mari mencari....

Google
 

Wednesday, September 24, 2008

senyap2 je...

semalam, bukan semalam je tapi dah 2-3 hari ni saya senyap2 je tak bercakap2. ye la, sejak kene sakit mulut tu nak bukak mulut pon takde mood. kat office saya memang tak bercakap pon. kalo time tak sakit mulut pon saya memang tak bercakap, tak kuasa le melayan depa2 tu bercakap. kecuali penting benor or hal2 kerja baru saya buka mulut. kaloa nak dengar suara saya memangkat rumah je la, sampai obek kata saya ni tak penat ke bercakap. pulak dah... split personality betol la.

anyway, tak syiok pula blog ni tak update walopun untuk tatapan sendiri. pics nezha pon harus nak kene load juga sebab kalo tak memenuhkan hp je. hp tu dah le kureng kecanggihannya tak pasal2 kang 'hang' aje. sebelom apa2, baik load kat sini dulu then boleh delete.

nezha perangai macam biasa la.. kadang2 baik sangat kadang2 macam puaka. semalam dia dah jatuhkan segala mak nenek atas coffee table tu berterabur. ye2..sangat bagus mengemas mamat kepochi tu. balik2 saya tengok udah berterabor, kemas je la malas nak bising2 sebab mulut sakit. sekali saya carik tutup bekas duit syiling tu hilang da.. mana ntah perginya. itu mesti kerja mamat kepochi tu la dah jatuh harus digigit2 bawak lari ntah ke mana. udah le melopong je bekas tu. sakit hati. cari2 gak kot2 jatuh bawah kerusi ke hapa ke tak pulak. ahh... biar le sana tak kuasa le nak carik2 ni.

gelapnya kamu nezha, satu hapa pon tak nampak nih!!!


semalam obek lak buka kat luar. mmm.... boring. saya yang memang mood tengah mondom ni ala2 majuk le smalam konon sampai cakap takyah belikan apa2 utk saya berbuka. wahhh.. mengada sungguh. lepas tu menyesal sebab malas nak pegi pasar ramadhan sendiri beli. padan dengan muka saya. balik tu singgah pasar ramadhan la taktau nak beli apa. takde selera. pusing sampai 2 kali pegi balik taktau gak apa yang nak dibeli. kebanyakkan makanan berat semua base ayam. nasi ayam, nasi lemak ayam, nasi beriani ayam, kebab ayam, kepak ayam, sate ayam, ayam..ayam.. ayam...bosan. sudahnya beli mihun sup. cakap kat abang sup tu nak bihun sup kosong, ayam ke daging ke takmo. abang sup tu kata okey je. tapi dia tambahkan le mihun tu banyak sikit kasi ganti ayam or daging tu. tq. ada gak penjual yang berperi kemanusiaan. hehehe.. ye la kan, bayar harga sama if ada isi ayam or daging. lepas tu beli karipap sardin konon. dalam kepala wahh..ni sedap kang ni, tak sedar mulut pecah2 sakit pedih. then nampak lak yong tau fu. see... kata takde selera tapi beli macam2. hantam la.. rasa ala2 kosong je tangan if beli mihun sup tu je tadi. pas tu singgah kedai runcit beli air mineral sebab kat rumah dah nak habis. dah kata nak bantai minum air kosong banyak2 harus le ada stock selalu kat rumah.

so, berbuka la kami berdua. nezha saya bagi dia yang yong tau foo ada beli sotong2 tu. jadi la buat gigit2. saya makan gak sikit, sedap gak kuahnya tapi tu la tak boleh makan. pedih mulut. mihun tu pon makan sikit je, hirup kuah sikit. perot berkeroncong tapi tak boleh nak masok makanan. gigit lak karipap sardin, sedap gak tapi baru nak gigit dah mencucuk2 pedih kat mulut. keputusannya, makanan semua tak habis dan saya lapar. hehhehe.. bantai je minum air sudah. kenyang air, mandi, terus tidor.

pukul 930pm obek call suruh siap2 nak bawak saya pergi makan. chehh... nak menebus kesalahan le tu. tak hingin. saya kalo dah tidor malas nak bangun siap2 bagai. tak kuasa la. lagipon nezha tengah baik punya melingkar kat perot saya. malas nak kacau2 dia kangsaya bangun kang dia kecoh je. so sambong tidor dengan hati yang membengkak. hahahhaa...

hari ni taktau lagi camne. harap2 semua ok. so, layan je gambar nezha.


woi... menguap tutup mulut la woii...


teringin makan rojak buah la, tapi mengenangkan sakit mulut sat lagi kene kuah pedas tu yang tak tahan tu.. sabar2.. tunggu minggu depan or lagi 2-3 hari if dah elok boleh bedal rojak buah tu sampai 5 kilo.

2 comments:

i'm ソソ said...

saya
datanglah ke blog saya ambil kad raya
(tak sempat nak pos, posmen dah nak bercuti...hehehehe)

saya said...

okehhh...