mari mencari....

Google
 

Tuesday, October 21, 2008

aaaa... jangan geget!!!...

haihhh.. si nezha kalo dah sihat macam tu la. ada je perangai dia yang nak dibuatnya. kata dah sihat so haruslah aktiviti2 wajib dijalankan semula. malam tadikan saya kuar merempit dalam hujan tu dia tinggal kat rumah le. sekali balik tu diaaa..... mujur tak terbalik je rumah di dikerjakannya. alas meja jangan cerita la.. dah kemot2 ke lantai, lampu tinggi berdiri saya tu udah terbaring (apa kuat beno kamu nezha?), surat kabor dah bersusun udah bersepah (membaca gamaknya dia tadi) dan yang paling menyedihkan, sofa saya udah koyakyakyakyakkk... saya memula tak perasan, tapi dia dok mencakar2 kat tepi tu sekali obek marah dia. bila kena jerkah mamat kepochi blah la. obek nak pergi pintu terpandang le tepi sofa tu udah tercabut2 korang benang jahitannya. tapi obek lak wat lawak sengal. dia ngadu kat saya cakap nezha dah lubangkan sofa tu. harus le makcik melompatkan. sekali cek2 alalala... sikit je. (ayat cover). kami kalo bergaduh bab nezha memang saya peguam bela je. obek je yang pendakwaraya. hahahhaa... tapi dalam hati bengang jugak. tapi takpe la. anak punya pasal biarkan je la. saya kata kalo tak kang tak kaya kedai furniture tu sebab dah 2 tahun x tukaw sofa. hwuahahhahaa.... pic lupa lak nak amik, esok saya tepek.

saya kan pernah cerita hari tu perangai mamat kepochi suka beno melesek2 kat saya cuma dalam kain je belom masok. malam tadi dia buat koranggggg!!!!! ayoyoyo.. konon mlm tadi pakai gaun kelawar le. ahhahaha.. sekali saya berdiri dia boleh berlari masok dalam kain saya tu. chaittt.. terkejut besar saya. agaknya dia geram kot tengok kain tu terbuai2 sbb before ni mana le pernah saya pakai baju kelawar tu.. selalu yang mini2 je. hwuahahhahaha...

so, bila saya terkejut, saya lari la, dia pon kejar. sudahnya itu la kerja kami 2 beranak. main kejar2 dalam rumah. penat tapi suka dan lega. lega sebab dia dah sihat dan dah ada mood nak main2 semula.

dah penat main, saya on tenet la.. saja cek2 apa yang patot. wahh.. ada budak kelaparan dan kegeraman mungkin dan dia telah mengeget laptop sayaaa!!!! uwwaaa... sangat pendengki okeh. dia kan ke nak menyebok dok kat keyboard tu. mana boleh orang ada benda nak buat. bila kena tolak2 itu lak dibuatnya. memang pendengki tau.


"oooo... tak bagi saya dodok kat keyboard ye.. takpe.. saya geget laptop ni bior patah. gegetgetgetget.. hahhahaha.. apsal takde perisa pon??"-suara isihati nezha. hahahhaa..

ya allah.. ko ingat monitor tu biskut ke nezha? lama jugak dia dok tokak (gigit) monitor tu. ayoyoyoyo.. gigih tau nak menjahanamkan harta dia nih. selepas percubaan gagal, dia pergi belakang lak. boleh dia nak tarik monitor laptop tu. aduhaiiiii... mendidih betol jantong dibuatnya.


see.. nampak tak sebenarnya itu tangan dia tengah dok mengait2 monitor tu. macam paham beno monitor tu boleh di kelepet2kan. eeeeeeeee.. sabar2...


so apa lagi.. harus kena marah kan (marah2 manja). camne nak distract dia? saya kena baling dart le baru dia nak berganjak. tapi bila saya duduk balik, dia pon ikut duduk situ semula. dan lihatlah muka tak puas hati dia tu. owwhh..so comel dan manja... dia tu buat le apa pon, takdenya nak kena marah dengan saya. marah2 sikit ada la. lepas tu kena polok le semula.


"bluwekkk.. kedekut betol. nak main laptop sikit pon tak bulih. kata je nak belikan laptop nezha tak beli2 lagik nih"-nezha bercakap lagi. hwuahahahhaa.....


macam2 la perangai dia nih. nasib tempat uk-uk dia tak buat perangai. elok je tak kecah. kalo tak lagi 1 hal nak kena kemas. takpe la.. ini le buah hati pengarang jantung saya. semalam saja try test letak dia kat luar main dengan rumput. kata tak sihat kan orang kata bagi kucing makan rumput. tak tau betol ke tak petua tu tapi try je la. wahh.. tak maunya dia. saya letak kat tanah mencicit lari masok dalam rumah. aawwww.... sungguh pemalu anak teruna pingitan saya nih. hahahahhahaha.... jangan time dia terejal nak lari dari rumah dulu tu. agaknya dah serik kot. maybe ada pengalaman yang menakotkan dia time dia lari dulu tu so dia dah insaf le tu takmo lari2 lari. tapi kalo kita bukak pintu kereta tau pulak. mencicit lompat masok. macam2 hal budak ni la....

3 comments:

eedany said...

give me 5!

sama ngan eedany sukanya berkhayal.

mucuk2 nezha ni suka geget2...

:)

Nurmala said...

wak!!!!
garang nyer kucing itew...
men geget² pulak

saya said...

eedany & mala.. nezha memang suka men geget2 nih. kalo bergurau dengan dia memang kaki tangan saya jadi bahan. tapi dia tak gigit kuat, gigit2 manja je.