mari mencari....

Google
 

Monday, September 15, 2008

gaduh dengan nezha....

uuwwaaa...semalamkan, saya gaduh dengan nezha korang. sungguh menyakitkan hati dan kesedihan sepanjang hari. ceritanya macam ni.. saya biasa je la main2 dengan dia. so then dia dok la panjat2 saya nak suruh dokong. by the time saya dokong tu obek lak tunjuk apa benda mainan reben2 kat dia so dia ala2 nak melompat la pulak dari dokongan saya tu tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii...

kukunya tu dah mencengkap saya. kat leher lak tu. apa lagi..saya menjerit le kesakitan. dia lak takmo lepaskan cengkaman tu saya pon melalak2 le kan, si obek lak bila saya kata nezha cengkam leher dai kata mana ada, mana ada. ya allah..sakitnya hati.. then saya ni struggling le nak suruh nezha lepaskan cengkaman tu then baru obek realise yang benda tu betol2 berlaku. time tu saya baru nangis sikit2. so obek tunjuk lagi sekali mainan tu baru nezha lompat lepaskan leher saya. time tu la zassssss.... adoooiiiiiiiiiiiiiiiiiii...bapak sakit gila berdarah korang leher saya. saya pon apa lagii.. bantai le melalak2 tak hingat dunia. yang si mamat kepochi ni taktau cerita dia ingat saya main2 je (sebab selalu pon nangis tipu2 kat dia) dia lagi datang nak menempek kat saya. time tu saya lari le naik atas kebabom nangis kow2 punya. udah le time tu dah nak berbuka puasa, around 7pm macam tu la. uuwwaaaaa.... udah 1 kerja le obek mujuk saya. dia siap marah2 nezha ni cakap apsal cengkap leher saya kuat sangat sampai berdarah. uuwwwwaaaaa....

udah le semalam seharian hati ni membungkam je marah bengang tak lepas2, jadi lak hal macam ni apa lagi memang terhambur le segala isi perot saya tuh. bagai nak rak. obek tu bukan nak pujuk lagi cakap jangan nangis senja2 nanti hantu datang. uuwwwaaaa..... bukan nak pujuk orang lagi nyakitkan hati je tau. so, jawapannya semalam saya berbuka dengan linangan air mata. luka cengkaman nezha saya dah sapu ubat minyak gamat. so berbekas le nih leher nih. obek kata boh le plaster. saya kata ye la tu, dengan mentaliti rakyat malaysia ni kang tak pasal2 saya difitnah ada love bite kat leher. huishhh.... dari bagi orang buat dosa free2 baik toksah. bior le nampak bekas cengkam tu.

nezha lepas dai sedar yang saya nangis for real tu mula la buat muka bersalah sebab lepas nangis tu saya lansong tak pegang2 or garu2 dia. ye la..hati tengah membungkam. haaa.. baru le dia tau apa jadi kalau saya tak layan dia kan. so sepanjang buka puasa tu dia buat le muka selenga dia tu dok kat kerusi diam je. tengok je saya.

lepas berbuka hujan la pulak. almaunah sebok nak pinjam laptop sebab katanya pc dia rosak. nak pinjam lama lak tu nak wat assignment katanya. aduhhh... malas nak bising2 pegi gak la hantar malam tadi dalam hujan2 tu. sampai je kat area rumah dia saya sms srh turun amik laptop. sampai kat bawah rumah dia, saya just buat isyarat amik laptop kat back seat. dia buka pintu amik laptop terus blah. sangat kurang hajarrrrrrrrrrrrrrrrrr. not even a word, not even a thank you. obek kata, apa perangai almaunah tu macam tu? saya jawab entah la. tak appreciate lansong kita ni meredah hujan malam2 semata2 nak hantar laptop tu kat dia. ikut hati saya, saya dah nak tido dah time tu penat sangat tau tak!!! kalau tau perangai macam lahanat macam tu baik takyah tolong. eeeeeeeee... bencinya. opss.. pepagi dah ngutuk2 orang, kurang markah untuk hari ini.

balik rumah mamat kepochi dah tunggu saya depan pintu. dia datang gesel2 kat saya. owwhhh.. baru tau camne rasa di-abandoned-kan (perkataan baru nih). ye la, sejak gadoh tadi tu saya tak bercakap or pegang2 dia dan memangtak pedulikkan dia. saya kemas2 meja dai ikut2 pon saya buat dek je. orang baik2 main dengan dia boleh lak nak cakar2 cengkam orang. walopun hati tengah sedih+bengang ni pelok gak dia.. baru reda perasaan. dia pon agaknya ala2 minta maaf le kot sebab asyik le dok cium saya. so, dah berdamai le saya dengan nezha semalam. hhuhuhuuu.. drama sungguh.

sekian, laporan untuk pagi ini.

No comments: