mari mencari....

Google
 

Friday, September 26, 2008

kamu mahu duit raya?

duit..

siapa yang tak mahu duit. orang gila pon mahu duit. buat beli air kopi katanya. justeru.. nah.. ambiklah buat ingatan dihari raya. moga tahun depan lebih tebal dari ini bakal kita perolehi.





baru usai memohon ampun dan maaf, sudah ada kedengaran hati yang menggetus mengatai mengutuk saya. mencerca saya menunjuk perkara yang mana kamu adalah lebih banyak dari apa yang saya tunjukkan. hahahahhaa.... itu ujian kepada dirimu. sedikit jolokan rupanya mampu mengubah kata2 manusia dalam sekelip mata. hai.. manusia, manusia. memang takkan pernah berubah sampai bila2 termasok saya. kerana saya seorang yang lemah dan gagal menginsafi diri. ujian yang dilakukan untuk melihat sejauh mana kamu benar2 ikhlas memohon ampun dan maaf atau sekadar memanis mulut sementelaah ini adalah jangkamasa singkat berlakunya situasi memohon maaf.

memang kadangkala binatang itu lebih baik dari manusia.


selamat hari raya aidilfitri 2008...

selamat hari raya aidilfitri 2008...

semoga lebaran ini membawa lebih makna dalam kehidupan kita. chewahh... ngalahkan ayat novel. nyahkan ayat2 novel itu dalam hidup saya. saya tak perlu semua itu. kepada semua pembaca (samada ada atau tidak, wujud atau tidak, berkumpulan atau perseorangan) ampun dan maaf diminta sekiranya terdapat sebarang perkara yang telah saya lakukan hingga menyebabkan korang merasa sakit hati, sakit kaki, sakit kepala dan sakit mulut sebab mengata saya berlebih-lebihan. ketahuilah, bahawa saya juga seperti kamu.

apa lagi yang perlu diperkatakan tentang hari raya kecuali persiapannya, keluarganya, menunya, kemeriahannya, kesedihannya, keteringatannya kepada yang telah tiada dan kejengkelan selepas hari raya tersebut. entah.. setiap manusia akan mengalami peritiwa yang berbeza dan bakal menganalisis peristiwa tersebut menurut kaca mata hatinya sendiri.

ada yang beraya secara meriah, ada yang secara sederhana, ada yang tidak beraya. ada yang gembira di hari raya ini, ada yang sedih, ada yang kecewa, ada yang bengang, ada yang bertambah derita. semua itu kita tak tau lagi apa yang bakal berlaku pada kita. harap semua bersedia.

kuih berbalang2, baju berhelai2, duit raya berkepok2, kasut berbaris2 belom pasti menjanjikan syawal yang mambur untuk kita. keinsafan itu perlu hadir dalam diri. keangkuhan itu perlu diusir dari dalam jiwa. ketaubatan itu perlu dijemput, kejahatan itu perlu dihalau. ibadah tidak perlu ditunjuk kerana itu hanya akan lebih mengalpakan diri. kelompongan tak wajar disembunyi kerana itulah pelajaran kehidupan yang perlu diperbaiki. tidak perlu berlumba2 untuk bersedekah. sedekah itu patut disorok hingga tangan kiri tidak tau bahawa tangan kanan pernah menghulur bantuan. keterasingan diri perlu dibelai supaya tidak lagi gagal dalam memahami diri dan jiwa sendiri. lalu, bagaimana harus saya memperbaiki diri ini? hanya dengan merenungnyakah? atau harus diperhalusi setiap perbuatan? muhasabah diri dalam diam itu perlu.

sekurang-kurangnya untuk mengingatkan kaki supaya tidak melangkah ke lurah yang penuh lumpur, sekurang-kurangnya untuk mengingatkan tangan dan jari supaya tidak menyentuh yang bukan sepatutnya, sekurang-kurangnya mengingatkan mata supaya tidak memandang yang lebih dari yang sepatutnya, sekurang-kurangnya mengingatkan telinga supaya lebih peka mendengar yang sewajarnya, sekurang-kurangnya mengingatkan hati supaya tidak hitam selalu. benar, itu semua perlakuan2 yang amat sukar untuk saya lakukan. dari dulu hingga kini, kaki lebih suka ke lembah lumpur, tangan dan jari lebih betah memegang yang jahil, mata lebih meriah melihat yang laknat, telinga lebih suka mendengar yang jahat dan hati masih terlalu hitam untuk dibentuk. apapun, syawal ditunggu dengan penuh makna yang takkan dapat diungkap oleh sesiapapun melainkan diri sendiri...

selamat hari raya.. assalamualaikum

hati-hati...

jaga2 ye.. sekarang ni musim perayaan dan sekaligus musim rompakkan. Tadi obek call sebab dia nak pergi bank la buat hapa benda saya taktau then dia call kata kat bank tu berlaku rompakan. Wah..bukan rompak bank ye tuan2 puan2 cik2 sekalian. Tapi rompak orang2 yang kuar dari bank tu!! Ye la ini kan masanya orang nak kuarkan duit buat belanja, orangtukar2 duit raya dan macam2 hal la berkaitan dengan duit.

This one guy right in front of obek’s eyes being snatched by 2 guys riding on a motorcycle. Haiyooo… biasa guys kan tak bawak beg2 ni they prefer boh duit or any documents dalam poket bukan camam pompuan. Lagi besar handbag lagi bergaya. Tapi this guy pulak ada la bawak ala2 envelope which I believe full of money inside it. Perampok dengan senang hati telah mensnatchedkan that envelope. Astagfirullah.. dah le snatch, siap tending lagi mamat tu. Halamak. Obek nak tolong pon tak sempat sebab kejadian erlaku dengan sangat pantas. Then perampok merempit le. Agaknya dia just tunggu dan lihat sesapa je dia main snatch je tak ira la lelaki or perempuan.

Lepas tu obek tolong mamat tu bangun then Tanya ok ke tak? (dah tu nak tanya apa lagi, just to show concern la kan). Then tunjukkan kat orangtu the nearest balai polis untuk buat report. Pak guard daldam bank pon tak boleh buat apa sebab memang macam sekelip mata je kejadian. Mamat tu pulak cerita habis la duit dia untuk raya. Dalam tu memang banyak duit. Untuk bank-in bagi kat parents dia kat kg sebab dai tak dapat balik raya, campor duit kompeni untuk tukar ke note2 kecik nak jadikan duit raya. Sikit2 tak dikit dalam rm20k jugak la lesap. Dia dah tentu2 la risau. Duit tu korang…duit kompeni lak tu. Habis duit belanja sebulan. Aduhaiii…. Sabarlah hati. Moga2 perompak tu mati dilenyek lori lah hendaknya. Hidop nyusahkan orang lebih baik korang gol la. Doa orang teraniaya tu makbul tautak.

Dah tu obek pesan kat saya jaga handbag elok2. tak kira la dalam handbag ada duit ke takde duit ke perompak tu bukan tau. Yang dia tau ada handbag ada la duit. Risaunya.

Lepas tu terus saya teringat kejadian pecah rumah saya tahun lepas. Eeeeeeeeee..benci la. Memang saya takkan maafkan perompak tu dunia akhirat. Ye, ada orang kata sedangkan nabi ampunkan umat, tapi ank bagi ingat sikit, nabi tu tahap kesabarannya luar biasa, kita umat manusia ni takkan boleh tahan.

Eh..lari tajuk pulak. Anyway, saya mengingatkan diri saya dan kawan2 semua nak balik kampong esok kunci rumah elok2. inform bapak polisi kat kawasan tu kita takde kat rumah. If kawasan perumahan ada persatuan penduduk, biasa they all ada buat rondaan. Mudah2an niat baik kita di aidilfitri ni dilindungi dan dirahmati Allah.

teringin la pulak..

malam tadi lepas balik dari kuar jalan2 tu, lepak2 tengok tv sebelom tidor sambil berangan le menerai baju yang 2 helai tu je. hahaha.. neha pelik je tengok saya terhegeh2 jalan kulu kilir, konon model le. cheittt...

tapi dia biasa la, kalo nampak je saya balik bawak beg plastik harus dia kejar dulu, kepoh je mamat tu. so, sambil lepak tengok tv tu teringin le pulak nk makan strawberry yang cicah2 cokolat tu kan. strawberry tu memang ada je la dalam peti ais, makanan waktu kecemasan. tapi cokolat cair tu yg hershey's untuk makan dengan eskerim tu tadok le pulak. wahh..camno nk wat ni? cooking cokolat memang tak menjengah le ke rumah saya tu apa ke halnya takpenah2 beli cooking cokolat tu. so pikir2 korek2 jumap la cokolat biasa. haihh..hantam je la kan.

so, parut2 cokolat tu ala2 buat le double boiling tu nak kasi dia cair. wahh.1st attempt ni panas gila. taktau nak pegang part mana periok tu. dah le piok tangkai takde just piok bulat je. hantam la. kacau2 gak dengan jampi serapah sepuluh tan moga2 cokolat tu cepat le cair so that takyah dok mengadap benda panas tu lelama. hahahaha.. pemalas tak boleh tahan.

so, nampak2 cam dah cair sikit saya terus je tuang atas strawberry tu. tak kuasa le nak boh dalam mangkok lain then cicah2. kang nak kene masuh banyak pinggan lak. dah le nak basoh piok yang mencairkan cokolat tu 1 hal. melekit2. tak suka aaahhh...


tengok mamat kepochi menyebokkkk tak sudah2


so, makan la kami berdua. nezha takdela makan beno, kang sakit perot kang payah lah. so, kira boleh tahan la ye buat macam tu. sedap jugak guna cokolat biasa tu cairkannya. tapi prosesnya tu la yang serik tu. panas... kalo ada cokolat syrup yg utk makan eskrem tu senang je.. tuang sudah. hahaha.. memang dasar pemalas, semua nak senang je.




masam2 campur manis bitter cokolat tu sedap le pulak. walopon kene makan dengan sopan santun tu yang leceh tu tak boleh nak pelahap. biasa sumbat sebijik terus dalam mulut, ini nak kene potong kasi kecik2 lak... leceh betol. hai mulut, cepat le sihat ye.

agaknya sekarang semua orang dah bz kemas2 nak balik kampong kot. best la ye. owh... mana yang kene kerja hari raya tu sabar2 je la. mungkin ada hikmahnya tu.

macam nak pecah...

wahwahwah.....

semua orang tengah excited betol ni nak raya. ada yang dah bercuti, ada yang monday terus cuti seminggu. hehehe... saya start monday la. syiok pon ada, tak syiok pon ada. syiok sebab dah tentu la nak raya. yang tak syiok kang saya je yang jadi mangsa kat rumah tu. nak tonggang ke, nak langgang ke, nak ke depan ke, ke belakang ke, nak masak ke (masak?? masak la, saya sorang je dengan ma sapa lagi nak masak rendang ketupat lontong yang seberandah tu), nak potong2 ke, nak kemas rumah ke semua sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!! ma pulak kalo raya je harus nak masak itu ini memenuhi kehendak tekak orang2 tu je yang 'order saja pasti siap'. seboleh2nya nak memenuhi setiap permintaan orang2 tu. orang2 tu plak kang pagi raya baru nak nampak batang hidong yang kemek tuh. pas tu berkira beno. nak basoh pinggan pon lari2 buat2 bz. mangkok la korang!!! baik tak payah balik. balik pon nyusahkan je. ggrrrr... hahahahhaha... benci aahh..tiap tahun pon macam ni. takde chance lansong nak beromantik2 a day before raya. kecoh belaka. penat.

owh..malam raya ni dengarnya ada group akan datang bertakbir. seronoknya. itu je la hiburan yang ada pon. penant tunggu giliran orang tu sampai rumah ma sebab rumah ma kira lorong belakang. hehheehhee.. biasanya by 11pm orang takbir tu sampai la. tapi yang bagusnya ala2 kira rumah2 last la rumah ma so they all will relax, have a time for some chit chat and eat more sebab dah kata rumah last kan. kalo jadi rumah first or yang tengah2 orang2 tu nak cepat so minum ala kadar je. ye la, nak kejar masa.

opss.. lari tajuk cerita lak. sebenarnya nak cerita la.. kira semalam tu jadi 'HARI INI DALAM SEJARAH' la sebabnya.. sejak berkurun saya bekerja, baru semalam la obek tu menghantar saya ke office.wahh... suka betol saya baru le merasa dok sebelah time pepagi pegi kerja tu kan. syiok gak ye. obek lak, haa..baru la tau jem ke tak jem camne saya rasa selama ni. tapi tak syiok la sebab semalam tak jem maybe sebab ramai yang dah balik kampong so dia punya comment ialah "mana ada jem.. elok je jalan ni, oby je selalu kepoh2 cakap jem". aarrgghhhhh!!!! benci aahhhh!!! susah cakap dengan orang tak paham nih. (opss... ada sedikit emo disitu ye).

time orang nak tunjuk jem jalan tak jem pulak, cheitt..

anyway, semalam berbuka kat luar. memula nk pergi kedai ayam golek bakar guna kayu api dan tanpa kolesterol (kalo ikut bunyi iklannya la kan) pak cik kenny, mwuahahhaha... KRR le tuh. sekali sampai org tu kata dah full sebab kene buat reservation le dulu. pulakk.. idak le makcik tau nak makan kat KRR kene reserve dulu. bukan ke kedai tu jenis walk-in je?? mmm...malas nak pikir2 tengok kedai sushi je yang available. itu pon ramai orang gak but still have place la. haa..yang ni takyah reserve2 de.. masok, duduk, order, makan.

makan dan makan dan makan sampai nak pecah perot. nak bangun pon macam melentik badan aduhai, sakitnya perot. walopon saya sakit mulut tapi dah nak okey sikit dah, dah boleh makan dah. tapi kena hati2 supaya tak sakit balik. mengikut ramalan bacaan mangkok putih wal-jamaah saya tu sakit mulut dijangka akan sembuh sepenuhnya menjelang hari raya so harapan untuk melantak ketupan rendang dengan lahapnya bakal berjaya!!!

lepas makan pusing2 kejap. obek kata beli la apa2 kata nak shopping. wahh..saya pon excited la. tapi pikir2 apa la sangat yang nak dibeli tu ha?? tiap2 bulan pon beli baju gak, tiap2 bulan pon beli kasut gak, so takde yang specialnya. saya tengok2 gak kasut kot2 ada yang berkenan, mmm... tengah pilih2 tu obek datang hulur troley. wahh..ini perli ke apa nih?? benci tau. dia kata senang kang nak isi barang apa2. seperti biasa, dia suruh saya pilih apa yang saya nak pusing2 le sendiri dia pegi le memana yang dia suka. nak bayar kang call dia. standard.. apa korang ingat saya nak bayar sendiri. huhuhu... assalamualaikum.

so, pilih punya pilih punya pilih takde yang bekenan. sebesar2 shopping complex tu takde yang menarik pada mata saya. ada takde saya beli kasut loafer 1 buat pakai2 jalan, t-shirt 1, blause 1. hahahhahaha.... jimatkan saya. jimat2 pon kopak gak le obek. hahahhaa... obek kata raya pakai baju t-shirt ke? hantam la.. takde mood tengok baju2 tu semua. baju kurung dah ada beli hari tu ada lagi 2 belom pakai so consider baju raya je la tu, senang. dalam pada tu baru le saya terpikir2. yang saya dok meroyan tak pegi shopping lagi tu apsal la kan? walhal takde apa pon. belikan baju untuk budak2 kecik anak2 ibu je la.

balik dari shopping2 tu pegi farmasi beli susu untuk opah. mmm..opah saya kan sakit so dia minum susu khas untuk orang2 sakit tu le enercal plus. aaa.. sesapa ada sedara2 yang sakit tu disarankan minum susu tu la. recommended by doktor. itu memang untuk orang2 tua yang tak larat, orang2 yang sakit, elok la minum susu tu. hishh..bukan free promote ye, sebab susu tu ada la bagi tenaga sikit. tapi kot2 susu biasa pon ok gak kot. entah la.

so, itu je la cerita untuk petang merangkap malam semalam. no pics la. takkan beli t-shirt selai pon nak tunjuk gambar kot. tak kuasa la saya.



boh gambor mamat kepochi ni lagi bagus kan. melepek je mengalahkan orang puasa. walhal 15minit sekali ke dapor makan. diet sikit nezha, kang besor beno kang payah nak dokong. kamu tu hari2 nak mintak dokong sakit tau tak tangan saya.

Thursday, September 25, 2008

komplen le pulak...

wahhhhhhhhhhhh...

ada komplen le pulak kata 'kocik bona tulisan'. hehehhehee... komen dari en. gaban. elo en. gaban. kata gaban harus le ada power yang boleh buat kasi nampak tulisan kecik tu kan. tapi takpe la.. saya tukar gak le font size sebelom kot2 kang ada gak cik2 puan2 tuan2 yang nak komlen gak tu. so, en.gaban.. kot2 tulisan yang ni nampak ke idak? kalo tak nampak jugak2.. assalamualaikum la jawabnya..hahahhaa...



gaban konon... adakah itu muka en.gaban sebelom menyarung baju pelestik silver berbutton warna-warni umpama gegula M&M yang bertaglinekan tak cair di tangan?? jangan biarkan hidup anda diselubungi.. misteriiiiiiiiii..

p/s : to en.gaban, sorry haaa...

responded...

with reference to my earlier post regarding tag & award, i would like to thanks pn. rose for the quick response. what make me happier is she even post my baby nezha photo in her blog! i was in a blast surprise this morning when i visited her blog just to read any updated entry. well... for those who yet to response, its ok, take your time by knowing that this is a super bz time--raya mood of course!!!

so, in conjunction with that, i'll post pn. rose photo too in my blog as an acknowledgment for her support. so, frends, do response so i'll put your photo too in my blog. yeahuuuu...


pn. rose with kids-abang & kasih


wahh..ini kira balas2 post pics la ni ye. hehehhee.....

makan apa...

huhuhu...semalam dah kata sakit mulut, hati pun sakit jugak. sape yang buat? obek yang buat. benci aahhhh... aktiviti2 menyakitkan hati ni memang tak suka tau. tapi kalo baik je selalu pon tak syok pulak, tak adventure. haa..nam beno adventure hambek ko... baru nak melalak2. hahahha... hish.. takde la melalak2, cuma membebel2 je la (tak padan dengan sakit mulut tu).

anyway, lupakn kisah2 yang tak best tu. semalam buka sorang la. balik pegi beli yong tau fu tu lagi sebab rasa macam sedap le pulak dan tak puas makan hari yangs ebelumnya tu. malam tadi gamble le nak makan jugak biar la melalak melolong sakit pon hentam jugak. then beli sate. hehhee.. beli sampai 10 cucuk macam le habis. dah tu camne, tak sampai hati lak nak mintak sate 3 cucuk kat pakcik jual tu kang dai kata tak balik modal plastik lagi kuah lagi. haihh... amikje la 10. habis tak habis belakang cerita.

so, berbuka la saya dengan linangan air mata. chewahh..bukan linangan kesedihan, tapi linangan kepedihan mulut. nak wat camne. makan sesuap berenti-berenti. sampai pukul 9pm baru siap berbuka melampau gila. ye la, kene la makan slow2 tak boleh gelojoh, itu tu pon bagai nak rak menyumbat dalam mulut. anyway, kenyang jugak, alhamdulillah tapi as usual semua tak habis le. sate tu betol2 secucuk je saya makan, lagi secucuk bagi nezha. membazir betol. tak beli nak rasa, dah beli membazir pula.

eh..pepagi dah cerita makanan pulak. raya lagi 5 hari. pegi jalan2 tengok blog orang semua beriya nih cat2 rumah. hehehe.. sure meriah. saya sempoi je la. tak de buat apa pon.

tahun ni maybe tak balik kg sebab opah ada dok rumah ma. so menunggu je la anak cucu dia yang lain tu datang. tu yang nak tengok tu, datang ke tak. ada tak ada pon saya ingat 2-3 je yang datang. yang lain leborrrrrrrrrrrr.. tapi cuba ko cakap suruh datang sebab opah nak bagi wasiat, merangkak meniarap pon ko datang kan?? memang *&(^%$%*&)*)%&$$ korang ni tau. orang tua tu terlantar ada korang nak datang melawat? ada korang nak hulur barang 10 hengget buat beli susu dia? ada korang nak call tanya khabar? harammmmmmmmmmmmm. puihhh...pepagi dah ngumpat orang. lantak la.

eh, lari tajuk pulak. hahahahha....

Wednesday, September 24, 2008

kad raya...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

saya rasa sangat2 terharu pada kawan2 yang bagi e-kad raya nih. kreatip sungguh ye korang2 ni. anyway..thanks again. nanti kalo ada masa saya buat juga ye kad macam tu untuk anda semua. jasamu dikenang.

selain dari dapat e-kad raya ni, kat raya bebetol yag pos stem tu pon saya dapat jugak. tapi yang tak syiok punya la ala2 formal je. owh... optometris saya pon bagi gak kad raya, dengan ucapan takmo ke beli spek baru sempena raya. hahahahaa.. macam2 la diaorang nih.

ok, yang memula dapat dari pn. deza yang cute itu...



wahhh... ada gambar masjid gitu...macam nak suruh saya insaf cepat2 je nih?? hahahhaha... mesti deza takes time untuk create card for everybody. wahh..sangat baik hati ye deza.


yang kedua datangnya dari olie yang putih gebu itu.



wahhhh... siap gambar family dengan mood raya lah. lawa and so sporting. terima kasih daun keladi, nanti bagi la kad harijadi pulak ye. hwuahahhaaaa....

macammana la saya nak balas kad2 yang lawa2 ni ye. mmm..nanti if ada masa saya create la satu, kalo takde masa nanti copy paste dari memana kad raya or if takde masa gak lagi nanti saya scan je kad raya real tu boh dalam nih. hehehhee....

apapon, terima kasih lagi sekali. orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa.

p/s : nezha, malam ni jom kita create kad raya okehhh!!!

dulu-kini...

zaman sekarang ni macam2 ada.. yang segera2 pon ada, bukan setakat makanan minuman segera, anak segera pon ramai gak, duit segera jangan cakap la, lagi berlambak2. baju segera pon ada. hahaha..camne tu baju segera? ala.. baju yang kita boleh bawak ke dwi-function, ala2 blouse boh skaf boh jaket boleh jadi baju opis, buang skaf buang jaket ganti jeans boleh terus jadi baju pegi clubbing.

sebok je cerita pasal takde baju raya lagi, apa ada hal.. bukan tak pernah jadi macam tu sebelom2 ni. pernah dan memang pernah pon. dulu2 masa saya kecik adalah amat sedih. hahahha.. (eh kata sedih tapi gelak pulak).

dulu2... hanya akan mendapat baju baru pada hari raya sahaja. takkan pernah ada peristiwa lain dalam tahunitu yang membolehkan saya mendapat baju baru. ada tak ada hanya apabila angah cho datang melawat, maka akan adalah baju baru untuk saya, walaupon hanya t-shirt bundle, tapi pada saya itu tetap baju baru dan baju baru itulah yang akan menjadi baju kegemaran saya sehingga lusuh.

kini... boleh kata setiap bulan beli baju baru. yang mahal, yang murah, yang formal, yang santai, yang sopan, yang tak sopan, macam2 gaya ada. memang terbalas dendam baju sekali setahun dulu2 tu sampaikan sekarang tak muat dah almari baju, terpaksa pulak beli drawer tambahan.

dulu2... setiap hari ke sekolah akan bawa bekal makanan. tak kira lah apa juga, roti, oat, telur goreng ataupun sekadar ubi kentang rebus. kalau dapat duit belanja itu dikira bonus. sayang nak belanjakan duit tu, lebih baik simpan untuk beli apa2 yang dikehendaki jadi tak payah minta duit ma. kalau minta pun untuk tambah2 sikit2 mencukupkan jumlah je. takpe lah, lagipun saya malas nak berebut2 beratur kat kantin sekolah tu. bawak bekal boleh jimat masa dan belanja. sampai kawan2 pun jelak tengok saya bawa bekal hari2, katanya apa saya tak teringin ke nasi lemak makcik kantin tu? atau kuih karipap tu? saya hanya menjawab, takpe lah..

kini... hari2 belanjakan duit untuk makan. takde lagi nak sekat2 makan. apa juga yang terlintas difikiran nak makan, pergi cari. yang murah, yang mahal, yang sedap, yang tak sedap, yang dalam negeri, yang luar negara semua nak rasa. cukuplah dulu saya cuma melihat saja kawan2 makan, kini biar saya juga cuba menikmati makanan itu.

dulu2... tak pernah merasa dibelikan mainan. ada tak ada hanyalah tommy, anak patung beruang setinggi tiga penumbok orang dewasa pemberian angah sempena hadiah harijadi. hari jadi yang tak pernah diraikan, sampai diri sendiri tak tau bila harijadi diri sendiri. ada juga dapat mainan sumbangan entah la dari siapa, cuma ada 2. ye, hanya 2. satu ialah talipon mainan plastik nipis berwarna merah jambu dan lagi satu ialah kereta bomba. hanya itu mainan saya. selebihnya saya hanya akan bermain sendirian dengan tommy, bercakap2 dengan tommy, melayan perasaan dengan tommy.

kini... apa juga barang yang saya nak saya akan dapatkannya selagi ada kemampuan. biarpon ianya mainan kereta lumba, teddy bear yang dah tak terkira banyaknya sampai saya khaskan satu katil untuk letak teddy bear saja atau pun set lukisan kanak2. saya fikir saya juga mahu merasa keseronokan bermain permainan itu walaupon sudah agak terlambat untuk saya main semua itu. takpe la, janji merasa selebihnya buat perhiasan dirumah.

dulu... saya tak pandai meminta2. apa yang diberi itu lah yang terima dan guna. saya pernah tak dapat duit belanja sekolah berhari2, mungkin ma lupa agaknya. saya pula jenis berat mulut. takkan pernah meminta selagi tidak ditanya. mujur tambang bas ke sekolah hanya dibayar sebulan sekali. kalau tak, tak tau lah camna.

kini... hari2 saya akan pow obek. hahahahhahahaaa....

dulu... saya suka menyendiri, baca buku, buat kerja rumah, lepak dirumah, kurang berkawan. lebih selesa rasanya berseorangan dari beramai2 atau mungkin sebab dah terbiasa seorang diri membuatkan saya rasa tak sesuai berada dalam kelompok orang yang ramai. tak terbuka mulut ni nak bertegur sapa. bukan tak teringin pergi bermain2 diluar rumah tapi entah la.. macam tak ada sebarang keberanian untuk pergi. jadi, tommylah teman sepermainan saya.

kini... pantang ada peluang, bercakap aje kerjanya sampai kene cop kamus bergerak. sebab apa kamus bergerak, sebab apa jua persoalannya, sayalah tempat kawan2 bertanya, esp time study. harus saya je yang kene. takpe.. kenangan. tapi tengok orang gak yang saya nak bercakap tu. kalo berkenan saya akan bercakap, kalo tak berkenan memang bisu je la jawabnya sampai ke sudah.

dulu... saya suka cakap2 sorang2, gelak sorang2, nangis sorang2. takkan pernah ada peluang dengar saya luahkan perasaan atau ceritakan masalah pada orang.

kini... sama jugak!!!


dulu takde nezha..
kini nezhalah buah hati pengarang jantung saya


dulu atau kini.. banyak mengajar saya tentang kehidupan. yang sedih, yang gembira jadikan pengalaman untuk masa hadapan.

senyap2 je...

semalam, bukan semalam je tapi dah 2-3 hari ni saya senyap2 je tak bercakap2. ye la, sejak kene sakit mulut tu nak bukak mulut pon takde mood. kat office saya memang tak bercakap pon. kalo time tak sakit mulut pon saya memang tak bercakap, tak kuasa le melayan depa2 tu bercakap. kecuali penting benor or hal2 kerja baru saya buka mulut. kaloa nak dengar suara saya memangkat rumah je la, sampai obek kata saya ni tak penat ke bercakap. pulak dah... split personality betol la.

anyway, tak syiok pula blog ni tak update walopun untuk tatapan sendiri. pics nezha pon harus nak kene load juga sebab kalo tak memenuhkan hp je. hp tu dah le kureng kecanggihannya tak pasal2 kang 'hang' aje. sebelom apa2, baik load kat sini dulu then boleh delete.

nezha perangai macam biasa la.. kadang2 baik sangat kadang2 macam puaka. semalam dia dah jatuhkan segala mak nenek atas coffee table tu berterabur. ye2..sangat bagus mengemas mamat kepochi tu. balik2 saya tengok udah berterabor, kemas je la malas nak bising2 sebab mulut sakit. sekali saya carik tutup bekas duit syiling tu hilang da.. mana ntah perginya. itu mesti kerja mamat kepochi tu la dah jatuh harus digigit2 bawak lari ntah ke mana. udah le melopong je bekas tu. sakit hati. cari2 gak kot2 jatuh bawah kerusi ke hapa ke tak pulak. ahh... biar le sana tak kuasa le nak carik2 ni.

gelapnya kamu nezha, satu hapa pon tak nampak nih!!!


semalam obek lak buka kat luar. mmm.... boring. saya yang memang mood tengah mondom ni ala2 majuk le smalam konon sampai cakap takyah belikan apa2 utk saya berbuka. wahhh.. mengada sungguh. lepas tu menyesal sebab malas nak pegi pasar ramadhan sendiri beli. padan dengan muka saya. balik tu singgah pasar ramadhan la taktau nak beli apa. takde selera. pusing sampai 2 kali pegi balik taktau gak apa yang nak dibeli. kebanyakkan makanan berat semua base ayam. nasi ayam, nasi lemak ayam, nasi beriani ayam, kebab ayam, kepak ayam, sate ayam, ayam..ayam.. ayam...bosan. sudahnya beli mihun sup. cakap kat abang sup tu nak bihun sup kosong, ayam ke daging ke takmo. abang sup tu kata okey je. tapi dia tambahkan le mihun tu banyak sikit kasi ganti ayam or daging tu. tq. ada gak penjual yang berperi kemanusiaan. hehehe.. ye la kan, bayar harga sama if ada isi ayam or daging. lepas tu beli karipap sardin konon. dalam kepala wahh..ni sedap kang ni, tak sedar mulut pecah2 sakit pedih. then nampak lak yong tau fu. see... kata takde selera tapi beli macam2. hantam la.. rasa ala2 kosong je tangan if beli mihun sup tu je tadi. pas tu singgah kedai runcit beli air mineral sebab kat rumah dah nak habis. dah kata nak bantai minum air kosong banyak2 harus le ada stock selalu kat rumah.

so, berbuka la kami berdua. nezha saya bagi dia yang yong tau foo ada beli sotong2 tu. jadi la buat gigit2. saya makan gak sikit, sedap gak kuahnya tapi tu la tak boleh makan. pedih mulut. mihun tu pon makan sikit je, hirup kuah sikit. perot berkeroncong tapi tak boleh nak masok makanan. gigit lak karipap sardin, sedap gak tapi baru nak gigit dah mencucuk2 pedih kat mulut. keputusannya, makanan semua tak habis dan saya lapar. hehhehe.. bantai je minum air sudah. kenyang air, mandi, terus tidor.

pukul 930pm obek call suruh siap2 nak bawak saya pergi makan. chehh... nak menebus kesalahan le tu. tak hingin. saya kalo dah tidor malas nak bangun siap2 bagai. tak kuasa la. lagipon nezha tengah baik punya melingkar kat perot saya. malas nak kacau2 dia kangsaya bangun kang dia kecoh je. so sambong tidor dengan hati yang membengkak. hahahhaa...

hari ni taktau lagi camne. harap2 semua ok. so, layan je gambar nezha.


woi... menguap tutup mulut la woii...


teringin makan rojak buah la, tapi mengenangkan sakit mulut sat lagi kene kuah pedas tu yang tak tahan tu.. sabar2.. tunggu minggu depan or lagi 2-3 hari if dah elok boleh bedal rojak buah tu sampai 5 kilo.

masih belum...

masih belom... sihat sangat

masih belom.... baik sakit mulut

masih belom.... ada sebarang persiapan raya

masih belom.... ada selera

masih belom.... ada mood

masih belom.... masih belom....

Tuesday, September 23, 2008

aduhduhduhduhhhh...

mmmm..saya still sakit mulut2 pecah kat dalam tu. bertamba besar, bertambah banyak. pedih ngilu semua rasa ada. so, keadaan ini telah mengeffected mood saya. bila la nak baik ni nak makan pon tak boleh pedih sangat.

gambar2 nezha esok atau lusa atau lusa punya esok atau lusa punya lusa lah baru saya load. sekarang ada tapi tak bermaya..

adios...

Monday, September 22, 2008

dia buat lagi.....

nezha, nezha... apsal la perangai macam ni ha??

hari tu kan dah cerita yang mamat tu suka beno dok atas laptop saya, ingatkan dah serik kena marah rupanya2 tipah tertipu. malam tadi saya tengah tengok2 tv melayan sakit mulut tu mamat kepochi dengan selamba senang hati terus panjat meja dan duduk atas laptop tu. dah kata almaunah pinjam laptop hari tu, sampai sekarang tak reti nak pulangkan balik. tensennyaaaaaaaaaaaaa.. so obek bawak balik laptop zaman 60-an dia yang dah jadi pekasam kat office dia tu. jadi la, janji boleh type boleh save sudah. itu pon berzaman menunggu laptop tu save files.. berkurunnnnnn.. eeeeeee... kalo type, kita dah type 10 perenggan dia baru nak kuar terhegeh2 perenggan kedua. apsal la lembabol beno. tapi takpe, itu je yang dah ada, terima je la, banyak bunyik lak.


tengok!! saya tak tipu.. agaknya dia igt itu weigh scale kot


selamba dia je tak pedulik saya tgh marah2 dia


aaa.. masa saya nampak je dia dok duduk atas laptop tu terus le saya teringat janji2 manisku kat dia hahahha.. dah kata hari tu nak beli laptop mainan tu untuk dia belom gak lagi. hari tu dah jumpa, kat c4 murah je dalam rm24 macam tu, nak yang mahal sampai rm100++ pon ada. wahh..apa ke halnak spend sampai banyak macam tu kan. last2 kang saya gak yang tukang main benda tu. macam kereta mainan dia tu, last2 saya yang dok gila sensorang main. cheitt!! eh, tapi bagus la benda2 tu meransang pendengaran dia. say aingat untuk baby2 pon bagus la, bagi kenal huruf bunyi semua tu. tapi kalo untuk nezha, fungsi utamanya adalah untuk distract attention dia je dari kaco laptop saya. takde le fungsi lain pon. kang if nezha pandai baca a,b,c kang heboh malaysia ni. ingatkan nak carik yang lagi murah, last weekend pegi jusco mahal le pulak, rm60. wahh...over budget tu nezha. masa saya try2 toy tu macam best le pulak. ada lagu2, kalo picit2 button ada kuar bunyi2 wahh... menarik sangat2. nanti la saya pusing balik kat c4 tu kot2 still ada stock or ada lagi promotion. (eh, tak perasan la itu time promotion ke tak).

nanti saya beli nezha laptop macam ni okeh, nak tak?


saya marah2 dia suruh pegi haram bergerak. lagi dia baring atas tu ada la. saya angkat letak tepi, dia bangun duduk balik. ayoyoyoyooo..nezha memangsuka pendengki saya ke ?? hangat hati betol. saya nak bangun pegi baling dart tu supaya dia blah ala2 malas le pulak. so, biaq pi je la. kebetulan time tu tengah makan puding jelly (beli punya la.. nata de coco ke hapa ke tuh), then usha2 la kat dia kot2 dia nak. haaa..nasib baik terpengaruh dengan pujuk rayu saya so, dia makan sikit puding tu, saya terus amik laptop tu simpan dalam beg. fuhhh..selamat makcik.


lupa dunia kejapkan dapat makanan saya tu.. suka beno take over makanan saya.

bila dia sedar laptop tu dah takde, buat muka bengang le kan. hahahhaa.. memula dulu ingatkan dia tersuka tengok laptop saya ke hapa ke kan tapi semalam tu laptop zaman 60-an obek kaler hitam, so totally different dari laptop saya tapi dia tau lak itu laptop. fuhyoooo... nezha kucing zaman millenium. agaknya dia nampak kot saya buka2 laptop tu then type2 so dia paham agaknya. hantam la. bukan apa, takot dia jatuh ke, kot2 dia tertolak benda tu jatuh ke lantai ke tak ke musibah namanya. kalo dah manja sangat macam tu la.


tgk muka tak puas hati sbb saya dah sorok laptop tu


pagi tadi yang saya tak terbangun sahur tu actually saya dengar dah dia dok meow2 tepi saya suruh saya bangun le tu tapi mata tak boleh bukak. memang telinga dengar je semua tapi mata bagai di gam2. pagi, waktu saya ke dapur nak susun2 pinggan sebelum pergi kerja dia yang berlari dulu ke dapor. wahh..rupanya makanan dia dah habis. oooo... patot le meow2 bagai nak rak, kelaparan rupanya. sekali tuang makanan, alamak.. makanan tinggal sikit je. ayoyoyoyooo... rasanya untuk malam ni pon tak cukup tu. eee... malas betol nak pusing pergi ke pet shop beli makanan dia. bagi whiskas makjan kang dia takmo. memilih mamat tu. hari tu saya try gak bagi, so boleh berjimat le kononnya tapi dia takmo, sanggop tak makan. sanggop dia tunggu saya makan then meow2 sambil sondol2 pinggan saya minta saya suapkan apa yang saya makan tu kat dia. sian lak tengok dia. kurus nanti budak tu payah. kangkata penderaan lak tak bagi makan.

tapi ada orang kata (one of my commenter kat dalam blog ni la), actually kucing ni takde perasaan, saya je yang perasan kucing tu tengah buat itu ini, ye ke? hahahha.. entah la. saya pikir nezha tu macam saya le kot. tapi, mana boleh takde perasaan.. kalo tak takkan le dia pandai nak cari kita mintak itu ini kan? owhh..susahnya soalan ngalahkan soalan spm. hishh..takyah jawab la, andaikan saja nezha tu paham apa yangs aya cakap dengan dia tapi serius, dia memang paham saya cakap apa dengan dia. kan ke dia tu pandai. hehehheee....

hai..petang ni nak buka apa la agaknya. mulut sakit tak de selera nak makan apa pon. cepat la baik sakit mulut ni hendaknya.

penat letih tak bermaya...

uuwwaaaaa..hari ni saya sangat penat letih dan tak bermaya sangat2 tak tau kenapa. rasa nak terbaring je 24 jam. mulut pulak kene pecah2, apa tu orang panggil mata ikan. nasibbaik mata ikan, kalo dikatanya mata naga harus lagi besor. huhuhuu... sakit gila wehh tak boleh makan. nak minum pon seksa. dari hari jumaat lepas dah terasa dah so minum air suam banyak2 sebab nak mengelakkan dia dari membesar dan jadi lebih parah tapi nak watcamne.. jadi juga mata ikan tu dengan aman makmurnya dalam mulut saya. sabtu dan ahad memang tak boleh masok makanan, pedih sangat2. seksa, nak gosok gigi lagi la seksa tahap nirwana. cadang2 malas je la kan nak gosok gigi tapi kang lain lak ceritanya. harus pengsan orang keliling ni kang. hahahahhaa..

semalam lagi la, betol2 mematahkan selera. konon2nya minum air guna straw la kot2 tak sakit tapi takde maknanya, sakit jugak. makan pun tersenget benget mulut menahan pedih. aduhhh... sedeh sangat tau so, itu yang tak makan sangat tu. maybe sebab tu badan rasa lemah2 letih tak cukup khasiat kot.

dah le tu malam tadi tak bangun sahor. sakit hati betol. saya dah le harus kering tekak ni. saya ni memang jenis minum banyak kalo tak puasa. dah kene bulan puasa so sahur saya memang akan minum banyak2 le untuk cover the day. tapi malam tadi tak terjaga le pulak. saya sedar2 tetiba dada rasa berat je ni, ha sudah..ada hantu ka duduk atas dada saya. huh, hantu hitam rupanya. si nezha dengan senang hati tidor atas dada saya, cheitt.. sungguh kurang asam. berat korang patot sesak nafas, nasib baik tak kene semput. kalo tak mc hari ni ni. yahuuuu...

saya terjaga tu tengok2 jam dah 630am. apa lagi. mengamok le sensorang. nak watcamne. tekak perit kehausan. lenkali saya nak bawak botol air boh tepi katil la, kot2 emergency saya boleh sebab air dalam botol tu je takyah pegi dapor. eeeeeeeeeeeeee... terus tak bersemangat hari ni tau tak.

so, hari ni ala2 malas le pulak nak cerita banyak2. takde mood. nak mengira jam je ni bila nak balik nak berbuka. uuwwaaa.. lambat lagi..sekarang baru pukul 1130am..

tag & award...

wahh... pepagi buka blogspot dah kene tag dan award. mmm... memacam ye tag dapat dari cik-sakura yang byk kasut dalam kereta dan award dari pn. izz yang sedang mengalami proses pening2 mabok kepayang.. wahh... mabok kepayang katanya. chewahhh..

kiranya saya buat 2-2 sekali le senang. malas nak tulis byk2 kali. so, kita tengok ye.

1st : tag dari sakura

* link to your tagger and post these rules on your blog
* share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird
* tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs
* let them know they're tagged by leaving a comment on their blog

apa ye nak kene boh 7 facts about myself.. ayoyoyoyooo..takde yg menarik nih.. hantam je la

1 - tak pandai masak. fakta yang tak dapat disangkal lagi

2 - suka terjaga2 dalam tidor, tak pernah tidor lena dalam tempoh yang panjang. telingan akan cepat je tangkap sebarang bunyi2 yang mencurigakan. hahahhaa.. ala2 spy gitu.

3 - makan semua jenis makanan, tak memilih. hantam la..eh, korang pernah ke makan katak goreng? huwahhahaaaa...

4 - blog ni didedikasikan untuk kesayangan saya-nezha

5 - saya suka cakap sorang2. hehehhe..serius wehhh...

6 - suka dimanja2.. sapa tak suka weehhh...

7 - bercita2 nak jadi permaisuri. buleh ke? hahahhaa... permaisuri dihati obek dah le. syukurr...

ok la tu kan. dari takde samapi ada 7 benda. kira facts le semua tu. hantam la.. so sakura.. tag telah diselesaikan. nak bagi sape lak?? mengikut perkiraan mangkok putih jampi mandrem saya.. calon2nya adalah.....

1 - latest addition of my bloggers list - pn. rose (crazybeautiful88)
2 - bakal pengantin - cik mala (nur-rosalinda) mana satu nama you daa....
3 - minuman kesihatan - cik milo - eh.lu dah pernah buat ke? if not buat if yes, buat gak lagi.
4 - ibu kepada cute adam - pn. mizrlina - eh.. u pun baru kene tag ye tapi lain punya.
5 - juga latest addition to my list - pn. arinna yang selalu sengal2. hehhee
6 - tak terpikir dah... semua la sahabat2 diluar sana yangs slalu menjengah blog ni..

dengan ucapan, selamat membuat tag ye.


2nd : award from izzizwa

huishhh..award orang utan? apakah saya macam orangutan?? huwaaaaaa... tak kisah la kan. orang utan pon orang utan la, janji menten cute je. hwuahahhaa..



apakah maksud award ini? save the orang utan or save the almost jadi orang utan?? hwuahhahahhaaa.. anyway, i pass this award to everybody who read my blog. thanks and please copy and paste the orang utan in your blog too..


ok la, dah settle semua tag award punya hal. saya hari ni ala2 lemah sikit. huhuhu....

Friday, September 19, 2008

nezha main dart...



nezha teror main dart korang.. hahahahha... acah mak enon. mana le dia reti nak baling2 sampai tercacak kat dart board tu. itu menipu bosar namanya tu.. dia just main dart tu yang saya buat ala2 terjatuh la. dia suka sangat. if nampak je saya pegang dart tu ala2 aim nak baling, dia la dulu yang berlari. tinggal segala apa yang dia tengah buat at the time. suka sangat dia. kalo nak panggil dia, ha... amik je dart tu gesek2 bagi ada bunyi nanti dia terjah datang le. so, kalo main dart nanti saya baling slow2 la so dart tu akan jatuh dan tak lekat kat dart board. bila dart tu jatuh dia pon mula la main2, gigit2 kadang sampai gigit bawak lari. ntah apa la yang dia suka sangat dengan dart tu saya pon heran tapi layankan je la.

tu tgh excited tu nak main dgn dart yg jatuh.


yeahh.. gigit2 bawak lari


see, dah ada 2 dart dia amik bawak pergi

lagi satu nezha ni suka beno if main nyorok2 dan kejar2. itu je la kerja saya memalam main nyorok2 belakang sofa nanti dia cari la then saya pon lari le keliling rumah sampai ke dapor. wahh... seronok korang.. kira exercise jugak le kan sebab nak kata pegi gym memang takkannye la, tak pernah umor pijak gym. takat nak kuar2 peloh tu kat rumah pon boleh rasanya. ok apa main kejar2 dalam rumah, menyihatkan badan dan mengeratkan kasih sayang gitu. hehehhehee...

if dah penat2 main nanti 2-2 (saya dan nezha le tu) minum2 dulu, then melepak le tengok tv. kalo dia tak penat nanti dia buat le apa yang dia suka, biasanya menyepahkan barang2 or panjat2 mana yang dia berkenan. ggrrr... penat tau kemas tapi takpe, kata tadi kemas2 boleh kuarkan peloh.

malam2 if saya mood baik saya akan buka pintu la, bagi dia tengok luar dan kena angin luar. asyik dok terperok je dalam rumah stress lak dia tu. bila dah buka pintu tu anti makjan pon datang bertandang le kan. nanti satu hari if saya berkesempatan saya snap gambar makjan tu. makjan tu ala2 penakot sikit, kalo nampak orangdia cabut cepat. kalo saya free bawak dia pegi jenjalan la, nama je jenjalan walhal naik kereta. kira ok la tu, dapat tengok lampu2 kat luar, menarik apa.

petang ni balik rumah ma. tadi tanya ma masak apa, ma kata masak ayam masak merah. kira ok la tu walopon saya ni kalo ayam kureng sikit. saya lebih prefer seafood, tak kira la ikan kembong ke ikan masin ke, janji seafood la. tapi orang kata jangan makan seafood banyak sangat nanti kena sakit gout, ye ke? takot le pulak kan kalo macam tu.

esok sure bz. ma tu pantang saya balik harus ada je plannya. plan jangka panjang lak tu sampai next week punya hal pon dia boleh plan dah hari ni. ayoyoyoyooooo... kadang letih gak melayan tapi nak wat camne... layan je la.

ok la, have a nice weekend to all of you... luv u.

simple punya...

lepak nampakkk...

Semalam buka dengan kawan2. takde la pegi restaurant yang fancy2 or yang buffet mahal2 tu.. semua pepakat borong makanan kat pasar ramadhan then lepak kedai mamak. Nasib baik mamak sporting kasi tumpang makan but kene le beli air dia dan beli le lebih kurang ala2 fries gitu. Kot tak kang kene halau malu je. Hehehheee….

Makan2, borak2 sampai le pukul 830pm then memasing pon minta diri untuk balik. Almaklum, tak boleh le kuar sampai jauh2 malam sangat sebab memasing pon nak kene kerja jugak esok dan ada komitment lain lagi. Penat lagi nak mengadap yang kat rumah lagi. Haihhh… penat ye. Takpe la, as long as dapat jumpa kejap berbuka kira ok lah tu.

Saya takde la beli banyak2 sangat semalam just beli koewtiaw goreng, popia dengan pulut panggang. Itu pon tak habis, jenuh menyumbat dalam perot. Disebabkan beli kat pasar ramadhan so rasa makanan adalah kira boleh je la. Asalkan tak sakit perot cerry-berry sudahlah. Saya ni perot sensetif sikit. Mudah je kene cerry-berry tuh.

Owh… saya sedih tau sebab saya takde baju raya lagi (apsal lak tetiba nak emo pasal baju raya takde nih??). tak kisah la.. nak jugak cerita. Apsal ye? Every year pon memang last2 minit baru pegi beli. Ada gak la kebaikan dan keburukan kalo beli last2 minit nih. Kebaikkannya nanti boleh mintak discount (hahahha.. yeah, u can call me cheap skate), saya jenis yang tak reti pilih2, nampak je terus rembat takde nak round2 6-7 kali check kat kedai lain. Keburukkan pulak biasanya takde saiz, sebab saiz2 biasa tu orang dah amik awal so tingal la saiz2 yang luar biasa. Saya tak boleh le pulak kan amik saiz luar biasa tu sat lagi jadi selimut le jawabnya.

Ok, enough pasal takde raya thingy.

Pagi tadi bangun sahur cepat le pulak. 430am dah tercongok depan tv. Korek2 dalam peti ais jumpa tamar je, so bedal tamar dengan air suam la, standard. Sesambil tengok tv afc tu dia tengah tunjuk rancangan ala2 jjcm tapi korea punya. Wahhh..nampak menarik je dia makan sup tauhu panas2. tetiba teringat lak saya ada 1 pack tauhu lembut tu dalam peti ais. So, buka fridge, korek2, jumpa la tauhu tu dengan sawi. Yeahh…. Kelentang kelentung pepagi buta so jadinya saya sahur sup tauhu le pagi tadi. Wahhh…sodap. Macam syok le pulakkan makan macam tu pagi ni. So, ada harapan le saya buat stock tauhu tu kat rumah for emergency time macam2 ni.


sup tauhu simple, janji kenyang udah


Mamat kepochi seperti biasa, harus nak QA/QC dulu sup saya tu. Bukan dia pedulik sup tu panas ke hapa sekali saya dengkikan dia tiup asap sup tu kat dia. Hahahhaa..baru mencicit lari.


tu baru nak blah lepas kene tiup dengan asap sup panas...
good on you nezha

tapi still tak puas hati. pegi kacau air saya lak.
eh, muka nezha macam muka manusia sikit2 kan? hehehhee...


Lepas tu nampak lak ada bubur gandum makcik obek bagi malam tadi. Wahh..apsal le memula buka fridge tadi tak nampak pon makanan2 tu semua? (pasal mata tertutup la tangan je gerak2 tu pasal tak nampak, chettt). Teringin le pulak tapi makan sikit je la dalam 2 sudu udah le. Takot kang meragam lak perot sebab bubur tu sejuk.

Kesimpulannya : hari ni sahur best dan puas hati.

Pengajarannya : lenkali nak buka fridge patikan mata pon buka sekali bukan main raba je nanti tak nampak makanan. Hahahhahahaa….

haihhhh....

haihhh....

semua orang dok cerita je pasal...



baju raya. ada macam2 jenis macam2 pesen saya dengar.
ada jenis angkasawan, airmata, bintang2.. hantam laa......




kuih raya beratos2 jenis, ada jenis coklat, ada jenis kerepek,
ada jenis tekap2. nama kuih pon canggih2 belaka sampai
terbelit lidah nyebut




kasot raya berbagai brand maupon yang takde brand,
janji lawo dan sedondon dengan kaler baju


langsir, cadar, sarong kusyen, perabot raya yang baruuuuuuuuuuu...


dan semestinya duit rayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...


tapi saya sedih sebab saya satu pon tak ada lagi ni... obekkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!
cepat la oby nak gak pegi soping ni....


hambek ko... nangis sampai nezha pon hampir lemas
dalam airmataku...huhuhu...



p/s : gambar amik kat tenet je.. sebab in real takdo lagik. huhuhuhu...

Thursday, September 18, 2008

nak sikit....

owh..dah kata kenyang tahap gaban perot waktu berbuka semalam ingatkan boleh le skip sahur, rupanya ramalan ku salah belaka. by the time alarm bunyi at 415am, perot saya pon secara romatiknya pon berbunyi jugak. tekak pon rasa kering semacam je, so nak tak nak bangun gak la makan sahur kalo tak kang nyesal sampai ke petang. hahahaha...

memula tu cadang nak makan tamar dengan minum air kosong je la kan sebab malas le nak masak2 or bakar roti semua tu tapi buka2 peti ais nampak lak kek obek beli semalam. wahh.. kira rezeki le ni kan. harus sahur kek le pagi tadi.


kek, tamar & air suam saja


tengah sedap2 melantak kek tu seperti biasa mamat kepochi akan turut serta la kan, macam le dia tu puasa beno esok, walhal nak mengaco saya je yang lebih. dia tu kan pendengki, apa saya makan dia mesti nak jugak. nanti le esok saya makan sambal belacan nak bagi kat dia bior dia rasa. hahahaha... kalo dah kepochi namanya harus le nak jugak sikit rasa kek tu. saya pon bagi la sikit untuk dia rasa kalo tak nanti tak senang saya nak makan dengan aman sambil menonton numb3rs. wahh..kebelakangan bulan puasa ni hari2 ada cerita numbers kat 701, new season kot, plot pon menarik. memula dulu saya benci sangat tengok numbers ni sebab dia kan ala2 matematik. saya ni mana le suka matematik ni, benci bebeno. tapi dah lama2 tu ala2 tersuka lak walopon heronya tak le hensem sangat. kira ala2 macho geek le hero dia tu. hahahaha.. hantam la janji menarik sudah.

tengok dia jilat2 kek kat garfu tu

owh..saya ingat sikit je dia nak rupanya dah habis nak lagi. wahhh... takot le saya kang dia sakit perot cerry-berry kang saya gak yang susah. saya cakap tak boleh kang merbahaya. dia pedulik hapa, lagi panjat dok atas lap saya sebab dengkikan saya tak bagi dia, so bagi gak la lagi sikit then saya makan cepat2 kasi habis kalo tak kang nak lagi. bila dah habis boh cepat2 dalam tong sampah. nezha faham if kita dah letak dalam tong sampah tu means dah tak elok or tak boleh amik lagi. sebab dia if ada gaya2 nak mencekau tong sampah tu saya memang jerit punya la. ye la, kang tumpah sapa nk kemas?? saya jugak.. kalo sampah kering2 takpe, buatnya sampah sisa2 laok tak ke naya tumpah. ayoyoyoyooo....

lepas sahur, tunggu cerita numbers tu habis pukul 6am, suboh then baring kejap then siap2 pegi kerja. beratnya badan nak bangun pagi2. selubong bawah selimut aman makmur duniaku tapi itu angan2 aje lah.

yuhuuuuu....

macam2 lak cerita hari ni ye, sampai ke petang. takpe, kerja dah siap, semua pon dah settle. tapi bos lak mengarok2 ntah apa le kenanya, gundik merajok kot. hahahahhaa....

hari ni obek buka dengan subcon, saya lak maybe buka dengan kawan2 sebab kan yang last week tu dah cancel, tapi kalo hari ni pon cancel saya tak kisah. boleh balik tido. takde makanan berbuka?? saya tak kisah, malam kang paksa ajak obek kuar makan kat luar. tapi dia free ke mlm ni? kata dah buka dengan subcon harus sampai ke sahur bznya ntah hapa le yang dibincangkan. mengarot2 je. takde la sampai ke sahur, itu menipu namanya, just perumpamaan bapak lamanya dia kalo kuar dgn subcon dia. benci aahhhhhhh!!!! nezha, kita 2 orang je la gi makan roti canai kat mamak okeh??


harapan yang terbengkalai...

wah, wah, wah... dah kata beriya2 pegi sampai 2 pasar beli bahan2 buat mee udang kesudahanannya... nan ado makcik ooiiii.

balik dari pasar2 tu terus ni siang dan potong apa yang patut tapi tetiba rasa lemahhh sangat2 dan tak berdaya sangat2. pening pon sampai. jangan low blood pressure sudah. sebelom mudarat baik saya baring dulu. so, baring la saya ditemani mamat kepochi-yang-dok-menyelit-celah- keti-saya -menyebok-tak-paham-orang- tengah-pening-dia-pedulik-hapa. (bapak panjang nama ko nezha hari nih!!!)

slow kan tv, on kipas, baring tenang2, baru lega. tapi still ala2 dizzy le pulakkan. so, baring je the whole evening sampai pukul 4pm obek call tanya tengah buat apa so bermulalah adegan drama cum cerekarama minggu ini mengadu domba setiap inci perkara yang telah berlaku pada saya dari A sampai ke ZZZZ bagai. obek standard le dengar je saya ala2 tak sihat tu harus le suruh saya baring tido je. mata lak tak boleh tido sebab macam tak selesa, perasaan bercampor baur. ntah camne la nak explain. so, baring je la sambil garu2 mamat kepochi tu.

dengan keadaan yang macam tu obek suggest buka posa kat luar je la. saya kata nak buka kat mana, apa pon tak buat reservation lagipon dah petang sangat sure dah takde. saya cakap pegi je la beli kat pasar ramadhan beli lebih kurang sudah. obek lak mengada tahap arnab nak gak buka luar. masa tu dah 530pm. so try le call situ sana sini. hahahhahahaha.... 3 tempat call semua dah full. so, call 1 tempat ni kira last call la, if full gak memang kene guna idea saya gak la beli kat pasar ramadhan sudah habis cerita.

call punya call punya call.. nasib baik ada kosong so terus book. saya pon terus siap2 ni. sampai sana dalam pukul 6.30pm, thanks to smooth traffic sebab selangor cuti semalam. jadinya... semalam makan bagai nak pecah perot la kan.


saya buka sini la semalam.. not bad

harga ok, boleh tahan. stil under budget la, kalo dah sampai rm90 tu takmo le saya. makanan ok, boleh telan. macam2 ada. dah tema citarasa ramadhan di perantauan so macam2 la ada.. paling saya suka ada ubi rebus. hehehhee... gila makan sampai kembong. obek kata lorr..byr mahal2 makan ubi rebus.. hahahhaa.. nak wat camne, dah suka. environment pon kira ok la, meja buffet dia buat 2 tempat, luar dan dalam means takde la berebut sangat. ada ala2 gerai2 kecik dikeliling tu menarik. saya yang jakun ni harus le pusing semua geraikan.

lagi best... ada rabbani.. hehhee...terus insaf saya takde dengar alternatif metal dah semalam, nasyid memanjang. by the way, suara depa tu sedap ye, macam real je. not bad, not bad at all. saya nak le amik gambar rabbani tu tengah nyanyi tapi alamak segan gila. so, paksa obek pegi amik. ahhahahhaa...

rabbani tengah cakap2 apa ntah


betol2 depan stage is a group of deaf children, taktau dari mana but cikgu dia akan buat le bahasa isyarat tu semua. time nyanyi pon cikgu dia buat gak bahasa isyarat tu. wahh...

by 645pm tu rabbani tu dah ada atas stage ala2 nyanyi (bukan nyanyi, macam zanji ke hapa lah taktau apa namnya sementara tunggu azan tu), then that rabbani guy azan mahgrib. wahh..sungguh seronok dengar azan in real sebab sebelom ni just dengar kat tv je tau (except if balik rumah ma sebab surau dekat). lepas buka lebih kurang, the group went to perform maghrib (tapi saya terus melantak), sementara kumpulan rabbani tu gi sembahyang le kot, ada lak ceramah agama dari sapa saya taktau le, tapi ala2 menarik je dengar. wahh... not bad, pendekatan baru ye. ke saya aje yang jakun sebab tak pernah buka kat hotel? ntah2 memang trend macam tu kot sekarang. huhuhuuuuu...

ada gak ucapan happy birithday. wahh... best tau. nanti rabbani tu sebut la sapa2 punya birthday tu then nyanyikan the famous happy birthday song in different language. ada, melayu, omputeh and surprisingly in arabic!!! hehehe... 1st time dengar lagu birthday dinyanyikan dalam bahasa arab. syiok juga ye.

pas tu ada lagi.. (wahh..panjang report lak hari nih), kat belah luar (lobby) ada jual2 gak. ada jual tudung mengerlip2, ada jual product from rabbani, ada jual songket which is saya takot mau dekat takot nak tengok harganya, ada jual macam aksesori and even ada jual streamyx combo!!! hehehhehehee...


table jual product rabbani..ada kopi, spirulina dan macam2 lagi la


ni yang jual songket2 tu..


ni jual tudung mengerlip2

sorry la gambar tak berapa clear. dah kata saya ni penakot nak snap pic, tapi sambil jalan tu snap gak. hehehhee.. tak berani le nak amik gambar betol2 takot kang kene tegor ke apa. huhuhu... apa la saya ni kan.

owh... sambil didendangkan dengan pelbagai lagu sepanjang waktu makan tu, ada gak buat cabutan nombor meja bertuah. tapi malangnya saya tak dapat. sangat bengang tau. mana tak bengang, boleh kata meja tepi kiri kanan saya memang tapi saya tak menang. huuwaaaa..sangat sedih ok. walopon hadiahnya just notebook dari hotel tu tapi nak le jugak. hehhee... sebab-musabab utama nak memang is nak salam dan tengok dekat2 that rabbani group members as they are the gift presenter. hehhehee.... sangat gatal okehhh..

obek kata takpe la, maybe takde rezeki. bila dia tengok saya dah ceria muka cerah je dia kata, aik dah baik ke? tadi bukan main monyok muka. eeeeeeee..dia tu suka spoil the mood tau, tapi takpe sebab masa tu saya dah kenyang gila so tak le meroyan tak tentu hala. hahahaa...

ada gak tragedi semalam time dok berator amik grilled lamb, biasa la, dah tau lamb tu orang tu masak sikit2 so que line adalah panjang. kita ni berator la, sampai masa orang tu boh the cooked lamb in the tray, ada makcik (makcik lagiiiiii) ni boleh pi hambek semua lamb tu!! wahh..kami yang kat belakang2 ni tercengang bangang je menengokkan dia sampai orang yang potong2 lamb tu pon terkedu. banyak tau tak almost full plate tu. i mean, tinggalkan la untuk orang belakang sikit. sesama nak merasa, sikit-sikit sorang apa salahnya. tau la buffet style tapi tak bermaksud kita boleh amik sampai banyak2 sangat. saya malas nak tunggu lagi sebab dah 2 kali berator tak dapat, saya just potong que mintak excuse kat orang2 depan tu, amik la the cebisan2 lamb dalam 3 cebis then blah. tak kuasa la, jadi la dapat merasa sikit dah le jangan tak kempunan. mmm... again, attitude menjadi issue disini. seramai2 manusia dalam dining hall tu elok je perangai orang lain. huhuhu... takpe la, malas nak cakap banyak. so, walopon ada sikit tragedy, kesimpulannya, everything was happy ending yesterday....

cerita udang, sedih & kurang hajor...

so, dah kata hari tu beriya2 ni bagai nak rak nak buat mee udang. so pergilah saya ke pasar mencari bahannya. gigih tak gigih taktau le tapi semangat kene ada babe. so, pilih punya pilih punya pilih (berapa banyak pilih daaaa) akhirnya dapat le semua. tapi yang tak syiok tu if beli kat pasaraya tu dia takde quantity yang sikit. macam saya ni nak beli cili merah tu 2 batang je la, ye la untuk potong2 buat hiasan je kan malas le nak beli sebekas tu. nanti membazir je la pulak. pikir punya pikir beli mana yang patot je kat situ then ingat nak singgah pasar le sebab kat pasar boleh le amik sikit2 macam tu kan. tapi masa kat pasaraya tu ada le peristiwa ala2 sedih le kan. time tu saya tengah lalu kat bahagian ikan2 ni le, so nampak le udang lawo2 besor2, tapi saya dah beli udang awal2 lagi lak kat tempat lain so just lalu2 situ la cuci mata sambil berangan ni buat masak apa, ni masak apa. angan2 je lebih, pegang kuali menggigil kepala lutut semua. so nampak le 1 pakcik ni tengah amik udang besar banyak gila. dalam hati saya cakap wahhh...pakcik ni makan besar hari ni ye. kalo dihitung dnegan mata kasar harus dekat2 2kg dia amik udang tu. harga?? huhuhuuu.... dekat2 sekeping duit jugak la sekilo. ntah camne kebetulan saya pass-by pakcik tu dia pon tegur saya, dia tanya,

pakcik : dik, pakcik ni tak sekolah, tapi kalo macam tu udang ni harga sekilo rm13 ye?
saya : oh tak..kalo macam tu sekilo rm38 pakcik.
pakcik : hah, ye ke? ye la...
saya : .......

then saya tengok pakcik tu dah ala2 cuak le pulakkan, dia dah menimbang2 sendiri berat udang tu dengan tangan dia, (macam agak2 la tu gamaknya), then saya buat2 tak nampak je la sebab saya dah blah pegi tempat lain, tapi saya dah ala2 tau le intention pakcik tu. then saya nampak dia pegi kat tempat timbang, try tu weight udang tu then dia pusing balik. as expected, pakcik tu letak balik udang tu kat tempat udang yang banyak2 tu then blah. mmmm... rasa kesian pon ada, teringin nak makan udang anak beranak tapi mahal sangat le pulak kot bagi dia. ye la kalo sekilo rm38, 2 kilo dah rm76. wallawehhhh..... memang nak makan tapi patut2 dengan citarasa poket jugak. itu baru sejenis laok je, kalo rm76 tu boleh buat beli laok untuk seminggu untuk orang sekeluarga. habis camno, macam ni la nasib orang yang kureng sikit, nak beli apa2 semua nak kene pikir2 dulu baru boleh beli. harap2 pakcik tu tak kempunan le. balik saya cerita kat obek, obek kata apsal tak tolong belikan barang sekilo ke kat pakcik tu, sian dia. saya kata, ntah le pulak. tak terpikir le pulak. tapi saya still sedih la dengan kajadian tu. owhh...harap2 kita jangan la sampai macam tu ye.

lepas kuar pasaraya tu saya pi le ke pasar. wahhh… pusing2 ni punya semangat nak buat mee udang. sampai pasar beli le bahan2 yang mana tak cukup. nampak la sotong coklat tu. wahhh.. saya suka tu. masalahnya sotong tu kene beli sekor le dengan kepala2 dia sekali. kalo untuk saya sorang sebulan pon tak boleh habis. pikir punya pikir, ahh..beli gak la nanti boleh hantar sotong tu pegi rumah ibu so ibu boleh masakkan. hehhe..jawabnya perot saya pon kenyang.

Sampai kat meja orang jual sotong tu saya tunggu dulu sebab dia tengah layan customer lain. Area tu adalah sangat lapang dan kosong means, belakang saya memang takde orang just belah kiri customer yang abang ikan tengah potongkan ikan dengan belah kanan sorang makcik damn. Saya taktau le camne nak berhadapan dengan orang tua tapi kurang hajar macam tu. Dah sah2 area tu tak takde manusia dimana2 kecuali kami bertiga je, makcik damn ni boleh lah suruh saya ketepi sebab dia nak tengok ikan belah kiri saya. Wahhhh… terkejut bukan kepalang saya sebab bukan ke dia boleh je lalu belakang saya? Apsal nak gak suruh saya ketepi bagi dia lalu walhal area tu memang terang nyata takde manusia. Pelik2 pernagai manusia ni. Tapi sebab malas nak bising saya beralih le kebelakang then makcik tu pon lalu la depan saya ni. Siap nyondol2 ni sampai terpijak kasut saya, konon nak suruh saya cepat berambos le tu. Saya andaikan dia takot sesat jalan kalo lalu belakang saya sebab tu nak gak suruh saya beralih. Woii..ingat dia bagus beno ke? Memang patot hormat orang tua tapi kalo dah orang tua kurang hajor macam tu apa kejadahnya. Eee..bencinya. then dia tanya kat abang ikan…

Makcik damn : ni ikan ni berapa ringgit sekilo

Abang ikan : itu rm8 sekilo

Makcik damn : apsal mahal sangat? Rm5 dah le, hari2 mahal

Abang ikan : ….. (senyum je la, nak jawab apa lagi)

So makcik damn amik la ikan tu dalam 3 ekor camtu. Pas tu tunjuk udang lak. Udang kecil2 beno kelinking pon besar lagi, yg biasa if kat pasaraya yang dah siap2 kopek kulit tuh.

Makcik damn : ni udang ni bagi rm5

Abang ikan : … terus amik dan timbang

Makcik damn : apa sikit sangat.. tambah le lagi sikit

Abang ikan : … (malas nak bising2 agaknya amik je sejemput tambah, tapi muka tak boleh balh la. Agakmye makcik damn tu memang selalu pow dia kot)

Wahhhhh… dah le nak murah tapi nak banyak. Macam ni melingkop le abang ikan tu walhal pada pengamatan saya harga ikan2 kat situ dah okeh dah jika dibandingkan dengan kat pasaraya tadi tuh. Huhuh.. semalam tu kira memang tragedy udang sesaja. Eh makcik damn, tau tak, yang kita mintak2 lebih tu kat orang peniaga tu but bayar harga yang sepatutnya je haram tau tak. Ustazah dia tak ajar ke? Ustazah saya ajar, kita jangan mintak2 macam tu sebab kalo peniaga tak redho, haram hukumnya lebihan tu. Sapa nak jawab? Itu nak bagi anak laki makan. Lainlah if memang peniaga tu yang offer, kiranya macam kita beli harga rm2.10, peniaga kata bayar rm2 dah la…haa..mcm tu takpe. Or kita memang tawar menawar secara terang-terangan. Aaa..sapo nak jawab tu. Saya ni idak le pandai beno tapi perangai tu jaga le sikit. Awak tu dah tua buat cara tua. Tapi kurang hajar macam tu camne orang nak hormat kat awak. Dah le tu belagak bukan main.eeeeeeeeeeeeeee..memang tak berkenan lansong la. Saya pikirkan orang2 muda macam kita ni yang selaku kurang hajar, rupanya tak jugak. Camne nak berhadapan dengan orang macam ni ha???

udang punya pasal, macam2 cerita terjadi

sungguh berbeza perangai pakcik kat pasaraya dengan makcik damn kat pasar ikan. Kalao dengan pakcik kat pasaraya tu obek cakap apsal tak belikan sikit untuk pakcik tu rasa, tapi kat makcik damn tu obek kata apsal le saya baik benor, apsal tak bahasakan dia. Ohh..tidak2.. saya masih tau malu dan ada adap sopan. Jangan sebab dia kurang hajor saya pon nak jadi kurang hajor jugak macam dia. Tapi actually sebelom blah dari meja abang ikan tu, sambil berjalan pergi saya sebut jugak, “kurang hajar punya pompuan”. Hahahahhaha.. makcik damn sure dengar. pas tu saya cepat2 blah.

cuti punya pasal...

hehhee..cuti punya pasal, segala2nya cuti.

takde la... acah je tu. semalam saya cuti la kan (public holiday nuzul quran) hajat dihati tu nak le tido bangun pukul 11am ke hapa ke kan. tapi yang membuatkan saya bengang tahap gaban ialah, kalo waktu cuti tu mata segar bugar je takde ngantok2. cuba hari kerja macam hari ni ya tuhan... tak boleh bukak mata lansong nak bangun badan pon lelemah je rasanya. psiko betol la. tu yang saya geram amat2 tuh. semalam lepas sahur lepak jap tggu suboh. lepas je suboh terus terjun masok selimut untuk menyelesaikan misi bangun lambat tapiiiiiiiiiiiiii.. by pukul 7am je mata dah tercelik terkebil2, sakitnya hatiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

dalam pada menyumpah2 tak boleh tido tu si nezha lak buat hallllllllllll.. pegi uk-uk kat depan. menambahkan double triple sakit hati. so, bangun jugak la bersihkan depan tu. camne saya tau dia buat hal?? sebabnya dia meroyan mengiaw2 dan menggaru2 saya kejut saya bagai nak rak. haaa..dia macam tu la konon biar le dia bagitau dulu dia dah buat salahkan sebelom saya tau sendiri. bengang gila. as usual sambil kemas2 tu mulut membebel2 la. dia dah kene bebel harus le duduk diam je bawah kerusi tu menguit pon tidak. nasib baik uk-uk elok je terbentuk, buatnya uk-uk cair harus meroyan saya membersihkannya. jangan la tanya kat lokasi mana dia uk-uk tu. tapi saya tetap akan bagitau. atas sofa dalam bilik sayaaaaaaaaaaaaa.. uhuhuhuu..tu yang saya hangin sangat dengan dia semalam tuh.


gambar takde kena-mengena dengan cerita,
tapi sebab cute saya boh je la.



so dah settle semua hal bersih membersih (jadi bibik saya semalam) tetiba rasa tak puas hati le pulakkan, tengok lak dapor banyak botol2 kosong. wahh... ini harus dibuang nih nak raya katakan, kang takde tempat lak nak boh botol air baru. dasar pemalas masak air macam ni le, main beli je. berkemas lak dapur sikit2 mana yang larat. mana yang saya pikir patut dibuang tu buang je la. haaa... amik ko 3 karong plastik hitam tu khazanahnya. kot2 ada lori paper lama suratkabo lama lalu takde le pulak. kao ada dapat le singgit dua hinggit boleh buat beli kuih berbuka. hampehhhh.... so buang je la dalam tong sampah depan rumah tu hbs cerita. jangan banyak2 songeh. so, berlengas2 le saya sampai pukul 11am macam tu.

wahh..penat tak boleh blah. rasa nak pitam ni tekak kering gila. hajat hati nak le lap2 tingkap or lap2 kipas ke tapi tak larat sangat la. hari tu ada discuss dengan obek kata nak mintak kan sekarang ni ada cleaning services datang rumah. tapi obek kata jangan la, dah le kita tak kenal pon orang tu, masok rumah kita segala cerok dia tau kang, ada lak motif merompak. dah le rumah saya tu ada history pecah rumah. ohohohohoooo... sekali pikir ye la pulak. dua kali pikir nak mengemas sendiri tu yang tak larat tu. obek kata buat mana yang larat je, tak larat tak payah buat. hahahha... itu yang nak dengar tu. apa kata kalo basoh pinggan pon tak larat, kita guna pinggan polisterin je la ye obek, pakai buang. hahahhahhaaa.... (itu nak membunuh namanya ye tuan2 puan2).

Tuesday, September 16, 2008

layan je laaaa.....

huwahhahahaa....bukan apa, kot2 ada antara korangyang ala2 terkojut-kujat lak kan bila mendengar lagu2 hard macam tu. takde la, saya sebenarnya amat2 le suka beno lagu2 macam tu. (ini kisah zaman muda2 dulu la nih). dedolu, saya memang layan je lagu2 macam ni. kranya alernative metal la kan. ala2 ganaz gitu. lagu2 ballad ni memang tolak tepi la. sejak dah tua2 ni je baru le berjinak2 dengan lagu2 slow ni tapi sesekali layan balik kepala lama tu wahh... berapi korang..

dulu2 tu kira saya memang minat maut la, macam deftones, korn ( i lap u bebeh), nine inch nails, south garden, system of down (i lap u too), faith no more, eeee.. banyak lagi lah. haiyooo... memang gila la. kalo linkin park or evenascene tu kiraa dah tak berapa hard le kot. sebab lirik still ada sikit2 sopan le kan. hari tu dok le gila kata system of down nak datang malaysia. kalo tak masok malaysia pon, if perform kat singapore pon sanggop nih nak pegi tengok. obek kata lupakan la hajat tu.. gila apa kerajaan malaysia nak bagi system of down masok sini. ahhahahaa.... disebabkan itu, saya berazam untuk memenangi kerusi parlimen yang seterusnya akan membolehkan saya merebut jawatan menteri penerangan supaya group2 alternative metal ini akan dibawa masok. hahahhahhaa..

tapi, walaupoun saya suka muzik2 macam tu tapi idak le pulak saya berdressing or bermekap bagai nak rak ikut trend tu kan. still bersifat wanita melayu terakhir (hwuahahhaaa), still tau adap sopan, still mengaji (setahun sekali, hehehe) stil sembahyang walopon tak cukup 5 kali sehari. saya dressing biasa2 je, jeans, t-shirt, tak le nak dressing ikut tema sangat. tak kuasa ngabihkan duit nak beli aksesori macam tu. means, tak semestinya orang2 yang suka muzik2 keras ni perangai macam monyet. ada gak yang baik2 belaka contohnya saya, saya dan saya!! hahahhahaa....

dulu zaman2 takde duit (zaman hu-ha, hu-ha, zaman enjoy tak hingat dunia) sanggop nih kumpul2 duit belanja supaya dapat beli kaset or cd. zaman tu mahal ko... tapi sejak udah mengenal cd cerom (cetak-rompak) mmm... apa lagi, kita pulun saja la. lagipon saya ingat zaman2 awal intenet dulu tu bukan semua orang ada kesempatan nak surf intenet. cyber-cafe pon tak le banyak sangat and ala2 mahal gitu. tapi hantam saja la. sekarang lagi la senang, download saja. habis cerita.

masa muda2 dulu tu memang la, sedikit sebanyak mempengaruhi gak la hidup kan. dah sah2 saya ni jenis baran, dengar lak lagu2 macam tu lirik yang die! die! kill! kill! ni haiyoooo.... masa tu jiwa ada sikit memberontak la. dah kata muda remaja, dah tentu la jiwa memberontak je, disogok lak dengan persektiaran yang macam tu. mujur saya tak terlajak jauh. owhhh.. ini bukan entry insaf ye, jangan terbabas. ma memang tak berkenan lansong saya suka lagu2 macam tu. tapi adakah patut suruh saya dengar lagu m. daud kilau?? owh noooooo.. tapi sekrang ok dah... sekarang lagu2 slow evergreen tu la yang saya dengar, means------ saya sudah TUA.

dulu kira zaman anti-lelaki la. kalau kenal bercouple2 pon agendanya tak lebih dari menyusahkan orang tu or mengenakan dia je. hahahha... tapi, sejak kenal obek saya dah banyak berubah. almost 60% berubah ni. kawan2 zaman gelap tu dah slow la dan kebanyakkannya dah lost contact. kalo contact pon mana2 yang dah insaf macam saya ni la. mana yang still hard core tu tak contact dah. perangai pon dah banyak berubah, sudah ada sikit rasa kesabaran dalam diri. mmm... kiranya obek banyak mengubah cara hidop saya. thank you. chewahhhh... nak romantika la pulak takde maknanya. blah la woiii....

sampai sekarang saya still layan2 gak lagu2 macam ni. ye la, tak boleh nak berubah dalam sekelip mata, semuanya mengambil masa yang lama asalkan ada niat nak berubah tu sebab rasanya kurang manis le pulak if saya still mcam dulu2. hidop kene ada perubahan, tak banyak, sikit kene gak berubah. tapi pada saya tak salah if kita suka genre yang macam tu asalkan tau batasan. harapan saya agar nezha dapat meneruskan perjuangan saya. fullamakkkkk..... gila jangan cakap kan ke nezha selalu head-banging kat rumah tu.

owhh... kalaulah boleh muda lagi sekali........................