mari mencari....

Google
 

Monday, September 15, 2008

masak konon...

hehehhehee.. semalam kira pecah rekod le kan. masak2 buka puasa. sensorang nih. gigih tak gigih taktau la nak cakap apa. teringin punya pasal.

dah 2-3 hari ni dalam kepala otak dok la tingin beno nak makan spagetti. nak beli ala2 tak sedap la pulakkan kadang tak memenuhi citarasa. chewahh...macam le saya ni chef pro nak komplen2 orang masak. walhal sendiri masak hangit2.

by the way, semalam sangat penat. kemas2 rumah dari dalam sampai ke luar. ayoyoyooo..rasa nak pengsan gitu. tapi dalam pada penat2 tu otak still ligat pikir menu. al-maklum, penat campor haus katakan. lepas kemas2 ingat nak tidor tapi tak boleh tidor le pulak. sebok dok tengok nona. hahahhaa.. layankan je la. lepas tu sambong tengok cerita ntah hapa2 kat tv kesudahan badan bertambah penat sebab mata sakit / letih / lenguh. (mata lenguh??)

pukul 5pm berangkat le ke dapor. bersemangat gila ni nak masak spagetti. resepi semua udah terbentang luas atas table nih. so, potong2, tumis2, masak2. saya lak terlebih rajin sikit buatkan kuih cek mek molek (agaknya la itu kot namanya) alaa... yang bentuk lonjong2 then ada gula dalamnya tu (saya panggil kuih tu kuih lonjong), untuk obek. dia tu suka la kalo benda or kuih yang manis2 ni.. saya tak boleh masok. buat dapat 7 biji, saya makan 1 je lagi 6 obek bedal. menjadi tu menjadi tapi kitchen signature harus ada.. hangit. tapi tak le hangit sangat tapi sikit hitam juga ada. hahahhahahha...


spagetti (gambar amik kat tenet)


aaa..mcm ni le kuih lonjong yang saya buat tu...
tapi ni gambar amik kat tenet



buat air rambutan+nenas tu (alala..tin punya tuang je boh gula boh ais), then for a surprise, buat le (saya taktau namanya, saya panggil kuih 3 segi) tapi tiru macam mamavogue buat nih. wahhh...menjadi korangggg.. tapi hangit tak boleh blah la kan. kot tak kang obek tak caya lak saya yang buat. saya buat 3 biji je. try test katanya. malangnyaaaaaaaaa... tiada gambar telah diambil sebab kan dah kata time dah siap semua tu ada lak drama gadoh dengan nezha so takde la pics. tapi intinya saya boh inti kaya je la sebab tak kuasa le nak buat inti ala2 karipop or ikut resepi tu kan. tak reti makcik. obek kata ok.. lulus cuma markah sikit la sebab 'gelap' sikit. hahaha.... walobagaimanapon... untuk next time buat harus akan ada dan korang nantikan la pic kuih hangit saya itu. hehehhee

kesimpulannya semalam sangat sedap dan kenyang. tak beli satu pon dari pasar ramadhan, semua home made tau tak. chewahh..bangga gila nih walhal orang lain hari2 masak kat rumah. saya je yang baru terhegeh2 nak masak. spagetti dah tentu2 sah2 tuang je kuah dari botol saya just tambah cendawan dan daging sikit. kuih lonjong senang je, but still hangit. kuih tiga segi pon senang boh inti je then bakar tapi still hangit dan ada satu daripadanya terbuka le pulak udah terlopong je (kurang kuat tekan bahagian tepinya agaknya, so tak bercantum sangat). air pon air dalam tin je just tambah gula. hehehhehe.. apapon, buat benda2 tu semua saya macam satu peristiwa yang teramatla susahnya. terkial2 korang. aduhhh... anyway, bravo to myself sebab berjaya. hwuahahhaa...


itulah kisahnya orangtak reti masak tapi mengada nak juga try untuk berbuka semalam. nasib baik semua ok takde cerry-berry. hahahhahahhaa...

p/s : disebabkan gadoh dengan nezha, no pic of him for today's entry. hahahhaa.. sayakan pendengki..

3 comments:

Irfa said...

salam..
atleast berani mencuba.akak ni dah 29 tahun,baru sabtu lepas buat kueh buah melaka.huhu.malu kalau tau dek org.sib baik mendapat pujian.siap anta kat jiran2 lagi
bangga giler

Ayu said...

akak nak spaegtti bleh?

saya said...

irfa-takpa la. kita ni golongan 'budak baru belajar' hahahaha...

ayu-nak spagetti? boleh..boleh...