mari mencari....

Google
 

Friday, August 22, 2008

marah...

saya nikan ke suka je nak marah2. sikit2 nak marah, sikit2 nak marah. tu pasal cepat tua. hehhehee... bukan marah2 macam orang gila la.. marah bertempat dan bersebab la. selaunya if saya dah tak boleh nak sabar sangat then say amarah la. tapi saya ni jenisnya kalau marah tu sekejap aje. cepat je sejuknya. saya bukan jenis marah simpan dalam then dendam2, owhh..itu bukan saya. saya marah disitu habis disitu, the end. takde nak kenang2 lagi selepas itu. selama ini alhamdulillah, belom lagi la saya nak dendam2 ni kan tapi masa depan kita taktau. entah nanti jadi dendam macam mak lampir huhuhu.... pengsan. so tadi saya terima email dari kawan2. saya ingat saya nak kongsi la dengan pembaca sekalian. biarpun anda mungkin dah tau benda ni tapi tak salahkan kita saling mengingati. pesanan itu adalah untuk diri saya sendiri sebenarnya supaya saya kawal sedikit rasa amarah dalam diri sebab marah itu akan menyumbang kepada perkara2 yang tidak sepatutnya. contohnya, marah kat nyamuk ubat nyamuk yang dibakar. hehehhee...itu sudah tentu la. takde la.. maksud saya, kalau kita marah mungkin akibatnya akan kene tempias kepada orang atau benda yang tidak bersalah. misalnya saya marah minyak naik pas tu saya endang2 tayar kereta. haa..kereta tu tak salah apa pon tapi dia yang terima akibatnya. haa..itu contoh yang mudah le kan. kalau dipikir2kan tentu ada diantara kita yang pernah tersalah marah orang. hehehheee.... atau, marah orang yang betol tapi atas sebab2 yang lain. haihh..macam2 la dunia. so, sempena ramadhan yang bakal menjelang ni saya nak le kawal2 sikit perasaan marah tu. so, peringatan ini adalah untuk diri saya dan anda sekalian.

Rupa ketika marah lebih buruk daripada perlakuan haiwan IMAM Syafie ada menegaskan:

"Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya."

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:


1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca isti'azah kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.


8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Jangan Kamu Marah! Hadith :

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:

" Berwasiatlah kepada ku." Sabda Rasulullah SAW: "Jangan kamu marah." Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali.

Sabda Rasulullah SAW:" Jangan kamu marah.." (al-Bukhari) Huraian Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan."

Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain.

Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.



terima kasih kepada penyumbang email... jasamu dikenang.

6 comments:

eedany said...

kalau tersalah marah...tentu tersengih2 malu!

Salam Jumaat saya...

KaSiH said...

kita mempunyai perangai yg sama..cepat panas cepat sejuk...kasih pun bkn penyabar sgt orgnya..tp skrg dh byk kurang banding dgn dulu...

saya said...

eedany-utk cover malu, terus jalan pegi temat lain. hahahhaa..

kasih-tu la dia kasih, sejak dah tua2 ni perangai pon dah cool sikit. ahhaa..wah..tua katanya. pengsan.

shafa said...

errm......saya pn cepat marah...
nampak nyer pasnih dh kene control amarah yg mendatang....insyaAllah...

izan said...

saya tak suka marah orang dan tak suka dimarah oleh orang. sebabnya bila marah ... seri muka akan hilang. bila kita asyik nak muncung je.. muka kita pasti berkerut-kerut..tu yang macam "saya" kata nanti cepat tua...hepi selalu tau...makin meningkat umur kita mesti makin cool...supaya jantung kita sihat.. hehehe...

saya said...

shafa & izan - mmg la kita nak control marah tapi ada je yg mencuit hati..haaaa...sabor2.