mari mencari....

Google
 

Friday, October 31, 2008

saje je...

takde apa sangat yang nak diceritakan. cuma nak boh gambar mamat ni makan je malam tadi. tapi pelik tau sebab malam tadi kan saya kenkononnya makan piza tuh tapi mamat ni takmo le pulak. kalo tak tu pantang tunjuk mencicit le dia. entah le apa kenanya. takpe la.. bukan sedap pon. so sesambil saya makan, saya temankan le dia makan. dah kata dia ni kalo makan nak kena mengadap harus le mengadap je kan.


makan dengan begitu tekun sekali tak toleh dah kiri kanan. nasib hang le nasha jadi alas tempat makan anak saya je. hehehehe... lepas makan lap mulut dengan tisu ye. nezha ni kadang dah jadi macam saya lak. makan sikit lap mulut, makan sikit lap mulut. agaknya itu pasal dia suka if saya dok mengadap dia sebab ada tukang lap mulut. kalo tak tu dia mau-mau je la kojenya.



huishh.. melampau2 beno ke laparnya tu nezha sampai ke atas lantai perginya makanannya tuh. takpe la. buat la apa yang suka pon.

lepas makan lepak2 kejap tak silap 930pm dah tidor dah. standard la.. konon cadang nak baring2 je rupanya terus lena. mimpi apa ye malam tadi? mimpi macam2 tapi dah lupa lah. ops.. lepas tu tidurku terganggu dek panggilan telefon from obek yang bertanya macam2 soalan pelik. ggrrrr!!!


owh nezha.. apsal dah kurus sekarang? susah hati ke? diet ke? tak cukup makan ke? lalallala...

actually dia kan ada meeting malam tadi sampai pukul 10pm. tapi dalam pukul 9pm macam tu saya telah meng mms kan pic saya dengan nezha baikk punya posing dengan caption yang ala2 gatal. hwuahhahahahha... ingatkan obek takkan reply sebab dia jarang check hanphone time meeting2 tu. sekali dia reply da.... dia reply "gatal oby ni'. mwuahahhahaa....

eh, obek tu kalo reply sms mesti pendek2 je ayatnya. pelik la. yang kita ni beriya le menulis bagai nak rak ala2 2 pages dia kang reply pendek je macam ok, dah, belom, nanti, tunggu dan seperkataan dengannya. nak tunggu dia reply panjang2 tu dia tunggu dia meroyan baru boleh merasa. benci tau. buat bazir je hantar sms rate sama gak tulis pendek2 lak. ke memang lelaki macam tu malas nak menulis? ke pompuan je yang memang rajin tulis2 sms nih. ye la, pada saya dah le jarang2 call, so bila sms tu nak le tulis byk2 seperti yang saya nak cakapkan. entah la labuuu...

okey, to everybody, have a great weekend ye. semoga kita semua ceria.

panas ke sejuk?...

panas betol kebelakangan ni kan. dengan cuacanya, dengan habanya dengan perangai manusianya. macam2 punya panas. panas badan, panas hati, panas tangan, panas mulut, panas panas 18sx. hwuahhahahaha... tetiba je kan.

anyway... tadi lunch hour keluar kejap sebab ma suruh beli susu opah. so kuar le sesambil menjamu mata dan tekak. panas2 ni tak teringin pon nak makan apa. tapi nampak mee sup tingin lak. try dan macam biasa tak habis. uuuuuuu... tak larat le. maybe sebenarnya patut makan abc je tadi kot baru sejuk. nak beli mocha frapp pon sampai terlupa sebab kat kaunter punya ramai orang. tak kuasa le.

so lepas beli2 tadi nampak le air cool rhino ni. wahh.. kan sekarang dah new package. lawo le sikit ada le milenium sikit idak le macam dedolu. so tulisannya kata untuk menyejukkan badan, menyeimbangkan yin & yang dalam badan. huhuhu... yin & yang benor le tapi takpe, kita try dulu. ada macam2 kaler, ada kaler oren, merah, biru. puas le makcik membaca label kot2 yang kaler merah berperisa strawberi, yang botol oren berperisa oren ke hapa ke tapi tak jumpa apa pon info. so pikir punya pikir amik je la yang botol merah dengan harapan ianya akan berperisa strawberi.

sekali minum tipah tertipu da... rasa air mineral biasa jek. takde sejuk2 pong??? hehhehehee.. rupanya botol tu je yang berwarna, air dalamnya air putih biasa. haiyooo.. sangat mudah terpengaruh dengan iklan le saya ni. tu pasal selalu kena tipu.



macam ni le botol tu. saya amik kaler merah. takpe la botol lawo boleh simpan.

beli juga strawberi dan anggur. buat makan2 le dah kata tak de selera makan biar le ganti dengan makan buah banyak2, supaya pembuangan bahan lancar dan tidak tersekat2. hehehehhee...

beli juga daging burger, konon hajat nak makan le tu tapi entah bila la nak dibuatnya. bisa kalo beli peti ais yang makan, cukup masa dah expired buang macam tu je. membazir betol.

opss.. petang ni balik rumah ma. adudududududuuu..... ma kata dia masak gulai tempoyak ikan talapia hari ni. huhuhu.. saya tak kisah ikan apa pon janji jangan banyak tulang. menderita rasanya if makan ikan banyak tulang ni macam terubuk ke. aduhaiii... dah kata jenis gelojoh makan mana boleh tahan sabar mengadap ikan banyak tulang. hahahhaa...

hari ni obek bz. this whole week sebenarnya bz melampau2 dia tu. benci aahhh.... malam tadi orang tengah sedap tido pukul 1230am call tanya macam2. chehh.. awak yang kerja awak le yang pikir jawapan apa saya pulak. kompeni lain2 kan. hahahhaha.. seronok betol mendera menyakat dia. dia otak dah jem. simple question pon dah tak boleh nak jawab. ada ke tanya saya camne nak masok intenet ni nak tekan apa? hayoyoyoyoyo... pakcik tu dah blur tahan gaban tuh. kesiannnn......

nezha? pagi tadi muntah belahak. jangan tanya saya sebab apa. budak pandai sangat main paper gigit2 tertelan paper masok mulut harus le tersekat kat tekak so muntah. best kan basuh muntah pagi2 sebelom pergi kerja. syahdu je rasa. gggrrrrrrrr!!!!!!!!!

just got it...

phewwww... akhirnya setelah menunggu, tiba juga la coke yang menjadi isu ni. baru kejap ni at 1208pm the boy came and give it to me. luckily he said, sorry, thank you ma'am. lega.


ini le coke tu. meh sini nak rasa apa sedap beno ke udah bertukar perisa jadi oren ke hapa ke. huhuhuu... isu sungguh la.

by the way, habis sudah episod marah2 saya. moga2 lepas ni jangan le jadi hal lagi. to canadian pizza sorry juga if i've said something bad to you. as for you, please take a good care of your customer or you'll lose your current and future customer, definately. kindly send out your customer service staffs to attend communication training. kalo tak reti meh sini saya bagi training free. ahhahahha....

ha..sesapa nak coke tu hambek la..benci ahhhh... lambat lak coke ni sampai if not saya bagi je kat cleaner tadi.

another liar!!!...

the manager of canadian pizza named robert called me at 1012am informing that they will send 'the most precious-expensive-out of this world-coke' to me by 1130am today. but now it's 11.46am already. there you go you gawp manager!!

Thursday, October 30, 2008

tomei ke...

alalalalala tomei tomei musyuk musyuk gumuk gumuk.. ye la.. tau la awak tu tomei konon. toomei apa masam ada la muka baru bangun tidor hidong meleleh seleme eewww... musyuk musyuk pon sayang dia...



ini le jam loceng saya tetiap pagi without fail. kalo dia garu2 gigit2 mau-mau tu confirm jawabnya udah 530am. gamaknya kalo nezha boleh bercakap harus disebut assola tu hairumminannaummmm... hwuahahhahha



eh, apsal muka macam ni ha? lawo sangat ke tu? kalo dah nampak orang amik camera tu buat la pose2 sikit. bagi lawo hensen sikit muka tu jangan le macam ni pulak. appa laaa.... sejak2 panas ni bukan main lagi dia. tau je saya tutup lampu living room means nak masok bilik dai la dulu yang mencicit lari masok bilik amik port. sebabnya nak tidor sejuk le tu. haihhh.. over tau mamat nih. nezha musyuk masam pon i luv u nezhaa!!!!!!!

edisi lepas marah...


hari selasa yang lepas kan ke saya bercuti, yang konon2nya nak cuti 1/2 day tapi terus tercuti full day le pulak tu. that morning ada hal jumpa orang le. tapi sangat spoilt sebab orang yang dijumpa itu sangat arrogant, belagak nak mampos, macam dia je yang betol semua, macam dia je yang tau segala, macam dia je yang paling best dalam dunia ni. tak cukup dengan itu, suka lak merendah2kan orang, kalo bercakap tu kita ni macam budak sekolah darjah satu gamaknya. wahhh... ingat kita ni budak2 agaknya nak dicakap2 macam tu. ko silap orang la bercakap macam tu. saya memang diam je memula tapi lelama menggelegak gak jantong. bila jantong menggelegak memang ko kena la kan. padan muka ko. ingat kita ni mintak makan dengan dia agaknya. woiii.. kalo tak dapat pon tak mati la.. laki saya boleh tanggong hidop 777 keturunan makan tak habis tau. bukan macam ko tu baru ada sikit nama dah berlagak. macam bagus. perasan the best. tak disedarnya diri tu makan gaji je. sekali kena tendang buang kerja baru ko tau. dah le tua. dah tua buat cara dah tua, takyah nak colour2 rambot ko tu bagi kaler oren kuning bagai. muka kalo lawo takpe, ini bertepek sana sini macam monyet sarkis je. dalam banyak2 perkara kat dunia ni apsal tempat study orang yg ko sebok benor nak tau? ko pun bukan harvard graduate. takat2 grad kat u.s tu rentikan le. belambak orang grad kat sana ko tau tak. ello.. orang yang waras takkan ceritakan kelebihan diri kat orang lain la. all the good things tu will be revealed by itself, takyah nak kompang2 keliling kampong. ini sampai jenis kereta orang drive pon ko sebok beno nak tau pahal? ko ingat ko bawak vios tu orang heran beno ke? woii... takat2 vios tu tak heran la. mentang2 time tu saya hayak kancil je. nak ke tengok kereta yang lain? meh le datang rumah. ke ko segan sebab rumah saya lagi besor lagi lawo dari rumah condo ko tu. wahh..ditekankan di sini ye.. condo gitu. condo kejadahnya kalo takat2 kat area rumah flat je. saya mati2 ingat itu just apartment je. patot pon mentaliti pon macam mentaliti dunia ketiga. bongok. tak guna belajar tinggi2, pegang jawatan besar2 tapi busuk hati tak boleh tengok orang lebih dari ko. tau la ko takot i take over your place kan. sebabnya memang sah2 nyata i lebih bagus 300,000 kali ganda dari ko yang dungu tuh. puiii..... macam n punya perangai bukan orang takot kerja dengan ko, orang sebenarnya meluat dengan ko sebab tu orang malas nak bercakap dengan ko. wahh.. yang ko pulak memati ingat orang takot ke ko sebab tu orang dok follow je ye? hahahhaa.. sedar le diri tu sikit. setakat orang macam ko ni belambak ko tau tak. ko dapat kerja tu pon maybe sebab ko tu cable besar punya ada kat dalam tu. apa taknya. belom apa2 lagi dah inform si polan si polan tu pakcik ko la, kawan ko la, sepupu sepapat ko la entah2 orang2 tu haram kenal ko pon. ko je yang lelebih perasan. tapi i takde le dungu macam ko kan nak sebut segala salasilah tok nenek. sendiri mau ingat la. ko ingat nama2 yang ko sebut tu aku tak kenal? hek elehhh... bila aku tanya orang tu depa dok kata just kenal gitu2 je dengan ko bukan sedara pon. huiii.. malu siotttt.. pakkal le time tu ko dah takde kan. kalo tak, harus i bukan loudspeaker kasi ko dengar. orang macam ni patutnya dilonggokkan dan biar korang bercekau sesama sendiri. baru betol, boleh la lawan sapa paling terror ke paling kaya ke paling glamour ke. biasanya orang macam ko ni ialah loser, orang tak boleh tengok orang lain senang, orang yang busuk hati, pendengki, penuh dengan khianat. ubatnya untuk orang2 macam ko ni ialah bila kena sebijik macam ko kena dengan i baru nak sedar diri kan? hahahhaha... padan muka ko. buat la lagi. kot2 dah insaf bagus le. kot2 belom insaf kenang2kan le kenangan manis kita berdua di pagi selasa itu.. hahahhahahha.... damn u retard shitface bitch!!! im not holding my tongue for you anymore. since you are such a comfortable liar, hope you'll burnt in hell!!!!!!!

dengki yang tak menjadi...

seperti biasa, keamanan dan kesejahteraan di rumah ketika main laptop akan sentiasa terganggu oleh makhluk hitam ini tidak kira masa, tempat dan walo camne gayanya pon saya menggodek2 laptop tu untuk di bawa lari. malam tadi saya sangat mengantok dan badan sangat penat. taktau apsal asyik nak tidor je. malam tadi memang sharp 9pm dah kebabom.. kononnya nak keluar pergi makan lansong tak jadi. obek lak dapat call kena pergi kerja kerja jumpa somebody at 9pm so memang elok beno le tu saya boleh tido. tapi mamat kepochi takmo tido. dia asyik mau-mau je memekak entah apa yang dia nak. makan dah bagi, uk-uk dah bersih, air dah tambah, nak apa lagi? hishhh... geram2. geram2 pon sayang jugak. hehehehhe...

so, sementara nak menunggu sharp pukul 9pm tu saya online dulu la kot2 dapat ilham ke hapa ke. walopon mata dah tak boleh terbukak sangat2 tapi stil tahan sebab takot le pulak macam awal sangat tidor. kang terjaga tengah malam spoil my day je. jom tengok mamat kepochi menyebok. hehhehehe...



itu selagi boleh nak ke depan duduk atas keyboard. mana boleh wehhhh.. over tau. dok belakang je. saya tunggu je kot2 if dia nak gigit lagi monitor tu macam hari tu tapi dia tak gigit pulak. hehehhee... nasib baik. tapi tengok muka macam nak makan orang je lagaknya. konon garang habis le tu. huhuhu....



saya standard le suka mengacah2 dia marah2. dia apa lagi. merajukk tak hengat. mengeliat2 kat atas meja tu macam nak runtuh. owh..tapi saya rasa dia dah kurus sikit le sekarang apsal entah le sebab if dukung dah tak berapa berat sangat. risau2. since dia tak dapat mengacau saya dia still tak puas hati dan telah menggigit2 wayar tu dengan bersungguh2. ggrrrr... tak dapat peha betis ko bedal ye nezha!!!

hari ni pergi kerja jalan tak jem. maybe sebab ada orang still holiday lagi kot. entah la tapi bagus le pon tak jem. aman dunia sikit. obek pulak hari ni ntah apa hal menggatal menalipon le pulak time2 kerja ni. selalunya tu memang takde la. ada tak ada pon just sms je itu pon dah petang2 kang. ni mesti ada apa2 nih. hahahhahahha.... baik salah tak baik salah. sian kat dia. kerja bz saya lak selalu je mengada. hahahha.. nasib la kan. kisah kawan tikam kawan dari belakang tak sudah2. kadang naik jemu mendengar. takpe la. allah maha berkuasa dan maha adil. kalau ko pikir kerja yang ko buat ni halal untuk dibagi makan anak bini dipersilakan tapi terang-terangan benda tu haram dari segi perbuatan ko tanggong la. curi sini jual sana elok beno le tu. aahhh... malam nak mengulas panjang la. untuk obek, harap bersabar dan semoga berjaya ye obek!!!

sambong la...

tak de idea so sambong je la cerita pergi rumah orang kawen tu. lagi pon dah kata nak boh pics kat sini. area sini kira still kampung lagi la so gift untuk tetamu ala kadar saje. tak de la beriya sampai nak bak bagi yang pelik2 or yang mahal2. kat sini takdenye nak bagi asing2 special gift for vip ke, untuk special guest ke, apa ke. semua pukul rata. ada tak ada yang special sikit ada la dapat bunga telor yang bunga pahar kat pelamin tu. itu je la. jimat belanja. hehhehehee...

so, rumah 1st yang saya pergi dia bagi kek boh dalam kotak. besar. 4 segi ada le besar tapak tangan ni. ini pengantin lelakinya orang kerja best2 sikit le kononnya... tu yang gift pon paling canggih le kat dalam kampong tu. hahhahaha.... menu rumah dia biasa la, nasi minyak, nasi putih, ayam masak merah, rendang daging, masak lemak umbut kelapa, dalca, air sirap. tapi yang ni takde pics sebab lupa le pulak. theme gold. tapi pengantin pakai baju kaler putih2 silver gitu. kira masok la. ada band ke orang panggil kugiran. haa.. meriahh...

2nd house, jauh sikit. kat sini theme hijau. standard la dari kanopi, baju family, baju pengantin ke door gift. tapi pengantin ala2 seksi untuk dikategorikan bersanding ke kampung. hehhe.. pakai tudung 2 lapis tapi baju ala2 kebaya jarang dalam pakai tube. apo ke ceritanya. kepala tutup, dada bahu lengan belakang semua nampak? hantam la.. fesyen katakan. sini simple je dia bagi gift pon dalam beg plastik biasa je, isinya kerepek dengan gegula. hehhehe... pengantin lelaki doktor gigi ye. wahh..best le kawen doktor. menu standard, nasi minyak, nasi putih, rendang daging, sini ada ikan masin, ayam masak merah, agar2 merah, air sirap, dalca. yang ni pon ada kugiran gak. sian lak tengok penyanyi tu nyanyi tengah2 panas tu. ye la walopon dok bawah khemah tapi berbahang tu.. nasib suara maintain. hehehhehe...


ini yang 2nd house tu. serba hijau.


3rd house pulak, masa ni perot memang dah nak meletop. nak terkucil pon ada. sini theme kuning gold jugak tapi sedeh sebab orang yang supply canopy tak basoh kain canopy dan langsir tu. so, nampak kotor. ini bukan kotor yang baru terjadi di hari majlis, tapi dah ala2 berkarat kehitaman bagai. kalo saya jadi tuan rumah mesti saya marah. orang buat majlis sekali seumur hidop bagi le yang elok2 sikit. orang bayar tau bukan mintak free. sian kat pengantin. baju vogue2 sekali khemah berkarat. hangin2. ok2, enough merepek. menu standard, nasi minyak, nasi putih, ikan masin, kerabu kacang botol, dalca, ayam masak merah dan pajeri nenas. ada juga bubur kacang as pencuci mulut. sini tak de kugiran tapi ada deejay. best meriah. abang deejay yang chubby tapi suara sedap korangg. siap buat2 kuiz lagi ni sapa menang dapat hadiah tupperware. hehehee... opss.. kat sini air kaler hijau pulak. perisa apa ye, saya minum banyak kali tak tau lak perisa apa. consider guna pencelup hijau je la. kat sini dapat door gift lawo sikit begnya. tapi isi oren sebijik dengan muruku. sempena deepavali le tu kot.


3rd house door gift.

nak balik tu ibu biasa la salam2 berisi berapa ibu bagi taktau le. saya tukang teman dan makan saja. hahahhah.. tapi seronok le suasana kahwin di kampung. meriah. lagi best is semua majlis tu buat nasi minyak pure, bukan nasi beriani or nasi hujan panas ke hujan mendung ke hapa ke. so original. kanak2 berlari main, ada orang jual ais krim kat tepi jalan, walopon buat style buffet tapi kemeriahan yang berbeza. sangat lain kalau buat majlis di dewan yang dihadiri oleh orang2 tertentu saja. ada majlis yang tak boleh bawak kanak2. sebab takot kot nanti menganggu majlis. patutnya diraikan ini nak kena ikut banyak beno peraturan, protokol berlapis2. owhh.. sukati depa le nak buat majlis camne pon kan. semua jenis majlis pon saya dah merasa. yang obvious formal, yang formal, yang separuh formal, yang tak formal lansong pon ada gak. ye la.. persekitaran pon berbeza, tentulah tetamu yang dijemput pon berbeza. pokok pangkalnya, majlis pasti meriah.

kepada bakal pengantin.. selamat pengantin baru.. semoga bahagia ke akhir hayat.

Wednesday, October 29, 2008

lump sum je la...

assalamualaikum. kembali bersiaran setelah rancangan tergendala selama 4 hari. diharap saudara saudari penonton masih tetap menonton rancangan mari berborak di channel ini. hwuahahhahaa...

macam ni baca berita tutup tv station. anyway.... terlalu lama tak update. bz ya amat sangat2. dari hari jumaat, sabtu, ahad, isnin sampai semalam selasa tak berenti2 ada je benda yang nak dibuat. so, let's check it out amenda yang bz beno tuh..

jumaat : tak balik rumah ma le kan dah kata nak dating2 malam tu pergi dinner dengan obek. hehehhee... dapat present lagi. brapa banyak present daa....

sabtu : pagi 9am balik rumah ma. ingat nak masak2 makan2 sekali ma ajak pergi rumah terbuka raya persatuan dia le pulak. haii.. orang tua zaman sekarang ni lagi terror. persatuan sana, persatuan sini. layankan je la. pergi dari pukul 2pm sampai pukul 6pm. penat. sebab semua orang2 tua yang muda2 takde. yang muda2 macam saya semua jadi driver mak2 diaorang je. hahahha... makanan rumah terbuka biasa la. dapat gak say amakan lemang 2 potong. sedap nak amik lagi tapi malu. owhh.. disebabkan majlis tu pot luck so kitaorang bawak goreng pisang dengan kuih buah melaka. laku korang goreng pisang. sebab semua orang dah boring makan kuih raya je. ehhehee

ahad : pagi pergi hantar ma urut. dari pukul 9am sampai 12pm. lama gila. say ayang menunggu sampai naik sempot. benci ahh kena jadi pak tunggu2 nih. balik je ibu ada kat rumah sebab mintak tolong jagakan opah. then ibu nak pergi rumah orang kawen sampai 3 buah rumah. hambik ko.. saya gatal nak ikut juga terus tukar baju melompat masok kereta ibu pulak. so pergi le kami (ibu, aish-mamat kecik ni demam le pulak, dan saya). wahh.. semua makanan sedap2 belaka. puas hati makan nasi minyak. gemok tak gemok belakang cerita. saya ada amik pic for every house tu tapi malas nak load kat sini. nenanti nezt entry say aboh sebab ada cerita baikkk punya. balik sampai rumah dah pukul 6pm. penat. saya balik uga rumah petang tu jugak. malas sebab dah penat sangat. sampai rumah sini pengsan. hahahha...

isnin : deepavali. seperti biasa mata ni pendengki. dah tau public holiday pukul 7am dia dah segar celik2 pulak. nezha pon tido lagi tak bangun2 saya lak yang dah tak boleh tidor. nak buka tenet takde mood. tengok tv cerita cartoon sampai jemu. tengahari obek ajak pergi ikea. owh.. apa la otak saya tak terpikir lansong yang dah sah2 ramai orang sebab public holiday. masa cari parking pun almost 1/2 hours pusing2 siap nak gadoh2 ni dengan 1 kereta ni. berebut parking punya pasal. mmmm.. macam2 hal la lelaki ni. masok dalam tu dia.. padat!!!! penat, mood tercalar, tak best lansong. just go around dan obek kat ajust grab whatevernear to me, pay and off we go. say akat awat pe nak amik barang yang tak guna. dia kata takpe. dah berpeluh2 ni just amik je dah datang takkan tak beli apa pon. ayoyoyooo.. macam ni punya orang pn ada ke?? so saya capai je la botol untuk letak garam gula tu 1 set. kira boleh digunakan la. obek lak menggatal pergi capai macam rak letak pinggan tu apa ke jadahnya??? dia kat atakper boleh letak kat table dapor. haihhhh... balik2 try tu susun tak muat pulak hahhahah... itu le dia nya. sudahnya rak tu simpan je dalam store. membazir je. saya malas nak bising2 sebab tengaok dia pon ala2 moody je dari insiden nak gadoh parking tadi. biorkan dia cool sendiri. malam dinner at 11pm. chehhh.. sakit perot sebab dah terlalu lapar.

tuesday : pepagi buta dah kuar sebab ada hal. ingat just nak 1/2 day cuti tapi terbabas terus 1 day cuti. eeee...cuti dah le kureng bebeno. rugi2. tapi tak le rugi, petang tu obek pergi kerja say akeluar pergi melanjan beli baju kat nichi. hahahha.. puas hati.

wednesday (today) : usual routine. kerja, kerja, kerja (sambil mengantok). muka calar-balar sebab tidor mati tak bergerak2 bangun pagi tadi tengok ada bekas hapa ntah kat muka. cheh..terus tak vogue. badan pun tak sedap sangat sebab terlalu panas. malam tidor berpeloh2 sebab cuaca panas sangat. rasa nak tidor dalam peti ais je nih. gggrrrr.....

so itu le serba sedikit cerita 4 hari saya. malas nak elaborate banyak2. itu pon dah memeningkan kepala. taid baru lepas call ma, dia dah ada plan lak this weekend. nak pergi ijok. aduhaii.. ntah ke mana hala ijok nih. adaaaaa je plan dia tu tau. tak layan kang kesian pulak. nak dilayan aduhhh.. tensenn!!!

Friday, October 24, 2008

uwaaa.. dia buat lagi...

uuwwaaaa.... dia buat lagi tau. dah berapa kali saya cakap jangan buat dia buat jugak-jugak. tak reti dah camne nak melarang dia ni.

ini kejadian malam semalam le. saya godek2 laptop bila dah sudah susun letak tepi. saya ke dapor kejap bila ke depan balik tengok apa dah jadi???



uwwa... dia dodok lagi atas laptop saya.. sangat pendengki... memula tu sekerat badan je atas laptop tu. bila saya tegor bising2 dia bangun saya ingat dia nak blah rupanya dia bangun membetolkan bontot dia je. uuwwaaa.. then baekkkk punya landing atas tu. tak paham betol apa la yang best sangat dodok ats benda tu. nak kata lembut keras je la pulak. haihhhhh....



tengok la tu siap sampai terjuntai2 tangannya. itu saya sambil marah sambil snap pic dia. bila kena flash tu yang dia tertoleh2 tu. dia kan tak suka kena flash tu. ingatkan kalo laptop tu dilapiskan 2 kot2 la dia tak perasan, rupanya memang dari awal dia dah riki-riki saya susun laptop tu... panjang akal sangatkan dia nih.



sampai tergelunsor2 kebelakang. ye la yang hitam tu permukaan dia macam licin sikit. hahahha.. tak serik2, dah tergelunsor ke belakang pon still gigih ni bangun betolkan bontot. last2 saya angkat nezha tu boh tepi then saya simpan siap2 laptpp tu dalam beg. baru selamat. orang nak bagi sejuk dulu le laptop tu baru nak masok beg.

macam2 perangai la dia ni. hari ni jumaat biasa saya mesti akan balik rumah ma kan. tapi hari ni tak balik. hehehhehe.. nak dating2 birthday la malam ni. esok pepagi baru balik. ma standard le semalam bagitau kat dia, dia kata okeh. tetiba hari ni macam2 cerita lak itu la ini la. hehehhee.... alala..bagi le chance sekali sekala orang nak dating. esok sabtu, ahad, isnin saya ada tercongok kat rumah ma tu. relax la... saya tanya dia tak wish saya birthday ke? boleh dia jawab dah wish dah last week. ahhahahh..... boleh pulak macam tu.

petang ni si nizam akan ambil motor dia. hehehhee.... motor tu kan ke dah jadi port baru si nezha berlepak. mujur tak de calar ke hapa ke. cuaca pulak gelap nak hujan. risau lak ke mamat tu camne nak bawak motor hujan2 ni. dah le dia bukan jenis biasa bawak motor. ala2 skima sikit mamat tu. hehehhehe... mudah2an elok2 je.

so, to everybody.. enjoy your weekend. mana yang nak perabih open house, silakan, mana yang nak attend kenduri macam saya, dialu-alukan. ma belom apa2 dari semalam dah pesan this weekend sabtu ahad isnin dah ada orang jemput kenduri. pagi-petang wehhh,... kenyang tak payah masak. hahahha.. takdenya.

okey.. assalamualaikum.

muka bangun tidor...

malam tadi saya tidor cepat. 930pm dah tido. tak la tido, baca2 buku dulu, borak2 dengan nezha, infact saya je yang bercakap, dia apa tau, mau-mau je yang dia sebut. belek2 dia sampai penat then tidor. kiranya masih awal jika dibandingkan dengan hari2 biasa.

kan tadi cerita obek mengada pukul 12am call cakap dai kat tempat kerja. harus le makcik hangin. sekali dia ada kat depan daa.. hahahha.. chewahh... lepas celebrate lebih kurang wish lebih kurang time to eat cake le pulakkan. walo pon kecik je tapi jadi la.


ini le dianya kek tu. tak habis pon. kek coklat dengan apa ntah lagi satu tu..
macam tak pernah beli pon yang perisa tu.


mamat kepochi biasa la. bila dia dengar saya bagnun dia pon nak jugak bangun tidor. disebabkan tahap kepochian yang melampau, mata dia tak boleh bukak tapi mulut still mau-mau suruh saya dukong dia bawak ke mana saya pergi. adohaiii.. 1 hal le mamat nih. so, dokong bawak pergi living room. tengok muka dia.


saya letak atas kerusi mata pejam tapi masih nak menyebok. tak boleh orang nak beromatika sikit la dia ni.



see... time dia memang tu kelakar sangat sebab dia tersenggok2 tapi still takmo kena tinggal. if dia rasa saya bangun dari kerusi dia automatik buka mata. saja saya menyakat dia saya bangun duduk bangun duduk. hahahahha... tensen je mamat tuh



then sua2 kek tu kat mulut dia. wahh.. jilat2 tapi mata still terpejam nih. sangat naughty tau tak. so dah merasa sedap kek coklat tu baru le bukak mata. amat le tak hensemnya muka budak ni baru bangun tido. menguap bukan main panjang. haihhhh....

tapi maybe sebab nezha pon takde mood nak makan, so kitaorang just merasa sikit je la kek tu then tido balik. obek pulak off to work. hahahahhaha....

makcik dengar 2nd batch present udah dapat. yeaahhuuuuu... thanks obek.

HAPPY BIRTHDAY TO ME....

HAPPY BIRTHDAY TO ME!!!!

SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI

HIDUP DIBERKATI ALLAH S.W.T



hari ni birthday saya. tq pada yang dah wish. pada yang belom wish sila wish ye. hehehhehe...
dah kata birthday kena le ada kek ye tak? obek tanya nak kek bentuk apa. hahahahha.. sebab malam tadi just dapat yang sliced punye je. saya kata nanti2 la pikir. orang tengah tido baikk punya pergi call memalam buta cakap dia kat site waktu tu. harus le makcik hanginkan. tapi tipu je dia tu....

owhh. memandangkan nanti obek nak belanja kek, so nak le pilih yang lelawo..



bentuk kereta pon lawo jugak kan. sebab saya kan suka kereta. (hint, hint : belikan le hadiah keta baru please...)



bentuk ikan pon best jugak.sebab saya suka ikan. comel je berenang2.



bentuk rama2 pon lawo jugak. sebab warna-warni.



bentuk kucing lagi lawo. tapi tak sampai hati le pulak nak potong kang terasa macam bedah kucing le pulak. owhhh. tidakkk.. kalo birthday nezha boleh le kot.



payah2 sangat belanja la kek bertingkat2 macam ni. ahhahaah... wahh.. grand gila birthday.

apa pon saya tak mintak apa pon. hadiah 1st batch dah dapat. more to come. yeahuuuuuu!!!! i love birthday!!! can i have birthday every month??? huwahhahahahhaha.....

alalla..hadiah pon dah tiap2 bulan dapat je bebenda, kira dah macam tak excited lak. macam biasa je. lain le if kecik2 dulu. sekarang ni selalu je dapat benda. obek pon dah pening nak bagi apa kat saya. tu la.. say amintak mitsubishi lancer kaler merah tak belikan le pulak. hwuahahahha.. melampau2 birthday request tu.

so for all.. since its my birthday today, i hope that i'll be happy all day long. may all your wish to me will come true. i love everybody who reads my blog. regards from nezha and obek for those who are wishing for our happiness. May Allah bless all of us.

yeaaahhuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!

Thursday, October 23, 2008

budak pemalas..

budak hitam pakai bedak
letak bedak atas meja
dah le manja, pemalas pulak
lain kerja takde tido aje





sambil menyapu sambil menguap
sapu laman yang penuh daun
hari-hari makan bersuap
sebab tu gemok tak larat bangun




masak lemang tepi telaga
panas badan terjun paya
pandai mengusik pandai menduga
walopon hitam tetap kesayangan saya




buah manggis buah pulasan
kalo nezha takde saya pengsan!!!

i love u baby....

bubur nasi..

hari ni disebabkan takde mood.. saya kurang selera. nak minum air pon tak lalu. lansong tak boleh masok. kalo seminggu ni saya bising kenapa selera makan bertambah2, sekarang dah jadi semula tak berselera. mungkin sebab mood kurang elok kot.

tadi ingat takmo keluar lunch pon. malas. kalo keluar pon bukan makan apa pon. buat bazir tenaga je kena jalan jauh. tapi kebetulan obek call. tanya saya dah makan ke belom. so cakap takmo makan saya lak kena marah. haihhh.. orang takmo makan pon kena marah ke? surh datang sini bawak pergi makan takmo. so biar la sukati la orang nak makan ke tak. hahahhaha..

so setelah mendengar pesanan penaja yang panjang lebar lebih kurang 15minit bergayut kat talipon mengalahkan remaja2 berdating saya pon pergi gak le makan dengan harapan kot2 kat kedai kang nampak laok2 best2 boleh buat makan. mana tau kot2 nampak kang boleh terbuka selera. hhuishh.. pusing punya pusing punya pusing punya pusing sampai saya pening. nampak signbord makcik kedai tampal kat depan ada tulisan menu baru : bubur ayam.

wahhh... ini kira okey le nih. not too heavy. so mintak kat makcik tu then tanya dai boh apa kat salam tu. dai kata boh ayam carik2, telur masin dan tabur daun sup daun bawang then apa ntah serbok lada putih. tak faham. then saya okeh je la tapi saya cakap kat makcikt u takmo apa2. nak yang kosong punya hatta serbok lada tu pon takmo. makciktu kata nanti tawar je la. saya kata takpe.. tak de selera nak makan. so makcik tu pon bagi la.


bubur macam ni la.. tapi ini gambar amik kat tenet.. bukan yang saya makan tadi


sedap jugak sekali sekala layan bubur nasi ni. walopon kosong tawar je tapi itu je yang berkenan. the pusing2 cari buah. tak makan pon ada lagi ni simpan le makan kat rumah dengan nezha.

rasa nak tidor je ni. mengantok. malam tadi mimpi yang bukan2, entah mimpi hapa ntah pergi kat rumah kampong lama tak tau rumah sape pon. rumahnya masyaallah besarrrrrrr.. ada macam2 ruang dalam tu. kiranya macam temankan kawan nak tinggal kat sana so saya tolong kemas tapi syaratnya barang2 tuan rumah jangan diusik2. kira semua barang2 antik le yang berzaman berkurun punya. so scary... pengalaman dalam mimpi tu menakotkan. jalan cerita bercampur-baur tapi yang pasti itu bukan mimpi yang menyeronokkan.

saya sekarang ada azam baru tau. tapi takmo cakap la. biar saya sorang je yang tau. hatta nezha pon tak tau. tapi kalo bagitau kat dia confirm selamat sebab dia takkan bagitau kat orang lain. hehehhee...

percaya tak?...

korang percaya tak dengan hantu? hehehhehee... benda2 diluar minda ni kadang nak percaya pon susah, tak percaya pon susah. tak dinafikan benda2 ni memang wujud cumany dalam dunia hari ni entah la.. susah nak cakap.


bulan mengambang memang banyak hantu. hehehhee...
serius le sikit woi... gelak je.


saya bukan apa, pagi tadi obek cakap badan sakit2.. saya kata apanya yang sakit? bukan pergi menebas pon. so tengok2 badan dia rupanya belakangdia berbekas korang.. macam kena pukul dengan rotan besarrrr merah lebam dah ni. bentuk V. hehehhehee.. ini sah hantu berkaki bentuk V telah menyepak obek.

saya kata semalam takde pon. obek kata tu la pasalnya. tetiba pagi ni jadi macam tu le pulak. haihhh.. rumah saya tu banyak beno hantunya. ke masa pembinaannya ada orang mati (standard le cerita turun-temurun if haunted building mesti kaitkan dengan construction workers yg mati).

saya suruh dia pergi jumpa pakcik yang kat cheras tu.. kira pandai2 sikit le mintak tolong tengok2kan. jawapannya macam tu la... kata ada benda datang nak kenakan kita. sebab tu nezha sakit sebab dia nampak benda tu. wallahualam.... tapi tak cakap pon kat pakcik tu yang nezha memang sakit 2-3 hari lepas. so, camne? nak percaya ke tak ni???

dalam bidang yang obek ceburi hasad dengki memangtinggi. kiranya kalau klcc tu didirikan bertingkat2 sambong 5 kali, lebih tinggi dari itu. so, kita takmo buruk sangka. tak baik. biar allah yang maha mengetahui.


menurut firasat dan bacaan dari mangkok perex putih saya, mungkin lembaga tu macam ni le kot. hahahahhaa.. itu hantu samurai daa...

saya malas nak terjebak dalam fakta2 yang tak nampak ni. tapi nak kata tak nak percaya mana lak datangnya bekas lebam merah tu. besar ye sepanjang dari bahu turun ke pinggang danberbentuk V (berapa kali mau cakap daaa). nak percaya kang takot jatuh khurafat ke hapa ke? aduihhh.. dah le pahala seciput nak lak terjemak dengan perkara2 macam ni takmo saya. ya allah.. jauhi la kami dari perkara2 yang macam ni.

sudahnya memang hari ni obek sakit2 badan. macam baru lepas bergaduh katanya. hahahhaha... ye la tu kena sepak terajang tu le pasal. sepanjang kejadian bunyi-bunyian dalam rumah saya tu tak pernah lagi saya terserempak dengan sebarang lembaga hitam ke lembaga putih ke lembaga kuning ke kat rumah tu. elok pon tak terserempak, kalo tak pengsan seminggu. cuma bunyi2an je la yang memang selalu ada.



tapi yang pasti ini bukan le lembaga hitam itu. ini lembaga hitam kesayangan saya. tetiba muka nezha pon dah jadi macam hantu ni siap mata shining2nih.. takotnyaaaaaaaaaaa


so, apa pendapat korang tentang fenomena ni? perlu ke panggil kru expose mistik? atau penerbit misteri nusantara? atau mastika? atau pakcik tamar jalis? supaya isu ini boleh dikupas. haaaaaa... idea dan pendapat diperlukan di sini.

pelangi...

sekarang hari2 waktu petang je hujan. tapi jarang ada nampak pelangi. petang semalam balik kerja jalan tak jem pulak. best betol. 630pm dah sampai rumah. hehehehhe.. bagus2 alhamdulillah. so on the way back tu hujan renyai2. sekali nampak pelangi le pulak. masa kecik2 dulu beriya ni mengingatkan 7 warna pelangi mengikut turutan. kerjanya lain takde. hari2 lukis pelangi dan warnakan. hehehhe....seronoknya kalo jadi kecik semula. eh, tapi takmo la annti kena pergi sekolah balik dan yang paling tak best kena attend exam. ohhhh tidakkkk!!!!!

so, saya pon ala2 try gamble je la amik pic, kalo jadi tu bagus, kalo tak menjadi tu takde la kan. sebab ye la.. saya bukan pandai sangat nak amik gambar sekaligus mendrive kereta. sekali tu jadi juga tapi not so clear. so, ini je la hasil yang boleh diperolehi. tapi takpe, puas hati dapat tengok pelangi in real.


dedulu ibu suka menyakat saya. dia kata jangan tunjuk pelangi nanti jari kena potong. saya apa lagi, mengguling2 la saya menangis kan. hhehehehe.. waktu kecik2 dulu saya memang selalu kena sakat. bila kenang2 seronoknya ada waktu itu. saya hari ni jiwa sedih je. dari pagi rasa nak menangis je entah kenapa,. in fact memang dah menangis dah pon. asal terkenang kisah lama2 mesti menangis. mmm... sampai masa kot. ayoyoyo..amalan belom cukup. jangan kata cukup, boleh kata takde. sanggop ke? dulu ustaz saya bagi ceramah le ni kan, dia kata ada orang2 yang putus asa dalam hidup atau bermasalah suka cakap "aku takmo hidop, aku nak mati, mati senang takde masalah". tapi ustaz cakap ye beno le tuh.. mati lagi banyak masalah. dah siap sedia ke nak dipukul dipalu setiap hari bak kata lagu nasyid sepohon kayu tu? (lagu fav masa kecik2, ingat nanti nak kena cari lirik semual bagi insaf sikit). uuii.. tak sanggop saya. dengan ada ulaq2 besaq lagi.. kita ni nampak bapak cacing pon dah menggelejat. inikan pulak ulaq. dengan gelapnya kat dalam tu. sekarang ni baru black out 5 minit dah terkejut-kujat. dengan lipan2 gigit2 lagi, sekarang baru kena tercucuk duri dah mengadoi bagai nak rak. nauzubillah.... kat sana sapa nak tolong selain dari 3 benda, ilmu yang bermanfaaat, sedekah jariah ikhlas dan doa dari anak yang soleh. aduhhhh... saya kurang berilmu, sedekah, entah lah.. anak? nezha tu boleh diambil kira ke ha? kesimpulannya saya tiada ketiga2nya itu. astagfirullah... tapi insafnya kejap2 itu je, lepas je ustaz kuar kelas jadi setan balik. hahahahhaha...

hidop ni kalo dipikir2kan memang banyak je kelompongan. dari segi rohani, pemikiran, amalan. banyak yang saya ketinggalan. kadang2 kalau pikir saya jadi sangat takot. takot dengan masa depan, takot dengan hari pembalasan, tapi perasaan insaf tu lambat benar datang. kata orang tak bersungguh2. hehehhehee... sebab saya selalu je nampak depan biji mata, dengar dengan kedua belah telinga, berdepan dengan diri sendiri yang pak2 syeikh dan pak imam yang perangai macam lahanat. camne la orang yang jahil macam saya ni nak terima ajaran. macam 1 email yang saya baca tu iman 20sen tu. its real kalo dipikir2kan. orang2 sekeliling sentiasa menduga. haii.. entah la.

saya harap bila umur meningkat esok (ye, esok for sure!!), saya lebih beringat2 tentang akhirat. sekurang2nya mengingatkan apa yang wajib dan melakukannya. insyaallah.. bila bercakap2 macam ni pon dah menangis. kang kecoh lak office ni apsal lak minah ni nangis2 kan. tapi entah la macam saya cakap tadi. kadang2 jiwa rasa kosong, rasa kekurangan.....

Wednesday, October 22, 2008

liatnya nak bangun...

amboi, ambpi, amboiiii... liat beno dia nak bangun tido. al-maklum, tido sedap kan. mengempek2 kat kepala saya. seperti biasa by 530am nezha akan cium2, garu2 then geget2 kepala saya suruh saya ke tepi. ye benar le tu.. dai suruh saya berkalih sebab dia nak tido atas bantal saya tu. itu le kerjanya tetiap hari pepagi buta. selagi saya tak berganjak selagi tu la dia menggaru2. kalo saya selubong pon dia akan garu2 sedaya upaya selimut tu. memang pendengki tau.

dia bukannya takde tempat tidor. kalo memalam port dia standard.. tido atas tv, lepas tu nanti bangun baru tido kat tempat dia, lepas tu bangun lagi 530am kalo saya pulak. tempat tidor dia elok2 takmo, nak jugak tido kat bantal saya. chesss!!!!!!

dia tu kadang memalam bukannya nak tido. mainnnnnnnnn je kerjanya. apa jugak le benda yang dia jumpa. paper ke, buku ke, mainan dia ke, alas meja pon boleh jugak, wayar charger pon boleh jugak, pintu almari pon boleh jugak. haihhhhh.. memacam peel. bior lantak dia main sensorang kalo dah malam saya mesti nak tido. nanti dia main le sensorang dalam gelap tu. krek krok sreh sroh kching kching... bermacam2 bunyik. tapi sebab dah biasa tak kisah le tu. dah penat main kang tau le dia panjat tv tu. kalo saya terjaga tengah2 malam, saya selalu cek dia. tengok dia tido kat mana. nanti nampak le bentuk lembaga hitam. hwhehehehehhee...

pagi tadi dai ada sikit degil nak bangun tidor. sebab main banyak sangat malam tadi. saya dah bangun dah lipa selimut bagai dia dok elok je melingkar lagi kat bantal. saya panggil banyak2 kali pon dia celik mata pas tu bantai tido lagi. haihhh.. orang nak cepat ni.



ini setelah percubaan mengejut bangun tido beratus2 kali panggil nama buat dek je. hp dai standard, jadi alarm kejut tidor. biar le hp tu berbunyi volume 50 bagai takdenye dia bergerak.



marah la tu konon saya dok cocok2 dia. jahahahhahaa...



se.. dia tak pedulik. bangun just nak membetolkan bontot dia je. baekkk punya lepak.



dah, dah.. bangunnnn.. nak kena pergi kerja ni nak kena kemas katil ni. pi tidor kat katil sendiri. nyebokk jek.

macam tu le dia hari2 pon. kadang tu saje je dia mengada. nak mintak dukong. haihhh... lenguh le tangan nak dukung. kena gak bawak kuar dari bilik dan tutup intu rapat2 kalo tak kang merbahaya.. buatnya angin puting beliung dia sampai, ter uk-uk lak dalam bilik naya je. hahahahhaha....

sempena nak raya ni...

sempena nak raya ni.. nak le jugak. nak raya amendanya? syawal pon dah tinggal hujung2 kuku je. syawal yang dipenuhi dengan open house dan tidak disusuli dengan puasa sunat syawal. huwahahhahaha.... berceramah le pulak. parah2.

tak de la.. bersempena nak raya devali ni.. saya pon ala2 tingin le pulak baju macam ni. namanya salwar. agak2nya singkatan dari seluar kot. entah le. idak le pulak makcik mengecek sejarah terwujudnya salwar ni. yang pasti ada fesyen2 yang lelawo.

hari tu ada minta kat obek, dai kata ap atau. dia kata, elok benar if saya pakai baju ni sebab nampak sebijik anak k*l*ng. huuwwaaaaaaaaaaaaaa!!!!!! benci aahhhhh!!!! tau le saya ni merelit sikit, sampai hati. tapi disebabkan dah kutuk2 saya tu dendanya ialah kena belikan jugak baju nih. ahahhahaha



yang ni lawo kan. design dia pon simple yet menarik.
yang penting material dia tu



yang ni pon lawo. tetambah yang kaler kuning tu. lawoo..


yang ni dedua lawo. kalo dapat ni pon best jugak.

so missi selepas ni nak pironda kat mana ye nak carik ni? rerasa kalo ye pon nak beno idak le makcik ke brickfield.. gulap gulita nanti tak sanggop. alala...kl belambak yang penting kena carik yang cecantik yang ada beads2 dan design yang cun2. jangan beli yang nampak ala2 pompuan bangla. pengsannnn!!!!!

satu ketika dulukan pernah glamer baju kurung dan kebaya buat dari kain sari. wahhh... sanggop ni perabih duit beli kain sari ber-rat2 harga. tapi kualiti mesti la cantik.... ahh.. namapon pompuan. esok2 kalo ada designer buat baju kurung dari jenis patch2 macam cadar tu pon nak jugak try. macam2 hal. nafsu, nafsu...

salwar ni kalo suar dia kecik tu baru lawa. kalo ada yang lagi satu jenis tu suar kembang tu tak lawo, tetambah macam saya yang pendek ni. hahahahhaha... harus tenggelam.

korang tak tingin ke? tukar2 citarasa fesyen? hehehhehe.....

manjanya dia...

sapa yang manja? saya? memanggg... bukan la.. bukan saya. ada lagi sorang yang lagi manja. sapa lagi kalo bukan mamat kepochi yang bernama nezha. manja bukan main. eee.. geram, geram.

malam tadi masa saya tengok tv sambil makan kerepek ubi pedas tu le kan. wahhh.. sihat2. sekali seperti biasa mamat kepochi menyebok. malas pulak nak nak bagi dia kerepek tu sebab takot pedas. so saya terpikir lak mamat ni nak makan kot. so saya amik pinggan pink makan dia tu bawak dok kat depan tv. so al-kisahnya boleh le makan berdua-duaan kan.

sekali dah letak semua dia takmo makan da..... dia cium2 pas tu dia bagi bunyik mau-mau lak. ayoyoyoyo... itu maknanya apa tuan2 dan puan2? yee.. pandai, dia nak makan bersuap. sangat manjanya la dia tu. hehehe... tapi takpe, saya suka je suap2 dia ni. dia kalo makan suap banyak dia boleh makan tapi lenguh le tangan tergantung menyuap dia. tak kisah le tuu....



tengok betapa ganas dan tak sabarnya dia. sampai tergoyang2 kepala dia. hueahhahaha....



kena bagi sebiji2 ye. itu pinggan kat sebelah dia takmonya dia makan yang dalam tu.



satu-satu-satu-satu...


itu kalau saya amik yang dari dalam pinggan pink dia, dia buat toleh sana toleh sini kepalanya means dia tak mo makan yang dari dalam tu. so saya kena amik dari yang dalam balang tu. ayoyoyoo... demanding sangatkan budak nih.

so, banyak dan lama jugak le dia makan. dah makan pergi minum then lepak. lepas lepak buat apa? ye.. lepas lepak pergi garu sofa tu lagi. bagus2... bravo2...


ni le sofa yang dia dah garu2 sampai terkeluar benang tu. kat dalam pic nampak macam tak terok sangat tapi if in real habis dah tercabut2 semua. apsal berbeza ha???

obek kata saya terlalu manjakan dia. entah la. kalo dengan obek takde chance le nak merasa makan suap2 ni. nak makan, makan sendiri. takde nak tunggu2. saya je yang rajin melayan budak ni. obek layan jugak tapi kureng manja la. nezha kalo dengan obek dia takot sikit sebab obek garang sikit. kira kalo nak larangdia buat benda yang bukan2 kena guna suara obek. kalo dengan saya dikentut2 kan je. dia kata nanti nak amik kucing lain so biar nezha jadi tak manja sangat. saya kata kang dia jealos kang dia gigit2 lak kucing lain tu. hahahhaa... entah. tak kot. ehh... entah la. nanti2 la kucing lain. sian budak ni kecik lagi. belom puas manja2. menjaga dia sorang pon mengalir2 air mata lagi le kalo 2-3 ekor.

apa pon, nezha tetap kesayangan saya.

teringin tapi....

teringin le pegi2 kat spa.... memanjakan diri.. menghaluskan kulit yang berkerak ni...


bestnya la kalo dapat pergi kat sini. sure nyaman relax je (kot la kot)



lepas tu urut2 badan..kasi segar... kasi best sikit.. syioknya kalo diri dimanja2kan kena picit2 macam ni (hahahhaa.. jangan menjerit geli2 sudah.. kaco je kat kecai tu kang)



lepas tu kita kasi buat facial sikit.. bagi mula yang hitam ni putih kelabu sikit so that orang tak terkejut if bertembung dalam gelap kot2 nampak gigi je kan. huishh... kalo dah kena belai2 badan, sapu2 muka sure tidor jawabnya saya.


lepas tu pi buat manicure & pedicure.. kasi kuku lawo sikit. walopon kuku saya sekarang bersih pendek, tak panjang tajam macam kuku hantu tapi orang kata nak le merasa camne sayanya.

so, kepada sesiapa yang selalu pergi spa, buat facial, buat mani-pedi, tolong la inform saya kat tempat mana yang paling best dan of course dengan harga yang berpatutan. teringin nak try tapi takot le pulak. makcik malu kalo kene berkemban2 gitu. awwww.... habis, camno tu?

memang saya ada baca banyak iklan pasal facial dan spa treatment ni tapi saya kurang pasti tentang produk yang digunakan. sebab setakat ni kalo saya basuh muka kat rumah just pakai product biasa. takde beli yang memahal tu de. saya beli product yang senang dijumpa hatta kat kedai runcit mamak sekali pon ada stok. senang. lagipon kulit saya ala2 sensitif gitu.

so, kalo sesapa yang tau camne nak pergi buat spa tu.. maksud saya cara2nya, prosedurnya, apa2 lah yang berkaitan, inform la saya. kongsi2 la pengetahuan tu. hahahha.. lepas ni boleh le sama2 cantik. dah nama pompuan harus le nak cantik. tipu le kalo kata takmo.

eh.. kalo buat2 benda2 tu takes time ye?

kesimpulaannya saya teringin nak buat sesemua nih tapi :

(a) malu
(b) takot
(c) ketaq2
(d) tak paham
(e) semua emosi bercampur-baur

so, info pleaseeeeeeeeeeeeee.................

Tuesday, October 21, 2008

dia lagi....

heheheh.. takde modal lain dah. dia je la. susah sebenarnya nak snap gambar nezha ni. dia tak suka beno. dan lagi le sekarang ni dia dah faham. if saya talakan hp kat muka dia harus dia bergerak2. jilat tangan la, jilat kaki la. atau pon dia diam tapi by the time kita snap je dia bergerak. harus le gambar bergegar2. kadang2 tu sampai 4-5 kali snap baru le boleh dapat. tak muleh jadi model la dia ni. mengabihkan film roll jurukamera jek. hehehhee

ini lebihan gambar malam tadi. ala2 insiden yang dia merajuk tak dapat geget laptop tu.. hahahhaa....


pandaikan dia buat muka syahdu kesedihan. dah muka macam ni mana sampai hati nak memarah, owhh... tidak. tenogk dia terstill dok tersongok belakang lptp tu dengan harapan saya terlupa dan dia ada chance nak godek2 lagi. no way nezha!!!



lagi muka merajuk. masa ni saya tengah bercakap2 dengan dia la no. dok pujuk2 so dia makin saya pujuk makan naik tocang. tengok saya pon dia tak hingin.



ahahahahha.... adegan merajukkan diri tak sudah. kali ni dok pura2 tidor la. jangan tak tau tangan dia kat sebelah sini tenagh dok menggaru wayar tu. tapi tak nampak le pulak. sebab syiok sangat kot menggaru2 wayar tu, badan dia makin lama makin ke terpi lelama jatuh meja. whuahahahhaa.. saya gelak bagai nak rak. ye la, meja tu dah le kecik dia dok bergerak2.. tak sempat lak nak snap gambar dia jatuh meja tu. nasib baik coffe table je tak tinggi, kalo dinin table tu haiyokkkk. ayoyoyo nezha, nezha. macam2 perangai kan.



lepas jatuh naik balik. memang jenis tak serik tau dia ni.



uikss.. tangan sape ni gumuk-gumuk nih??


tadi saya call ma. saja le tanya khabar. jawapannya sakit tangan. apsal? sebab mesin basuh rosak. lorr.. hari tu saya balik elok je. ntah katanya mesin tu tak boleh dry spin. asal nak spin je terus tett..tett..tett.. berhenti. mmm..nak kena yang baru le jawabnya tu. lagi pon dah lamar benar mesin tu.. ada le 10 tahun lebih dah. sepanjang 10 tahun ni, sekali je dia rosak dulu, kes yang sama,. dah repair. sekarang buat hal lagi. aduhaiii.. nanti le saya riki2 mana yang murah. hahahahha...

lepas tu ma cakap dia tengaok tv ada le rancangan hapa ntah (rancangan wanita2 le tu), tunjuk masak spaghetti yang kuah white mushroom tu. dia tanya saya sedap ke benda tu? saya kata sedap tapi itu tak pedas le, dai rasa berkrim2 gitu. taktau ma suka ke tak sebab ma kan suka makan yang pedas2 ni. kalo saya memang on je la. dia kata takpe la nanti minggu ni balik belikan dia. dia nak try. hahahhahhaa... teringin le pulak dia kan. kat rumah tu if saya masak spagetti sos tomato tu pon dia takmo. tak pedas katanya. lorr.. dah saya kata itu bukan makanan orang melayu, itu makanan orang puteh, depa2 ni mana reti makan pedas. dia rasa sikit then cakap tak larat la masam la. haihhh.. banyak bunyi betol. sekarang ni nak try yang krim mushroom tu pulak. hehehe..makan ke nanti. biarkan dia. dia tak makan nanti saya habiskan semua, yahuuuuuuuu... masak tu sonang je, bukak tin, curah dalam piok panaskan tambah apa yang teringin siapppp... nanti if jadi saya amik pic le saya tepek sini. ahhahahha....


camni le yang ma dok teringin tu. takpe2.. sonang je tu... gerenti menjadik punya la.

malam ni apa plan ha?? teringin makan tako tao tu la. tapi jauhnya nak mendapatkannya. leceh betol. benda tu tak boleh buat sendiri ye? hehehhee.. wahh.. buat lempeng pon tunggang langgang ada hati nak buat tako tao pulak. tapi kan.. nak buat benda tu nak kena ada bekas tempat masak dia. ahh..lagipon bahan2 dia pelik2 la. beli je la senang habis cerita.