mari mencari....

Google
 

Wednesday, September 3, 2008

buka posa pukul 810pm...



haaaaa..tu dia baru betol berpuasa dengan penuh tawadduk dan keinsafan sampai melampaui batasan tuh. ayoyoyoyooo..bukan apa, semalam balik petang hujan, pas tu ada la hal sikit tak sedar masa berjalan rupanya udah pukul 8++. nak wat camne. saya dan obek pon redah je la hujan dan gelap malam dengan perot kosong sambil mencari kedai. sampai2 je kedai terus ni order makanan sebab al-kebuluran katakan. hehehhee..siap cakap kat orang kedai tu kasi hantar air cepat sikit sebab belom buka apa pon. nasib baik tak ramai orang sebab kebanyakan orang masa tu dah kuar sebab dah selesai makan. kami je yang baru terhegeh2 nak makan. sian kat obek sebab hal saya dia pon terbabas sekali tapi takpe dia dah buka makan chewing gum dalam kereta. saya je yang tak makan apa lagi. dia kata korek le hidung. chehhh!!! ada ka macam tu nak buka posa. tak senonoh so saya gigit sikit la chewing gum tu. podas nak mati (bukan pedas, tapi perisa mint dia tu kuat beno). tak suka la pedas2 ni. bikin jantung menggelegak je. anywayyyy..masa kat kedai tu ada la incident kelakar yang telah berlaku.. hehhee..

ceritanya ialah, obek as usual nak le berasap bergejabu dulu (tau ke bergejabu, kiranya macam asap tebal le macam terbakar tuh), means nak merokok dulu le. so mintak kat mamat ni ashtray. hehehe..

obek : dik mintak ashtray
budak : ha?? kerghe? nok brapo?
obek : ashtray!! ashtray!!
budak : kerghe? kerghe?
obek : tempat abok rokok la bukan kerangggggg..

saya dengan obek bantai gelak rasa nak mengguling2 kat kedai tu. budak tu pon gelak gak la. hahahhaa... ada sikit miscommunication disitu rupanya. budak tu budak kelantan so dia dengar ashtray tu ingat obek nak order kerang bakar dia. harus ashtray jadi kerghe.. hahahhahaa...


ashtray ke kerghe (kerang)? hehehhehee...
ni le ashtray yang telah menyebabkan miscommunication itu



actually takde la lawak sangat tapi kejadian at that time is very funny siap dengan riak2 muka yang 2-2 orang ni tak paham. sorang cakap itik sorang cakap ayam elok beno le tuh. by the way, air yang diorder ngam2 saya sedut pada pukul 810pm. hahaha..takpe la, nasib baik juga semalam tu sejuk je hujan so tak le haus beno kan. so makan la kami dengan pelahapnya order tomyam, ikan sweet sour dan telur dadar harus ada kalo tak nanti obek pengsan sebab seharian tak makan telor dadar. eeee..tak paham betol ntah apa le yang sedap beno dengan telor dadar tu macam dah takde makanan lain. so, dapat le ulam timun dan sambal belacan. lepas makan2 dok kejap kasi nasik turun terus balik rumah.

sampai rumah mengerjakan si nezha tu pulak. tapi dia baik malam tadi tak banyak buat hal. so manja so cute. (pada saya la dah sah2 anak saya harus le saya kata cute, saya tau ada orang yang dok kutuk nezha tu berkeladak le, hei..korang pedulik hapa??!!)


my nezha tengah lepak

kemas2 rumah sikit mandi then tengok tv kejap terus tido. badan macam penat sangat. sebelum balik singgah dah kedai beli roti untuk buat sahur pagi ni. so, pagi ni tadi sahur roti bakar dengan telor mata goreng je la. cukup la buat alas perot. nak masak nasik malas sebab nanti nak kene masak laok lagi. mm..macam nak pegi buka kat rumah ibu je la malam ni. hehehhee.. harus dapat makan sedap ni kang tapi segan le pulak. saya sampai kang sure dah lewat. nak membeli2 juadah pon tak sempat takkan nak bawak perot je. ala..okey le tu macam tak biasa lak. hahahahha....

tapi malam tadi tak boleh tidor tau . mimpi yang bukan2. mimpi jadi penyiasat katanya siap bunuh2 orang nih. waduh2.. kok over benar gaya mimpi saya tuh. kononnya nak merebut satu buku hikmah ajaib la. tapi buku tu rupa bentuknya macam buku komik je so sapa yangtaktau memang takkan tau la buku tu ialah buku hikmat. saya ni udah ala2 lara croft ni siap kungfu2 lawan2 bagai nih. last2 saya berjaya rampas buku tu dari tangan orang jahat tu time dia tengah dok leka then saya lari laju gila nih menyelamatkan diri tapi diselamatkan oleh sekumpulan orang la (kiranya geng saya la tuh) so terjadi la adegan tembak menembak. hahahaha..pas tu sedar. chewahh..makcik jadi heroin malam tadi. cayalah. inagt senang ke nak jadi heroin siap ada ancaman bunuh lagik tuh. huishh..boleh buat skrip ni then hantar kat producer pilem, mana tau, filem aksi malaysia pertama seumpamanya... haaa.. jawab jangan tak jawab.

pagi tadi masa sahur tu buak tv la tengok ada cerita chermin tu.. ala.. yang minah muka buruk tu ala2 kene rasuk dek hantu nenek moyang dia kes jealous punya pasal. so, layan je la sampai habis pukul 530am. takde le best beno. nasib baik tak gi tengok kat wayang or beli cd kalo tak buat rugi je. takde klimaxnya cerita tu mendatar je dan aksi2 dan jalan ceritanya semua boleh dijangka so tak thrill le kan.

pagi ni bangun awal sebab nak keluar awal sebab nak isi petrol kereta sebab semalam tak sempat isi sebab ada hal. berapa banyak sebab daaaa... orang jenis selalu bagi alasan macam ni la. ada je jawapannya. oh ye saudara saudari sahabatku, camne gayanya kita nak berdepan dengan orang yang suka cakap besar dan dia je yang betol. apa kita cakap semua tak betol, dia punya pandangan dan jawapan je yang boleh diterima pakai. perasan macam bagus beno. boring gila melayan orang macam ni. menyampah. opss..sabar2.. bulan posa ni, sabarrrr...

eh okey la banyak pulak merepek merapu hari ni. by the way, dah 3 hari puasa saya belom berpeluangbuka puasa dengan kuih kegemaran saya : popia goreng. takpe2..ada lagi 27 hari untuk saya mencari kuih itu insyaallah....


kepada auntie2 & uncle2 semua nezha mengucapkan selamat berpuasa di bulan ramadhan. semoga puasa anda diberkati dan mendapat rahmat.


okey la (berapa kali okey daaa...) nanti sambung lagi if ada isu baru dan if ada masa. luv u....

No comments: