mari mencari....

Google
 

Wednesday, October 8, 2008

beraya dengan kucings...

wahh..malam tadi pergi beraya kat rumah pakcik obek la kan. punya la banyak kucing kat rumah dia tu. hitam, putih, kelabu asap, kuning, cokelet, haihhh..pendek kata semua ada la. warna-warni je yang takde. semua gebu2 debab2. tapi tak bawak nezha lak semalam obek tak kasi takot kang kot2 ada kutu kucing2 kat sana tu, naya je. so pegi dulu ala2 survey la. if ok lenkali boleh le bawakkan. ada la kawan nanti nezha boleh main2.

saya pergi semalam bawak le buah tangan konon, kek beli kat giant. hwuahhahaha.... dengan buah kiwi. kiranya saya beli benda2 yang saya suka la sebab mesti orangtu hidangkan semula kat sayakan. hwuahahha... then belikan juga makanan kucing untuk they all. alalallaa... kita beraya kucing pon nak gak le beraya. nak gak merasa makan sedap asyik mengadap whiskers je mana boleh. bukan main suka bebudak (read : kucing) tu. menyondol2 makan.

makcik dia masak nasi ayam. hayoyoyoooo... punya le sedap lembut nasinya. ayamnya pon crispy2 sedap. tapi sambal dia pedas sangat le plak. terjelir2 le lidah saya time makan tu, sungguh kurang sopan. makcik tu siap kasi resepi le nasi ayam tu, saya dengarkan dan iyekan je la. saya nak disuruh masak nasi ayam? uhuhuhuhu.. sedeh wehhh

alamak, pakcik dia bercakap non-stop. sampai tak larat nak dengar. hahahhaha... eh, camne ye pangkatnya saya taktau. kata pakcik tapi panggil abang. hantam la jangan panggil ooi, ooii sudah la. taktau la depa ni camne kiranya. makan banyak bagai nak rak. again, dihidangkan air oren sunquick. dimanakah dikau sirap?? pulangkan sirapku.. rindu nak minum sirappppppp!!!!! apsal raya tahun ni takde orang bagi air sirap ha??? semua udah tukar jadi air oren.

gambar sirap idaman amik kat tenet sajor

walaubagaimana pun.. adalah amat sedey sebab tak amik pic walo satu pon. hp pon tak bawak kuar dari kereta. hehehe..segan la. malu la saya if tersnap sana sini. tapi dalam hati meronta2 ni nak amik gambar budak2 tu. hint2 kat obek, dia buat donno je. benci laaaa!!!!!

pakcik & makcik tu pon cakap depa dok heran la apsal bebudak tu suka beno dok kat saya. semua datang mengempek sampai saya makan pon depa dok panjat saya gak. sebab before this bebudak tu payah nak dekat kat orang yang depa tak kenal. apa lagi nak landing2 baik punya kan. semalam tu siap belingkar lagi kat lap saya. sampai saya tak boleh dok atas kerusi, kene bersila kat lantai sebab ramai beno yang nak mengempek. saya jawab dengan selambanya, saya kan cun sebab tu bebudak tu berkenan. whauhahahaa.... statement tak bleh blah wehhh. owh.. tetiba terus rindu kat nezha. so, bertukar2 cerita la dengan makcik (or semalam saya panggil akak??!!) pasal kucing la. itu ini begitu begini macam2 la. depa pon takde anak gak. huhuhuhu... sesuwai beno le tu kan.

owhh.. rupa2nya makcik tu amik upah jahit baju. murah2 lak tu. cheh!!! kalo tau awal2 hari tu boleh pegi hantar baju yang 6 pasang tak berjahit tu. entah bila la nak berjahit. saya cakap nanti nak hantar. jawapannya, boleh.. belajar la menjahit sekali. nak belajar jahit2 labuci tu pon dai boleh tolong ajarkan. esok2 senang. waduh, waduh, waduh.. macam nak pengsan mendengarnya. saya kata mana le saya reti menjahit. harus terbakar mesin jahit tu kang. dia kata belom cuba belom tau. hehehhee... agaknya la kot. ntah2 esok if saya dah pandai menjahit nanti kalah bernard chandran. hwuahhahahha... angan2 harus tinggi babe!!!

lama jugak kat rumah diaorang tu. sampai pukul 11pm. saya dah mengantok hazab gila dah ni. so, bertolak la balik tapi bukan balik terus, pegi lak jumpa adik obek si nizam kat ukays tu. ahh.... ambik payslip le hapa kejadah semuanya tu nak beli motor katanya. biarkan la. obek tolong uruskan. hari tu kata nak beli kereta. tak jadi pulak. entah la bebudak sekarang ni. nak merempit le tu. harap2 tak le sebab tengok perangai tak le jenis2 mat rempit ni. jenis mat skima je.

balik je bersih2kan badan, polok2 nezha, mengadap dia makan dulu ye pas tu terus kebabom. nezha pon menyebok tak sudah le dia tu kan. padan muka kena tinggal malam tadi sampai lama2. hehehhee....

chechewahh.... pejam mata nampakkk

saya rasa nezha ni lelama muka dah bertukar jadi macam muka manusia la. ahhahaha.... manusia jadian. ayoyoyo... takotnya!!!

2 comments:

cHeRyNa PiReS said...

sha suke bagi tulang ayam nasik ayam kat kucing...nanti die jilat2...tp dlm hal kucing awak nieh...rasenye kalo bg tulang...bole ke? ke die makan frieskies jek?

*tumpang lompat dlm blog nieh ek!

saya said...

cheryna.. dai tak suka makan tulang ayamm..dai suka daging ayamm. hehehe... tak la dia tak mkn frieskies.. dia mkn royal cannine..
*lompat2 la selalu kat sini*