mari mencari....

Google
 

Friday, September 5, 2008

rezeki...



harini baru masok gaji. hahahha... (sian kan saya 5hb baru gaji kuar, orang lain 25hb dah kuar saya tengok je orang soping2 tau). tadi lunch hour kuar kejap pi bayar hutang-piutang la apa lagi (hutang standard bulanan la, kereta, bil itu, bil ini) hish, hish, hishhsssssshhh.... gaji belom merasa udah kene bayar hutang pulak. mencik tau!!! tapi takpe, udah setel hutang belen buleh buat joli katakkk... tapi tak boleh enjoy sangat sebab gaji ni le nak bawak ke raya nanti. kompeni ni dia tak pedulik ko nak raya ke ko nak merdeka ke ko nak cuti sekolah ke..gaji standard kuar 4 atau 5hb. nasib2..... dah kata dia memang ikut employment act sebab kat act tu last date gaji is 7hb for every month. so kalau kita argue dengan dia pon tak maknanya sebab dia still tak melanggar act tu, lain le if dia kaurkan gaji 10hb.. haa..mcm tu baru le nanti merasa penampar saya. (chewah, makan penampar katanya) haa.. apo nak dikato, jawab jangan tak jawab.


by the way, balik dari pi bank singgah kejap beli barang2 le konon. takde le beli apa pon beli air oren (kes terpengaruh dek cuaca panas le ni) , baguette and tuna (ni kes nak wat sandwich le nih) dengan gel freshner. time nak kuar jalan kaki from parking to office jumpa uncle parking kereta tu dok ngadu le sebab mamat yang tulis2 nombor kereta pepagi tu selalu salah tulis nombor kereta saya. bila saya tegur dia just potong kat resit saya je tapi tak potong dalam buku rekod dia dan itu telah menyemarakkan rasa tidak puas hati saya. mana buleh macam tu kang orang cek kereta saya kang kata saya tak bayar. what if i show them the cross receipt with my car reg. number? no!!! they definitely will said that i cross the number by myself coz my number is not in their record. how come!!! saya yang bayaq sat lagi orang lain yang free2 parking. wtf!!! kalu sekali dua takpe, ini almost everyday saya dah bising dah. alasan mamat tu dia kata ada lagi 1 kereta nombor macam kereta saya just pusing2 nombor so dia keliru. saya dah kata tunggu saya datang pondok tu time nak bayar baru tulis my number, degil tak jugak. ini le masalahnya. so, saya cakap kat uncle tu (ala2 supervisor situ la) pasal masalah ni. uncle tu kata ok nanti dia cek perkara ni. lega sikit. mana tau kereta yang lagi satu tu yang mamat tu kata nombor nak dekat2 dengan nombor saya tu awek dia ke. haaa..naya2. parking free le ko selama ni ye. hantu betol. sehari rm5 kalo sebulan hari bekerja katalah 20 hari : 20 x rm5 = rm100. dulu ada buat bayar bulan2 rm80 tapi diaorang dah tak buat lagi monthly payment. rugi la tu kot. mau untung punya pasal so kita ni hari2 le bayar rm5 pepagi. nasib2. tapi dalam hangat2 hati tu nasib baik uncle ada cakap tadi cek deposit repayment ada kat pondok tu dia suruh pi amik. hahahhaa... ada le rezeki saya hari ni walaupon just rm30 je. jadi la. rm30 tu buleh buat isi minyak kereta or beli makanan. balik ni nak bank in cek tu kalo sempat. kalo tak, pass it to obek bior dia settlekan.



weekend ni tak de lak plan apa2. tapi taktau le kang balik rumah ma harus le ada je plan dia tu. takde mood nak berjalan kemana pon. penat. saya ni kalau boleh nak tidor je 24jam. owhhh... dah bulan ramadhan ni harus kene bayar zakat fitrahkan. saya tengok area selangor still rm5.20 kot kalau tak silap. takpe la. kalao beli baju beratus2 tu larat pejam mata, part kuar zakat ni banyak lak bunyiknya. kat area rumah ma dulu ada menjadi satu isu kata duit yang orang taman dok bayar zakat tu amil (ke amir?? taktau le tapi tukang terima zakat tu le) tu tak serahkan ke pejabat agama. wahh..kecoh gila. siap gaduh2 ni kat surau. huhuhuuu...macam2. lepas kejadian tu pejabat agama daerah tak lagi melantik orang2 taman tu kutip zakat. dia hantar staff pejabat agama sendiri untuk kutip. so dia tetapkan date le sekian, sekian masa ada orang so sapa nak bayar zakat tu boleh pegi time tu. mmm... saya pikir bayar kat mana pon sama je kat tapi katanya dia nak tengok area yang berpenduduk sekian-sekian banyak tally tak dengan jumlah kutipannya. entah la, taktau camne analisis diaorang ni. obek hari tu bayar kat shopping complex je ada orang zakat tu buka booth kat sana. senang. tak banyak cerita. tapi yang tak syioknya bila tanya camne nak kira bayaran zakat pendapatan, buleh tak staff tu kata pi cek kat website. bila tanya buleh tak tolong cekkan sekarang (sebab at that time depan dia ada laptop) jawabnya sekarang tak de internet line le bang. yang dok bukak laptop tu dok untuk key-in berapa orang dah bayar je for that day. hahahhaa... wtf. patot le pon ramai orang islam takmo bayar zakat or buat2 lupa bayar zakat. simple question pon staff sendiri tak reti nak jawab. kita ni kot la dah kata jahil ilmu agama dan nak membayarnya pon setahun sekali je, tapi dia as a staff of that field, harus le tau at least asas2 zakat ni. macam2 cerita.

enough membebel for today. wallahualam....

5 comments:

debikdebuk said...

..

Zakat? setahun dapat berjuta tapi org miskin tak kurang2. Makin bertambah ada la.. errmmm...ntah la..


...

~Cinta Milo Ais~ said...

wah..dapat gaji ye..best la hehe..tak pe la dapat lambat sket pun, at least lambat sket habis kan hehe

miszrLina said...

alahai..cian dia dpt gaji lmbt...
i pon dpt ngam2 ujung bln..huhu

u,jom la tukaq2 link..i dah add u..hehe

KV said...

wah, 5 hb baru gaji? Hmm..takpe, lewat terima lwt habis kan? Happy shopping!

saya said...

debik-haa..tau takpe. zakatmu untungku jua. hahahhaa..

milo & kv- lmbt dpt lmbt habis? takde bilaya. hbsnya berdesupppp..

miszrlina-kita serupaaa..jom2 tukar link