mari mencari....

Google
 

Sunday, October 12, 2008

backward stories...

ye la.. dah berapa hari tak update blog ni. jumaat adalah hari susah hati sedunia. buat alhamdulillah.. perkara dah settle sikit tapi ada banyak lagi perkara yang belom settle dan maybe tak boleh settle. kalo nak kasi settle pon maybe makan tawon jugak la. tengok je la nanti. cumanya saya berdoa agar orang2 yang zalim itu diberi hidayat oleh Allah s.w.t semoga mereka2 itu sedar tentang kesalahan yang telah mereka lakukan kepada keluarga saya. ada orang nasihat supaya saman je, tapi ye la. kita ni kiranya masih berotak dan masih kenang budi bahasa. tapi kalau ikut hati saya memang saya bagi penampau dulu, saman2 kemudian. ibu lak nasihat cakap takyah le saman2 ni tak de kemana. paling habis hanya akan memanjangkan permusuhan. saya pulak berpendapat, orang2 (nak panggil orang ke? rasanya lebih baik dipanggil binatang!!!) patot diajar oleh seseorang supaya binatang2 ni tahu tentang bahawa ada orang lain yang lebih berkuasa dari dia. belom kene buku dengan ruas boleh la menongkat langit.. dah kena nanti tau la nasib untung diri. tapi saya hari2 berdoa, semoga segala urusan kami sekeluarga akan dipermudahkan dan diberkati. buatlah apa yang mereka2 ini mahu, selagi kami boleh sabar (tapi saya jenis tak sabar) kami sabar. kalo kesabaran itu sudah terlalu menipis, tau la korang nanti. ya allah... kuatkan la kesabaran saya ni. saya kalo kene kat diri saya mungkin saya boleh bersabar tapi if dah melibatkan family terutama ma saya, saya akan basuh habis2an. sekarang masih dalam proses perbincangan dengan orang2 yang lebih pakar. nak sangat merasakan?? haa.. ko tunggu.. baikkk punya datang nanti..

ok2.. enough of luahan hati yang membengkak itu. itu cerita hari jumaat.

khamis malam saya dan obek ke rumah arwah ayah talib la menziarahi. biasa la tu. ramai juga orang datang. lama juga kami kat sana lebih kurang pukul 12++ baru bergerak balik. mengantok bagai nak rak. penat usah cerita la. tapi tu la dianya. tu la pasal saya malas nak ke majlis jumpa orang2 ramai ni sebab nanti saya ada je nak mengumpat diaorang. hahahhhaa.. sama la tu. diaorang pon ada mengumpat saya so kira seri le tu kot. entah la.. mungkin saya yang ketinggalan zaman or memang mereka2 tu yang tak reti bahasa.

saya nak tanya.. apa kebiasaannya if kita pergi menziarahi jenazah? paling kurang kita bacakan al-fatihah sedekahkan pahalanya saja kepada arwah. betol ke? atau bak kata ma, kalo tak reti beno membaca al-fatihah or tak reti baca quran, baca je la bismillah sampai berbuih mulut. yang penting ikhlas dan paling penting jangan bercerita tentang duniawi dalam majlis itu. sama l amacam kita pergi ke surau or masjid. dalam surau or masjid jangan nak dok cerita pasal gelang baru jiran sebelah rumah. rasa2 takmo menziarah, just nak tunjuk muka je, takyah masok. waris arwah ada merata2 rumah, jumpa ucap takziah, hulor apa yang patot pas tu berambos la. saya pon tak le bagus beno. sya memang terlalu daif dan kurang dari segi ilmu akhirat tapi sekurang2nya ma saya ajar untuk tau adat peraturan bila berada dalam sesuatu majlis. meh sini nak ngumpat jap supaya jangan jadi kat kita atau keluarga kita dimasa2 hadapan. dah tau nak menziarah it's fine if u nak jaga penampilan diri tu tapi takyah pakai mekap 7-8 inci kat muka mata pipi mulut merah menyala bagai mcm nak pergi clubbing. hahahhaa... it's fine u tak pakai tudung at least letak selendang manik2 jarang yang u selalu sangkot kat bahu time pakai kebaya raya u tu as long as ada sikit penutup kepala. it's fine u nak berborak bertanya khabar tapi tak yah nak menyembang sampai suara menyembang lebih tinggi dari suara orang baca surah yasin. it's fine if u bawa anak2 kecil sebab takde sapa nak tolong jaga mereka tapi latih anak2 supaya hormatkan majlis. ini majlis menziarah jenazah, bukan majlis harijadi gilang-gemilang yang membenarkan anak2 kecil tu berlari2 sana-sini menjerit2 sana sini, melompat2 sana-sini. itu tanggungjawab kita sebagai ibubapa jaga anak2 kita sendiri. nanti orang tegur anak2 kita, kita tau lak nak marah. tapi itulah yang saya hadapi masa tu. mungkin saya yang tak faham keadaan atau ini trend terkini saya kurang pasti pulak. hormatkan majlis. kalo attend majlis dinner kat hotel tau lak tatatertib. ikut beno dress code bagai, tulis kat kad jemputan no child below 12 years old boleh pulak paham bahasa. tapi bila majlis macam ni tak reti bahasa le pulak. sendiri pikir le woi.

sedih tengok jenazah terbaring di ruang tamu tapi perangai pelawat macam tu. sakit mata dan sakit telinga. sedih. sungguh sedih. tapi apakan daya.

esoknya (jumaat) obek pergi lagi attend the funeral. saya tak pergi la sebab dah berdepan dengan problem lain pulak lagipon rasanya lelaki lebih baik hadir dari perempuan dalam hal2 macam tu. kalo kenduri arwah takpe la kot pergi boleh tolong apa yang patot. tapi saya tak pergi sebab obek kata takyah la, nanti penat sangat knowing me yang sempot nih. so, kenduri arwah diadakan tiga malam berturut2, jumaat, sabtu & ahad. nanti khamis mlm jumaat buat lagi.

cerita hari sabtu pulak, pakcik obek yang kat cheras datang beraya kat rumah ma. wah2.. nasib baik pagi tu kitaorang masak2 mee kari sebab saya teringin nak makan. ma puasa sunat syawal. saya tak posa. malas. hehehhehe... datang pulak mengejut tak call dulu ke hapa. dah le tak masak nasi siang tu sebab saya dok bedal mee kari tu je.. nasib la, makan je la apa yang ada. sesambil pakcik tu melawat opah saya yang semakin uzur benar. seronok dan penat. malam tu ingat nak update blog tapi baru nak cocok wire intenet ma lak nak guna phone. letak balik. baru nak cocok, ma nak guna lagi sudahnya malas le nak main intenet. tengok tv1 drama mak esah (wan maimunah) dgn ayang zainal (rosyam nor) kawen lagi bagus. hehehehee.... benda2 mcm tu tak mustahil terjadi tapi garapan cerita tu agak kurang kemas la. ada banyak lagi patut diperbaiki. chewahh.. udah jadi ulasan pilem drama le pulak saya ni. hantam la. lepas tu sambong tengok cerita ornag kawen muda tinggal bini tgh sarat preg kat tv3. haiyooo..sabtu tu memang hari pilem melayu sedunia la kat rumah saya. takpe la sekali sekala layan best jugak.

ahad, saya pemalas tahap galaksi. satu apa benda tak buat. bangun tido mengadap tv. ma pergi tengok rumah sewa dia kata nak cat semua la hapa benda la bior le sana. malas nak amik pot. dalam pada malas2 amik pot tu pon saya le tukang advise nak cat kaler hapa. hehehhee... pukul 2pm dah balik rumah sini pulak. cadang nak tido tapi dok melayan nezha terus tak jadi tidor. lesu badan. pukul 4pm mama call jemput datang rumah dia sebab ada buat open house. pukul 5pm saya kuar sampai rumah semula pukul 830pm. gaduh2 manja (mengada) dulu dengan obek saya masok rumah obek terus pergi attend lagi kenduri arwah tu last untuk malam ni. so, here i am, sitting in front of tv, sambil mengadap tv cerita ntah hapa2. bosan!!!!

nezha standard, tadi kena marah. kebetulan tadi hujan. pintu dapor tu bocor ke tempias sebab hujan lebat benor. sesia je letak porch but still basah if hujan. ikut arah angin kata bek. saya dah lap, then letak paper lama supaya tak licin lantai tu. si mamat kepochi tu boleh nak bergolek gelantang kat atas paper tu. habis le menyerap basah tu ke bulu dia. degilnya ya rabbi. 10 kali angkat 10 kali dia nak dok situ balik. geram betol. memang kena marah kow2 tadi. saya ingat jiran belakang tu boleh dengar saya jerit "nezha!!!! don't!!!!!!". lantak le sana. ni tengah dok duduk kat bawah meja sambil buat muka menyesal dia la tu. nak minta pujuk le tu. aaahhh.. nenanti la..

esok kerja. yahuuuuuuuuuuuuu... saya suka kerja... saya suka isnin...

5 comments:

Ummibatrisya said...

salam,

kadang-kadang ada juga orang yang tidak tahu menghormati majlis.

sedih!

KV said...

i pun suka keje tau. Wahaha

eedany said...

saya kena monday blues ni... huhuhu.

:)

debikdebuk said...

wahh... suka kerja ye ko ni...

saya said...

ummi - tu la. nak ditegur salah tak ditegur salah.

wahai kengkawan ku kv, eedany & debik. kerjalah kamu sebelumkamu dikerjakan.hahahahhaa