mari mencari....

Google
 

Friday, September 12, 2008

penat nak pengsan...

semalam sungguh la boring. memula konon nak berbuka puasa kat luar dengan kawan2 la konon tapi last2 minutes tak jadi le pulak. so saya balik je la. obek pulak ada buka puasa dengan subcon dia. mmm... tinggal le saya sorang dan dah sah2 obek tak beli makanan untuk saya sebab ingatkan saya buka puasa kat luar. so, terkontang-kanting le saya sensorang. bapak le boringnya tak tau nak beli makanan apa. sampai area rumah dah pukul 715pm. dah dekat beno nak waktu berbuka. ingat nak pegi lajak ke pasar ramadhan nak tengok2 apa yang ada tapi pikir2 semula malas le pulak. senja2 maghrib kelam-kelibut tu la nak carik makanan. so..keputusannya balik je rumah. sampai rumah memang dah waktu berbuka, terjah peti ais minum air dulu then makan kurma 2 bijik. pas tu mandi then siap2 kuar semula cari makanan. bawak nezha sekali biar dia suka tengok lampu2 banyak. suka je mamat tu tau. sesambil drive tu create le apa2 menu dalam otak ni kot2 la selera..hampehh.. sudahnya beli pizza take-away je la. bapak le mahal. ada yang promotion tu rm38++ la. cheh..macam tu punya harga bukan promotion la ngok. takpe la.. dah kata 5 bulan sekali baru makan piza (kes kedekut duit le ni..bukan jimat ye).


tu dia..tak nyempat2 dia tu..


sampai rumah lepak makan piza share dengan nezha le. dia dah dok menggaru2 kotak tu dari dalam kereta lagi kalo tak bagi harus pengsan dia kang. so, makan le sambil tengok tv cerita apa ye malam tadi, without a trace ke dengan criminal minds. tu je yang syok lenlain channel tak best le pulak.

mari2 makan pizza..


lepas makan kemas / cuci akurium. sian ikan2 saya. so bekerja keras le malam tadi cuci akuarium tu. mamat kepochi pon apa lagi.. lagi kecoh dia tu dari saya. macam le dia yang nak cuci akuarium tu. tensen makcik. saya kuarkan ikan tu boh dalam bekas letak kat bawah sementara saya cuci akuarium tu boleh tak dia masokkan tangan dia dalam bekas tu dengan harapan dapat le mencekik ikan2 yang tengah berenang2 tu. woihhhh... hajat besar nampaknya dia tuh. geram pon ada kelakar pon ada sebab dia dok lari2 pusing bekas tu. maybe dia excited sangat tengok ikan tu berenang2 kat bawah. ye la, selama ni dok tengok ikan tu kat atas je, pas tu payah lak nak kacau. malam tadi tu memang the perfect time le konon. tapi saya lagi pandai.. saya dah tutup bekas tu supaya dia tak kacau ikan2 tu kalo tak.. assalamualaikum le jawabnya nanti ikan2 tu.


kekenyangan le tuh..


kerja sejam dragged jadi 2 jam lebih. ye la. camne nak cepat siap kalo dah mamat tu dok melingkar je kat kaki saya. pantang saya bergerak dia pon ikut jugak. ada je akal dia tau nak mengacau. eee.. geram betol.

lepas kemas, 2-2 pengsan. saya kepenatan kemas2 cuci semua tu, nezha kepenatan berkejar2 berlari2 tak berenti2. hehehhehe... pukul 11pm terus 2-2 pon kebabommmm...


tengok la gaya dia tu macam penat bebeno, terjelepok je...
udah gaya nak terpengsan je rupanya.


owh..malam tadi dia sangat manja. biasa dia akan tido atas tv depan katil saya tapi malam tadi gatal nak tido dengan saya. saya cakap nak tido boleh janji jangan kencing. tak larat nak basoh. kalo basoh cadar je takpe.. tilam tu camne. tapi nasib baik selama yang dia terkencing ni takpernah lagi sampai ke tilam. nasib baik juga tilam tu ada protector dia. kalo takk..masak saya mengemas.

dah nak tidor tu tidor je la ini suruh saya dok garu2 dia. uuwwaaa...orang penat tau nak suruh garu je. bila saya berenti mula la dia menggaru2 saya suruh saya garu dia. chaitttt... lelama saya selubong hahahhaa... padan muka dia tak dapat garu saya so terus tido.

pagi jam bunyi pukul 4am standarddd.. konon nak sahur tapi mata tak boleh buka. bunyik lagi pukul 5am kali ni paksa diri banguns ebab tekak perit haus. kalo tak minum kang menyesal sepanjang hari. konon2 nak minum air je, tapi ternampak lak kurma. makan kurma lak kejap. pas tu ternampak lak pau. tingin lak so kukus panaskan pau tu makan. waahahhaha..kenyang dah. lepas sahur tidor2 ayam kejap tunggu subuh. dah le pagi ni hujan. aarrgghhh..tensen gila nak bangun. malas betul kalo la ada kompani sendiri kan ke bagus. boleh bangun pukul 10 (hahaha.. ada harapan kompeni melingkop bos macam nih).

so kesimpulannya hari ni ok2 ja tapi tak tau la kan sebab still awal lagi. harap2 semua ok. luv u.

5 comments:

~dARlee zURiS~ said...

w/pun saya bkn peminat kucing..tp gambar & aksi2 mamat kepochi awk tu mmg menggelikan hati.soo comey :)

miszrLina said...

manje sungguh nezha nih yer...
amboi..mkn berteman ek...hik2..

debikdebuk said...

...


kalau kat pizza tu, aku suka chicken wing. alamak..bunyi la pulak perut aku...


....

saya said...

zuris-memang pon..kalo tgk bebetol lagi geli hati.

lina-dia biasa la..semuanya kene berdua..

debik-itu dah lari tajuk..kedai piza makan chicken wing lak. hehehe...

Nurmala said...

eeee...
geram la tgk kucing nih..