mari mencari....

Google
 

Friday, September 19, 2008

simple punya...

lepak nampakkk...

Semalam buka dengan kawan2. takde la pegi restaurant yang fancy2 or yang buffet mahal2 tu.. semua pepakat borong makanan kat pasar ramadhan then lepak kedai mamak. Nasib baik mamak sporting kasi tumpang makan but kene le beli air dia dan beli le lebih kurang ala2 fries gitu. Kot tak kang kene halau malu je. Hehehheee….

Makan2, borak2 sampai le pukul 830pm then memasing pon minta diri untuk balik. Almaklum, tak boleh le kuar sampai jauh2 malam sangat sebab memasing pon nak kene kerja jugak esok dan ada komitment lain lagi. Penat lagi nak mengadap yang kat rumah lagi. Haihhh… penat ye. Takpe la, as long as dapat jumpa kejap berbuka kira ok lah tu.

Saya takde la beli banyak2 sangat semalam just beli koewtiaw goreng, popia dengan pulut panggang. Itu pon tak habis, jenuh menyumbat dalam perot. Disebabkan beli kat pasar ramadhan so rasa makanan adalah kira boleh je la. Asalkan tak sakit perot cerry-berry sudahlah. Saya ni perot sensetif sikit. Mudah je kene cerry-berry tuh.

Owh… saya sedih tau sebab saya takde baju raya lagi (apsal lak tetiba nak emo pasal baju raya takde nih??). tak kisah la.. nak jugak cerita. Apsal ye? Every year pon memang last2 minit baru pegi beli. Ada gak la kebaikan dan keburukan kalo beli last2 minit nih. Kebaikkannya nanti boleh mintak discount (hahahha.. yeah, u can call me cheap skate), saya jenis yang tak reti pilih2, nampak je terus rembat takde nak round2 6-7 kali check kat kedai lain. Keburukkan pulak biasanya takde saiz, sebab saiz2 biasa tu orang dah amik awal so tingal la saiz2 yang luar biasa. Saya tak boleh le pulak kan amik saiz luar biasa tu sat lagi jadi selimut le jawabnya.

Ok, enough pasal takde raya thingy.

Pagi tadi bangun sahur cepat le pulak. 430am dah tercongok depan tv. Korek2 dalam peti ais jumpa tamar je, so bedal tamar dengan air suam la, standard. Sesambil tengok tv afc tu dia tengah tunjuk rancangan ala2 jjcm tapi korea punya. Wahhh..nampak menarik je dia makan sup tauhu panas2. tetiba teringat lak saya ada 1 pack tauhu lembut tu dalam peti ais. So, buka fridge, korek2, jumpa la tauhu tu dengan sawi. Yeahh…. Kelentang kelentung pepagi buta so jadinya saya sahur sup tauhu le pagi tadi. Wahhh…sodap. Macam syok le pulakkan makan macam tu pagi ni. So, ada harapan le saya buat stock tauhu tu kat rumah for emergency time macam2 ni.


sup tauhu simple, janji kenyang udah


Mamat kepochi seperti biasa, harus nak QA/QC dulu sup saya tu. Bukan dia pedulik sup tu panas ke hapa sekali saya dengkikan dia tiup asap sup tu kat dia. Hahahhaa..baru mencicit lari.


tu baru nak blah lepas kene tiup dengan asap sup panas...
good on you nezha

tapi still tak puas hati. pegi kacau air saya lak.
eh, muka nezha macam muka manusia sikit2 kan? hehehhee...


Lepas tu nampak lak ada bubur gandum makcik obek bagi malam tadi. Wahh..apsal le memula buka fridge tadi tak nampak pon makanan2 tu semua? (pasal mata tertutup la tangan je gerak2 tu pasal tak nampak, chettt). Teringin le pulak tapi makan sikit je la dalam 2 sudu udah le. Takot kang meragam lak perot sebab bubur tu sejuk.

Kesimpulannya : hari ni sahur best dan puas hati.

Pengajarannya : lenkali nak buka fridge patikan mata pon buka sekali bukan main raba je nanti tak nampak makanan. Hahahhahahaa….

2 comments:

Ummibatrisya said...

salam,

takut pulak tengok muka nezha masa kat air tu :)

diet ke makan sup tauhu aje :)

saya said...

hehehe..ummi-nezha bukan hantu tau jangan takot kat dia.. mana ada diet, sup tu je yg paling sng nak masak.