mari mencari....

Google
 

Friday, August 8, 2008

hantu lapar....

wahh..semalam lapar sangat2 saya seharian tak makan macam dah puasa le pulak. pakkal je takde niat kalo tak kompom untung dah sehari. jadinya bila petang dah terbayang2 le bende yang nak dimakan. so, balik singgah kedai beli tempe, nak buat sambal. chewahh..gigih ni nak makan siap masak segala. dah le hujan je semalam, plan nk pegi rumah almaunah pon terbantut. malas le nak kuar rumah hujan2 ni. nanti malam ni baru pegi. so, balik rumah terus kelentang kelentung memasak. ala..masak nasik dengan sambal tempeh boh ubi kentang je..sonang bai tu. ulam kacang panjang dan air standard la..air teh 'o'. lepas masak, mandi dulu bagi segar badan, maghrib dah makannnn... wah..punya bapak lapar semalam saya makan nasi habis sepinggan dan lauk tu pun hampir habis, ada tinggal sikit je lagi. ulam kacang panjang pon habis. lepas tu dessert yogurt tapi yang ni share dengan nezha. dai suka beno makan yogurt tapi saya je la yang takot2, takot tak sesuai dengan perot dia kang payah. wahh..ini betol2 punya lapar nih. nezha makan kendian, saya makan dulu. hwuahahhaa.....


sambal tempeh+kentang, ulam kacang panjang, teh 'o', yogurt.
makan tempeh anda jadi sihat dan kuatt..whauhahaa
(ikut tune milo)



lepas saya dah kenyang baru bagi nezha makan. actually makanan dia tu
ada je kat situ, tapi if nak suruh dia makan banyak kene le dok mengadap muka dia dan suapkan. hishh... manja bebeno. takpe la.. lagi pon saya bukan buat apa pon. so, suap dia makan, main kejap, bagi vitamin saya pon lepak tengok tv.


itu gayanye kalo suap dia makan. tak reti la nak snap pic yg lawo.


cadang2 nak tengok vcd cerita 'wanted' tu tapi ala2 malas le pulak nak bangun pasang cd. astagfirullah... nak bangun on vcd player pon malas. so disebabkan kemalasan terlampau tu dok je la tengok tv, sekali ada cerita hantu kat tv3. apa la tajuknya..layan je la boring punya pasal.lepas habis cerita tu tengok lak kagi cerita hantu tv2. memula inga
t cerita biasa2 je tapi rupanya cerita hantuuu.. dia boleh nampak hantu then yang tak syok tu hantu tu tunggu je orang preg sebab nak masuk dalam badan baby.. kira macam reincarnation la tu. haiyooo..harus le saya ketakutan. actually takde la seram sangat tapi disebabkan degree ketakutan ni melampau tu yang rasa takot beno nih. tapi tengok jug sampai habis pukul 12 baru tido.

sambil saya tengok tv mamat kepochi tu dok main2 la. dia pi panjat tepi tv dengan harapan boleh melompat ke akuarim. pandai la awak nezha. lupakan hasratmu itu..


kiri : tv set. dia dok tercongok atas bekas saya simpan2 jam ke hapa ke. tepi kanan tu yg ada wayar is akuarium. itu tgh cari akal tu camne gaya nk pegi ke akurium tu. gatal!!!


malangnya saya tak boleh lelap mata lak sebab terbayang2 hantu tu tadi. benci aahhh... pas tu hujan renyai2 lak tu. menambahkan seram saya je. tapi hujan sejuk pon rasa haus je so minum banyak malam tadi nasib baik tak membeseh..hehehheee..over la tu kan. ok, luv u...








No comments: