mari mencari....

Google
 

Monday, August 11, 2008

sabtu dan ahad saya....

sabtu

sabtu adalah hari yang sangat memenatkan bagi saya. pepagi buta pukul 630am dah kuar pegi johor. wahh..perjalanan pergi ok cuma ada sedikit insiden mencemaskan. hehehhe...minyak kereta habis da tapi dah terlajak tak sempat nk isi kat ayer kroh then terlajak lagi..tank dah kuar E.. wahh..suspen2. buatnye berenti tengah jalan harus melalak2 le saya kan. brenti kat mana ntah nak isi petrol tapi sistem petrol station tu lak down. haa..lagi le pucat lesi dah saya. dai kata kuar tol yong peng nanti ada petrol stesen. katanya dalam 20minit perjalanan. wahh..sepanjang2 perjalanan semua ayat dibacala kan.suspen gila. kkuar je tol yong peng tanya kat abang tol tu mana the nearest petrol stesen. dia kata belok kiri then nampak je la nanti. wah..saya pon belok kiri dan isi petrol full. haa..hambik. dah setel semua baru lega.

sampai johor penat gila tapi excited tapi sangat tensen. mmm..macam2 perkara. nak gelak pon ada, sedih ada, marah pon ada. tapi sekarang saya tau la mana kawan mana lawan. ye la, orang kata pengalaman tu banyak mengajar kita kan. takpe la..alhamdulliah.. perkara yang saya risaukan dah setel.

balik petang pukul 6 baru gerak dari JB. pukul 10 sampai kl semula. balik2 rumah ada surprise. opss...takbleh cerita lagi. nanti tunggu entry lain baru cerita... balik mandi tak makan pon sebab tak larat. sabtu yang memenatkan itu saya cuma mampu makan pau sebiji waktu pagi kat R&R machap, dan roti bakar 2 keping waktu balik juga di R&R machap. selain tu saya tak makan apa pon. kemas2, tidor pukul 12. separuh mati.



ahad

ahad punya plan diharap berjalan dengan lancar. tapi rupanya tidak. pepagi pukul 7am saya dah berlepas ke rawang berjumpa rakan ada hal penting. sampai kl semula dalam pukul 1030am, baru breakfast. makan lontong manis. mwuahahhaa...biasanya lontong pedas ini manis le pulak. malas nak komplen2 sebab takde mood dan penat. tengah breakfast ma call nangis2, cakap suruh balik cepat katanya opah ala2 nazak. saya call ibu dan almaunah suruh balik. kalau tidak pon memang plannya nak balik rumah ma, tapi takde la sangka ada insiden. sampai2 rumah ma, tengok opah tengah tido je, elok je. then tanya ma apsal so ma pon cerita la semua2 tu cakap subuh tadi opah dah ala2 tercungap2 ma ingat dah tak lama dah tu sebab tu ma suspen kan. so, dah setel semua, ibu masak kejap. then, proceed to our family plan kejap je dalam pukul 3pm dah balik rumah semula. hehehe..sian obek kene tunggu kat rumah jaga opah sementara kami semua keluar menyelesaikan hal diluar. sayang obek. you are such a good man. ma pon sayang obek. wah...saham naik nampak. balik tu almaunah belanja durian banyak gila. ada amik pics tapi takde mood la nak load kan sini sebab saya penat sangat. so, semua orang makan durian. tengah2 syiok nak makan durian cousin dari cheras lak sampai. tujuannya nak pulangkan payung yang dia pinjam dari ma tempoh hari tapi memang rezeki dia anak beranak so berkenduri sekali la kami semua makan durian, rambutan, pulasan dan manggis. kenyang sangat. siap ada pertandingan siapa teror bukak durian lagi. hehehee...macam2 la. ibu lagi dengki dia pi masak sedap2 sambal ikan pari kering, gulai tempoyak ikan parang campur timun, goreng tauhu cicah sambal kicap. wahhh.... benci sangat tau. orang dah kenyang makan durian ni ibu pi masak sedap2 lak harus la kene makan gak kan. so, kesimpulaannya semalam semua orang perot boroi. obek no. 1 boroi la , wahhahaha. ma sangat happy sebab semalam semua berkumpul sian kat ma. petang tu saya tolong2 ma la bawak opah pegi toilet, salin baju semua tu la. penatnya rasa nak pengsan. so, pukul 7 balik rumah, mandi, polok2 mamat kepochi tu then lepak tgk tv. badan mmg flat gila. malam tak makan sebab tak larat. malam pukul 11 tidorrrr...


yang best

1. saya dapat hadiah banyak semalam. hehehhee... almaunah tu selalu je belikan saya macam2. dia tu ok tapi perangai kadang2 takbleh blahhhh...
2. have a very good time with family
3. apa yang dihajati tercapai walaupun ada insiden didalamnya
4. happy ending of my hectic weekend


yang tak best

1. penat sangat2
2. kaki, badan, kepala segala2nya la sakit
3. suspen pasal opah
4. mengantok

kesimpulaanya, setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya... luv u..








No comments: