mari mencari....

Google
 

Monday, September 22, 2008

dia buat lagi.....

nezha, nezha... apsal la perangai macam ni ha??

hari tu kan dah cerita yang mamat tu suka beno dok atas laptop saya, ingatkan dah serik kena marah rupanya2 tipah tertipu. malam tadi saya tengah tengok2 tv melayan sakit mulut tu mamat kepochi dengan selamba senang hati terus panjat meja dan duduk atas laptop tu. dah kata almaunah pinjam laptop hari tu, sampai sekarang tak reti nak pulangkan balik. tensennyaaaaaaaaaaaaa.. so obek bawak balik laptop zaman 60-an dia yang dah jadi pekasam kat office dia tu. jadi la, janji boleh type boleh save sudah. itu pon berzaman menunggu laptop tu save files.. berkurunnnnnn.. eeeeeee... kalo type, kita dah type 10 perenggan dia baru nak kuar terhegeh2 perenggan kedua. apsal la lembabol beno. tapi takpe, itu je yang dah ada, terima je la, banyak bunyik lak.


tengok!! saya tak tipu.. agaknya dia igt itu weigh scale kot


selamba dia je tak pedulik saya tgh marah2 dia


aaa.. masa saya nampak je dia dok duduk atas laptop tu terus le saya teringat janji2 manisku kat dia hahahha.. dah kata hari tu nak beli laptop mainan tu untuk dia belom gak lagi. hari tu dah jumpa, kat c4 murah je dalam rm24 macam tu, nak yang mahal sampai rm100++ pon ada. wahh..apa ke halnak spend sampai banyak macam tu kan. last2 kang saya gak yang tukang main benda tu. macam kereta mainan dia tu, last2 saya yang dok gila sensorang main. cheitt!! eh, tapi bagus la benda2 tu meransang pendengaran dia. say aingat untuk baby2 pon bagus la, bagi kenal huruf bunyi semua tu. tapi kalo untuk nezha, fungsi utamanya adalah untuk distract attention dia je dari kaco laptop saya. takde le fungsi lain pon. kang if nezha pandai baca a,b,c kang heboh malaysia ni. ingatkan nak carik yang lagi murah, last weekend pegi jusco mahal le pulak, rm60. wahh...over budget tu nezha. masa saya try2 toy tu macam best le pulak. ada lagu2, kalo picit2 button ada kuar bunyi2 wahh... menarik sangat2. nanti la saya pusing balik kat c4 tu kot2 still ada stock or ada lagi promotion. (eh, tak perasan la itu time promotion ke tak).

nanti saya beli nezha laptop macam ni okeh, nak tak?


saya marah2 dia suruh pegi haram bergerak. lagi dia baring atas tu ada la. saya angkat letak tepi, dia bangun duduk balik. ayoyoyoyooo..nezha memangsuka pendengki saya ke ?? hangat hati betol. saya nak bangun pegi baling dart tu supaya dia blah ala2 malas le pulak. so, biaq pi je la. kebetulan time tu tengah makan puding jelly (beli punya la.. nata de coco ke hapa ke tuh), then usha2 la kat dia kot2 dia nak. haaa..nasib baik terpengaruh dengan pujuk rayu saya so, dia makan sikit puding tu, saya terus amik laptop tu simpan dalam beg. fuhhh..selamat makcik.


lupa dunia kejapkan dapat makanan saya tu.. suka beno take over makanan saya.

bila dia sedar laptop tu dah takde, buat muka bengang le kan. hahahhaa.. memula dulu ingatkan dia tersuka tengok laptop saya ke hapa ke kan tapi semalam tu laptop zaman 60-an obek kaler hitam, so totally different dari laptop saya tapi dia tau lak itu laptop. fuhyoooo... nezha kucing zaman millenium. agaknya dia nampak kot saya buka2 laptop tu then type2 so dia paham agaknya. hantam la. bukan apa, takot dia jatuh ke, kot2 dia tertolak benda tu jatuh ke lantai ke tak ke musibah namanya. kalo dah manja sangat macam tu la.


tgk muka tak puas hati sbb saya dah sorok laptop tu


pagi tadi yang saya tak terbangun sahur tu actually saya dengar dah dia dok meow2 tepi saya suruh saya bangun le tu tapi mata tak boleh bukak. memang telinga dengar je semua tapi mata bagai di gam2. pagi, waktu saya ke dapur nak susun2 pinggan sebelum pergi kerja dia yang berlari dulu ke dapor. wahh..rupanya makanan dia dah habis. oooo... patot le meow2 bagai nak rak, kelaparan rupanya. sekali tuang makanan, alamak.. makanan tinggal sikit je. ayoyoyoyooo... rasanya untuk malam ni pon tak cukup tu. eee... malas betol nak pusing pergi ke pet shop beli makanan dia. bagi whiskas makjan kang dia takmo. memilih mamat tu. hari tu saya try gak bagi, so boleh berjimat le kononnya tapi dia takmo, sanggop tak makan. sanggop dia tunggu saya makan then meow2 sambil sondol2 pinggan saya minta saya suapkan apa yang saya makan tu kat dia. sian lak tengok dia. kurus nanti budak tu payah. kangkata penderaan lak tak bagi makan.

tapi ada orang kata (one of my commenter kat dalam blog ni la), actually kucing ni takde perasaan, saya je yang perasan kucing tu tengah buat itu ini, ye ke? hahahha.. entah la. saya pikir nezha tu macam saya le kot. tapi, mana boleh takde perasaan.. kalo tak takkan le dia pandai nak cari kita mintak itu ini kan? owhh..susahnya soalan ngalahkan soalan spm. hishh..takyah jawab la, andaikan saja nezha tu paham apa yangs aya cakap dengan dia tapi serius, dia memang paham saya cakap apa dengan dia. kan ke dia tu pandai. hehehheee....

hai..petang ni nak buka apa la agaknya. mulut sakit tak de selera nak makan apa pon. cepat la baik sakit mulut ni hendaknya.

No comments: