mari mencari....

Google
 

Monday, August 4, 2008

ok2 je...

minggu ni macam biasa je. takde apa yang menarik sangat berlaku. jumaat petang terus balik rumah ma. sian ma sakit kaki. tapi dah ok dah sebab dah bawak pi klinik dan dapat injection. hehehhee... opah macam biasa la. nak itu nak ini. mmm..ma je la yang larat melayan saya tak sangat. sabtu pagi goreng cempedak. wahh..sedapnya. memang favorite saya tu. dalam hati baru je bercadang2 alangkah sedapnya kalau dapat makan cempedak goreng tetiba pagi tu ma kata ada cempedak dalam kereta boleh pi goreng. yahuuu... ma selalu macam tau2 je apa yang saya nak makan tau. instinc ma dengan saya selalu ada link. kalu saya teringin apa2 mesti ma pun macam dah tau2 je apa saya nak nanti balik2 je dah ada. macam tu juga sebaliknya. if saya teringat apa2 utnuk ma mesti rupanya ma pun tengah nak benda yang sama. hehehe..sayang ma.

lepas breakfast, pegi cari mosaic sikit sebab ma renovate toilet tu bag
i senang opah kuar masok guna wheel chair, kiranya perbesarkan lagi lah. sebelum ni boleh gak tapi nak bagi lagi luas dan selesa untuk opah. wahh... besar tu toilet ma. toilet saya kecik je. kat rumah ma tu memang ada 2 toilet. satu ma punya satu saya punya. hahhaha..tamak amat takmo share2 toilet. tak lah..the main reason buat 2 toilet nanti senang if orang datang nk pegi toilet, nak buang air, mandi, amik wudhuk or bebudak kecik tu main2 air. rumah saya kan selalu je ada orang datang. so, pegi ke sampai ke nilai mencari mosaic tu. so, pilih2, beli2, saya pun tumpang gatal pow ma mintak suruh orang yang renovate tu tukarkan dan tambah mosaic dalam toilet saya. hahahhaaa... nasib baik mak ok aje. hehehhe..

balik dari sana, pegi cari durian pulak. ma tingin makan. kalo ma yang tingin sampai hujung dunia pon saya sanggop carik nih. so singgah la kat kedai kawan ma. dia ada jual durian, rambutan, manggis dan jering. kitaorang beli durian banyak macam nak makan 20 orang walhal yang nak makan saya dengan ma je. dengan beli jering. ma kata nanti nak buat sambal. ok la tu. rumah saya tu takde pantang2..semua pon kitaorang makan. perot dah kenyang gendut, saya pon blah pegi salun buat treatment sampai le senja.

sunday semalam pegi ke jalan tar kononnya nak carik baju. wahh... semua tak best. benci. tak suka. takde yang macam yang saya nak. being me who is a hot temper chich, kejap je dah hangin. obek lak cakap suruh pusing lagi. semua dah pegi semua house ke apa bapak house semua dah masok tak jugak dapat. obek pon dah malas melayan saya sebab kepala angin saya nih. hehehe..sorry bukan sengaja tapi ye la dah la panas, orang ramai, barang yang dicarik tak jumpa pulak. so balik saja. balik ala2 merajuk sampai lunch pon takmo. balik terus pelok2 nezha mengadu kebabommm... 630pm baru bangun. haa..amik nak sangat lepaskan stress. pukul 7pm kuar pegi dinner mood dah ok dah. malam pegi jusco beli something untuk birthday obek. jadi la hadiah murah2 dah la. tapi saya pon dapat satu. hahahha.. biarlah.

ok, enough pasal membeli belah dan stress. tapi ada lagi satu cerita over stress. sapa lagi kalo bukan si nezha mamat kepochi punya perangai. mau tengok apa dia dah bua
t...


pepagi buta dah panggil2 saya kan.. rupanya suruh tengok apa yang dia dah buat...


apa yang dia dah buat??? haa.. dia dah koyak rabakkan lagi tepi r
enda bantal saya tu macam dulu tuh. nak marah ke tak..nak marah ke tak??? wahh..banyak dah sarung bantal saya togel nezha oiii....

hehehhee..mission accomplished... muka chucky sangat la tu


saya pun jerit NEZHAAAAAAA...... wahhh... apo nak dikato.. kemas je la sambil bebel2 kat dia. dia pulak standard la..kalo saya bebel mula la buat muka kesian rasa bersalah dia tu. dok kat tepi pintu diam tak berbunyi. habis la sarung2 bantal saya lepas ni saya takmo beli yang ada renda2 dah. bior togel semuanya.


lihat hasil kerja tangan dan kakiku.. sungguh cantikkan...


lepas saya marah2 bebel tu dia pun datang slow2 melesek2 kat saya. dengan muka kesian dia tu meoww2 kat saya. haa..dah tu camno?? camno saya nak marah kat dia. saya yang hangat hati tadi terus cool macam kene siram ais je. aduhaiii.... saya cakap nezha nak adik tak? huwahhahahaa... macam ye2 je kan nak dapat adik. pakcik obek tu still offer kitten tu kat saya. tapi kene tunggu baby tu cerai susu dulu kat ibu dia. wahh... saya macam nak, macam taknak, nak sebab suka, taknak takot nezha tak ngam lak kang gaduh2 lak kang. camne tu. harap2 ok je lah.


look at him. how can i resist this cute little baby... so manja


hari ni ayah obek (which i called him tok ngah, hehehhhe...) datang ada kursus keusahawanan katanya. apa2lah. so malam kang boleh le jumpa2 makan2 ke apa ke. makan kat luar la. kat rumah nak bagi makan apa? roti bakar boleh la. tapi mission untuk cari baju kebaya ready made still on. sapa2 yang tau tolong la inform kat saya. saya nak sangat... ok la. harap semua orang takde monday blues ye.. happy selalu, luv u....




2 comments:

shafa said...

sedapnya dia tido nampak...tertangga mulut tue...

saya said...

shafa-dia memang macam tu. kalau boleh tidor tu nak dibedung2 dipelok2..mengada lebih. hehhe...