mari mencari....

Google
 

Thursday, September 4, 2008

buka apa?...

mmm..semalam balik kelam kabut. pukul 7pm baru sampai rumah terus terjah dapor. mamat kepochi melompat2 pon saya tak pedulik dah nisebab takot tak sempat. sambil jerang nasik, kemas tempat uk-uk dia, buat air laici. 10 minit after that obek sampai bawak laok. hahahha... meh sini nak cerita laok paling 'best'. harga sangat memberansangkan dompet. ayam masak lemak seketul rm3.00 kira ok lagi, bolhe telan lagi. tapi bab sambal udang tu yang tak tahan. 10 ekor besar kelinking saya ni (mind u, my kelingking is so cute and kecik okeyy) harga rm5. hahaha... dah amik obke kata bayar je la lagi pon dah lambat benor. beli kuih popia goreng (yang saya dok idam2kan tu) inti ala2 dah basi udah masam beb. kuih apa ntah lagi satu macam kuih lepat tapi dalamnya tepung ada inti kelapa, lembek lunyai. beli murtabak luarnya nampak hangit tapi intinya masih belom masak. (ini kes nak masak cepat, kuatkan api so luar dah hangit tapi dalam belom masak). hantam laa.... kalo macam tu punya makanan baik saya goreng je telor mata tuang kicap dengan ulam tomato. puas hati. perot kenyang, mulut tak mengumpat, duit tak habis. orang yang meniaga pon entah la. ntah apa yang dipikirkannya. mungkin sebab terlalu banyak barang dagangan tu yang terhentam kromo je kot. tapi sian le kat kami pembeli ni, beli pakai duit makcik ooi..bukan mintak2 jek. anyway..hari ni saya pesan kat obek kalo rasa tak best laok2 kat pasar ramadhan tu takyah beli, saya goreng telor je nanti dah mlm pukul 8 kuar gi makan. senang cerita. ada orang kata saya ni tak reti bersyukur. dah ada makanan pon dok bising2 lagi. hahahhaha... kalo korang kat tempat saya pon boleh berbulu jantong wehhh.. cakap memang senang, dah kene batang hidong sendiri baru le tau.

eh, sorry ye kebelakangan ni saya ada sikit hangin dalam blog ni. entah kenapa sebab saya rasa saya tak perlu jadi hipokrit dalam penulisan saya. saya akan tulis apa yangsaya rasa atau apa pendapat saya. dah kata setiap perkara itu memberikan pendapat yang berbeza kepada setiap individu.

nezha ok2 je malam tadi. baik tapi kene tidor kat luar. saya udah terkunci pintu bilik so mamat tu menjerit2 je sepanjang malam taid kat luar pintu sebab tak boleh masok. say apulak tido mati malam tadi sebab sakit kepala. lepas berbuka, kemas2 lebih kurang, makan panadol then terus tido. csi pon tengok sekerat2 je. tak tentu hujung pangkal.

pagi beriaya2 ni berazam nak bangun sahur sudahnya sedar2 udah pukul 630am. sahor kebendanya. sahur air liur je la. alarm hp ni saya sampai boleh tak sedar berbunyi. itu betol2 punya tido mati tu. dah le malam tadi mimpi pergi bersukan lari. penat wehhh... kiranya macam dalam tenasya sukan le ada acara lari 100m, 200m, 400m dah sebagainya tapi yang syiok tu saya lari terus je tak berenti2. wahh..mengejar impian medal emas olimpik nampak gayanya. patut pon bangun je tido badan penat sangat. appa la.. hari2 ada mimpi, semalam mimpi jadi penyiasat, hari ni mimpi lumba lari malam kang ntah mimpi apa lak. lantak la sana.

hari ni saya malas nak buat kerja. bior lantak sana. lagipon kerja dah siap semua sebab court case dah hearing selasa dan rabu lepas. just tunggu reply from lawyer apa kebenda yangdia nak lagi tu kang. so inteh mean time saya layan le kekasihku seru kat tv3 online. hahahaha...time cerita bebetol tersiar kat tv tak tengok sekarang lak baru nak tengok. actually saja je buka website tu tadi jalan2 tapi ternampak kata boleh tengok so itu yang tengok tu. orang kata seram so saya pon try le nih. tak padan dengan penakot nak gak tengok cerita hantu.

hopefully by early next year saya dah boleh dapat kerja baru. ada gak attend interview tapi taktau le apa resultnya. harap2 ada la rezeki sikit tahun depan. kerja kat sini ok cumanya takde pembangunan. selamanya la macam ni mana boleh tahan beb. nak juga perubahan dan pembaharuan at least dari segi gaji dan benefit. sapa yan koej kompeni ada banyak benefit to staff tu bersyukur je la. kompeni saya sekarnag ni hanya provide the very basic yang betol2 ikut akta je. no more than that. saya sendir pikir sudah sampai masa saya keluar dari kepompong ini. doakan kejayaan saya.

hari ni takde pic nezha. ada amik tapi malas nak load. mungkin dengan cara ini akan mengurangkan sikit dosa orang2 dari mengutuk saya dan nezha saya. wassallam...

2 comments:

i'm ソソ said...

selamat berpuasa buat saya (bukan saya tapi awaklah) hehehehehe

saya said...

hehhehe..tq olie...selamat puasa utk u & family juga..