mari mencari....

Google
 

Friday, October 17, 2008

akibat..

akibat kesan dari gara2 terpengaruh dengan cik mala kita yang makan cheese nan semalam, saya pon udah le terlioq terketaq2 ni. balik semalam terus pergi kedai mamak carik cheese nan. tapi sebelum order tanya dulu dia ada tak bagi kuah cicah yang mint tu. if not saya takmo la. sekali mamak tu kata ada. opss..tak lupa juga kopi 'o' ais penghilang dahaga. yeahhuuu.... so saya dengan rakusnya terus le order nih. siap pesan nak kuah mint tu dengan sambal tumis, kuah dal takmo. hhehehehe.. nasib baik abang mamak memahami dah tak banyak songeh. buatnye dia charge lebih semalam haru je la kan.

so, balik rumah, mandi, kemas tempat makan nezha, bawak dok depan, saya pon bersila la kat depan tv. wahh...sedapnya makan cheese nan tu. tapi.............. ada tapi tu. sambal tumis tu bapak segala bapak punya pedas sampai saya menangis2 nangis ni sebab pedas sangat. siap terlolong2 terlopong buka mulut kipas2 sebab terlalu pedas sangat. haiyooo.. saya ingat tak le pedas sebab biasa sambal tumis kat kedai mamak ni tak le pedas beno sekali pedas le pulak. minum kopi 'o' ais tu pon tak lut. sedih gila pedas sangat2. so, jangkamasa makan dinner malam tadi amat le lama sebab kena makan sikit2 slow2 sambil menenangkan bahang panas dalam mulut.

tapi walopon menangis sambil makan tu habis jugak le sekeping. hahahahha.. dah kata kebelakangan ni selera makan sangat bagus. yeahh.. tak payah minum weight gain tu lagi. jimat belanja.


chewahh.. ini le cheese nan dan sambal yang terlebih pedas malam tadi.

nasib baik tak suap kat nezha kalo tak naya je mamat tu. tapi nan tu saya suap siit la kat dia. sebab dia suka menyebok. see, jangan komplen saya tak salin air tu. malas la. boh je dengan plastik2 dalam jug. hahahahha.....

eh, sekarang csi dah pukul 7pm pulak ye. tapi episod yang dah tunjuk dulu la, dia ulang2 balik. berita tak tengok malam tadi sebab tak suka. asyik cerita politik je. benci la. lepas habis csi tengok cd batman tu le yang saya nak tengok semalam.

petang semalam saya sms obek mintak dia tolong carikan cd batman tu le dan lenlain. dai pulak pergi kedai tu tanya cd (1) batman dan (2) cd cerita lenlain (read : pronounce len (pen) lain (line). udah le apek kedai cd tu tercengang bangang tanya kat obek itu cerita apa cerita lenlain. dia tanya cerita redline ke? obek lak kompius. hadoihh haii.. sekali dia baca balik sms tu means saya suruh cari cd batman dan cd yang lain2. konon nak shortform le tu. hahahahhahhaa.... so, untuk cover the line yang dia dah salah sebut dia bukak2 le album cd tu so dia amik le cerita death race ni. hahahhaha.. sangat lawak la obek ni.



the *cerrom cd. hahahaha....

so, tengok le batman tu. kira ok je la. boring sebab macam meleret2 beno. lama pulak tu. so saya standard le if dah boring harus bagi forward bior cepat sikit habis. by 10pm habis dah cerita tu.

kan semalam hujan, saya asyik dok dengar bunyi anak kucing maumau (nangis le tu) kat luar. suspen makcik. ko jangan buat gila. udah le malam jumaat, hujan lak tu, bunyik anak kucing maumau lak. harus ketaq lutut. tapi memang kuat sangat bunyiknya. tak sampai hati saya bukak pintu nak cek tengok. saya buka je senyap. saya pikir mak dia dah ada la tu kot. kejap tu bunyik lagi. kali ni saya keluar sampai ke pagar siap bawak payung nih. saya intai2 jugak kot2 dalam longkang ke takde la pulak. pelik tbetol sebab everytime saya kuar je dia senyap. bila masok dai menjerit2 lagi. huwwaaa.. takot sangat. sudahnya saya lari masok rumah kunci pintu double cek tingkap semua. mana le tau.. seram makcik. sampai saya tido malam tadi still ada bunyi lagi.

nezha pon diam je. dia biasa if ada kucing lain kat luar dia le nombor satu nak tercongok kat pintu tu. tapi malam atdi takde le pulak. owhh.. tido selubong le saya, apa lagi. pukul 12pm obek balik saya bagi laporan. so, kitaorang pon keluar le nih siap bawak bakol kucing tu in case kang jumpa boleh terus bawak balik rumah. sure kesejukan kucing tu. cari2 tak jumpa. habis longkang2 depan rumah tu kitaorang redah. takde pon. uuwwaaaa.... sampai longkang seberang jalan pon saya carik jugak. so, sampai ke pagi ni still ada bunyik tapi by 630am orang dah bz2 pergi kerja jalan pon dah bising, dah takde dah bunyik baby kucing tu. owhhh.... takotnya.. hantukah????


*cerrom (ctk rmpk)

3 comments:

~dARlee zURiS~ said...

cheese nan mmg sedap
x blh jadi nie.nak kena g mkn gak ti nie.hehee

waaa..apakah?
menakutkan tol ar.
sanggup korang kuar mlm2 tue
kot2 cari bb kucing..terjumpa bb org.camne??huhuu..

Nurmala said...

wak!!!!!
diriku tak bersalah..

saya said...

mala-tengok sampai darlee pon terjebak gak ni nak makan cheese nan. darlee, if kita naik kg kita salahkan mala. hwuahahahhaa...

darlee- kalo jumpa bb orang.. lagi saya hangkot je. hehhehehe...