mari mencari....

Google
 

Friday, September 26, 2008

selamat hari raya aidilfitri 2008...

selamat hari raya aidilfitri 2008...

semoga lebaran ini membawa lebih makna dalam kehidupan kita. chewahh... ngalahkan ayat novel. nyahkan ayat2 novel itu dalam hidup saya. saya tak perlu semua itu. kepada semua pembaca (samada ada atau tidak, wujud atau tidak, berkumpulan atau perseorangan) ampun dan maaf diminta sekiranya terdapat sebarang perkara yang telah saya lakukan hingga menyebabkan korang merasa sakit hati, sakit kaki, sakit kepala dan sakit mulut sebab mengata saya berlebih-lebihan. ketahuilah, bahawa saya juga seperti kamu.

apa lagi yang perlu diperkatakan tentang hari raya kecuali persiapannya, keluarganya, menunya, kemeriahannya, kesedihannya, keteringatannya kepada yang telah tiada dan kejengkelan selepas hari raya tersebut. entah.. setiap manusia akan mengalami peritiwa yang berbeza dan bakal menganalisis peristiwa tersebut menurut kaca mata hatinya sendiri.

ada yang beraya secara meriah, ada yang secara sederhana, ada yang tidak beraya. ada yang gembira di hari raya ini, ada yang sedih, ada yang kecewa, ada yang bengang, ada yang bertambah derita. semua itu kita tak tau lagi apa yang bakal berlaku pada kita. harap semua bersedia.

kuih berbalang2, baju berhelai2, duit raya berkepok2, kasut berbaris2 belom pasti menjanjikan syawal yang mambur untuk kita. keinsafan itu perlu hadir dalam diri. keangkuhan itu perlu diusir dari dalam jiwa. ketaubatan itu perlu dijemput, kejahatan itu perlu dihalau. ibadah tidak perlu ditunjuk kerana itu hanya akan lebih mengalpakan diri. kelompongan tak wajar disembunyi kerana itulah pelajaran kehidupan yang perlu diperbaiki. tidak perlu berlumba2 untuk bersedekah. sedekah itu patut disorok hingga tangan kiri tidak tau bahawa tangan kanan pernah menghulur bantuan. keterasingan diri perlu dibelai supaya tidak lagi gagal dalam memahami diri dan jiwa sendiri. lalu, bagaimana harus saya memperbaiki diri ini? hanya dengan merenungnyakah? atau harus diperhalusi setiap perbuatan? muhasabah diri dalam diam itu perlu.

sekurang-kurangnya untuk mengingatkan kaki supaya tidak melangkah ke lurah yang penuh lumpur, sekurang-kurangnya untuk mengingatkan tangan dan jari supaya tidak menyentuh yang bukan sepatutnya, sekurang-kurangnya mengingatkan mata supaya tidak memandang yang lebih dari yang sepatutnya, sekurang-kurangnya mengingatkan telinga supaya lebih peka mendengar yang sewajarnya, sekurang-kurangnya mengingatkan hati supaya tidak hitam selalu. benar, itu semua perlakuan2 yang amat sukar untuk saya lakukan. dari dulu hingga kini, kaki lebih suka ke lembah lumpur, tangan dan jari lebih betah memegang yang jahil, mata lebih meriah melihat yang laknat, telinga lebih suka mendengar yang jahat dan hati masih terlalu hitam untuk dibentuk. apapun, syawal ditunggu dengan penuh makna yang takkan dapat diungkap oleh sesiapapun melainkan diri sendiri...

selamat hari raya.. assalamualaikum

4 comments:

Mommy Lily said...

selamat hari raya

maaf zahir batin dari mommy lily, babah lily & lily :-)

sepanjang perkenalan kita mgkn ada salah dan silap jadi sudi2 kan la maafkan kita

Nurmala said...

selamat hari raya..
maaf zahir batuin

BlankQo said...

slamat rye.. hehe :)

saya said...

selamat hari raya...saya pon mohon maaf kepada semua...