mari mencari....

Google
 

Wednesday, August 27, 2008

jem? jammed??...

adodododo.... pagi tadikan ke punya jem saya nak gi opis. bapak le jem. benci ahh..dengarnya sebab ada banyak penutupan jalan pasal raptai hari merdeka. almost 930am baru sampai opis. biaq pi la.. nasib bos pon masok lambat. ehh.. kata sendiri yang bos?? huhuuuu..saya bos kat rumah, kat opis ada lagi bapak punya bos. whauhahhaaa....



tu la masa tgh drive tu dengar2 le radio tukar2 channel. sekali tu tertukar ke radio sinar .fm la kan. kebetulan satu mamat ni tangah cakap kat dj2 tu pasal penutupan jalan ni.. kata dia pon dah terlambat sangat2 nak ke opis dan satu kerja lak nak kene pusing ke jln tun razak sebab dia kata dia kene hantar wife dia dulu pi kerja. well... jln tun razak tu kalo takde menda pon memang jem sepanjang masa. pukul 3am je takde kereta, inikan pulak ada aktiviti2 kat tengah2 kl tuh. sian ye. mamat tu cakap dia kata if nak buat raptai pon bagi la tau awal2 or buat lepas waktu puncak dalam pukul 10 mcm tu. ada logik gak tu. dj jawab dah dibagitau tapi u yang tak tau. hahahha... saya menjawab (kes cakap sensorang tgh drive le nih) ye beno le tu. betol kata mamat tu, kalao bagitau awal2 orang pon boleh buat perancangan awal.

kalau iklan kat tv yang merapu2 kat kiri kanan atas bawah tv tu boleh sampai tayangan cerita pon udah jadik kecik disebabkan iklan yang melambak2, takkan ke pihak yang berkenaan tak boleh nak buat iklan bagitau pasal penutupan jalan or at least announce kat radio2 tu after berita ke hapa ke. bukan kali ni je, kl ni everytime ada something mesti jalan jem, mesyuarat besor, aktiviti pelancongan, celebration u name it.. memang sesak jalan. kasihankan lah orang2 yang kerja kat area2 situ. lagi satu dj tu cakap lenkali u bawak le moto so settle la problem u tu. amboi2.. cakap ikut sedap mulut je korang dj ni kan. korang ingat semua orang ada motor ke to attend perkara2 macam tu. dan kalau ada pon bukan semua orang boleh naik motor. perempuan2 misalnya, u nak suruh they all naik moto. kalo ada laki/bf/adik/abg hantar takpe la. mana yang dok kat cheras, keje kat jln sultan ismail hubby keje kat shah alam.. sapa mau hantar? sendiri naik moto?? dah le kes ragut banyak. sedangkan naik kereta pon perompak2 tu boleh pecahkan side window untuk rompak beg inikan pulak dia tgk pompuan dengan baju kurungnya, dengan begnya, dengan kasut tumitnya bawak moto.. memang sedekah besar je la kat dia. esok, dah banyak kes macam tu nanti dj tu srh orang jalan kaki pi keje. huhuuuu....

memang le pompuan ni berdikari tapi patot2 le nak menyuruh orang tu. dj tu sendiri agaknya tak pernah pegi keje naik moto. cakap ikut sedap je. ehh..marah benar saya tadi tu kononnya. dah le hangin sebab jalan jem ditambah dek dj yang main sedap mulut je bercakap. btw, dj radio tu memang suka cakap merapu. nak kata lawak pon tak jugak, lawak syiok sendiri, ketawa berdekah2 macam nak terkeluar anak tekak and as for me, saya memang takkan dengar that station in the morning. cakap nyembang semua nonsense!! so, sorry ye kepada pendengar setia that radio station. no offence.

kata dah 51 tahun merdeka tapi rakyat sendiri masih dibelenggu dengan perkara2 yang macam ni. jangan kata 51 tahun, dalam setahun ada berapa banyak events yang melibatkan aktiviti raptai macam ni?? well.. u count it yourself dan sebanyak itu jugak le takde sebarang inisiatif atau pembaharuan untuk melancarkan perjalanan rakyat.

saya cakap ni sebab saya melalui semua tu. lain la orang yang pergi balik kerja jarak 10minit je. itu jangan la nak dibandingkan dengan kami2 yang kerja jauh ni demi sesuap rezeki yang halal dan berkat. letakkan diri anda dalam situasi tu baru tau tinggi rendahnya... opss.. teremo le pulak.

4 comments:

Anis said...

hi.pls feel free 2visit us 4AUTH COACH and LV at amazing price.tq:)

saya said...

hi anis..ok2..i will visit u in shortly..

@LiYaNNuaR said...

salam merdeka ya! hehehe...

saya said...

merdekaaaaaaaaaaaaaa....