mari mencari....

Google
 

Thursday, August 28, 2008

hujan, buka posa & geram...

wahhh...semalam petang hujan lebat bukanmain. gelap gulita mencurah-curah. dah hujan tu kene la tunggu dulukan baru boleh balik. nak pergi parking pon bapak le jauh kene menapak. so, tunggu gak la sesambil tu jenguk2 kat tingkap kot2 ada orang dah kuar so boleh le sesama meredah hujan. sudahnya pukul 620pm tu saya redah jugak sebab rasa mcm dah lewat benar dan gelap sangat walaupon hari masih hujan. ala..takpe la dah nak balik rumah. walaupon pakai payung tapi serupa x pakai pon basah sebab angin pon kuat juga. jalan biasa la, hujan haruslah jem tapi takpe. sabar2.. kata puasa kene la sabar lebihkan..


lebih kurang la gelap camni semalam, serius... takot tauu.. -gambar amik kat tenet


sampai rumah dalam 720pm mcm tu. obek lak kata terus siap2 buka kat luar je la sebab mana sempat nak buat apa pon kat rumah tu. so, siap2 terus kuar. berbuka dalam kereta dulu la minum air mineral sebab belom sampai tempat yang dituju. tak kisah la. bukan kebuluran pon kan. so kitaorang terus terjah kenny rogers. makan banyak gila (saya la tu, huwahhahah). biasa la amik 1/4 chicken tu tapi semalam tengok k.r ada lak promotion sandwich. so amik lak chicken & cheese sandwich 1/2 serving. sedap gak. tebal, ada isi banyak. wahwahwah..ini betol2 punya makan ni sampai melentik dah duduknya. dah le laparkan, hujan lak tu. apa lagi..makcik bedal la cukup2. tapi gambar takde la. biasa la kan, 1 sebab malu nak snap2 tu, 2 sebab lapar bebeno tak ingat dah nak snap2. sudahnya pagi tadi sakit perot. hehhehehee...dah elok2 nak kuar sangat dah ni tetiba je sakit perot so lari balik masok dalam rumah, sudahnya saya lambat pegi kerja. hehehhee.... takpe2..... asalkan datang awal dari bos kira ok la tu kan.


ni le sandwich yg saya mkn tu.. chicken & cheese focaccia panini
(ntah le camne nak menyebut bende tuh, saya main tunjuk je)
- gambar cilok website k.r ye..

so, sesapa yang suka makan sandwich macam saya, i personally recommend this serving. huishh...tak de pon dapat apa2 from k.r coz promoting its product tapi saya suka la. tengah happy2 makan dating2 sekali almaunah sms daaaa..apa dia mau?? dia mau keropok dai yangtertinggal hari tu. eeee..benci tau. dah le hujan2 ni nak kene pi hantar lak. u all ingat keropok tu bertatahkan intan berlian ke? takkkkkkk!!!!! keropok biasa je. orang jawa panggil keropok opak. ala.. keropok ubi yang besor2 bulat yg biasa jual kat R&R highway tu..hangin betol saya.

ini le rupa keropok opak yang menjadi isu beso kat almaunah tu..eee..geram.
-gambar amik dari tenet googles


obek kata takpe la.. kita dah hantar nanti takde la dia nak bising2 lagi. saya bukan apa, takat kopok mcm tu takyah le sampai nak jadi isu besor beno macam le tertinggal intan berlian kat rumah ma tu. tu yg saya hangin sangat. so, meredah le kami mlm2 hujan tu, jln pon jem dah pukul 9pm pon still jem tau. tapi takpe.. dalam hangat2 hati tu ada gak penyejuknya, hehehhe..kjp lagi saya cerita.

ok, nak wat keje dulu.. luv u..

No comments: