mari mencari....

Google
 

Monday, August 11, 2008

perlu ke...


080808... ramai betul orang melansungkan perkahwinan. memang suatu tarikh yang begitu ditunggu2 oleh ramai orang diluar sana. samada untuk perkahwinan, due date, majlis tertentu. tapi jagan lupa dalam kegembiraan tu ada juga yang menyambuttarikh tersebut dengan kesedihan. itu lumrah ala.. owhh..olympic juga bermula pada tarikh itu. saya sempat la tengok acara pembukaan tu kat tv. not bad, menarik juga. boleh tahan la kan.

tarikhtu juga merupakan tarikh berlansungnya majlis perkahwinan kawan sekolah menengah saya. tapi malangnya saya dan kawan2 lain tidak dijemput (kita namakan dia sebagai L disini ye). dia hanya jemput orang2 kampung saja so sapa yang kebetulan memang sekampung maknanya dijemput la tuh. rumah si L ni kira dekat la dengan kawan saya yang kepoh ni. seperti biasa saya dah dapat mengagak cerita yang bakal dikeudarakan, tambahan pula L kahwin ni dengarnya menjadi orang ke-dua. hehehe..sendiri mau faham la kan. suaminya katanya orang businessman, agak berusia. saya takmo komen banyak sebab pada saya itu sudah ketentuan. isu perampas suami orang ke isu mata duitan ke saya takmo sentuh sebab kita taktau hujung pangkal cerita pon.

so, seawal pagi tadi saya dudah di YM oleh si kepoh ni menceritakan perihal kenduri kahwin si L. sebelum ni si kepoh sudah ckp/kutuk banyak la pasal si L ni konon amik suami orang la, gila harta la, perasan lawa la (memang lawa pon, macam langit dengan bumi if nak bandingkan dengan si kepoh tu), nanti rumahtangga tak thn lama la sbb sure 1st wife akan buat something. saya dah ckp kat dia jgn ckp mcm tu. biarla dia nk kawen sape pon itu hak dia, kita just dengar dan tgk je la, kita sebagai kawan doakan yang terbaik utk dia. bukan saya menyokong lak si L ni amik laki orang tapi setiap orang ada reasonnya. bila saya ckp mcm tu si kepoh kata "ko nak ke if yg kawen tu laki ko??", wah..saya cakap tak de la sampai macam tu. yang penting saya takmo masok campur sangat hal2 mcm tu.

so, si kepoh sudah emel sama saya la gambar si L kahwin, hasil tangkapa dari kawan sekampung yang lain yang balik untkmenyaksikan majlis kenduri tu. wahh..memang grand gila kahwin. pelamin hebat, baju hebat, makanan hebat, ala2 memang wedding of the year utk kampung tu la katanya. hantaran pun 25k. saya cakap kat kepoh,

saya : haa.. ko tengok la ko kutuk2 dia punya grand dia kawen, ko dulu tak pon grand macam tu..

hehhee... kepoh sudah marah but still mengutuk dia reply,

kepoh : ala...buat pelamin kat luar rumah memang la boleh buat besar, aku dulu buat dalam rumah je. watpe nak buat kat luar macam tu.

saya : hbs tu apsal dulu ko tak buat kat luar rumah, senang orang nak tengok. takde la isu pelamin ko kecik pelamin dia besar

kepoh : aku ni buat ala kadar, tak de la nak menunjuk2 macam dia tu.. dai lain la, kawen dato' katakan..

aduhaii..masih ada alasan lagi.

saya : tapi ko tak pegi pon kenduri dia walhal dia dulu siap jadi pengapit ko masa ko kawen, pas tu tunggu kenduri ko dari awal sampai ke sudah, kan dia dah jemput ko

kepoh : aku mana larat nak pegi tgh macam ni ha.. (preg). kalau aku sorang takpe (still takmo kalah tu)

saya : ala..ko ni ada2 je tau. baik ko mintak maaf dengan dia cepat sebelum ko due ni kang payah

kepoh : aku balik raya nanti aku mintak maaf la

saya : kalo sempat, kalo tak makcik taktau...

kepoh : ............

terus diam sampai sekarang.. hwuahahhahaaa

kesimpulannya, saya nak mengingatkan diri saya sendiri untuk mengurangkan aktiviti mengumpat kawan sendiri. actually takde beza pon saya dengan kepoh ni. kepoh kutuk L, saya kutuk kepoh. isu yang sama situasi yang berbeza.

actually, just nak share...

perlu ke kita kutuk2 kawan sendiri yang jadi 2nd wife? tak boleh nak salahkan pompuan aje, lelaki pon salah jugak. lelaki tu yang patot pikir 800kali sebelum pikir nak berbini 2. dia yang nak akad nikah tu.. dia yang nk tanggungjawab atas 2 keluarga, kalau lelaki tu tak layan pon benda tak boleh jadi juga. memangla tak suka, tapi kata dah kawan, if nk tegur pon baik cakap 1 to 1 jgn ckp belakang2. pada saya la. kalau anda la berada ditempat saya..macamana nak berhadapan dengan isu ni.....




2 comments:

KV said...

tarikh tu jugak akak masuk rumah baru. Ekeke. Saja gak nak bagitau kat sini. Kuheh kuheh kuheh.

saya said...

wahh....kv syiok la rumah baru. semoga gembira di rumah baru...