mari mencari....

Google
 

Monday, September 15, 2008

babasssss terbabasss....

hehehhee...semalam lepas2 berbuka tu rasanya tengok tv kejap la.. tv1 rancangan apa ke namanya akademi 1001 rasa babas. wahh..semangat ni. saya rasa la kan, kalo orang tu interbiu saya la kan, kompom saya boleh masuk rancangan tu dengan jayanya. hahahhahha...sangat best okeh itu la rancangan untuk orang yang tak pandai masak. sungguh memotivasikan diri saya tau tak. bagus2.. sebab dengan adanya rancangan ni saya tau la ada lagi orang yang lagi terok tak pandai masak dari saya. hahahaha... baru la betol. orang tak pandai masak la baru boleh masok rancangan masak.. ini orang2 chef2 teror2 tu takyah le sebab dah teror bebeno.

so, semalam resepinya ialah mee udang babas kalo tak silap saya. then semalam ada la 4 peserta seperti biasa la, sorang je pompuan. so, macam2 style memasak. hehehhee... saya dengan obek gelak bagai nak rak semalam. ada yang kuah terpekat la, ada yang sampai terhangit sampai jadi hitam kuahnya. hahahhahaha... tapi bravo to him sebab dia berani buat. dah sah2 le orang tu tak pandai masakkan tapi berani tampil kehadapan. so, mamat kuah hangit tu kalah la dengan mamat yang ala2 salah resepi tuh. tak kisah la. dapat gak masok tv. glamer you.

lepas tu obek kata, "oby cuba try la buat mee udang tu. nampak macam sedap best je". wahhhhhh... nak suruh saya masak mee udang itukah?? harus le terkejut-kujat periok belanga saya tu kang. tapi nampak macam senang je. bahan2 pun yang senang2 bukan yang pelik2 tapi banyak jenis bahan2. yang leceh tu bahan hiasannya tu. alalalla..dasar pemalas memang banyak je la alasannya. saya paling rimas bila tengah semangat2 nak buat masakan sekali tengok resepi ada lak bahan2 yang out of this world punya. pelik2 la (bagi orang tak reti masak macam saya ni le kan). kalo chef wan u masak selalu je la ada bahan2 yang pelik2 ni. bak kata ma, bahan yang tak ada kat kampung ni. adusss... bila la agaknya nak memulakan projek masak mee udang tu agaknya. kene tunggu weekend la agaknya kot, weekday memang tak sempat la kan. saya kata kat obek, kalo saya masak nanti terhangit tercair macam mamat yang kalah tu jangan komplen ye. makan jugak sampai habis or tau la nasib dia nanti. hahahahhaa...

saya selalu je tengok rancangan masak2 tu dengan harapan dan berangan nanti saya pandai masak macam tu la kononnya. motivasi diri katakan. hari tu pon tengok yang apa benda selera ramadhan mmvitaoils ke apa namanya. wahhh... nampak menarik tapi itu pon kadang bahan2 pelik2. i means, kene guna product dia la kan. camne nak beli sebab nak guna bahan tu sikit je dalam 3-4 sudu, banyak jenis lak tu. kang tak guna kang tak menjadi lak masakkan tu kang.. hishh...


mee udang yang menjadi target saya. harap2 berjaya la.
chehh..macam nak pergi berperang bunyinya
(gambar amik kat tenet je ye)


anyway, kalo saya jadi masak mee udang tu, hasilnya negatif or positif saya akan tampal gambar kat blog nih. ahhahaha... sebagai kenang-kenangan....

lepas ni saya nak buat checklist nak masak apa dan nak tengok menjadi ke tak. setakat niada la beberapa jenis masakan yang saya dok berangan2 nak buat. hahahhaa... taktau jadi ke tak. kita tunggu dan lihat saja.....

7 comments:

TEACHER OF SOMEONE said...

mee udang???
sedap....sedap...
terliur la plak...
uish...pose...
hehehehe

kin hashim said...

masak ajer..jadi tak ajdi belakang kira! kalau tak cuba, bila kita nak tau, kan? :).

debikdebuk said...

...

udang.. aku suka.. yum yum...

(¯`v´¯)♥nrina♥(¯`v´¯) said...

adussshhh...bessst lah..
nnti nak buat ler plak...
dulu dah penah buat sekali tapi pakai keledek konon ikut bebeno resepi dlm buku...tak jadi pasal pekat sgt dan makan cepat muak..
skrg dah tau camne resepi yg mudah cuma lum try je lagi hehe..

SHIMI said...

mee udang kat sg dua penang best

~Cinta Milo Ais~ said...

kalau susah buat je meggi taruk udang hehee( saya pun tak reti masak hihihi)

saya said...

c.fiqah - tu la pasal.. tergoda kat tv punya pasal harus saya cubaaaa.

kin-ye2, nanti saya try buat. esok.

debik-saya pun suka udang.

nrina-ayoyoyo...kalo saya yang buat jgn terus jadi mcm kanji udah le..tu yg seram nak try tuh

shimi-apa dekat beno mee udang tu..huhuhu...

milo-wehh..megi boh udang saya pro le.hahahhaa...