mari mencari....

Google
 

Thursday, September 18, 2008

nak sikit....

owh..dah kata kenyang tahap gaban perot waktu berbuka semalam ingatkan boleh le skip sahur, rupanya ramalan ku salah belaka. by the time alarm bunyi at 415am, perot saya pon secara romatiknya pon berbunyi jugak. tekak pon rasa kering semacam je, so nak tak nak bangun gak la makan sahur kalo tak kang nyesal sampai ke petang. hahahaha...

memula tu cadang nak makan tamar dengan minum air kosong je la kan sebab malas le nak masak2 or bakar roti semua tu tapi buka2 peti ais nampak lak kek obek beli semalam. wahh.. kira rezeki le ni kan. harus sahur kek le pagi tadi.


kek, tamar & air suam saja


tengah sedap2 melantak kek tu seperti biasa mamat kepochi akan turut serta la kan, macam le dia tu puasa beno esok, walhal nak mengaco saya je yang lebih. dia tu kan pendengki, apa saya makan dia mesti nak jugak. nanti le esok saya makan sambal belacan nak bagi kat dia bior dia rasa. hahahaha... kalo dah kepochi namanya harus le nak jugak sikit rasa kek tu. saya pon bagi la sikit untuk dia rasa kalo tak nanti tak senang saya nak makan dengan aman sambil menonton numb3rs. wahh..kebelakangan bulan puasa ni hari2 ada cerita numbers kat 701, new season kot, plot pon menarik. memula dulu saya benci sangat tengok numbers ni sebab dia kan ala2 matematik. saya ni mana le suka matematik ni, benci bebeno. tapi dah lama2 tu ala2 tersuka lak walopon heronya tak le hensem sangat. kira ala2 macho geek le hero dia tu. hahahaha.. hantam la janji menarik sudah.

tengok dia jilat2 kek kat garfu tu

owh..saya ingat sikit je dia nak rupanya dah habis nak lagi. wahhh... takot le saya kang dia sakit perot cerry-berry kang saya gak yang susah. saya cakap tak boleh kang merbahaya. dia pedulik hapa, lagi panjat dok atas lap saya sebab dengkikan saya tak bagi dia, so bagi gak la lagi sikit then saya makan cepat2 kasi habis kalo tak kang nak lagi. bila dah habis boh cepat2 dalam tong sampah. nezha faham if kita dah letak dalam tong sampah tu means dah tak elok or tak boleh amik lagi. sebab dia if ada gaya2 nak mencekau tong sampah tu saya memang jerit punya la. ye la, kang tumpah sapa nk kemas?? saya jugak.. kalo sampah kering2 takpe, buatnya sampah sisa2 laok tak ke naya tumpah. ayoyoyoyooo....

lepas sahur, tunggu cerita numbers tu habis pukul 6am, suboh then baring kejap then siap2 pegi kerja. beratnya badan nak bangun pagi2. selubong bawah selimut aman makmur duniaku tapi itu angan2 aje lah.

yuhuuuuu....

macam2 lak cerita hari ni ye, sampai ke petang. takpe, kerja dah siap, semua pon dah settle. tapi bos lak mengarok2 ntah apa le kenanya, gundik merajok kot. hahahahhaa....

hari ni obek buka dengan subcon, saya lak maybe buka dengan kawan2 sebab kan yang last week tu dah cancel, tapi kalo hari ni pon cancel saya tak kisah. boleh balik tido. takde makanan berbuka?? saya tak kisah, malam kang paksa ajak obek kuar makan kat luar. tapi dia free ke mlm ni? kata dah buka dengan subcon harus sampai ke sahur bznya ntah hapa le yang dibincangkan. mengarot2 je. takde la sampai ke sahur, itu menipu namanya, just perumpamaan bapak lamanya dia kalo kuar dgn subcon dia. benci aahhhhhhh!!!! nezha, kita 2 orang je la gi makan roti canai kat mamak okeh??


2 comments:

miszrLina said...

hik2...
kek for sahur? padan la laju je mamat kepochi tu serbu..huhu...
dia nak teman sahur tu..sambil2 nyibuks..hik2...

saya said...

lina-dia mmg suka je menyebok apa saya makan