mari mencari....

Google
 

Friday, September 26, 2008

teringin la pulak..

malam tadi lepas balik dari kuar jalan2 tu, lepak2 tengok tv sebelom tidor sambil berangan le menerai baju yang 2 helai tu je. hahaha.. neha pelik je tengok saya terhegeh2 jalan kulu kilir, konon model le. cheittt...

tapi dia biasa la, kalo nampak je saya balik bawak beg plastik harus dia kejar dulu, kepoh je mamat tu. so, sambil lepak tengok tv tu teringin le pulak nk makan strawberry yang cicah2 cokolat tu kan. strawberry tu memang ada je la dalam peti ais, makanan waktu kecemasan. tapi cokolat cair tu yg hershey's untuk makan dengan eskerim tu tadok le pulak. wahh..camno nk wat ni? cooking cokolat memang tak menjengah le ke rumah saya tu apa ke halnya takpenah2 beli cooking cokolat tu. so pikir2 korek2 jumap la cokolat biasa. haihh..hantam je la kan.

so, parut2 cokolat tu ala2 buat le double boiling tu nak kasi dia cair. wahh.1st attempt ni panas gila. taktau nak pegang part mana periok tu. dah le piok tangkai takde just piok bulat je. hantam la. kacau2 gak dengan jampi serapah sepuluh tan moga2 cokolat tu cepat le cair so that takyah dok mengadap benda panas tu lelama. hahahaha.. pemalas tak boleh tahan.

so, nampak2 cam dah cair sikit saya terus je tuang atas strawberry tu. tak kuasa le nak boh dalam mangkok lain then cicah2. kang nak kene masuh banyak pinggan lak. dah le nak basoh piok yang mencairkan cokolat tu 1 hal. melekit2. tak suka aaahhh...


tengok mamat kepochi menyebokkkk tak sudah2


so, makan la kami berdua. nezha takdela makan beno, kang sakit perot kang payah lah. so, kira boleh tahan la ye buat macam tu. sedap jugak guna cokolat biasa tu cairkannya. tapi prosesnya tu la yang serik tu. panas... kalo ada cokolat syrup yg utk makan eskrem tu senang je.. tuang sudah. hahaha.. memang dasar pemalas, semua nak senang je.




masam2 campur manis bitter cokolat tu sedap le pulak. walopon kene makan dengan sopan santun tu yang leceh tu tak boleh nak pelahap. biasa sumbat sebijik terus dalam mulut, ini nak kene potong kasi kecik2 lak... leceh betol. hai mulut, cepat le sihat ye.

agaknya sekarang semua orang dah bz kemas2 nak balik kampong kot. best la ye. owh... mana yang kene kerja hari raya tu sabar2 je la. mungkin ada hikmahnya tu.

No comments: