. padahal dia tu tak layak lansong nak bagi apa2 task kat saya sebab setaraf je. saya hormat dia sebab dia lebih senior dari segi umur dan tempoh lama kerja disitu. kaki bodek dan kaki kipas nombor satu kompeni. sampaikan rakan sekerja yang lain buat terjemahan peribahasa cina ke melayu..katanya dia tu macam ular bertapa..dah terlalu lama kat sini terlalu selesa sampai kulit dah bertukar 3-4 kali pon takmo bergerak juga. hehehe..macam2. mungkin sebab tu dia takde keinginan lansong nak kata tukar kerja ke, cari kerja baru ke. they all kata mangkok tu kalo pi keje kompeni lain harus tak boleh cari makan sebab tak reti buat kerja sebab selama ni dia pandai taichi orang je. berlakon pon pandai. bila bos masok je masa itu lah dia sebok mengumbah segala file atau pegi kedepan utk fax or potostat. walhal sedari tadi tu dok diamm je ngadap tenet. saja la nk tunjuk kat bos yang dia tu tengah bz keje. kawan saya cakap eh, kita ni macam tak keje pulak ye, sebab dia je yang bergerak. saya cakap kita tak payah gerak2 pon kerja siap. buat apa nak melompat2 tu walhal kerja kita ni memerlukan kita dok kat depan pc ni je. ahh..biaq pi dia la. saya tak kisah dia nk guna ekon 10hp pon utk kipas bos tapi jangan susahkan saya sebab saya boleh lagi susahkan dia. tapi dah kata sayani sopan santun saya tak pernah le marah2 dia melampau. tak kuasa la nak bergaduh dengan mangkok yang mcam tu. just perli2 tu ada lah. hahahahaaa...

owhh..apa punya cerita la ni tapi saje nak kongsi bersama dengan mangkok2 yang macam ni. tambahan pula ada terbaca blog rakan yang mengalami nasib yang sama dan masih berhadapan dengannya. sakit hati memang hanya tuhan saja yang tahu. sekiranya anda berhadapan dengan mereka2 ni, sabar. tapi if dah tak boleh juga habis sabar memang kene confront dengan mangkok2 ni. memang balasan tuhan tu lambat tapi lambat laun kebenaran itu akan terbukti.









No comments: